Ibadah

Ayat Benteng Pertahanan Diri, Keluarga dan Harta Benda

ayat-quran

Tidak syak Al-Quran memang merupakan pendinding dan pelindung daripada segala keburukan, Al-Quran Kalamullah, Allah Ta’ala memerintahkan apabila kita diganggu oleh syaitan maka kita memohon perlindungan kepadaNya, sebagaimana firmanNya:

وَإِمَّا يَنزَغَنَّكَ مِنَ الشَّيْطَانِ نَزْغٌ فَاسْتَعِذْ بِاللَّهِ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

Maksudnya: “Dan jika syaitan mengganggumu dengan suatu gangguan, maka mohonlah perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui” (Fussilat 41:36)

Ada lima jenis benteng pertahanan diri, keluarga dan harta benda yang boleh diamalkan seperti berikut;

  1. Al-Muawwizat
  2. Ayatul Kursi
  3. Ayat 1 hingga 9 Surah Yaasin
  4. Ayat Berkubu
  5. Ayat Penggerak

 

1.0 AL-MUAWWIZAT (PELINDUNG-PELINDUNG)

Al-Muawwizat iaitu;

  1. Surah Al-Ikhlas
  2. Surah Al-Falaq
  3. Surah An-Naas

Cara:

  1. Lunjurkan kaki ke arah Qiblat
  2. Mengangkat dua tangan seperti berdoa
  3. Baca ayat-ayat Muawwizat sehingga selesai (tidak termasuk membacaSurah Al-Fatihah)
  4. Tarik nafas kemudian tiup pada tapak tangan sehingga habis nafas
  5. Tarik sikit nafas kemudian tahan nafas sambil menyapu tapak tangankeseluruh anggota badan yang boleh dicapai kecuali anggota sulit.
  6. Lakukan sekali sebelum tidur & selepas solat subuh setiap hari

 

2.0 AYATUL KURSI

ayat-kursi

Terjemahan;

Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya), tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya. Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar. (Surah Al-Baqarah ayat 255)

CARA

  1. Baca Ayatul Kursi dengan 9 wakaf
  2. Untuk melindungi diri sendiri: selepas baca ayatul kursi tiup disekeliling mengikut pergerakan tawaf kaabah, dengan niat melindung diri.
  3. Untuk melindungi rumah: baca ayatul kursi sambil berjalan mengelilingi rumah (mengikut pergerakan seperti tawaf kaabah). Berjalan sama ada didalam atau diluar rumah.
BACA:  Hukum Gantung Gambar Bernyawa

 

3.0 AYAT 1 HINGGA 9 DALAM SURAH YAASIN

ayat-1-9-yassin

Terjemahan:

(1) Yaa Siin. (2) Demi Al Qur’an yang penuh hikmah, (3) sesungguhnya kamu salah seorang dari rasul-rasul, (4) (yang berada) di atas jalan yang lurus, (5) (sebagai wahyu) yang diturunkan oleh Yang Maha Perkasa lagi Maha Penyayang, (6) agar kamu memberi peringatan kepada kaum yang bapak-bapak mereka belum pernah diberi peringatan, karena itu mereka lalai.(7) Sesungguhnya telah pasti berlaku perkataan (ketentuan Allah) terhadap kebanyakan mereka, karena mereka tidak beriman. (8) Sesungguhnya Kami telah memasang belenggu di leher mereka, lalu tangan mereka (diangkat) ke dagu, maka karena itu mereka tertengadah. (9) Dan Kami adakan di hadapan mereka dinding dan di belakang mereka dinding (pula), dan Kami tutup (mata) mereka sehingga mereka tidak dapat melihat.

CARA

  1. Untuk memegar diri, keluarga dan harta benda
  2. Berdiri disatu penjuru rumah (katakan dihadapan rumah sebelah kanan) sambil menghadap penjuru rumah satu lagi iaitu dikiri rumah. Baca surah Al-fatihah diikuti Surah Yaasin ayat 1~9. Sambil baca, sambil berjalan menuju kepenjuru rumah satu lagi. (Ikut arah Tawaf Kaabah). Baca kombinasi ini di setiap penjuru iaitu sampai bertemu penjuru yang mula-mula. Jumlahnya 4 kali. Akhir sekali baca kombinasi ini sambil mengisyarat mendinding keseluruhan bumbung rumah.

 

4.0 AYAT BERKUBU

ayat-berkubu

Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam. Aku berkubu dengan kubu Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan nabi Muhamad RasululLah.

CARA

  1. Berdiri menghadap kiblat (ke arah barat). Baca ayat ini kemudian tiup sehingga habis nafas ke hadapan sambil menoleh kanan ke kiri.
  2. Pusing ke arah kiri (sekarang berdiri ke arah selatan), Baca ayat ini kemudian tiup sehingga habis nafas ke hadapan sambil menoleh kanan ke kiri.
  3. Lakukan perkara yang sama untuk arah timur dan utara
  4. Berpaling semula ke arah kiblat, baca lagi kemudian tiup kebawah sehingga habis nafas. Baca lagi kemudian tiup kearah atas sehingga habis nafas
  5. Akhir sekali (bacaan yang ke-7), baca ayat ini kemudian tarik nafas dan tahan nafas seberapa lama yang boleh kemudian hembus.
BACA:  Tips Bagi Mereka Yang Susah Untuk Khusyuk Ketika Solat

 

5.0 AYAT PENGERAK

ayat-penggerak

Dengan nama Allah, yang tidak memberikan mudarat sesuatu dibumi juga dilangit dan Dia maha mendengar lagi maha mengetahui.

CARA

  1. Bila hendak pergi kesesuatu tempat yang berisiko atau merbahaya, atau bermusafir atau balik kampung atau hendak membuat sesuatu perkerjaan yang berisiko atau pulang kerumah daripada melakukan sesuatu perkerjaan yang berisiko, maka baca ayat ini tujuh kali.
  2. Jika bacaan tersekat-sekat atau ada gangguan ketika membaca ayat ini, berehat dahulu. Setelah berehat baca lagi sehingga tujuh kali bacaan lancar baru teruskan perjalanan atau perkerjaan tersebut.

Sumber: Darussyifa

14 Comments

  1. Ayat Benteng Pertahanan Diri, Keluarga dan Harta Benda | nadyaten10

    […] Ayat Benteng Pertahanan Diri, Keluarga dan Harta Benda […]

  2. kuala lumpur-car-rental

    alhamdulillah..terima kasih atas perkongsian..satu amalan yang bagus..moga2 allah melindungi kita semua melalui usaha bacaan ayat2 di atas..aameen..

  3. terima kasih dengan perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat ini…selamat beramal…

  4. Mohamad Jose Granitho

    alhamdulilah,,,semoga makin terbuka pikirian manusia agar meninggalkan hal2 yg syirik dan menduakan Allah, maka kembalilah kita pada ayat2 suci Alquran dan nyata terbukti kebenarannya

  5. Halimah Mohd Yassin

    Alhamdullilah…semoga dengan perkongsian ilmu ini Ustaz di rahmati dan diberkati oleh Allah didalam apa jua amalan jariah ini…amin…

  6. assalamualaikum , bolehkah bagi cara untuk mengubati seseorang dalam keadaan histeria

  7. HJ.IBRAHIM B. HJ. SALLEH

    SAYA SANGAT SUKAKAN AYAT2 AL-QURAN INI………….OK TK WASSALAM.

  8. siti zubaidah zunawani

    terimakasih dik, sngguh bnyk kda trima info adik, tq bnyak2.

  9. Terima kasih..

  10. Norazimah bt Hussin

    Ustaz saya dapat ayat muntahkan santau terus baca bersama ustaz lepas baca saya terus muntah saya terlupa catat jd ayat tu hilang boleh ustaz berikan semula.syukran.

  11. Masyaa Allah, ustaz..terima kasih atas segala perkongsian ilmu.. semoga ustaz dan seluruh anak2 murid serta klga ustaz sentiasa dlm rahmat Allah dan diberi hidayah utk terus berkongsi ilmu Allah.. Aamiin.

  12. Mudah mudahan dgn adanya ayat INI dapat menjauhkan diriku Dan keluargaku dgn ganguan2 syaitan.Aminnn..

  13. Tq Info yg sangat bagus…kalau ayat 3 qul tu mmg biasa amalkan dah

  14. Terima kasih sudah berbagi ilmu yg bermanfaat,semoga Allah swt memudahkan jalan kita untuk bisa mengamalkannya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!