Ibadah

Azab Wanita & Lelaki yang Meninggalkan Solat Fardhu

Mari muhasabah diri,mari jadikan diri kita takut pada azab Allah. Apa akan terjadi bila kita meninggalkan solat fardhu yang wajib ke atas kita?

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Barangsiapa yang memudahkan dan mensia-sia akan sembahyang lima waktu, nescaya akan diseksa oleh Allah SWT dengan lima belas siksa. Enam didalam dunia, tiga ketika hendak mati, tiga didalam kubur, dan tiga lagi semasa waktu bangun dari kubur menuju akhirat”

1. Enam siksaan semasa di dunia

  • Umur tidak diberkati, hidup panjang tetapi kosong dari amalan kebajikan
  • Rezeki tidak diberkati
  • Tipadamkan tanda mukanya dari orang-orang yang soleh
  • Tiada mendapat bahagian dari doa orang-orang yang soleh
  • Tiap-tiap amalannya tidak diterima oleh Allah
  • Tidak diangkat doanya, doanya tidak dimakbulkan oleh Allah

2. Tiga siksaan semasa hendak mati

  • Mati dalam keadaan sangat hina, tidak dapat mengucap dua kalimah syahadah
  • Dimatikan oleh Allah dalam keadaan dahaga, walaupun diberi minum dengan air laut, ia tidak dapat menghilangkan dahaganya
  • Mati dalam keadaan yang sangat lapar

3. Tiga siksaan semasa di dalam kubur

  • Allah menyempitkan kuburnya sehingga berlaga tulang rusuk kanan dengan tulang rusuk kiri
  • dibukakan salah satu pintu neraka di dalam kuburnya
  • Allah mewakilkan seorang malaikat untuk menyiksanya sehingga hari kiamat bersama seekor ular yang bernama Suju’al Akruk yang matanya dari neraka, kukunya dari besi neraka, dan panjang kukunya sehari perjalanan, dan suaranya seperti petir

4. Semasa hari kiamat

  • Turun seorang malaikat dari langit iaitu malaikat azab dengan rantai dari api neraka yang panjang tujuh puluh hasta dengan menusukkan rantai tersebut kedalam mulutnya hingga keluar rantai itu melalui duburnya dan menghela sekali dibahagian muka dan belakangnya

Sama-sama kita memperelokkan solat kita agar kita terlepas daripada siksa tersebut. Jika ada yang tinggal sebelum ini, gantilah solat tersebut selagi kita masih bernyawa. Selagi pintu taubat masih terbuka.

By: atiqsalleh

40 Comments

  1. assalamualaikum…bagaimana hendak menggantikan solat-solat yg telah ditinggalkan sekiranya telah meninggalkan banyak kali dan tidak mengetahui berapa kali yg telah ditinggalkan?

    1. Salam saudara megat, cara untuk menggantikan solat wajib yang telah ditinggalkan adalah dengan cara mengQADA kan solat tersebut, niatnya “Sahaja aku menunaikan solat (sebutkan solat yang nak di qada) (rakaat ikut pada jumlah asal.. jika zohor – 4, subuh – 2 dan seterusnya) fardhu ke atasku kerana Allah hi taala”.. En megat boleh mengqadakkan solat pada bila2 masa dan tidak mengikut waktu, misalnya en Megat menunaikan qada zohor di waktu maghrib @ waktu2 lain.
      Sekiranya en Megat terlupa berapa kali yang ditinggalkan, en Megat boleh meng-andaikan @ meletakkan jumlah tertentu (sebaiknya lebih), selebihnya kita serahkan kepada Allah SWT.. walluahlam.. semoga bermanfaat

      1. tq. moga ilmu yang diberi dimanfaatkan untuk semua.

      2. tq..4 the information..

  2. Ayu karlina rahayu

    bagaimana cara mengganti sholat yg tinggal dulu? dengan amalan apa kita mengganti nya?

    1. Salam puan ayu, cara untuk menggantikan solat wajib yang telah ditinggalkan adalah dengan cara mengQADA kan solat tersebut, niatnya “Sahaja aku menunaikan solat (sebutkan solat yang nak di qada) (rakaat ikut pada jumlah asal.. jika zohor – 4, subuh – 2 dan seterusnya) fardhu ke atasku kerana Allah hi taala”.. En megat boleh mengqadakkan solat pada bila2 masa dan tidak mengikut waktu, misalnya puan ayu menunaikan qada zohor di waktu maghrib @ waktu2 lain.

    2. Salam puan ayu, cara untuk menggantikan solat wajib yang telah ditinggalkan adalah dengan cara mengQADA kan solat tersebut, niatnya “Sahaja aku menunaikan solat (sebutkan solat yang nak di qada) (rakaat ikut pada jumlah asal.. jika zohor – 4, subuh – 2 dan seterusnya) fardhu ke atasku kerana Allah hi taala”.. puan ayu boleh meng-qadakkan solat tersebut pada bila2 masa dan tidak mengikut waktu, misalnya puan ayu menunaikan qada zohor di waktu maghrib @ waktu2 lain. waluahlam.. semoga bermanfaat

  3. Semoga kita mjaga solat dan waktunya sekali …Amin… Ya Allah jgn ko biarkan kami mlanggar segala suruhan mu AMin… Nce artikel ni …

  4. sy pernah dgr cra utk menggantikn slt fardhu yg kita tlh tgglkn walau xtahu bilangannya.. caranya ialah, melaksanakan solat gnti selepas solat fardhu pd waktu tersebut. ertinya, jika ingin qada’ (ganti) solah subuh, maka solatlah slepas kita selesai solat subuh pd hari tersebut.. dan begitulah juga pd solat fardhu yg lain..
    namun, solatlah pd waktunya kerana pahala solat qada’ tidak sama dengan solat pd waktunya..
    p/s : jika ada kesilapan pd fakta, sila tegur (setiap manusia melakukan kesilapan, sy hanyalah menyampaikan ap yg saya tahu)
    supaya menjadi pedoman buat semua.. insyaAllah..

    1. Abu Huzaifah Redzuan

      Adalah lebih dibarkati Allah sekiranya dapat diperjelaskan juga mengenai latarbelakang diwahyukan fardhu solat 5 waktu dan kaedah solat Rasullah s.a.w. sebelum diutusakan menjadi Rasul.

  5. salam saudara… solat fardhu adalah wajib… dan jika kita tertinggal dahulu… dan lupa berapa waktu yang kita tinggal… saudara boleh membuat anggaran… dan qada la pada waktu mane pun… kerana tiada waktu larangan untuk membayar hutang Allah… insya’allah…

  6. ass.saya mau tanya…
    ada seseorang dia baik hati dan suka menolong org..dan yg ingin saya tanyakan bila org itu suka menontonkan org2 yg sedang sex di internet apa hukumnya???

    1. wa’alaikumussalam, Alhamdulillah org itu memiliki sifat yg baik hati, tetapi sayang memiliki sedikit pnyakit pada hatinya (melihat vid sex)… adapun mlihat sex d intrnet itu hukumnya haram dan prlulah dtinggalkn prkara trsebut, haram tetap haram dan tidak akn mnjadi halal, prkra yg paling ketara dalam prbuatan trsebut ialah melihat aurat org lain (haram), dan bnyak lagi kesan negatif brpunca dri prkra trsbut, oleh itu tinggalknlh prkra trsebut, dan gantilah ea dngn prkra2 yg brtujuan untuk mndekatkn dri kpda Allah… Wallahu’alam…

  7. ass.saya mau bertanya ttg seseorang yg baik hati dan suka menolong orang..tp orang tsb suka menonton insan yg suka sex bebas atau berzina di internet…apa hukumnya bagi org yg suka menonton film tsb???

    1. wa’alaikumussalam warahmatullah… hukumnya berdosa dan segeralah bertaubat… jngnlah kita mncampur adukkan kebenaran (prkra yg diredai Allah) dengan kebatilan (yg dilrang Allah)… Ingat, makhluk yg dilaknat Allah (syaitan) sentiasa menghasut dan menjadikan prkra yg salah itu indah, dmata anak cucu adam~ … wallahu’alam.

  8. Tak ada kata yg paling indah hanyalah kata islam itu indah , hanya allah swt.yg akan memberikan hidayahnya kepada umatnya .

  9. Jikalau kita ganti solat yang kita tinggal dengan solat sunat, boleh ke?

    1. solat fardhu tidak serupa dengan solat sunat. solat sunat merupakan amalan tambahan untuk mndapat pahala dan jika dtinggalkn tidak brdosa. solat fardhu pula merupakan solat yg diwajibkan ke atas setiap individu Muslim, jadi jika dtinggalkn prlulah di qada sembhyg trsebut. dengan erti kta lain, solat fardhu tidak boleh dganti dngn solat sunat, wallahu’alam.

  10. boleh,,,jika solat kite yg di tinggal dgn sengaje tak ade yg bise mgganti nye,dan ade baek nye kite mestilah bertobat,dan mulai lah mengerja kan solat yg 5 waktu sampai ajal menjemput kite..dan kalau seorang hamba kekurangan dalam solat fardu nye maka Allah menyuruh malaikat melihat amalan solat sunah nya untuk menutupi solat2 yg pernah ia tinggalkan..tetapi inti dari semua ibadah yg kita kerjakan harus lah iklas karena Allah bukti bahwa kita mensyukuri semua yg Allah berikan kepada kita,,,dari yg kita pinta mau pun yg tidak pernah kita pinta sekali pun….WAllahu allam.

    1. Minta maaf… kalau sy xsalah kita xboleh qadha solat fardhu dgn hanya bersolat sunat.. mmg betul solat sunat menutup solat fardhu tp atas kekurangan solat fardhu yg kita laksanakan, contohnya solat sunat rawatib setiap sebelum subuh, sblm n slps zohor.. selepas maghrib dan selepas isyak… ini solat2 sunat yg amat digalakkan utk tampung kekurangan solat fardhu kta ketika tu..

