Keluarga, Kesihatan, Nasihat

“Ayah, Tolonglah Berhenti Merokok!”

Ketika menunggu suami saya di dalam kereta, saya terdengar suara seorang kanak-kanak perempuan menjerit;

“Don’t smoke Daddy! Stop it!”

Pandangan saya beralih kepada seorang kanak-kanak perempuan berusia dalam lingkungan 8-9 tahun yang berada bersama seorang lelaki dewasa.

Mereka berdiri selang dua kereta dari kereta saya. Lelaki tersebut sedang menghisap rokok.

“Daddy you have to stop smoking.”

Sambung anak itu lagi dengan nada yang sangat tegas;

“I have read somewhere that smoking …..(saya tidak dapat dengar dengan jelas)…….will cause heart attack. You have to stop Daddy. It’s not good for you.”

Ayahnya berkata sesuatu dengan lembut yang tidak dapat saya dengari.
Mendengar kata-kata ayah, anak itu kelihatan sangat kecewa. Dia memukul ayahnya sambil berkata;

“I want you to stop”

Anak itu berlalu pergi jauh daripada ayah menghampiri kereta saya dengan muka masam. Bagi saya si ayah adalah seorang yang baik. Dia mengikut undang-undang dengan merokok di tempat letak kereta di luar restoran.

Namun walaupun dia jauh daripada orang ramai, dia mungkin terlupa bahawa anak yang berada di sampingnya itu juga adalah sebahagian daripada ‘orang ramai’ yang cuba dilindungi oleh undang-undang dilarang merokok tersebut.

Sebagai ibu bapa, adakalanya anak-anak ‘dihantar’ sebagai pemberi peringatan kepada kita. Ia sering berlaku kepada saya juga.

Apabila kita memberi pendidikan yang baik kepada anak-anak dan terapkan nilai yang baik dalam diri anak, akan ada masanya anak akan ‘mendidik’ kita dengan pendidikan yang mereka terima itu.

Kita tidak sempurna. Kita tidak betul sentiasa. Kita perlu berlapang dada menerima peringatan daripada anak yang telah kita didik dengan baik. Bukankah itu matlamat kita?

BACA:  Bagaimana Kalau Guru Tak Halalkan Ilmu?

Teruskan menasihati ayahmu, wahai anak-anak yang pintar. Insya Allah satu hari nanti akan terbuka hatinya.

 

Sumber: tzkrh.com 

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *