Kesihatan

Benarkah Tidak Boleh Mencampurkan Antara Makanan Darat Dan Laut?

Sejak daripada zaman sekolah, saya kerap mendengar larangan mencampurkan hidangan lauk dan darat apabila makan. Ikan tak boleh campur dengan daging. Ikan tak boleh makan dengan susu. Ikan bilis tak boleh makan dengan telur. Malah larangan ini dikaitkan dengan cara Nabi makan.

“Jangan campur makanan laut dan darat. Nabi tak makan macam tu”

“Jangan campur makanan laut dan darat, tak elok”

Malah sehingga sekarang pun saya percaya perkara ini masih berlegar dalam kalangan masyarakat kita. Anda juga pasti pernah mendengar tentangnya bukan?

Adakah Benar Ada Larangan Menggabungkan Hidangan Laut Dan Darat

Setelah membaca dan meneliti, didapati sebenarnya tidak ada larangan daripada Al-Quran mahupun hadis mengenai larangan tersebut. Saya sendiri pelik bagaimana ianya boleh bermula. Mungkin larangan tersebut sebenarnya lebih kepada adat dan budaya yang bertujuan mengelakkan pembaziran atau masalah pencernaan.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُلُوا مِن طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ وَاشْكُرُوا لِلَّـهِ إِن كُنتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ (Surah Al-Baqarah 2:172)

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadanya.”

Malah anjuran untuk makan dalam kadar yang seimbang terdapat dalam hadis sahih riwayat Tirmizi:

مَا مَلَأَ آدَمِيٌّ وِعَاءً شَرًّا مِنْ بَطْنٍ. بِحَسْبِ ابْنِ آدَمَ أُكُلَاتٌ يُقِمْنَ صُلْبَهُ، فَإِنْ كَانَ لَا مَحَالَةَ فَثُلُثٌ لِطَعَامِهِ وَثُلُثٌ لِشَرَابِهِ وَثُلُثٌ لِنَفَسِهِ

Maksudnya: “Tidak ada tempat yang diisi oleh anak keturunan Adam yang lebih buruk daripada perutnya. Cukuplah bagi anak keturunan Adam agar makan sekadar untuk menegakkan tulang sulbinya. Melainkan jika dia tidak dapat mengelak, maka isilah sepertiga untuk makanannya, sepertiga untuk minumannya dan sepertiga untuk nafasnya.” (Riwayat al-Tirmizi (2380 – Hadis ini dinilai hasan sahih oleh Imam al-Tirmizi)

BACA:  Daun Sekentut - Ulam Yang Berkhasiat Untuk Diambil Dalam Pantang Selepas Bersalin

Apa Kata Sains?

Bagaimana pula dari sudut sains? Adakah dengan mencampurkan hidangan darat dan laut tidak baik untuk diet dan boleh menyebabkan terhasilnya toksik yang berbahaya kepada badan?

Secara umumnya tidak ada larangan untuk mencampurkan hidangan laut dan juga darat. Yang dilarang ialah mencampurkan hidangan berasaskan protein (contohnya daging, telur, keju dan ikan) dengan hidangan berasaskan kanji (nasi, bijirin oat, kentang, jagung dan roti).

Hal ini kerana, bahan-bahan protein dan karbohidrat ini memerlukan enzim yang berbeza untuk dicerna. Menurut pakar nutrisi Zoe Bringley-Pullin seperti yang dilaporkan oleh The Huffington Post, percampuran dua bahan ini akan menyebabkan masalah pencernaan seperti kembung perut, cirit-birit atau sembelit.

Berbalik kepada larangan mencampurkan hidangan laut dan darat, jika larangan ini datang daripada doktor atau pakar nutrisi, maka sebaiknya diikuti cadangan tersebut kerana mereka lebih arif.

 

Sumber: tzkrh.com 

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *