Isu Semasa

Awas! Angin Kencang Di Kelantan, Terengganu Bermula Khamis Ini

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan notis amaran cuaca waspada peringkat kuning di Kelantan dan Terengganu berikutan luruan angin timur laut yang dijangka bertiup kencang di beberapa kawasan di dua negeri berkenaan pada Khamis dan Jumaat ini.

Ketua Pengarahnya, Jailan Simon berkata berikutan luruan angin itu, hujan berterusan dan angin kencang dengan kelajuan melebihi 50 kilometer sejam (kmsj) dengan ombak melebihi 3.5 meter dijangka berlaku di perairan pantai timur Semenanjung dalam tempoh itu.

Menurutnya, kawasan di Kelantan yang dijangka menghadapi cuaca itu ialah Jajahan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Machang dan Pasir Puteh.

Keadaan sama turut dijangka melanda daerah Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman di Terengganu.

“Kenaikan paras air laut turut dijangka berlaku berikutan kejadian air pasang dalam tempoh itu. Kejadian ini boleh mendatangkan risiko limpahan air laut di pesisir pantai dan muara sungai kawasan terbabit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

 

Sumber: Sinar Harian

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel

BACA:  Hijabistas: Antara Fesyen Dan Kepercayaan Wanita Muda Islam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *