Soal Jawab Agama

Bohong Yang Dibenarkan Dalam Islam

Bohong Yang Dibenarkan Dalam Islam

Nota Editor: Artikel ini asalnya telah dikongsikan oleh Ustaz Abu Basyer di Blog Tanyalah Ustaz.

Soalan : Saya ingin bertanya adakah ada dalam Islam bohong yang di benarkan? Minta pencerahan ustaz.

Jawapan :

Dari Ummu Kultsum binti Uqbah radhiallahu anha bahwa dia mendengar Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda:

لَيْسَ الْكَذَّابُ الَّذِي يُصْلِحُ بَيْنَ النَّاسِ فَيَنْمِي خَيْرًا أَوْ يَقُولُ خَيْرًا

“Bukanlah disebut pembohong orang yang menyelesaikan perselisihan di antara manusia dengan cara dia menyampaikan hal-hal yang baik atau dia berkata hal-hal yang baik”. (HR. Al-Bukhari no. 2692 dan Muslim no. 2605)

Maksudnya: Walaupun apa yang dia sampaikan atau katakan itu tidak benar, akan tetapi dia mengucapkannya agar terwujud perdamaian di antara kedua belah pihak.

Dalam riwayat Muslim ada tambahan:

وَلَمْ أَسْمَعْ يُرَخَّصُ فِي شَيْءٍ مِمَّا يَقُولُ النَّاسُ كَذِبٌ إِلَّا فِي ثَلَاثٍ الْحَرْبُ وَالْإِصْلَاحُ بَيْنَ النَّاسِ وَحَدِيثُ الرَّجُلِ امْرَأَتَهُ وَحَدِيثُ الْمَرْأَةِ زَوْجَهَا

“Saya tidak pernah mendengar diperbolehkannya bohong yang diucapkan oleh manusia kecuali dalam tiga hal: Bohong dalam peperangan, bohong untuk mendamaikan pihak-pihak yang bertikai, dan bohong suami terhadap isteri atau isteri terhadap suami.”

Penjelasan ringkas:

Bohong merupakan dosa yang sangat besar dan amalan yang sangat buruk. Hanya saja, jika pada suatu keadaan tertentu, pembohongan boleh membawa kemaslahatan syar’i yang lebih besar daripada mudharat pembohongan itu, maka ketika itu bohong diperbolehkan jika ada keperluan. Hanya saja ini bukan bererti setiap orang boleh berijtihad dengan pemikirannya untuk menilai suatu bohong itu boleh atau tidak, kerana Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam sendiri telah menegaskan bentuk bohong yang diperbolehkan dalam syariat. Oleh itu kita wajib terbatas pada apa yang beliau sebutkan dan selainnya tetap dalam hukum haram dan merupakan bohong yang tercela.

BACA:  Hukum Makan Ulat Sagu / Ulat Mulong

Adapun pembohongan yang diperbolehkan adalah:

1. Bohong untuk mendamaikan pihak yang bertikai.

2. Bohong dalam perang. Jabir bin Abdillah radhiallahu ‘anhuma berkata: Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

الْحَرْبُ خَدْعَةٌ

“Perang adalah tipu daya”. (HR. Al-Bukhari dan Muslim)

3. Bohong suami terhadap isteri atau isteri terhadap suami.

Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel

2 Comments

  1. Salam ustaz. Ustaz adakah berbohong dlm perjuangan untuk mencapai matlamat sebagai contoh untuk mendamaikan, betpolitik atau berperang dikira sebagai taqqiyah. Yg lari dari konsep Al-quran dan sunnah?

  2. Assalammualaikum wbt…bohong suami terhadap isteri dan bohong isteri terhadap suami tu yang mcm mana ye…mohon pencerahan…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!