Kesihatan

Bahaya Amalan Mengorek Telinga Menggunakan Cotton Bud

Saya pernah beritahu betapa bahaya amalan mengorek telinga ini. Tapi masih ramai pesakit saya yang belum tahu.

Baiklah, ear wax, lilin telinga atau orang kita sebut sebagai tahi telinga ini sebenarnya tak perlu cuba untuk dikeluarkan.

Ear wax, cerumen atau tahi telinga yang cuba dibuang itu ada fungsinya sendiri. Apa fungsi cerumen ini?

1. Ia akan membentuk lapisan asid ‘acidic coat’ yang mengandungi lysozyme. Ia penting untuk mencegah jangkitan kuman bakteria dan fungal.

2. Ear wax atau tahi telinga mengandungi juga lapisan lipid ‘lipid-rich cerumen’. Ia bersifat hydrophobic dan mencegah pengumpulan air terlalu banyak daripada meresap ke salur telinga.

3. cerumen juga berfungsi menghalang segala kotoran dan bendasing dari luar.

Oleh itu, ia tidak perlu dibuang MELAINKAN dua sebab iaitu:

1. Mengalami kurang dengar.
2. Sakit akibat cerumen yang terlalu keras ‘impacted ear wax’

Jumpa doktor jika ada sebarang masalah.

Moga bermanfaat. Sila tekan butang #SHARE jika anda rasa tulisan ini amat berharga.

Dr. Ezairy M.Sallih
Doktor Otorinolaringologi
Telinga, Hidung & Tekak

Ini akan berlaku sekiranya anda berterusan amalkan tabiat ini. Gegendang telinga ‘ear drum’ boleh mengalami kebocoran!

 

Sumber: Facebook Dr Ezairy M.Sallih

Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel

BACA:  Mampu Sembuhkan Pelbagai Penyakit, Inilah Khasiat Pokok Senduduk (Melastoma Malabathricum) Yang Ramai Tidak Tahu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!