Bolehkah mengamalkan ilmu yang diperolehi daripada mimpi?
March 9th, 2011 | 10:16 am | Tazkirah | 23 responses
Mimpi adalah permainan tidur. Kebanyakan mimpi berlaku hasil daripada khayalan, imaginasi manusia tentang sesuatu hal dan gambaran yang amat diingini atau ditakutinya. Mimpi juga biasanya mainan syaitan yang ingin menyesatkan manusia melalui mimpi. Sesuatu yang berlaku dalam mimpi itu jarang sekali menggambarkan yang sah ataupun yang sebenar.
Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Muslim daripada Ibn Abbas RA bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:
“Tidak tinggal daripada nubuwwah (kenabian) melainkan mimpi-mimpi yang benar (al-Ru’ya al-Sadiqah).”
Mimpi-mimpi yang benar ini amat jarang berlaku. Kadangkala dilihat sebagai benar, namun apabila diteliti ia tidak benar sama sekali. Mimpi manusia biasa tidak serupa dengan mimpi Anbia dan al-Mursalin. Mimpi para Anbia dan al-Mursalin adalah benar sedangkan mimpi manusia biasa lebih banyak terdedah kepada pelbagai penipuan Iblis.
Persoalannya :
Bolehkah mengamalkan ilmu yang diperolehi daripada mimpi?
Secara umumnya Islam meletakkan saluran yang tertentu untuk menyebarkan ilmu. Firman Allah SWT dalam surah an-Nahl ayat 43, maksudnya:
“Kami tidak mengutus Rasul sebelummu wahai Muhammad, melainkan daripada kalangan orang lelaki yang kami wahyukan kepada mereka. Oleh itu bertanyalah kamu kepada orang-orang berpengetahuan agama jika kamu tidak mengetahui.”
Istilah yang digunakan dalam ayat ini adalah ahl al-Dhikr, iaitu orang yang dapat mengingatkan kamu kepada Allah SWT. Siapa lagi kalau bukan ulama yang muktabar. Salah satu tuntutan syarak ialah kita mengambil ilmu daripada ulama yang muktabar.
Dalam konteks ini, sudah ramai ulama dalam masyarakat yang boleh membantu anda melakukan ibadah. Jika anda memerlukan kepada orang yang boleh mendampingi dan menunjuk ajar ilmu perubatan sama ada perubatan alopati atau berasaskan doa dan ayat-ayat al-Quran, anda boleh mendapatkannya dengan mudah. Jangan mengambil ilmu daripada mimpi yang anda sendiri tidak pasti siapakah yang ditemui dalam mimpi itu.
Oleh yang demikian, ada dua kemungkinan sama ada arahan di dalam mimpi itu benar daripada orang yang benar-benar bertakwa kepada Allah SWT atau berkemungkinan hanya lakonan Iblis. Anda dinasihatkan jangan mengambil risiko kerana mentaati mimpi amat terdedah kepada risiko yang begitu besar, iaitu melakukan ibadah bukan kerana Allah SWT tetapi kerana syaitan.
Wallahu a’lam.
Dipetik dari kitab: “Menjawab Persoalan Makhluk Halus : Kaitannya Dengan Penyakit Dan Pengubatan – Bersama Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din“.

















responded on March 9th, 2011 at 11:35 am
tq dato tuan guru. Ilmu itu penyuluh hdup
responded on March 9th, 2011 at 1:06 pm
Sungguh syetan adalah musuh yg nyata
responded on March 14th, 2011 at 10:54 am
mimpi terbahagi pd 3 (menurut kitab sahih muslim):
1. mimpi dari Allah
2. mimpi dar sebab angan2
3. mimpi dari syaitan
responded on March 22nd, 2011 at 1:01 pm
cmne nk bezakan ketiga2 mpi ni? dr sebab angan2 maybe senang nk tau..
responded on March 27th, 2011 at 1:02 pm
ya..betul.Macam mana nk tau perbezaan,sbb kekadang mimpi tu x bersangkut paut dengan angan2 tapi sangat simbolik kepada kehidupan harian biasa.
responded on September 28th, 2011 at 4:24 pm
bagaimana hendak membezakan antara 3 jenis mimpi ini?
responded on March 10th, 2011 at 2:53 am
Saya nk tanya Ustaz! Satu soalan yg bermain di fikiran saya selama ini.Apa beza antara “MIMPI” dan “PERKHABARAN”(dari Malaikat atau Wali2 Allah s.w.t.???)
responded on March 12th, 2011 at 9:09 am
alhamdulillah
responded on March 14th, 2011 at 10:53 am
kdg2 mimpi ni xleh nak ikut sgt… kita bukan mimpi mcm nabi
responded on March 22nd, 2011 at 12:59 pm
kalo kat kg ramai yg ckp dia jadi bomoh/bidan/sewaktu dgnnya lps dpt mmpi. means that dpt ilmu dr mimpi… ad org alim yg dtg ajarkan.. ad pulak yg dpt dr arwah atuk yg dulunya mmg seorang bomoh terkenal. cmne tu? konfius2..
responded on April 4th, 2011 at 12:45 am
assallamualaikum ustaz.
baru2 ni saya ada bermimpi mimpi yg seakan saya dapat rasakan disaat ini dan terasa macam ianya realiti.
saya di datangi seorang lelaki yang saya tak pasti samaada saya kenal atau tidak. Lelaki itu datang ber jumpa saya dan suami dan berkata
anak yang saya kandung ini akan me njadi haknya sekiranya suami saya tidak menjelaskan hutangnya pada lelakit tersebut. Kerana menurutnya zuriat yang kami akan dapat ini adalah kerana berhutang kepadanya.
Sekiranya kami inginkan zuriat ini, maka jelaskan hutang itu.
Kemudian lelaki itu memijak saya dalam keaadaan saya tertiarap perut saya kebawah (dalam keadaan saya mengandung sekarang 7 bulan lebih) dan saya terasa sakit sambil berkata sakit sakit sakit sehingga saya terjaga apabila suami mengejutkan.
responded on December 7th, 2011 at 11:36 pm
Tanpa panduan al-Quran dan Sunnah, akal manusia tak dapat bezakan antara yang nyata dan khayalan/mimpi.
responded on June 9th, 2011 at 6:06 pm
Saya bermimpi diperjelaskan dapat melihat segala bintang dan bulan dengan jelas dengan pandangan mata kasar sahaja dari bumi.
Apakah maksud dari tafsir mimpi ini.
responded on September 28th, 2011 at 4:16 pm
maknanya anda ada mata yg boleh melihat keindahan bulan dan bintang.
responded on December 10th, 2011 at 6:39 pm
kalau mimpi bulan bintang bukan lah mimpi dari syaitan kerna syaitan tidak dapt meyerupai bulan ,matahari para rasul
responded on June 20th, 2011 at 1:31 pm
assalammualaikun ustaz.
saya ingin bertanya 2 soalan? adik saya dikatakan terkena santau angin/sihir apakah amalan yang patut dipatuhi atau apakah ubat yang mujarab baginya.nama nya norafeza bt mustafa.
2. bahayakah penyakit ini jika tidak diubati segera?
responded on December 8th, 2011 at 12:12 am
Salam.
Utk menjawab persoalan sdri, pertama : siapa yang katakan adik sdri terkena santau angin atau sihir? Untuk memastikan adakah betuladik saudari terkena santau/sihir, beliau perlu dirukyahkan dahulu. Rukyah bermaksud membacakan ayat2 alquran yang tertentu bagi mengesan seterusnya mengubati apa jua sakit yang ada. sekiranya terbukti terdapat sihir atau santau, perlulah di rawat.
kaedah rawatan sihir/santau adalah dengan ruqyah2 yg menggunakan ayat2 alquran. silalah berjumpa ustaz yg saudari kenali atau datanglah ke pusat rawatan darussyifa yang berekatan
Kedua: Penyakit ini sekiranya benar ada perlulah dirawat segera kerana lama kelamaan ia akan semakin parah dan mengganggu kehidupan seharian
wallahua’lam
responded on September 28th, 2011 at 4:26 pm
assalammualaikum ustaz….saya slalu bermmpi tentang mncari siput di laut,mmpi najis,mmpi ular,mmpi tntang suami curang…apa kah mmpi2 saya ini ustaz….?ada kah mmpi saya ini hnya mmpi biasa?
responded on September 28th, 2011 at 5:20 pm
salam,,,sy kerap bermimpi berlaku seolah-olah mala petaka bakal berlaku seperti tsunami, kemalangan buruk (tetapi berlaku pada tetapi suatu tempat), tahi bintang jatuh ke bumi dll. dan sy bermimpi hampir tiap2 bulan bhwa sy boleh terbang kemana2 tempat sy kehendaki. tidak ketianggalan pula mimpi ular dan anjing cuba menyerang saya tetapi memberi kesan kepada sy.
responded on November 1st, 2011 at 10:22 pm
kadangkala kita bermimpi orang yang telah meninggal dunia. Adakalanya orang yang telah meninggal dunia menyuruh untuk membayar hutangnya kepada sifolan. Adakah itu mimpi yang benar atau hanya lakonan syaitan?
responded on December 7th, 2011 at 10:23 pm
salam, saya sering mengalami mimpi yang sama berulang kali.. di dlm mimpi itu sya melihat berlakunya kehancuran mukabumi. Manusia dlm ketakutan berlari sana sini, ada sekumpulan manusia dlm keadaan tenang berjln berpimpinan (keluarga), kilat/petir dan guruh berdentum kuat, ada suara menanggis memohon pertolongan dari langit.. dan di akhir mimpi itu ada kelibat seseorang memakai jubah menutup dari kepala hingga ke kaki dan bertongkat.. berdiri tanpa berkata apa2 dlm keadaan tenang.. apakah ini hanya mimpi mainan tidur atau sebaliknya..
responded on December 10th, 2011 at 6:46 pm
as salam ustaz saya nk mintak pandangan ustaz ,masa 2 hari nk berakhir nya puasa( 1432 hijrah) sya tertidur pada wakto petng tiba2 dalam mimpi sya ni ada hamba Allah dia menyuruh saya membaca satu surah dari al quran nama surah itu surah at tahrim. selepas itu sya terus terjaga.dari tidur..tolong sya ya ustaz
responded on March 8th, 2012 at 3:30 pm
Assalamualaikum wbt..
saya selalu bermimpi yg saya mngubati org histeria, menghalau syaitan dan mcm2. dalam mimpi tersebut saya diajar al-fatihah, azan, ayat qursi dan yg terbaru ayat 1000 dinar… setiap kali bangun tidur saya akan rasa penat dan tercungap2..
saya diberitahu oleh bapa angkat pakcik saya yg saya ni diikuti oleh saka keluarga ayah saya, dan org itu telah menawarkan diri utk membuang saka tersebut. katanya ada beratus2 pahlawan bugis mendayung sampan dan mengikut saya.dia mendakwa kaedah yg digunakan adalah ayat2 suci al-quran (wallahu a’lam..saya hanya mendengar dia menyebut “bismi…” dan terkumatkamit). antara kaedahnya ialah menggunakan jantung pisang yg diletakkan/ditekan pd ubun2, belakang tengkuk, jari2 kaki dan tangan dan pelipat siku. kemudian jantung pisang tersebut dibaling kedlm sungai sambil saya membaca bismillah dan selawat nabi SAW. kemudian, sy disuruh masuk kedlm sungai tersebut sambil sehelai daun keladi diletakkan diatas kepala dan sehelai lagi saya pegang dan dia arahkan supaya saya membaca A’uzubillahiminassyaitonirraji (tanpa bismillah) dan ludah pada daun keladi yg sy pegang dan menyelam sambil menanam daun tadi dalam pasir sungai itu. kemudian, dia menyiram air ca,puran bunga dan limau nipis, sambil membaca ayat2. saya disuruh membayar RM84 utk itu. beberapa hari kemudia, saya diberitahu yg kaedah itu tak menjadi dan saka masih mengikut saya dan saya disuruh bersedekah RM44 kepada anak2 yatim supaya anak2 yatim tersebut berdoa utk saya.
persoalannya skrg, saya tak tau adakah benar saya diikuti saka dan saya takut utk bertanya pada ayah saya, takut dia kecik hati. dan skrg, keluarga emak saya memandang saya semacam, dan jika ada apa2 kejadian aneh, mereka akan kaitkan dgn saya. (utk pengetahuan ustaz, ibu bapa saya dah bercerai sejak 22 tahun lalu)… kadang2 saya amat kecewa dan sedih, sbb apa2 perkara aneh, mesti mereka akan tuding jari pd saya. sedangkan saya x merasa apa2 aneh pun…
bantu lah saya