≡ Menu

Berpakaian Tetapi Telanjang

Buat para ibu, isteri, kakak, adik-adik perempuan serta para suami dan ayah yang sayangkan isteri dan anak-anak perempuanya, Rasulullah s.a.w telah memberi amaran berkenaan satu sikap golongan hawa yang menjadi penghalang mereka daripada mencium bau syurga. Bau syurga pun tidak dapat dihidu, apatah lagi melangkah kaki memasukinya. Nauzubillah! Moga Allah melindungi kita semua.

Hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni neraka. Aku belum pernah melihat mereka iaitu golongan yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang dan golongan kedua adalah para wanita yang berpakaian tetapi telanjang, berlenggang-lenggok ketika berjalan, menarik perhatian orang yang melihat mereka. Kepala mereka bagaikan bonggol unta yang senget. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga boleh terhidu dari jarak perjalanan yang sangat jauh.” (Riwayat Muslim no. 3971) Dalam riwayat Imam Malik, ada sambungan hadis ini iaitu: “…Bau wangi syurga dapat dihidu dari jarak 500 tahun perjalanan.” (Al-Muwatta’, no. 1421)

Kakak Memakai Baju Adik 8 Tahun

Perbincangan kita kali ini akan tertumpu kepada golongan kedua yang disebut dalam hadis di atas. Apakah yang dimaksudkan dengan berpakaian tetapi telanjang? Imam al-Nawawi ketika mensyarahkan hadis ini menyatakan bahawa ada beberapa makna. Antaranya ialah perempuan itu menutup sebahagian auratnya dan membuka sebahagian yang lain atau memakai pakaian yang terlalu nipis sehingga menampakkan bentuk badannya.

Di dalam kitab al-Muntaqa (Syarah al-Muwatta’ Imam Malik) pula, ditambah dengan pengertian memakai pakaian tetapi terlalu ketat sehingga menampakkan bentuk badan. Betapa ramainya para kakak pada hari ini yang berumur 28 tahun memakai baju adiknya yang berumur 8 tahun. Memakai baju dengan trend “see through”, kononnya mengikut peredaran zaman. Walaupun ada inner, tetapi ia tetap menampakkan bentuk badan. Ada yang merasakan sudah cukup sempurna apabila menutuk rambut, sedangkan tubuh badan terserlah dengan pakaian ketat.

Wahai kaum Hawa, peringatan ini adalah kerana sayangkan kalian, Rasulullah s.a.w. tersangat sayang kepada umatnya. Baginda terlalu ingin melihat umatnya melangkahkan kaki ke syurga yang penuh dengan nikmat yang kekal selamanya.

Baginda juga menjelaskan bahawa para wanita ini sentiasa berlenggang-lenggok ketika berjalan sehingga menyebabkan orang lain yang melihatnya tergoda. Inilah cara berjalan para pelacur pada zaman jahiliah. Inilah cara mereka memperkenalkan diri dan menarik perhatian para pelanggan.

Syeikh Abdul Majid al-Zindani, seorang ulama Yaman menerangkan tentang kalimah ‘mumilat’ yang digunakan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis ini adalah isim fa’il dengan makna seseorang yang menyebabkan orang lain menjadi senget. Apabila melihat perempuan ini berjalan, ada lelaki yang akan menatapnya dengan penuh ghairah sehingga tersenget badannya ke arah pergerakan perempuan tersebut. Fesyen rambutnya seperti bonggol unta yang kelihatan terhuyung-hayang ketika berjalan.

Kesan Negatif

1. Menyusahkan para isteri

Golongan wanita yang berpakaian tetapi telanjang sebenarnya antara penyebab pelbagai masalah rumah tangga yang berlaku. Para suami mula membandingkan wanita tersebut dengan isterinya. Ada juga isteri yang mula menaruh syak wasangka apabila mendapati ada rakan sekerja suaminya yang berpakaian sedemikian rupa. Apabila virus-virus ini mula merebak dalam rumah tangga, ia boleh membawa kepada masalah yang lebih besar.

2. Gangguan seksual terhadap golongan lelaki

Ini adalah satu bentuk gangguan yang menghilangkan tumpuan orang lelaki. Dalam hadis tersebut menyatakan: ”Sehingga senget orang lelaki yang melihatnya,” iaitu senget fizikal dan senget akalnya apabila berhadapan dengan nafsu yang membara akibat bahana golongan wanita tersebut.

3. Mendedahkan diri kepada pelbagai bahaya

Senario hari ini memperlihatkan betapa banyaknya kes rogol dan pengkhianatan kepada golongan wanita. Salah satu faktornya adalah apabila golongan lelaki tergoda melihat tawaran hebat serta promosi percuma wanita yang tidak bermaruah ini. Adakalanya wanita seksi ini tidak menjadi mangsa tetapi nafsu dilampiaskan kepada insan-insan lain yang tidak berdosa seperti gadis lain, kanak-kanak bahkan ada yang menjadikan anak sebagai mangsa.

4. Tidak menghidu bau syurga

Golongan berpakaian tetapi telanjang ini tidak dapat menghidu bau syurga apatah lagi memasukinya.

Sukar untuk Berubah

Ramai wanita yang menyedari kesilapan ini. Bahkan betapa ramai suami yang berasa bersalah melihat keadaan isterinya yang setiap hari ke tempat kerja dalam keadaan berpakaian tetapi telanjang. Sukarnya mengubah penampilan diri. Tambahan pula apabila ada yang suka menyindir melihat perubahan positif yang cuba diusahakan.

Dalam situasi ini, ingatlah perumpamaan yang dibuat oleh Rasulullah s.a.w. berkenaan sahabat. Sahabat yang baik seperti penjual minyak wangi, walaupun kita tidak memperoleh minyak wanginya, tetapi pasti dapat menumpang wangiannya. Bersahabat dengan kawan yang jahat pula seperti berkawan dengan tukang besi, walaupun tidak terkena percikan api, tetapi masih tidak mampu mengelak bau asap yang terkena pada badannya.

Carilah sahabat yang menjual minyak wangi, walalupun anda tidak membelinya tetapi anda pasti menjadi wangi kerana dapat mencubanya secara percuma setiap hari.

Artikel oleh Ustaz Syed Nurhisham – Solusi Isu #21

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

{ 19 comments… add one }
  • hambaAllah August 11, 2011, 4:23 pm

    good. keep it up

  • :) September 9, 2011, 4:41 pm

    alhamdulillah…bagus….cume kalo boleh perincikan hadis yang disebut..

  • kasan0va December 19, 2011, 9:04 pm

    alhamdulillah ade jugak yg mampu buat macam ny di negara2 islam yg mundur dengan agame ny

  • matsaleh December 19, 2011, 11:51 pm

    alhm…llah. bagusbagus.

  • siti rahayu December 26, 2011, 3:44 pm

    alhamdulillah..minta peeminpin malaysia buat undang2 macamnikan bagus

  • imaniah January 14, 2012, 8:48 pm

    mcm ane nk didik hati supaya xda keinginan memakai pkaian y sbegitu?

  • Zamanbaru March 30, 2012, 9:08 am

    Amat sedih sekali sebagai wanita Muslim kerana tidak bebas berpakaian. Wanita bertudung menyebab mereka kelihatan hodoh dan seram. Kecantikan wanita sudah ditakdirkan kenapa dihodohkan? Wanita bertudung mengganggu senaman dan gerakan menyebab kebanyakan negara Islam dimana wanita tak dapat menceburi permainan sukan. Ini menyebab kepakaran wanita dalam sukan telah disekat. Wanita dan lelaki adalah sesama manusia. Janganlah guna alasan agama menyebab mereka dibahagikan. 

    • WayofLife April 14, 2012, 10:37 am

      errr….Islam itu mudah, tetapi jangan memudahkannya. Jika anda kata lelaki dan perempuan itu mempunyai hak kesamarataannya, anda berfikir sebentar berkenaan persoalan ini. Adakah baik kiranya seorang wanita yg sarat mengandung berdiri didalam bas sementara lelaki yang lain didalamnya duduk dan tidak mempedulikannya? (jika semua didalam dunia ini mempunyai hak kesamarataan)padahal kita mengangkat kaum Hawa ini dengan memberi kelebihan pada mereka..kita menghormati mereka kerana sememangnya wanita dan lelaki adalah berbeza.

    • hamba Allah April 15, 2012, 11:31 pm

      Perempuan mmg dikurniakan kecantikan… Memakai tudung bukan tujuan untuk menghodohkan seseorang perempuan tu..Sebaliknya bertujuan untuk memelihara kecantikan & keindahan seseorang wanita itu. Untuk ape kecantikan dipertontonkan kepada insan yang tidak selayaknya menikmati keindahan tersebut.?
      Berbalik pada bertudung ketika bersukan… Takde masalah langsung sebenarnya… & kalo kena caranya, langsung x mengganggu aktiviti sukan.. Contohnya, kalo nak berjogging, cari je tudung yang menutup hingga paras dada & pinkan pada baju… settle… Bende yang simple mcm tu xperlu dirumitkan.. Saya selalu joging… Tp xpernah lg rasenye tudung tu mengganggu aktiviti jogging saya…
      Setiap yang Allah jadikan tu bersebab & tak mungkin sia sia.. Rules yang Allah dh bagi, sile ikot kalo nak dapatkan syurga… Kalo xnak follow, then up to u.. Tp dosa tu, tuan badan sendiri la yang tanggung…
      Islam agama yang indah, & tidak sesekali membebankan umatnya… 🙂

    • mujahadah June 2, 2012, 5:55 pm

      jangan juga guna alasan sukan untuk tidak mengikut syariat yang ditentukan Allah..bukankah memakai tudung ialah arahan Allah dan setiap arahan yang diberikan adalah yang terbaik dan mempunyai hikmah..cuba anda fikirkan kebaikan memakai tudung dan setahu saya memakai tudung tidak pernah menyusahkan ketika bersukan dan saya ialah pemain softball dan tudung lansung tidak menyusahkan saya ketika bermain..bukankah lebih baik susah di dunia daripada susah di akhirat..fikirkanlah dengan sebaik mungkin sebelum melakukan sesuatu.

    • jiman August 20, 2013, 2:18 pm

      Adakah wanita bertudung susah untuk bersukan atau peraturan sukan itu menyusahkan mereka untuk bersukan?

      Kalau dah kerja polis, pakailah pakaian seragam polis. Jangan pakai pakaian seragam askar. Kalau dah Islam, ikutlah cara berpakaian Islam. Tak begitu?

  • MUHAMMAD SAIFUDDIN April 15, 2012, 3:02 pm

    Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani dalam
    تؤمن بالقدر خيره شره
    حديث صحيح مسلم
    kitabnya Al-Ghunyah li Thalibi Thariq Al-Haqq, Juz 1, Hal 80 mendefinasikan ASWJ sebagai berikut
    : “Yang dimaksudkan dengan sunnah adalah apa yang diajarkan oleh Rasulullah SAW (meliputi ucapan,perilaku serta ketetapan Baginda). Sedangkan yang dimaksudkan dengan pengertian jemaah adalah sesuatu yang telah disepakati oleh para sahabat Nabi SAW pada masa Khulafa’ Al-Rasyidin yang empat yang telah diberi hidayah oleh Allah SWT”.

    Dalam sebuah hadis.
    Dari Abu Hurairah RA, Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda
    “ Akan terpecah umat Yahudi kepada 71 firkah, Dan terpecah umat Nasrani kepada 72 firkah, Dan akan terpecah umatku menjadi 73 Tariqah. Semuanya akan dimasukkan ke neraka kecuali satu. Berkata para sahabat : Wahai Rasulullah, Siapakah mereka wahai Rasulullah ?. Rasulullah menjawab : Mereka yang mengikuti aku dan para sahabatku”. (HR Abu Daud,At-Tirmizi, dan Ibn Majah).

    AhlusSunnahWalJamaah mengikut Imam Abu Hassan Al Asy’ari dan Imam Abu Mansur Al Maturidi. Dalam ilmu Fiqh, AhlusSunnah WalJamaah mengikuti Mazhab yang rojih empat iaitu Mazhab Hanafi,Maliki,Syafi’e dan Hanbali. Manakala dalam ilmu Tasawuf mengikuti Imam Junaid Al Baghdadi, Abu Yazid Al Busthami Imam Al Ghazali …ArRifaI…

    Shohih Jidan…mari kita teliti Miftah Assa`adah Wa Mishbah Assiyadah, Syeikh Tasy Kauthari Zadah berkata :
    اعْلَمْ أَنَّ رَئِيْسَ أَهْلِ السُّنَّةِ وَالْجَمَاعَةِ فِى عِلْمِ الْكَلاَمِ رَجُلاَنِ : أَحَدُهُمَا حَنَفِيٌّ وَالآخَرُ شَافِعِيٌّ ، أَمَّا الْحَنَفِيُّ فَهُوَ أَبُو مَنْصُورِ مُحَمَّدُ بْنُ مُحَمَّدِ بْنِ مَحْمُودِ الْمَاتُرِيْدِيُّ ، إِمَامُ الْهُدَى … وَأَمَّا الآَخَرُ الشَّافِعِيُّ فَهُوَ شَيْخُ السُّنَّةِ وَرَئِيْسُ الْجَمَاعَةِ إِمَامُ الْمُتَكَلِّمِيْنَ وَنَاصِرُ سُنَّةِ سَيِّدِ الْمُرْسَلِيْنَ وَالذَّاهبُ عَنْ الدِّيْنَ وَالسَّاعِي فِي حِفْظِ عَقَائِدِ الْمُسْلِمِيْنَ أَبُو الْحَسَنِ الأَشْعَرِيُّ البَصْرِيُّ

    Ketahuilah bahawa ketua Ahlus Sunnah Wal Jamaah dalam bidang Ilmu Kalam (Ilmu Tauhid) ialah dua orang : Seorang daripadanya ialah bermazhab Hanafi, dan seorang lagi bermazhab Syafie. Orang yang bermazhab Hanafi itu ialah Abu Mansur Muhammad bin Muhammad bin Mahmud al Maturidi, penghulu bagi petunjuk. Manakala seorang lagi yang bermazhab Syafie ialah Syeikh as Sunnah, dan ketua al Jamaah, Imam bagi ulama Ilmu Kalam, pendokong sunnah Penghulu bagi rasul-rasul (Nabi Muhammad SAW), pengukuh Agama, dan penyelusur di dunia memelihara Akidah Muslim, dia ialah Abu Hassan al Asy’ari.
    hadis no 1 sahih muslim jilid 1
    عن يحي بن يعمر قال كان اول من قال في القدر بالبصرة معبد الجهني فانلقت انا و حميد بن عبد الرحمان الحميري حاجين او معتمرين فقلنا لو لقينا احدا من اصحاب رسول الله صلى عليه وسلم فسالناه عما يقول هؤلاء في القدر
    فوفق لنا عبدالله بن عمر بن الخطاب داخلا المسجد فأكتنفته انا وصاحبي احدنا عن يمينه والاخر عن شماله فظننت ان صاحبي سيكل الكلام الي فقلت أبا عبد الرحمان انه قد ظهر قبلنا ناس يقرؤن القران ويتقفرون العلم وذكر من شأنهم وانهم يزعمون ان لاقدر وان الامر انف قال فاذا لقيت اولئك فاخبرهم اني برئ منهم وانهم براء منى والذي يحلف به عبدالله بن عمر لو ان لاحدهم مثل احد ذهبا فانفقه ما قبل الله من حتى يؤمن بالقدر ثم قال حدثني ابي عمر بن الخطاب قال بينما نحن عبد رسول الله صلى الله عليه وسلم ذات يوم اذ طلع علينا رجل شديد بياض الثياب شديد سواد الشعر لا يرى عليه اثر السفر ولا يعرفه منا احد حتى جلس الى الى النبي صلى الله عليه وسلم فاسند ركبتيه الى ركبتيه ووضع كفيه على فخذيه
    قال يا محمد اخبرني عن الاسلام فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم الاسلام ان تشهد ان لا اله الا الله وأن محمدا رسول الله وتقيم الصلاة وتؤتي الزكاة وتصوم رمضان وتحج البيت ان استطعت اليه سبيلا
    قال صدقت قال فعجبنا له يساله ويصدقه قال فاخبرني عن الإمان قال أن تؤمن بالله وملائكته وكتبه ورسله واليوم الاخر وتؤمن بالقدر خيره وشره قال صدقت قال فاخبرني عن الاحسان قال ان تعبد الله كانك تراه فان لم تكن تراه فانه يراك
    قال فأخبرني عن الائل قال فاخبرني عن امارتها قال ان تلد الامة ربتها وان ترى الحفاة العراة العالة رعاء الشاء يتطاولون في البنيان قال ثم أنتلق فلبثت مليا ثم قال لي يا عمر اتدرى من السائل قلت الله ورسوله أعلم قال فإنه جبريل اتاكم يعلمكم دينكم
    Daripada Yahya bin Ya’amar radhiallahu anhu
    katanya…
    orang yang mula bercakap di bashrah menentang adanya qadar aialah ma’bad aljuhani
    maka pada suatu ketika akan dan humaid bin abdurrahman al hamairi sama sama pergi tunai haji
    atau umrah kami berdua sepakat kalau bertemu dengan salah satu sahabat rasulullah sallallhahu alaihi wasalam kami akan bertanya hal qadar…
    maka kami bertemu dengan abdullah ibnu umar bin khattab di masjid.

    hadis ni panjang jua…

    berkata yahya…
    telah berlaku orang yang membaca al qur’an dan para ilmuwan yang mendakwa bahawa tak de qadar.emua yang terjadi menurut kudratnyas tanpa di dahulUi qadar DAN ilmu Allah…
    JAWAB ABDULLAH IBNU UMAR…”APABILAengkau bertemu mereka maka katalah kepada mereka …bahawa aku tak sependapat dengan mereka…
    demi Allah kalaulahmereka ada sebungkal emas dan mereka nafkahkannya maka tak akan diterima amal mereka sehingga mereka beriman dengan qadar…panjang lagi hadis ni

    hadis bab iman islam dan ihsan…
    mohon sharah dan jelas kan hal ini…supaya jelas kepada kita bahawa wajib yakin dengan qadar Allah
    sifat qudrat dan iradat Allah menetapkan qadar setiap mahkluk

    cuba jelaskan hal

    وتؤمن بالقدر خيره وشره

    أستغفرالله العظيم
    اللهم أغفرلنا ذنوبنا امين
    إن رحمتي غلبت غضبي

    قال كم لبثتم في الأرض عدد سنين
    قالوا البثنا يوما أو بعض يوم فسئل العادين
    قال إن لبثتم إلا قليلا لو أنكم كنتم تعلمون
    Dia (Allah ) berfirman, “Berapa tahunkah lamanya kamu tinggal di bumi?”. Mereka menjawab, “Kami tinggal (di bumi) sehari atau setengah hari, maka tanyakanlah kepada mereka yang menghitung.” Dia ya’ni Allah berfirman,
    “Kamu tinggal di bumi hanya sebentar sahaja, jika kamu benar-benar mengetahui.” Al-Mu’minun ayat 112 hingga 114

    Apabila sedekah dapat menghilangkan maksiat
    Taqwa
    إمتثل الأوامر وإجتناب النواهي
    Laksanakan perintah Allah ,hindari larangan Allah

    Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri
    mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Mohor Pengampun lagi Mohor Penyayang.” (Az-Zumar :53)
    hadis ada sebut “Sesungguhnya AdDinul Islam akan dibantu oleh lelaki fajir”…
    Ore fajir apabila dah bertaubat nasuha (bermakna bersih…
    InsyaAllah akan faham banyak hal dari pengalaman yang telah ditempuhnya…
    Ore fajir yang bertaubat…InsyaAllah akan membantu gerak tugas selaku manusia Khalifah di Bumi…

    Ada sahabat yang asalnya fajir… apabila bertaubat masuk Islam…berjihad serta naik Syahid… dalam jihad fil Qital…
    Hadis 978 sahih muslim jilid 2
    Daripada abu hurairah radhiallahu anhu daripada nabi Sallallahu alaihi wasalam bersabda …
    Ada insan lelaki berkata…
    Aku nak bersedekah pada haza lail/)pada male ini…
    Lalu dia keluar membawa sedekahnya dan disedekahkannya kepada perempuan lacur
    Besok paginya ore ramai memperkatakan akan hal bahawa male tadi ada pelacur yang diberi sedekah…
    Insan yang telah sedekah tersebut berujar…
    Wahai Allah semua puji adalah bagi Mu yang telah mentakdirkan sedekahku jatuh kepada pelacur…
    Aku akan bersedekah lagi…lalu dia pergi membawa sedekahnya…lalu diberikannya kepada ore kaya…
    Pagi pagi hari ore ramai memperkatakanpula bahawa male tadi/ the night ada insan telah berikan sedekah kpd ore kaya / insan kaya harta…
    Lalu ore yg telah bersedekah berkata
    Wahai Allah semua puji bagiMu …kerana engkau telah menjadikan sedekahku jatuh kpd ore kaya…
    Aku akan bersedekah lagi…
    Dia pergi pula membawakan sedekahnya dan diberikan kpd pencuri

    Pagi pagi hari ore ramai membicarakan akan hal ada ore yang bersedekah kpd pencuri
    Ore yang telah bersedekah berkata…
    Ya allah semua puji bagiMu yang telah mentakdirkan sedekahku jatuh kepada pelacur, kepada ore kaya dan kpd pencuri
    Kemudian ore yg bersedekah didatangi malaikat yang berkata…
    Sedekah anda telah diterima baik …kesanya adalah mudah mudahan dia bertaubat serta berhenti dari melacur
    Kepada si kaya …mudah mudahan dia sedar bertaubat lalu dia rajin pula bersedekah
    Kepada si pencuri mudah mudahan dia berhenti mencuri….
    Ayat 56 surah AlMudassir
    Dab mereka tidsak aan mengambil pelajaran dari AlQur’an kecuali jika Allah mengkehendakinya. Dia adalah Tuhan yang wajib kita Taqwa dan Yang berhak memberi Ampun
    Taqwa= Imtisalul awamir wajtinabu nawahir

    Ayat 12 surah Al Mulk
    Sesungguhnya ore ore yang bertaqwa kepada Tuhannya yang tidak terlihat oleh mereka, mereka mendapat ampunan dan pahala yang besar

    Iman serta Taubat Insan terlanjur berdosa…
    عن ابي هريرة ان النبي صلى الله عليه وسلم قال لا يزنى حين يزنى وهو مؤمن ولا يسرق حين يسرق وهو مؤمن ولا يشرب الخمرحين يشربها وهو مؤمن والتوبة معروضة بعد

    Hadis Sahih muslim no 46 jilid 1 Dari abu Hurairah radhiallahu anhu telah berkata. Rasulullah sallallahu alihi wasalam telah bersabda… Tidak sempurna iman se seo ore yang berzina …ketika dia berzina… Imannya tidak sempurna ( La yazni azzani hiina yazzni wa huwa mu’minun… Tidak sempurna iman se se ore yang mencuri…ketika dia mencuri…Imannya tidak sempurna ketika dia mencuri (wa la yasriqu hiina yasraqu wa huwa mu’minun… Tidak sempurna iman se se orang yang meminum arak ketika dia meminumnya…Imannya tidak sempurna kitika dia meminum arak (wa la yasrabu alkhamra hiina yasrabuha wa huwa mu’minun Dan AtTaubat terbuka selepas (kesalahan dosa tersebut… Wa Taubatu ma’rudhotun ba’du
    ana nak bertanya apa kah syarat syarat yang membuatkan taubat Insan diterima Allah… diampuni dosanya yang silam…
    Hadis 978 sahih muslim jilid 2
    Daripada abu hurairah radhiallahu anhu daripada nabi Sallallahu alaihi wasalam bersabda …
    Ada se ore lelaki berkata…
    Aku nak bersedekah pada haza lail pada male ini…
    Lalu dia keluar membawa sedekahnya dan disedekahkannya kepada perempuan lacur
    Besok paginya ore ramai memperkatakan akan hal bahawa male tadi ada pelacur yang diberi sedekah…
    Insan yang tealh sedekah tersebut berujar…
    Wahai Allah semua puji adalah bagi Mu yang telah mentakdirkan sedekahku jatuh kepada pelacur…
    Aku akan bersedekah lagi…lalu dia pergi membawa sedekahnya…lalu diberikannya kepada ore kaya…
    Pagi pagi hari ore ramai memperkatakanpula bahawa male tadi/ the night ada insan telah berikan sedekah kpd ore kaya / insan kaya harta…
    Lalu ore yg telah bersedekah berkata
    Wahai Allah semua puji bagiMu …kerana engkau telah menjadikan sedekahku jatuh kpd ore kaya…
    Aku akan bersedekah lagi…
    Dia pergi pula membawakan sedekahnya dan diberikan kpd pencuri

    Pagi pagi hari ore ramai membicarakan akan hal ada ore yang bersedekah kpd pencuri
    Ore yang telah bersedekah berkata…
    Ya allah semua puji bagiMu yang telah mentakdirkan sedekahku jatuh kepada pelacur, kepada ore kaya dan kpd pencuri
    Kemudian ore yg bersedekah didatangi malaikat yang berkata…
    Sedekah anda telah diterima baik …kesanya adalah mudah mudahan dia bertaubat serta berhenti dari melacur
    Kepada si kaya …mudah mudahan dia sedar bertaubat lalu dia rajin pula bersedekah
    Kepada si pencuri mudah mudahan dia berhenti mencuri….

  • Osama May 26, 2012, 8:08 am

    Kenapa wanita Muslim dihina? Kenapa mereka tidak boleh kebebasan berpakaian? kejahatan terhadap wanita bukan salah wanita yang salahnya ialah penjahat ada niat jahat.

    • mujahadah June 2, 2012, 5:41 pm

      Memang salah satu sebabnya ialah niat penjahat tetapi salah wanita juga adalah faktornya kerana anugerah kecantikan yang ada pada wanita sepatutnya dilindungi dan ditunjukkan kepada suaminya dan lelaki nafsunya satu iaitu wanita.Bukankah ada hadis mengatakan bahawa ujian paling berat ke atas umat lelaki ialah wanita dan itu membuktikan bahawa wanita hendaklah melindungi dirinya dengan menutupi tubuhnya mengikut etika pakaian yang dibenarkan syarak dan itu akan mengurangkan hawa nafsu lelaki.

  • balqis June 1, 2012, 5:28 pm

    insya allah..satu hari nanti mereka golongan yang memakai pakaian tetapi bertelanjang ini akan sedar dan menjadi muslimah sejati..ingatlah..`sebaik2 perhiasan di dunia ialah wanita solehah’..semoga ini juga menjadi pengajaran untuk kita berubah menjadi yang lebih baik…

  • Cresando February 21, 2013, 10:34 pm

    Ada juga comment drpd prmpuan yg x berapa puas ati yer? Klau dah ada orang rogol, jgn salahkn org tu pulak. Korang yg pakai pakaian telanjang tu.

  • kl-car-rental February 22, 2013, 4:57 am

    alhamdulillah..perkongsian yg sangat2 berguna..moga2 kaum hawa yg di sayangi di luar sana menitik beratkan apa yg nabi berpesan kpd kita 1400 tahun sebelum ini..sungguh sedih melihat kaum hawa sekarang..rata2 ramai yg sudah hilang sifat malu dalam diri mereka..astaghfirullah..moga2 allah memberikan hidayah kepada mereka..
    kl-car-rental recently posted..The Room Hotel Sri Permaisuri

  • bukit gambang March 8, 2014, 5:03 pm

    banyak keburukan daripada kebaikan..

  • boy March 12, 2014, 10:59 am

    asalamualaikum……… Rasulullah s.a.w bersabda: “Apabila si mati dikuburkan.., datanglah kepadanya dua Malaikat hitam legam, lagi biru (matanya), salah satu di antaranya disebut dengan nama “Munkar” dan yang satulagi disebut dengan nama “Nakir”, (lalu keduanya mendudukan si mati itu setelah dikembalikan rohnya ke dalam jasadnya) kemudian mereka menyoalnya:”Apa yang pernah engkau katakan mengenai orang ini (Muhammad s.a.w)?” (dan pada satu riwayat oleh Abu Daud:
    Mereka bertanya kepadanya: “Apa yang engkau pernah sembah?” Maka kalau Allah memberi hidayah pertunjuk kepadanya, ia akan menjawab dengan berkata: “Aku menyembah Allah!” Kemudian ia ditanya lagi: “Apa yang engkau pernah katakan mengenai orang ini (Muhammad s.a.w)?” (Dan pada satu riwayat yang lain, oleh Abu Daud juga: Mereka menyoalnya dengan berkata: “Siapa Tuhanmu?” Ia menjawab: “Tuhanku ialah Allah!” Mereka bertanya lagi: “Apa agama mu?” Ia menjawab: “Agamaku ialah Islam!” Mereka bertanya lagi: “Siapa dia orang yang telah diutuskan dalam kalangan kamu)?” Maka kalau si mati seorang yang beriman, ia akan menjawab dengan berkata: “Orang itu (Muhammad s.a.w) ialah hamba Allah dan RasulNya, aku mengetahui serta meyakini bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad itu ialah hamba Allah dan RasulNya!”
    Mereka berkata kepadanya: “Kami sedia mengetahui bahawa engkau mengakui yang demikian”; (Dan pada satu riwayat oleh Abu Daud bahawa Baginda s.a.w bersabda: “Lalu diseru oleh penyeru dari langit katanya: “Sungguh benar hamba-Ku, maka bentangkanlah kepadanya satu hamparan dari Syurga, dan pakaikanlah dia pakaian dari Syurga, serta bukakanlah baginya sebuah pintu ke Syurga”. “Rasulullah s.a.w bersabda lagi: “Lalu datang kepadanya sebahagian dari bau Syurga dan keharumannya ); kemudian dilapangkan kuburnya seluas tujuh puluh hasta persegi, dan diberikan cahaya yang menerangi kuburnya; kemudian dikatakan kepadanya: “Tidurlah!” Lalu ia berkata: “Bolehkah aku balik kepada keluargaku supaya dapat aku ceritakan kebaikan halku?”
    Dua Malaikat itu berkata kepadanya: “Tidurlah seperti tidurnya pengantin yang tidak dibangkitkan dari tidurnya melainkan sekasih-kasih ahlinya; Demikianlah halnya sehingga ia dibangkitkan Allah dari tempat baringnya itu. Jika si mati itu seoarang munafik, ia menjawab pertanyaan Malaikat itu dengan katanya: “Aku dengar orang berkata demikian, maka aku pun turut berkata sama; aku tidak tahu benarkah atau tidak”. Lalu dua Malaikat itu berkata: “Memang kami tahu engkau berkata demikian”; (dan menurut satu riwayat oleh Abu Daud: “Lalu diseru oleh penyeru dari langit katanya: “Sesungguhnya orang itu berdusta maka bentangkanlah kepadanya satu hamparan dari Neraka, dan pakaikanlah dia dari Neraka, serta bukakanlah baginya sebuah pintu ke Neraka”. Rasulullah s.a.w. bersabda lagi: “Lalu datang kepadanya sebahagian dari bahang Neraka dan udara panasnya) kemudian diperintahkan bumi supaya mengapitnya lalu bumi mengapitnya sehingga berselisih tulang-tulang rusuknya, maka tinggallah ia dalam azab itu terus menerus ke masa Allah bangkitkan dia dari kuburnya.”

Leave a Comment

CommentLuv badge