      Refer: http://www.islamituindah.my/ibadat-sunat-tampung-kekurangan-solat-fardu

      Maka, klu tertinggal solat fardhu adalah wajib diqadha dgn solat fardhu.. kaau nak penjelasan lbh lanjut mungkin boleh tanya ustaz/ ustazah yg lebih lg ilmu mereka… sy pun masih cuba menjadi muslim yg lebih baik dan berilmu, inshaAllah… wallahua’lam…

      1. *kaau = kalau. Papepun sy sokong statement yg akhir tu mulai dari inti semua ibadah 🙂

  11. semasa tahiyyat ,kita akn mengagkat jari telunjuk hnya ketika mengucap 2 khalimah shahadah je ke? dan smasa berdiri tegak , dan seterusnya rukuk..adakah perlu mengagkat tangan ketika mengucap allahuakbar?dan juga sterusnya ketika hendak sujud…?

  12. Rizal fauzi pasukan islam

    Semoga kita senantiasa bisa menjaga sholat fardhu hingga ajal menjemput kita.. Aamiin

  13. admin nak mohon copy

  14. salam, sy nak tanya jika seorang isteri telah berzina tanpa pengatahuan suami, tapi bila dia telah insaf, dia sendiri yg memberitahu suaminya dan memohon kemaafan…apakah hukumnya dan apakah allah terima taubatnya, dan adakah suami boleh memaafkanya tanpa mengambil tindakan, kalau nak ambil tindakan apakah tindakan yg perlu dilakukan?

  15. benarkah orang yg mempunyai solat qada tidak boleh menunaikan solat sunat seperti rawatib, tahyatul masjid dan sbgainya?

  16. Assalamualaikum…saya ada satu pertanyaan..bolehkah kita berniat mengqada’kan sembahyang dengan niat begini. : Contoh: “SAHAJA AKU SEMBAHYANG FARDHU ZUHUR 4 RAKAAT QADA’ KERANA ALLAH TA’ALA”. Terima kasih.

  17. Assalamualaikum. kalau kita solat ganti (qada) contohnya solat subuh, waktu apa yang sesuai?

    1. Bila2 masa shj. Kerana solat fardhu adalah wajib. Bermakna kalau tinggal, kita telah berhutang dgn Allah.. Dan wajib diqodho.. Qodho berarti byr hutang.. Byr hutang bila2 boleh.. Qodho solat masa kita lalai dulu.. Berapa waktu itu anda boleh mengandaikannya sebagai tanda kesungguhan.. Sama2lah kita taubat dan tangisi dosa kita yg lalu kpd Allah.. Dan istiqomahlah dgn menruskan solat 5 wktu sbgai tanda kita jujur dgn Allah SWT

  18. Allahu akhbar, subhanallah, semoga kita tergolong dalam kalangan hambaNya yang beriman.

  19. Apakah cara yang boleh dilakukan untuk menetapkan hati kta spya manjaga solat 5 waktu?

    1. Robbi ja’alni muqimassolati wa min zurriyati robbana wa taqobbal du’a..amalkan selalu supaya hati sentiasa rindu utk solat

  20. Apakah hukum mnjadi tabiat menggalkn solat dgn sengaja pastu mangqadokkannya?

  21. Subhaanallah.
    Semoga kita tergolong pada hamba Allah swt yang istiqamah beriman padaNya.Amin

  22. salam…bagaimanakah hendak mengatasi @menghadapi suami yg amat susah utk menunaikan solat kerana apabila disuruh bermacam2 alasan yg diberikan? Bolehkah sy minta diceraikan kerana tidak sanggup lagi hidup dgn insan yg ingkar perintah Allah.

  23. Assalamualaikum…
    saya tahu dosa meninggalkan solat fardu, tapi seringkali saya lakukan. Bermacam cara saya lakukan untuk berubah tapi bersifat sementara.

  24. erdin ardiansyah

    Assalammuallaikum 🙂
    Mohon maaf min saya mau nanya..
    Kenapa ya min Kalo saya lagi sholat fikiran saya suka kemana” .. ??
    .sekian pertanyaan dari saya..

    Wassalamm 🙂

  25. assalamualaikum,saya nak tanya andai kata seseorang tertinggal solat asar@zuhur setiap waktu apakah hukumnya? ini kerana seseorang itu bekerja di tempat bukan seagamanya, mohon penjelasan….

  26. Bagaimana orang yang tidak solat tetapi banyak membuat amal kebajikan di dunia (pemurah hati) adakah amalannya di terima allah..mcmana dgn org yang solat dan melakukan kebaikan.
    Adakah ustaz yakin allah akan terima amalan dan solat kita kerjakan..
    Klu ada hadis sertakan sekali..

  27. alhamdulillah saya rasa gerun apabila membaca artikel ini semoga orang membuat artikel ini mendapat ganjaran dari Allah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *