≡ Menu

Berjalan Kaki Dan Berpuasa Mampu Menajamkan Fikiran Anda

Ramai rakan-rakan saya yang berusia 40-an yang mengadu mereka mengalami satu keadaan ‘mudah lupa’. Ia berlaku secara berulang-ulang. Terutamanya kaum lelaki.

Kalau yang lupa tarikh dan nama orang yang ditemui dianggap masalah yang biasa. Ada yang tidak jumpa di mana dia letakkan pen, sedangkan pen itu berada di celah telinga mereka.

Ada yang meletakkan kunci kereta, seharian mencarinya tetapi tidak jumpa. Ini bukan masalah ‘salah letak’ tetapi tidak ingat di mana diletakkan kunci tersebut.

Malah ada yang terpaksa berpatah balik ketika memandu ke rumah, kerana menyangka dia masih lagi bekerja, tetapi sebenarnya di telah pun pencen.

Ada yang lupa jalan balik ke rumah apabila pergi ke masjid, selepas solat subuh. Inilah yang kita sangat bimbangkan.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Padahal semua penyakit ini sudah ada penawarnya, iaitu dengan cara berpuasa dan berjalan kaki.

Bagi mereka yang mempunyai ibu atau bapa yang mengalami masalah nyanyuk atau pelupa ini, mereka lebih berisiko untuk mengalami masalah yang sama. Jadi banyakkan berpuasa dan berjalan kaki.

Apabila semakin berumur, saiz otak kita akan berkurangan. Dalam erti kata yang lain, otak kita mengecut. Tetapi dengan banyak berjalan kaki, ia dapat melambatkan proses pengecutan otak ini.

Secara tidak langsung ia melambatkan proses dementia. Malah ada kajian yang menunjukkan dengan kerap berjalan, ia akan menyebabkan kawasan dalam otak yang dikenali sebagai hippocampus, (yang bertanggungjawab dalam proses mengingat dan menghafal), akan menjadi lebih besar dan tetap sihat.

BACA:  Berendam Dalam ‘Besen’, Doktor Saran Amalkan “Sitz Bath” Untuk Yang Ada Masalah Buasir, Sembelit Kronik

Dalam kajian yang menggunakan pemeriksaan MRI, orang yang banyak berjalan kaki, otak kita akan menjadi lebih muda dua tahun berbanding dengan orang yang tidak suka berjalan kaki.

Sebab itu saya selalu menggalakkan orang yang pergi ke masjid agar berjalan kaki. Walaupun jarak rumah mungkin agak jauh dari masjid, mungkin ambil masa 30 minit, anggap ia sebagai satu riadah untuk menyihatkan tubuh dan otak.

Elakkan daripada mengeluh. Untuk mengelakkan lambat ke masjid, rancang waktu ke masjid, mungkin 30 minit sebelum azan dilaungkan.

Mungkin kita boleh simpan motorsikal dan kereta kita untuk perjalanan yang lebih jauh, malah menjimatkan penggunaan minyak kereta.

Begitu juga para pelajar, terutamanya pelajar madrasah yang ingin menghafal ayat-ayat Quran. Cara terbaik ialah dengan banyakkan berpuasa dan berjalan kaki.

Tiada yang dapat menajamkan fikiran dan memperbaiki ingatan kita kecuali dengan banyakkan berpuasa dan berjalan kaki.

Jom kita berubah. Kurangkan makan, perbanyakkan berpuasa. Minimakan menaiki kenderaan, maksimakan berjalan kaki.

Rujukan;
K. I. Erickson, M. W. Voss, et al., Salk Institute, San Diego, CA, “Exercise training increases size of hippocampus and improves memory,” Proceedings of the National Academy of Science USA (January 2011): 3017–22.

 

Sumber: Tazkirah.net 

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel