Ibadah

Bacaan ayat Al-Quran untuk simati dibolehkan dalam Islam

Ahli sunnah wal-jamaah bersependapat bahawa orang-orang yang telah mati, mendapat manfaat dari doa-doa dan sedekah orang hidup untuk mereka.

Imam murtadho al-zabidi menyatakan dalam kitab syarah ihya’ dengan katanya : Berkata imam al-suyuthi dalam kitab syarhus-sudur “dan adapun bacaan Al-Quran atas kubur maka sahabat-sahabat kita telah pun memutuskan pensyariatannya”. Al-Za’farani pula berkata “ Aku sendiri telah menanyakan imam syafi’e tentang membaca Al-Quran di tepi kubur lalu beliau menjawab yang demikian itu tidak mengapa.

Kata imam Al-Nawawi dalam kitab syarhul muhazzab : Disunatkan bagi penziarah kubur membaca apa yang mudah daripada ayat Al-Quran dan mendoakan untuk mereka sesudahnya, ini telah di naskan oleh Imam Syafi’e dan juga telah dipersetujui oleh sahabat-sahabatnya. Dalam tajuk lain Imam Nawawi menambah percakapannya dengan mengatakan “jika mereka dapat khatamkan Al-Quran atas kubur adalah lebih af-dhol” -habis .

Salah seorang guru kepada Al-Hafiz Ibnu Hajar iaitu yang masyhur dengan gelaran Ibnu Qatthon telah ditanya kepada beliau soalan iaitu : Adakah sampai pahala bacaan Al-Quran itu pada simati ataupun tidak? . lalu soalan itu dijawabnya dalam satu risalah bernama al-qaulu bil ihsan al-amim fil intifa’e al-mayyiti bil quran al-azhim dengan panjang lebar, ringkasan daripada jawapannya adalah:

Khilaf di kalangan ulama’ tentang pahala bacaan untuk simati , sebahagian mereka berpendapat bahawa pahalanya itu tidak sampai kepada simati dan ini adalah masyhur pendapat mazhab syafie dan malik, dan sebahagian lain pula dari kalangan ulama’ berpendapat bahawa pahala sampai kepada mereka dan ini adalah pendirian imam ahmad selepas dia mengeluarkan kenyataan sebelum itu iaitu membaca Al-Quran atas kubur adalah bid’ah, tapi bahkan setelah itu di nuqilkan dari kenyataannya yang mengatakan bahawa sampai pahala kepada simati apa sahaja dari amalan sedekah , solat , haji , puasa , iktikaf , bacaan Al-Quran , zikir dan sebagainya, dan di nuqilkan juga dari Imam Syafie bahawa mayat mendapat manfaat dengan bacaan Al-Quran atas kuburnya.

BACA:  Berilmu Akan Memacu Ibadah Ramadhan

Pendapat al-qadhi Abi al-Thoiyyib pula bahawa pahala pembaca Al-Quran di kuburan dan mayat adalah seperti orang yang hadir [yakni sebagaimana para hadirin mendapat rahmat dan berkat kerana hadir mendengar bacaan dari qori Al-Quran samalah juga halnya mayat yang dibacakan disampingnya Al-Quran] maka diharapkan baginya rahmat dan keberkatan. Abdul karim al-syalusi berkata: “pembaca Al-Quran jika dia meniatkan bacaannya agar pahala itu dihadiahkan kepada simati maka ianya tak akan sampai jika niatnya itu di pasang sebelum melakukan ibadah tersebut, kerana bacaan Al-Quran adalah di katagorikan dalam ibadah badan maka tidak jatuh pada selainnya, tetapi jika dia membaca Al-Quran terlebih dahulu kemudian dia menghadiahkan pahala bacaan itu pada simati maka itu dikira sampai dan memberi manfaat padanya.

Wallahu a’lam wa ahkam…

Ustaz Azhar Idrus

17 Comments

  1. Dari keterangan diatas, tiada satu pon datang dari Hadith Dan ayat2 Al-Quran. Itu jadi persoalan Utama. Ingat zaman skang semua orang cerdik. Tak terperanjat kalau orang perusal perkara nI

    1. sbb tu sumber hukum ade 4..alquran,sunnah,ijmak ulama’ dan kias..kl xde dlm quran,sunnah,maka kita kena ikut ijmak ulama2 kita..

