Isu Semasa

Berita Sedih dari Tanah Suci Kepada Bakal Jemaah Umrah & Haji

Bermula semalam , Khamis, 19 April, jemaah sudah tak boleh melawat tempat-tempat ziarah, larangan telah dikeluarkan oleh kerajaan Arab Saudi.

Saya dapat info ni, daripada HQ Andalusia semalam. Muassasah hantar notis melalui fax. Bagi semua departure, Ziarah Luar Kota Mekah & Kota Madinah perlu keluarkan aturcara berikut :-

Larangan melawat :

  • Ziarah Luar Madinah – keluarkan dari aturcara program ke LADANG KURMA.
  • Ziarah Luar Mekah – keluarkan dari aturcara program ke JABAL THUR, JABAL NOOR (GUA HIRA’).
  • Ziarah Thaif – keluarkan dari aturcara program ke BANI SA’AD, MASJID KU’, MASJID IBNU ‘ABBAS.
  • Bagi pakcik makcik, abang kakak, yang belum pergi ke tanah suci, peluang ziarah ke tempat peninggalan sejarah (atsar Rasulullah saw dan sahabat) dah semakin berkurang.

Sekadar boleh tengok dari jauh, dalam bas sahaja.

Alasan larangan :

1. Ada jemaah India, buat tawaf keliling pokok di perkampungan Bani Sa’ad di Thaif, untuk mengelakkan perkara khurafat dan bida’ah.

Tak dibenarkan lagi jalan-jalan / ziarah-ziarah ni.

Hanya fokus Masjidilharam dan Masjid Nabawi sahaja.

2. Terlampau ramai di ladang kurma, dan tertumpu pada satu2 ladang kurma sehingga menyesakkan jalan sampai tertutup jalan.

[PERINGATAN] kepada yang sedang pergi, jangan buat perkara pelik-pelik, tingkah laku kalian menjejaskan orang lain.

Walaupun ada disebut khusus jemaah India, tidak dapat dinafikan, ada juga segelintir daripada jemaah Malaysia dan Indonesia pun ada melakukan perkara pelik-pelik. Usap itu dan ini.

Belum kira yang pergi ambil toyol dan lain-lain. Mengarut ngarut.

P/s : Sesiapa yang langgar arahan akan didenda Sr5000.

Credit to semua group MUTAWWIF & Ustaz Amir Hidayat for the picture.

BACA:  Belanda haram sembelih ikut cara Islam

Sumber: Mutawwif.com

1 Comments

  1. TERKINI..!! BERITA SEDIH DARI TANAH SUCI KEPADA BAKAL JEMAAH UMRAH & HAJI – SPEAKERLAMA.COM

    […] Sumber: Mutawwif.com via Islamituindah […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!