      1. Mungkin kita perlu faham erti ijmak. sebaiknya tidak digunakan :). salam

    2. terperanjat ana…cilaka punya posto

  2. Ulama’ berbeza pendapat kerana adanya perbezaan antara pahala yang disedekahkan oleh waris (anak si mati) atau orang lain.

    Setakat yang diterima jumhur ulama’ tanpa khilaf adalah pahala yang disedekahkan oleh ANAK si mati, berdasarkan hadis terputus amalan apabila meninggal dunia, kecuali 3, salah satunya doa anak yang soleh.

    Namun artikel di atas, langsung tidak membezakan antara bacaan alQuran oleh ANAK atau oleh ORANG LAIN. Sengaja didiamkan, seolah-olah tiada bezanya antara keduanya.

    Kerana itu saya secara peribadi berpendapat, penulis artikel diatas (sama ada Ustaz Azhar yang saya sayangi dan hormati, atau sesiapa jua sekalipun), tidak berlaku jujur dalam penulisan tersebut. Atas sebab itu, artikel diatas gagal meyakinkan saya.

    Saya mengesyurkan para pembaca untuk jangan berhenti dan menerima setakat apa yang ditulis didalam artikel di atas, sebaliknya teruskan pembacaan dan mengkaji hujah-hujah lain, serta dapatkan pandangan-pandangan berbeza dari tokoh-tokoh agama yang lain. Dengan cara ini, ianya lebih menepati apa yang Allah perintahkan,

    “Yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut akan yang sebaik-baiknya (pada segi hukum ugama); mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah ulul albaab.” [39:18]

    Bukan saya yang suruh, bukan Ustaz Azhar yang suruh, bukan tuan punya belog yang suruh. Tetapi Allah yang suruh.

    Wallahua’lam, wassalam.

  3. Bagi saya, kita xperlu berbalah dalam isu ini. Sebab isu ini ada khilaf di antara ulama. So masing-masing haruslah berlapang dada dalam isu ini. Barulah kita boleh bersatu tanpa berpecah.

  4. assalamualaikum..hmm..klu di ikutkan hadis nabi muhammad saw..baginda bersabda hanya 3 amalan yg di bawa oleh si mati..iaitu sedekah amal jariah,ilmu dan di ajarkan kepada org lain dan doa anak yg soleh terhadap ibu bapa mereka yg telah meninggal dunia.. jd adakah org yg mendoakan untuk simati itu sampai kepada simati..? di sini saya agak keliru dengan persoalan ini..jika ada sesiapa yg lebih arif..boleh tolong jelaskan..?trima kasih..

  5. betul sekali….jawapan yg tepat

  6. assalamualaikum
    bagi saya ambil yang mudah
    tahlil itu,kita anggap seperti kenduri beri makan
    tuan rumah dapat pahala kerana bersedekah
    ilmu yg diajar..
    jika anak2 memanfaatkan ilmu seperti bersedekah,si mati dapat pahala..
    wallah hualam bis sawab

  7. Mengikut Ayat Quran tak sampai::

    An-Najm (53)
    -Verse 39-
    وَأَن لَّيْسَ لِلْإِنسَانِ إِلَّا مَا سَعَى
    Waan laysa lilinsani illa ma saAAa

    dan bahwasanya seorang manusia tiada memperoleh selain apa yang telah diusahakannya..

    yang sampai HANYA DOA:

    “Tuhan kita Yang Maha Luhur dan Maha Agung turun setiap malam kepada langit dunia ketika sepertiga malam terakhir, seraya menyeru : Adakah yang menyeru Ku maka Aku akan menjawab untuknya, adakah yang memohon(DOA) pada Ku maka Aku akan memberinya, adakah yang beristighfar pada Ku maka akan Kuampuni untuknya” (Shahih Bukhari)

    hadis nabi:
    hanya 3 amalan yg di bawa oleh si mati..iaitu sedekah amal jariah,ilmu dan di ajarkan kepada org lain dan doa anak yg soleh terhadap ibu bapa mereka yg telah meninggal dunia.

    jadi yg sampai hanyalah DOA anak yg soleh seperti dalam hadis nabi….
    Doa orang yg soleh pun boleh,,sbb doa orang soleh Akan diterima ALLAH,,jadi yang penting DOA utk SI MATI,,doa lah time sujud dalam sembahyang yang paling afdal macam SUNNAH NABI,,atau DOA waktu 1/3 malam mcm hadis kata tuhan turun ke langit terendah UNTUK KABULKAN DOA dan segala IBADAH kita : )

  8. assalamualaikum.. saya tertarik dgn komen saudara fuku_chan.. berkenaan doa waktu 1/3 malam. bagaimanana yg dikatakan 1/3 malam, sesetengah orang berpendapat 1/3 malan antara jam 9-12 tgh malam. sbb selepas jam 12 itu.. definisinya ada lah pagi. Di sini banyak menimbulkan kekeliruan. di sebabkan, jika benarlah 1/3 malam itu di antara jam 9-12 maka di waktu tu adalah waktu primetime. Tetapi jika 1/3 malam adalah dari jam 3pagi ke subuh, maka benarlah sefahaman saya. Harap ada sesiapa yang arif berkenaan ini dpt menolong saya perjelaskan definisi 1/3 malam ini.
    p/s malam dari jam 7 – 12, selepas jam 12 dah pagi.. jadi.. apakah yg diperkatakan 1/3 malam.

    1. Saudara Paijul,
      Setahu saya definisi malam dlm Islam bermula terbenam fajar hingga terbit fajar…

      wallahuta’la a’lam..

      1. dlm islam apbl terbenam fajar(msk wktu maghrib) hinngga terbit fajar….

      2. Dalam hukum yg Allah tentukan, perjalanan malam dan siang, malam bermula dari waktu terbenamnya matahari, hingga terbit fajar. Dalam kata lain, dari mula waktu maghrib, hingga sebelum mula masuk waktu Subuh. Jadi, bahagikan lah waktu ini kpd 3 bahagian. Pukul brp 1/3 akhir malam tu. 1/3 yg pertama ialah lbh kurang antara pukul 7pm ke 11pm. 1/3 kedua ±antara pukul 11pm ke 3am. 1/3 ketiga(akhir) antara pukul 3am ke 6am. Yg am pm tu, …bukan org Islam punya perkiraan waktu.

  9. buat apa yg Allah perintahkan…

  10. Salam – Kalau begitu keadaannya, beruntunglahlah orang yg berharta ….. Upah saja orang baca Al-Quran tiap2 hari sepanjang waktu.

    Allah dah beri peringatan dalam Surah Al-Masad kepada Abu Lahab, yg harta tak boleh menolongnya. Peringatan tersebut juga ditujukan kepada kita.

    Maksud Terjemahan Surah Al-Masad
    [1] Binasalah kedua-dua tangan Abu lahab, dan binasalah ia bersama!
    [2] Hartanya dan segala yang diusahakannya, tidak dapat menolongnya.
    [3] Ia akan menderita bakaran api neraka yang marak menjulang.
    [4] Dan juga isterinya, seorang perempuan pemunggah kayu api. –
    [5] Di lehernya sejenis tali, dari tali-tali yang dipintal

    Wassalam

  11. Firman Allah SWT:
    “والذين ءامنوا واتبعتهم ذريتهم بإيمان ألحقنا بهم ذريتهم ومآ ألتناهم من عملهم من شيء”.

    “Dan orang-orang yang beriman, dan yang anak cucuk mereka mengikuti mereka dalam keimanan, Kami hubungkan anak cucuk mereka dengan mereka, dan Kami tidak mengurangi sedikitpun dari pahala amal mereka…”. (QS. At-Thur: 21).

    Mereka mengatakan bahwa ayat ini menunjukan bahwa Allah SWT akan menghubungkan anak orang mukmin dengan ayah mereka yang mukmin pula dan ini sebagai dalil bahwa manusia bisa mengambil manfaat dari usaha atau amal orang lain.

    Hadits Rasulullah SAW:
    “إن الميت ليعذب ببكاء الحي”.

    “Sesungguhnya mayit pasti akan mendapatkan azab disebabkan tangisan (keluarganya) yang masih hidup”. (HR. Bukhari dan Muslim).

    Mereka mengatakan juga bahwa tangisan ini dapat memberikan mudharat kepada si mayit maka bacaan Quran pun akan dapat memberikan manfaat, dan Allah Maha Mulia dari sekedar menyampaikan hukuman perbuatan maksiat kepadanya (mayit) dan menghalangi pahala baginya.

    Pendapat kedua ini juga mengatakan: “Tidak ada larangan menghadiahkan pahala membaca Al-Quran dan pahala amal shalih lainnya”. Mereka mengqiyaskan hal tersebut dengan sedekah dan doa untuk orang yang sudah meninggal dunia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!