ASB/ASN Haram – Jabatan Mufti Negeri Selangor

June 8th, 2011 | 6:21 pm | Harta, Isu Semasa, Muamalat | 333 responses

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali 2/2011 yang bersidang pada 12hb. April 2011M bersamaan 8 Jumadal Ula 1432H telah bersetuju memutuskan bahawa Pelaburan Amanah Saham Nasional (ASN), Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan seumpamanya adalah tidak halal. Hal ini kerana ia masih belum menepati hukum syarak dengan alasan seperti berikut:

  1. Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputra (ASB) secara jelas terlibat dalam aktiviti pelaburan yang bercampur-campur antara patuh syariah dan tidak patuh syariah sebahagian besarnya adalah daripada sektor kewangan konvensional.
  2. Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputra (ASB) diklasifikasikan sebagai dana unit amanah tidak patuh syariah oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti kerana terlibat dalam pelaburan tidak lulus syariah iaitu pelaburan dalam kaunter perbankan konvensional berteraskan faedah melalui Maybank dan pasaran wang.
  3. Sumbangan kepada tidak patuh syariah adalah terbesar yang tidak bertepatan dengan kehendak syarak serta kadar yang berubah-ubah ini menyukarkan pelabur untuk membuat pembersihan terhadap hasil dividen.

Update: 09/06/2011, 0:14

Nabi dah pesan supaya jauhkan yang syubhah dan yang haram. Orang beriman bila dengar benda haram datang rasa taqwa dalam hatinya manakala orang munafiq akan marah-marah dan mencari jalan untuk melepaskan diri dari kelihatan bersalah – Ustaz Azhar Idrus

Update: 13/06/2011, 17:09

Salinan surat rasmi yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor terpaksa dikeluarkan dari website ini atas sebab-sebab tertentu. Bagi yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai isu ini boleh berhubung terus dengan Jabatan Mufti Negeri Selangor seperti di bawah:

Jabatan Mufti Negeri Selangor
Tingkat 7 & 8, Menara Utara,
Bangunan Sultan Idris Shah,
40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Tel: 603-5514 3400
Mufti: 603-5514 3738
Timb. Mufti: 603-5514 3730
Fax: 603-55197584
Email: mufti_sel@selangor.gov.my
Web: www.muftiselangor.gov.my

P/S: Sila share artikel ini untuk kebaikan bersama :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Responses so far...(333)

  1. 1

    Alhamdulillah… dah keluar perkara benar… dulu keputusannya bercampur baur…

    • 2

      subhanallah…ramai lg yg xtau..

    • 3

      tp masih ada yg meragui..kerana dlm hati bercampor baur..ikot gerak hati…tawakal shj.ape org kate..kalu pk was2..haram la jd yer..minta pendapat

      • 4

        Dah jelas ASB melabur pada konvesional – tak halal, bile halal bercampur dgn tak halal… buruk padahnya. Hasil pelaburan ASB tu akan jadi darah daging kite…effect dkt hati… if ada zuriat, juga begitu.

        Mari sama2 kuarkan pelaburan dr asb n ajak sahabat2 kite turut sama. Mencari yang halal itu fardhu bagi seorg Muslim.

        Jauhkan unsur yg syubhah. Wallahu A’lam.

        • 5

          maybank pun haram lah?

          • 6

            MAYBANK..mmg la haram..dah nama pun bank.. bank itu byk mengerjakan RIBA’..bagi pinjaman ada interest (bunga)..

  2. 7

    Sampai tidak dapat menilai mana yang halal, mana yang haram.
    Teruk sangat lah tu..

  3. 8

    bergembiralah cina-cina Malaysia rebut peluang yang ada ni sebab Melayu mmg x masuk dah. jadi nak melabur di mana, saya pun xtau. sekian tq

    • 9

      kita leh melabur kt tabung haji, dh tentu xda campur yg syubhah ataupun yg haram…keuntungan bersama diperoleh dan yg pst tabung haji lebih terjamin daripada yg lain…(sekadar pendapat yg mgkn boleh dikongsi bersama)

      • 10

        kaji dl bg abis .
        cuba check dulu struktur tabung haji dari atas smpi bwh.
        mana ada lg dlm dunia ni yg menjalankan perniagaa yg btl2 halal dan suci melainkan perniagaan secara tunai sahaja yg kita blh pastikan btl2 suci dan halal.

      • 11

        setuju sangat….

      • 12

        tipu tabung haji pun ada interes kalau tak mana datang untung tu sayang.

        • 13

          SETUJU

    • 14

      alternatif kepada ASb / ASN …boleh buat pelaburan beli EMAS. Emas bar atau dinar emas. Anda beli emas dapat emas….
      syamSGold recently posted..MASJID KRISTAL DAN BATU BERSURAT TERENGGANU

      • 15

        pasal dinnar emas nie pun satu hal jugak… sepatutnya dinnar emas digunakan sebagai medium pertukaran barangan/perkhidmatan…. bukannya untuk dijual beli… kalau nak berjual beli, elok main FOREX… kan kan kan??????

        • 16

          knp bleh jadi cam itu

        • 17

          forex pun bukan semuanya halal…kalau online (pakai platform)
          byk yg haram dr yg halal..semua benda nak kena consider.
          kalo forex kat kaunter tu insyaAllah ok (ada akad + on the spot dpt duit)

        • 18

          forex x mnguntungkan/ lmbat pertumbuhan. cth. awak beli duit 1 pound = rm 7 10 tahun lpas. pastu awal jual skrg bersamaan rm 5. awak dah rugi 2 ringgit. maybe anda leh wat untung dlm tempoh 10 tahun tu. tetapi secara jangka masa pnjg. anda mengalami kerugian kerana kemerosotan nilai wang. sekian.

      • 19

        haa… ni satu lagi.. sibuk nak soh orang beli emas dia.. ni kira nak amik untung beli, jual balik… itu je la keje nye….pastu ada sesetengah yang marah2 pasal guna fiat… guna wang kertas… aduyai….. semuanya hanya satu… sebab nak lakukan emas dia…ceh

      • 20

        Assalamualaikum, kalau kita buat pelaburan beli emas… adakah kita kena bayar Zakat?

        • 21

          waalaikummussalam. setahu sy, dinar emas x perlu zakat. selain dpd dinar, baru kena byr zakat. allahualam

          • 22

            Emas sama ada perhiasan ataupun tidak, jika sudah cukup tempoh penyimpanan (setahun) dan jugak melebihi berat yang dibenarkan, akan dikenakan zakat. Bezanya, zakat emas perhiasan dikenakan ke atas lebihan yang disimpan dan zakat emas bukan perhiasan pula dikenakan ke atas semua berat yang ada.

        • 23

          wajib…zakat emas…

        • 24

          Mmg kena byar..mana2 org yang menyimpan emas lbh dari 160 gram..tak kira jongkong / barang kemas..wajib byr zakat sebesar 10% atau 2.5%… In Syaa Allah…*maaf saya tak berapa ingat

    • 25

      Melaburlah di CIMB Wealth Advisors Bhd. Bayak Dana yg mengikut Syariah yg ditawarkan. Pulangannya juga lebih baik dari apa yg diberi oleh ASB.

      • 26

        kalau dah byk duit, boleh ler melabur kat bank persatuan..tinggi pulangannya..dan sah halal.Tabung haji adalah pilihan yg terbaik..

      • 27

        CIMB Wealth Advisors punye potential divident around 12 – 15% per annum . better than ASB/N . the best things is ‘Syariah Compliant’ .

      • 28

        Salam…melabur di CIMB?ape yg sy pernah rujuk, adalah dengan CIMB INVESMENT…mmg btol buleh melabur..tp dengan amaun yg terlalu besar..tak mampu la..kita bkn syarikat yg untung berjuta sehari…ke ada skim yg sama dgn ASB tetapi kita yg tidak tahu??

        • 29

          Pelaburan di CIMB Wealth Advisors ikut kemampuan kita. Minimum RM500 dah bolah mula. Lepas tu, boleh top up min RM200. Ikut track record, Dana Ihsan 1 @CIMB Islamic DALI Equity Growth Fund bagi return dr 1998-Dis 2010 adalah sebanyak 300%. Utk maklumat lanjut hubungi saya d 019-3228121 (Faizah Roslan). Saya agen berdaftar & sepenuh masa. TQ

          • 30

            korang ni, bila bab asb labur dalam maybank, cimb kata riba, tapi anak syarikat riba, cimb wealth, public mutual tak nak pulak jadi warak. dunia-dunia

      • 31

        kalau public mutual macam mana plak?

      • 32

        tapi, Mutual fund x ble bt pinjaman mcm ASB. dah tentu keuntungan sikit kalau melabur sikit… kita nak hidup melepaskan sesak sikit kan???

        • 33

          melabur dgn cara meminjam x digalakN…

      • 34

        wow

    • 35

      Iya, betul tu.. Kita boleh buat simpanan kt tabung haji akan tetapi ada lagi simpanan @ pelaburan yg berlandaskan syariah iaitu Unit trust.. Unit trust sama saja dgn ASB.. Cuma membezakannya ialah dana2 unit trust islamic..

      • 36

        sorry, boleh bagi tau care2 nak join unit trust?..olong emel saye ye kalau tau..

      • 37

        unit teras bagus tapi kene tgk gak agen dia camner follow up ke tak, risiko tinggi beb, mungkin tahun pertama untung tahun 2 n ke 3 rugi. 5000 jadi rm 5 . baik redeem awal sebelum terlewat,. saya dah redeem dah.. nasib baik kawan saya tinggal rm 5 ringgit je

    • 38

      Banyak lagi alternatif lain.. Contohnya Public Islamic Mutual Fund. Keuntungan tahun2 yg lepas better than compare with ASB or ASN. Biarpun ada tahun2 yg rugi, tapi leh recover dlm masa setahun dua je.. tapi masa harga fund jatuh lah kita boleh buat untung.

    • 39

      Salam, Jangan risau. Masih ada banyak pilihan pelaburan yang berasaskan syariah sebenarnya. cuma kadang kala kita tidak mengetahuinya. En. boleh masuk Saham amanah di PublicMutual atau CWA @ Ambank @ MAAKL dan byk lagi. Saya telah bertukar ke Public Mutual setelah memahami apa yg ditawarkan.

    • 40

      PELABURAN HALAL

      Pulangan : 70,000%
      Pelaburan boleh dibuat selagi masih hidup.
      Tiada had maksimum.
      SYARAT : IKHLAS KERANA ALLAH SUBHANAHU WA TAALA.

      Untuk keterangan lanjut : Sila rujuk Surah Al Baqarah Ayat 261

      Selamat Melabur

      • 41

        Melabur kat Public Mutual Pun Bagus juga , sebab pulangan nya lebih baik dpd ASB dan ikut syariah .. Selamat Di Dunia & Akhirat.. Baru-baru ini dengar ceramah isra & mikraj di majsid Shah Alam , Nabi di perlihatkan org yg membusung perutnya dengan Nanah, Kala Jengking & Darah akibat aktiviti makan ribu semasa di dunia. Oleh ITu cuba lah Elakkkan ..Kwn sy ada jadi waki unit Amanah service pun very good cuba la call kalau nak info lanjut “019-323 7374″

        Kalau dah fatwakan haram lebih baik jangan simpan kat ASB lagi ada banyak tempat lain lagi untuk menyimpan. Kalau yang dah masuk cepat-cepat keluarkan. Hukum haram nei seumpama macam makan babi.
        TQVM

        P/S: Instrument simpan yang mengikut syariah di Malaysia
        1) Tabung Haji simpanan dah dibayar zakat untung kurang 5% setahun.
        2) Bank rakyat declare 100% syariah untung dalam 15%setahun.
        3) Unit Amanah Public Mutual potensi keuntung dlm 10% hingga 20% setahun. Kalau sesiapa berminat blh le informs sy ada kawan sy yg buat. TQVM

        • 42

          pembetulan ye: Yg pulangan 15% tu adalah Saham Bank Rakyat…

        • 43

          5) Labur dalam Unit Trust – Yang ni anda bagi duit kepada syarikat pengurus dana kewanga (mcm Public Mutual, pru fund mgmt, CIMB wealth advisor), syarikat akan uruskan dengan berberapa peratus charge (biasanya 5.5%) dari nilai yang anda serahkan. Katakan anda simpan rm100k, pihak unit trust akan ambik 5.5k dan hanya 94.5k sahaja yang akan dilaburkan.

          Kalau ikutkan agen2 unit trust, nak nampak pulangan invest dalam unit trust kene peram 3 hingga 5 tahun. Obviously simpan 1 tahun for sure rugi. Actually even after 3-5 year pun belum tentu pulangan dia banyak. Tengok nasib laa jugak, kalau fund yang anda labur duit anda tu perform ok la. Rata2 aku tanya rakan sekeliling yang pernah invest unit trust, rata2 kata tak berbaloi dan merugikan .

          Member saya sendiri ada melabur dalam Public Mutual menggunakan skim EPF. Dia dah invest RM2400 untuk dua (2) tahun lepas, tapi hari tu dia dpt penyata dalam RM2434, setelah 4 tahun simpan …. mcm rugi je …

          Nak tahu cerita lanjut tentang cth Unit Trust, Public Mutual. Public Mutual BUKAN SUATU SIMPANAN. Ia merupakan satu bentuk pelaburan dalam saham amanah. Jika saudari beli hari ni dan berhasrat mendapatkan balik duit tuan2 (samada untung atau rugi) ia memerlukan “tempoh bertenang” selama 2 minggu. Dengan lain perkataan, bukan seperti ASB masuk hari ini, sebentar lagi boleh dikeluarkan kesemuanya, tuan2 perlu menunggu 2 minggu sebelum mendapat CEK hasil penjualan saham amanah Public Mutual. Selain drpd itu ASB adalah suatu produk saham amanah yang digerenti modalnya tak kurang RM1.00(dollar to dollar). Manakala Public Mutual pula tidak menjanjikan apa2, dengan kata lain, ianya akan turun-naik. Yang pasti sebaik tuan2 membeli Public Mutual, tuan2 akan kehilangan modal tak kurang RM0.05 (5 sen) akibat “fee” belian.

          Selain drpd “entrance” fee, ada juga fee yg lain yg dikenakan ke atas para pelabur. Antaranya adalah “maintenance fee”, “management fee” dan “exit fee”. Jumlahnya bergantung kepada “fund” yang berkenaan. Pelaburan saham amanah termasuk Public Mutual banyak berkait kepada pasaran saham, bergantung kepada jenis bentuk pelaburan sesebuah “fund”, ada juga “fund” yg menfokuskan pasaran saham luar negara. Pelaburan saham amanah ada risiko. Rata-rata unit saham amanah Public Mutual memberi pulangan kurang drpd 8%(lapan peratus). Suatu ketika dulu ramai yg menjerit dan terkedu kerana banyak pelaburan EPF mereka yg dilaburkan di unit amanah hilang nilai. Mana tidaknya harga belian RM1.00 ada di antara saham amanah sekarang ini harganya cuma RM0.10 (10 sen).

          Satu perkara yg pasti adalah hanya “agen” jualan saham amanah ini yang UNTUNG. Kenapa tidak, minimum komisen terhadap penjualan saham amanah adalah 2.5%-4.5%, jika lebih tinggi taraf seseorang itu, tinggi lagi komisennya. Secara peribadi, saya tidak menggalakkan pembelian saham amanah atau unit trust.

          • 44

            klu buat komen berdasarkan pendapat peribadi bukan dengan ilmu dan fakta amatlah merugikan.
            – Rugi pada pembaca yg kurang ilmu, langsung terencat dari nak melabur.
            – Rugi pada penulis kerana dakwaannya adalah fitnah

        • 45

          yang mewujudkan asb tu kerajaan bn.anda mengundi bn,anda juga ada syer dalam asb

    • 46

      orang melayu boleh pilih unit trust cimb islamic, tabung haji, bank rakyat .. dividen lebih tinggi daripada asb .. dan paling penting adalah HALAL ..

    • 47

      ASB tu kan unit amanah.. byk lagu unit amnah lain yang ada cnthnye public mutual. Halal and dividen jauh lgi tinggi dari ASB

    • 48

      Saudara,public mutual Ada Dan berteraskan syariah…sila layari http://www.publicmutual.com.my

    • 49

      kay…suami saya pun bangsa cina tp dia sendiri ada ASB. Bagi saya msh ramai org melayu akan tetap di ASB/ASN….kita melabur pun pasal masa depan…mrk2 yg ckp pasal haram & halal tu saya serahkan pada TUHAN yg menetukan. Kalau org Melayu susah ada ke depa2 nie nak tolong… yg penting nawaitu kita..mrk tak melabur pun duit tetap masuk sampai ketua sbb kerja dgn kerajaan…habis org2 spt kami yg mkn gaji dgn swasta kerja sampai tahap umur tertentu blhlah cari rezeki…lps tu hidup nompang anak2 itupun kalau anak2 tak kisah…. Kalau cakap pasal halal haram dlm mencari rezeki….apakah mrk sedar bahawa dlm cara mrk/kita bekerja kalau tak buat betul2 (curi tulang & sebginya) dgn kerja yg kita dpt pendapatan…kan haram namanya.

      • 50

        Liz… tak boleh juga kata yang penting nawaitu. Matlamat tidak menghalalkan cara. Sbg contoh, kita rasa kesian dgn jiran sebelah sebab tak beduit. Jadi, kita nak bantu dia beli makan minum bagai. Tapi, kita pun tak berduit. Apa yang kita nampak, kita cuma mampu curi duit jiran depan rumah yang kaya-raya. Adakah halal bagi kita curi duit jiran depan tu hanya semata-mata hendak membantu jiran sebelah rumah? Sebab dalam Islam, matlamat tidak menghalalkan cara. Kecuali dalam keadaan darurat. Apapun, kita masih ada alternatif lain yang boleh difikirkan dan diusahakan supaya tak terlibat dalam perkara haram dan syhubhah. :) Insyaallah….

        • 51

          saya pernah dengar org curi duit utk tlg org yang susah…

          • 52

            Robinhood!!

        • 53

          btul tu..sokong3…niat tak menghalalkan cara.
          kalau dah keluar fatwa mengatakan haram, kita patut ikut.
          tak sepatutnya kita mempertikaikan isu halal haram lg.

        • 54

          Matlamat tidak menghalalkan cara. Setuju tu, MATLAMAT = Nak pegi haji mohon keampunan dari segala dosa. CARA = nak dapat duit sampai 12k minimum mmg susah, jadi melabur la seminggu 3 kali kt kdai nombor. Sekali kena, boleh la pegi haji nak mintak ampun dosa berjudi n dosa dosa lain.. Boleh ke cmtu? Tentu lah jwpannya tidak kn, kerana MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA

          • 55

            Matlamat tidak menghalalkan cara? Hadith atau dr Al-Quran?
            Kalau nak gi semayang jemaah, amik wudu’ kt umah, pastu jalan kaki pergi masjid… jd cara saya ni haram lah ye? huhuhu…

        • 56

          mmg matlamat tak mnghalalkan cara..curi tulang sewaktu bekerja pn serupa juga, ponteng menipu xnak bekerja pn sama juga..mengumpat masa bekerja pn sama juga..pakai barang2 stationary pejabat mcm harta mak bapak sendiri pn sama juga..

          matlamat tidak menghalalkan cara :)

          melayu di didik menyimpan hanya dalam satu akaun sahaja, iaitu ASB/ASN..bkn salah melayu kalau mereka risau akan masa depan mereka..yg salahnya pihak2 yg bertanggungjawab mengabaikan bangsa dan saudara islamnya sendiri..pastu berlagak mcm org pandai, tau sume benda..

          sori..tp inilah hakikatnya yg sebenar..

          • 57

            ape maksud awak ni,katakan dengan jelas

        • 58

          kenapa lak mencuri??? memang lah berdosa, haram, salah.
          melabur ngan mencuri tu sama ke ? …. oh dividen tu kira benda curi la??

        • 59

          saya setuju kata mamaiman tuh….kalau kita tahu yang terang dan jelas haramnya tu, kan lebih baik kita cuba elak-elakkan. nawaitu tu adalah bersabit dengan perbuatan kita yg melabur tu tapi bila dah tahu haramnya kita lakukan jugak, dan jatuhlah syubahat dalam diri kita, nauzubillah…..
          kalau liz nak ambil contoh yang lain dalam kehidupan silakan lah dan kita muhasabah je diri kita sekeluarga bagi elakkan keharaman yang terjadi dalam kehidupan kita …….

        • 60

          habis tu % dalam pembiayaan islamik buka riba. kata matlamat tidak menghalalkan cara. boleh main pilih-pilih?

        • 61

          habis tu % dalam pembiayaan islamik bukan riba. kata matlamat tidak menghalalkan cara. boleh main pilih-pilih?

      • 62

        betul betul betul…

      • 63

        salam Liz…patuhlah perintah Allah nescaya hidup kamu tenang…rezeki ada dimana-mana…ingat pada ALLAH ,BUAT apa yg ALLAH suruh tinggal apa yg dilarang…insyaAllah…pasti Allah akan beri pertolongan…jgn marah mereka yg cakap halal/haram kerana mereka wajib menyampaikan Ilmu pengetahuan utk panduan hidup umat Islam..Katakan selalu pd hatimu…’Hanya Allah lah Yg Maha Memelihara’….

    • 64

      public mutual banyak dana amanah yg patuh shariah. salah satu dana (dividend funds) average untung 19%. jauh lebih tinggi dari asb yg syubhah.

    • 65

      Maaflah…tidak semua cina-cina melabur dlm amanah saham tu….misalnya yg dah muslim dan faham halal haram…harap maklum dan jgn main terjah jer

    • 66

      TAKAFUL KAN ADA…….
      DLM MALAYSIA TAKAFUL IKHLAS DAN TAKAFUL MALAYSIA YG
      100% MENEPATI SYARIAH….

    • 67

      Salam Ramadhan. CIMB Wealth Advisors Bhd (CIMB GROUP) mempunyai Dana2 Syariah yg tlh memberi pulangan yg lebih baik ASB/ASN. Contohnya Dana Islamic DALI Equity Growth tlh memberi keuntungan 333.4% kpd pelabur yg melabur sejak tahun 1998. Utk maklumat lanjut, hubungi saya di talian 0193228121 (Faizah Roslan).

    • 68

      melabur dlm public mutual ah…dana berlandaskan syariah ..

    • 69

      Mari melabur di CIMB Unit Trust. Confirm patuh syariah dan performance jauh lebih baik. average dalam 10%-15%. penah cecah 49% setahun… yang penting halal. dah ada yang halal, tapi still cari yang haram.syubhah tu …tak tau la nak cakap ape… alasan harus la etc mmg tak leh pakai la kan…tu klu takde pilihan..skrg byk unit2 amanah yang patuh syariah… so..harus atau haram?

      • 70

        kalau kita melabur,boleh wat keluar duit anytime ke?cth masa2 terdesak?

    • 71

      Jadilah pelabur individual. Tak perlu bergantung kepada ASN dan ASB.

      80% syarikat dalam Bursa Malaysia adalah syarikat patuh syariah. Banyak pilihan.

      Belajar dan buat sendiri. Kawal duit sendiri.

      • 72

        aku setuju dengan pendapat ini.kalau tak pandai boleh tumpang kawan yang pandai.nak tumpang aku pon boleh.pengalaman aku aku boleh buat lebih dari 10 % setahun

    • 73

      amflexi 2 under am assurance pon ok

    • 74

      rezki Allah luas di muka bumi ni.. cari la mana2 pun, yg penting halal dan berkat..

  4. 75

    jangan simpan duit dalam maybank pa suma,suma tu konvensional, wat loan beli keta,umah suma x boleh, ada unsur riba. so jgn.

    • 76

      kay:marah nmpak,smpi men sndir2 lg…da gtau elas ikut jk la..bkn xda bank islam lain

      • 77

        Dulu sy seperti kamu juga. asb sy berikan pulangan yang lumayan setiap tahun.

        Saya ada asb, dan akan tamatkannya esok. memang tiada pilihan jika dah sah hukumnya. Yang diragui adalah bagaimana masadepan pelaburan saya. Sy masih jahil dalam melabur dan saya perlu melabur untuk ilmu pelaburan yg halal.

        Bermula sy ikut dan percaya pada hukumnya,sudah tentu dimudahkan jalan dariNya.

        Kwn2, sy insaf dengar pembukaan baqarah,”kitab ini adalah petunjuk bagi orang yang bertaqwa”

        sy berharap sy tergolong dalam orang sebegini.

        • 78

          klu macam 2,apa kata anda melabur dlm unittrust..lg bgos n menjamin masa depan n utk jangka masa panjang..

          • 79

            Salam… untuk pengetahuan semua, Bank Islam juga mempunyai dana-dana 100% patuh syariah dan telah diperakui oleh Suruhanjaya Securiti… Oleh kerana agen Bank Islam masih sedikit so info ni masih belum tersebar luas lagi… Dana Al-Falah merupakan dana terbaik dan di bawah kategori dana ekuiti… berdasarkan history, anual return antara 12% hingga 20%…

    • 80

      haha ada jugak yg bg komen bengong2 kat sini.. apsal ler nko duk marah2 pasal fatwa yg ASB/N ni haram?? patut nko marah apsal kerajaan wat mende2 tu tak ikut konsep Islam.. nak jadi org munafik mcm nabi s.a.w cakap tu ker??

      • 81

        ala PAS pn dah taknak perjuangkan negara Islam…menunjukkan semua manusia tak sempurna janji tak di pegang.. so pikir2 lah sendiri.. apa yg penting usaha untuk masa depan sendiri.. jgn nak harapakan org

        • 82

          bukan PAS tak nak perjuangkan negara islam..itu matlamat sebenar PAS..tapi,patutnye kene tanye dengan pemerintah sedia ada,kenapa tak nak laksanakan Negara Islam ikut cara yang betul..PAS cuma pembangkang jerrr…

          • 83

            betul…betull..betul..
            kita hidup tuk cari keredhaan Allah..bkn kesenangan dunia je..dunia ni kejap je bkn kekal pn..so keredhaan Allah lbih pnting, bleh mnjamin masa depan.kaya camna pn kalo Allah xredha xbhagia pnye..

          • 84

            bangkang ke kalau cuba pecah belah

        • 85

          Betul! batul! betul!!!

        • 86

          yang kau babitkan pas pasal apa pulak. sekarang orang crite pasal asb bukan pasal politik.

    • 87

      Islam itu sudah lengkap dari dulu lagi… Kita yg tukar ikur sistem yahudi.jgn bila kita nk diperbetulkan kita xnk terima..kete dah ada islamic system.rumah dh lama dh ada islamic pny purchase. duit simpan dlm islamic banking acc.10thn dulu sume ni xde.skrg dh ada, napa x pilih.

    • 88

      kalau cmtu, setiap bulan bagi golongan yang bekerja tetap, setiap sen yang dilaburkan ke dalam kwsp pun akan dianggap tidak halal… sebabnye, kite xtaw pelaburan tu disalukan ke mana… maka, apabila pencen kelak, apakah hukumnya bagi duit simpanan itu?

      • 89

        Kwsp lain ngan ASB or ASN ….. Kwsp termasuk dalam akta undang2.. kite terpaksa agihkan pendapatan kita dalam Kwsp.. Berlainan dgn ASB or ASN.. kita ada pilihan utk tidak melabur dalam ASB or ASN

      • 90

        KWSP bukan pelaburan..ianya adlh SIMPANAN..pencarum bole pilih utk MELABUR atau MENYIMPAN sahaja..kena paham beza tu..ilmu itu penting agr kita tidak tersesat.. :)

        • 91

          Hello pakcik

          yang statement kwsp ade div evey year tuh hape. EVERYBODY KNOWS THAT PENCHANT FUNDS is one of the biggest pool of investment sebab dana banyak..so banyak portfolio boleh buat. Yes ilmu itu penting…apparently ur lacking in dat

          bayar zakat…zakat bersihkan harta

          • 92

            saya rasa dia memang tak cukup ilmu… tak dpt nak membeza

          • 93

            Salam Rose,

            KWSP is satu skim simpanan dan dia bukan investment pool. KWSP tak sama dgn mana2 unit trust body eg: Public Mutual / CIMB wealth atau ASB. KWSP nie sama jer konsep dgn kita simpan duit kat mana2 akaun bank. Duit2 yg kita simpan tuh bank2 @ KWSPp akan guna utk diorang generate diorang punyer keuntungan. Dari situ kalau ader lebih baru dia agih2 utk dividen yg kita tgk tiap tahun.. Kat bank kita tak nampak sebab tiap hujung bulan duit kita habis. Dlm KWSP kita nampak ketara sbb duit tuh tak leh nak kuar.. hehehe… So bila nak cop org kurang ilmu, pikir ler byk mana ilmu yg kita ader… tanyer mana2 financial planner, they will tell you the same..

            Wassalam..

          • 94

            Ish….. Ish………. Ish……… !! Sah cakap yg tak cukup ilmu.

          • 95

            Betul. KWSP adalah skim unit amanah tertua dan terbesar di Malaysia.
            Ianya tak sama dengan simpanan di Bank, di mana simpanan di Bank digunakan untuk membiayai perkara2 melibatkan loan etc. tetapi, di KWSP, wang2 pencarum dilaburkan ke dalam syarikat2 tertentu. hasil keuntungan dibahagi kan ‘sama rata’ kepada pencarum dalam bentuk dividen/keuntungan. Jadi memang KWSP adalah sebahagian dari unit amanah.

      • 96

        epul, saya setuju sesgt pendapat awak

      • 97

        betul tu….edisi siasat la

    • 98

      Boleh simpan kat Maybank Islamic Bank

    • 99

      kan ada islamic maybank

    • 100

      itu le… duit akaun saving kita selama ni xpasan ilang $50 hinggit sbulan dia potong, stahun mau $600, sapa nak bagi free. udah le xpenah ada SI, bila kol tnya, mcm2 alasan dia bgi, mengong tol. skrg xmau pakai Maybank dah.

      • 101

        akaun saya tak pernah kena potong pun. dividen ada lah, 6 bulan sekali.

  5. 102

    Dah terang-terang dari atas kebawah penerangan ayat dan maklumbalas dari yang arif, janganlah nak dipropagandakan dengan maksud lain. Terima sahaja yang dah termaktub. Yang belum tu, kita hanya tunggu yang arif memberikan makluman.

    • 103

      setuju sgt…..kalau dah jelas dpn mata ia haram atau meragukan…lebih baik tinggalkan…sy sendiri pon dah beriban2 dlm ASB tu…..tapi kalau dah was2…tgalkan ajer…..apela sgt harta di dunia di banding keberkatan dr Allah SWT…

      kot mana2 yg haram yg kite x nmpk lg…doa2 la semoga pas ni kite akan nmpk….bak kate ustaz azhar….”Orang beriman bila dengar benda haram datang rasa taqwa dalam hatinya manakala orang munafiq akan marah-marah dan mencari jalan untuk melepaskan diri dari kelihatan bersalah”

      • 104

        setuju dg pendapat aze tu. cara terbaik adalah tinggalkan perkara2 haram tu agar dihujung usia kita yang dah senja ni kita akan dapat keberkatan. patutlah anak2 suka melawan mak bapak, rumah tangga porak peranda, penyakit menimpa dalamkeluarga dengan serius dll…itulah dia musibah yang kita tak perasan menimpa diri hasil dari keadaan haram yang dilekakan oleh pihak yang sepatutnya menjelaskan keadaan ini. semoga mendapat keampunan dari Allah s.w.t. lah hendaknya, insya’Allah

  6. 105

    kay;mu tosoh nok perli2 laa..mu nk ikut..ikut..xnak ikut dok soh sibuk..mu ngaji tggi2 dulu br mu blh komen,hal beli umoh tu bkn riba psl ade aset dan hukumnye dok haram..

    • 106

      setuju ngan buyot… Psl tu kita ada ulama’. Semua org tau psl demam dan makan panadol, tapi bukan semua org itu doktor. Banyak2 doktor, ada yang jadi doktor pakar.

  7. 107

    kay…kenapa marah sangat?.terima sesuatu yang baik dengan rasa penuh keinsafan.semoga kita semua sentiasa berada di dalam keredhaan ALLAH.amin.

  8. 108

    Aku sejak tahun 90an lagi mmg x melabur asb/asnb, kenyataan pasal haram melabur ni mmg dah lama kuar kat surat khabar… Bagus lah kena ingatkan umat Islam di Malaysia ni selalu…Sama2 kita beroleh harta dan wang yang barakah…

  9. 109

    kalau nak melabur cara islam kena tukar pimpinan kerajaan dulu…

    • 110

      senang ko ckp tukar kerajaan dulu!! ko ingat tukar kerajaan cam nak tukar seluar dalam ke??

      • 111

        jgnlah gaduh2 sesama muslim,ckp baik2 kan elok..sabau2 saudara2ku

    • 112

      setuju sesangat….

      • 113

        eh pak ali…awk stuju dgn mumy ke dgn ali tu.?

    • 114

      Ish… Ish …. Ish !!! Sah cakap melalut. Tau ke melabur cara Islam tu camne?? Kongsi le kalau tau ……. ada ke masa zaman Nabi ke atau zaman para Sahabat dulu skim pelaburan cara islam? …. Jangan cakap kosong je…

      • 115

        emas dan dinar dipraktikkan…dulu digunakan sebagai matawang,sekarang kita blh guna sbg simpanan dan pelaburan

  10. 116

    bila dah haram hukumnya bermakna kita kena hentikan pelaburan/pinjaman ASB yang berurusan dengan Maybank, RHB bank dan sebagainya..(minta pendapat)

    • 117

      pendapat peribadi asb di maybank n rhb dibuat di bahagin konvensional sedangkan ada rhb islamic n maybank islamic… asb x gunakan yg islamic tu..

    • 118

      azlina, sebaiknya hentikan pinjaman ASB tu sbb ia dah melibatkan 2 benda yg sah haramnya :
      1) pinjaman dgn kdr BLR yg ‘fluctuate’ – menjurus ke arah riba
      2) pulangan dlm ASB pun dah sah haramnye….pokok masih boleh digunakan.

      so, my advice is switch ‘komitmen’ bulanan anda ke tempat lain, contohnye Tabung Haji, pelaburan Unit Amanah berlandaskan syariah or any medium – yg penting kena disiplin. Sbb selalunya orang yg buat pinjaman ASB ni, niat nak menyimpan dan tak nak menggunakannya.

      Untuk bank2 Islamic mcm Maybank Islamic or RHB Islamic mmg takde kaunter ASB pun…

  11. 119

    Assalam. Yang halal dan yang haram itu sudah jelas…ikutlah apa yang telah Allah dan Nabi tegaskan dalam Al Quran dan Hadis nabi… kita jgn terjebak pelaburan yang ditaja oleh golongan munafik yang berpenasihatkan yahudi apco laknatullah…

  12. 120

    korang tngok la kat youtube, taip ‘dr mahmood zuhdi’berkaitan hukum asb dr sudut ilmu fiqh..

  13. 121

    ramai ustaz yang masuk ASB ni.. baru jumpa ka perkataan riba?

  14. 122

    maybank kan dah ada sistem perbankan islam,so apa susah convert jelah akaun 2.insyaalah jika hidup berlandaskan hukum islam yg sebenar akan selamat hidup didunia dan akhirat

    • 123

      bank2 guna jer nama islam,tp masih ada menggunakan riba.

      • 124

        sy stuju..tpi kurang2 kita dah wat pilihan terbaik dari engage dengan bank yang jelas konvensional..pandangan sy la

    • 125

      iye.. kdg2, ade yg menggunakan name perbankan islam, tp, still ade unsur syubhah, dan riba

      • 126

        btul 2 kadang2 pinjaman di perbankkan islam lebih mahal dari konvesional..sebenarnya BNM mesti disyariahkan

    • 127

      btol..letak kt name je Islam…tp bkn 100% ikut cara Islam pon…saje je tu nak menarik pengguna2 Islam

      • 128

        Betul tu …. Wak dah guna kesemua sistem perbankan ni. Takde beza …. semuanya pakai % jugak …….Baik Bank Islam ke atau perbankan Islam ke …….. jalan nya same je .
        Pasal Perbankan Islam ni ….Kalau simpan ngan dia ….. dia bagi kita dividen sikit … % jugak! … kalau tahun tu untung dia banyak … dia bagi % tu jugak … tak naik pun. Mudarabah ke… Ajil ke. … dia tetap nak bahagian untung yg lebih…….. Islam ke tu?

        Kalau pinjam kat dia …… same gak …….. faedah kira % jugak. Kalau kita pinjam untuk berniaga lepas tu perniagaan kita gagal ………. dia tetap tagih utang tu ….. termasuk % nya jugak. Mana ada dia nak kongsi kerugian kita tu……. takde belas ehsan jugak …… Islam ke tu?

        • 129

          Untuk simpanan di Bank Islam, kalau buat simpanan tetap, dividen memang sikit 0 -1%(sama jgak mcm bank2 lain)… tapi kalau ingin buat simpanan bijak, langkah terbaik buat simpanan di unit amanah bank islam… return tahunan boleh mencecah sehingga 20%, (lebih tinggi dari ASB) dan 100% patuh syariah dan diiktiraf oleh SC (boleh check laman web SC) dan bagi pembelian unit melebihi 500, akan dpt 50% takaful percuma dari nilai pelaburan.

          Berkenaan pinjam n perniagaan gagal, boleh x wak beritahu ade ke bank2 lain yg x tuntut hutg pinjaman (kalau ade nak apply jgak) …. n setahu saya, Bank Islam xde istilah late charges. X senang nak wat loan ngan Bank Islam, n pemohon perlu tukar bayaran kemasukan gaji ke Bank Islam.

          Sekadar berkongsi pendapat, kalau ade salah mintak diperbetulkan.. :D

        • 130

          Saya sokong kenyataan wak, saya pun dah terkena…..

  15. 131

    terima kasih atas info ni.
    afzal laidin recently posted..Kajian kes niche awareness

  16. 132

    Pada yg rs nk marah2 psl fatwa ni,rilex..mn nk mlabur?beli emas la der…dh terang2 xde riba..untung rugi kita atas naik turun harga emas..xsusah kn?balik pd pelaburan islam yg asal…kn mudah…org kafir sndiri pn dh mula beli emas…kita yg islam ni plk nk marah2 bila asb haram…

    • 133

      Beli emas tu tinggi jgak untung dia…. tapi simpan emas banyak2 jgan lupa bayar zakat emas ye~ :P

  17. 134

    beli tanah la dei… beli emas pun blum tentu selamat…

    emas: beli utuk simpan sahaja… beli simpan, beli simpan… susah nak jaga…kalau simpan bank, mesti diorang nak kos utk simpan barang…secara xlangsung duit kita tu digunakan utk melabur juga… bila melabur kita kene siasat samada belaburan itu halal or haram… mula halal. lama2 haram…
    pada saya beli emas tidak praktikal…

    Tanah : beli dan usahakan, dapat hasil boleh bagi anak bini makan…dah SAH HALAL…haraga pun makin naik… xde tanah nak cucuk tanam mcm mana? nak dapat makanan mcm mana? beli mas boleh tgk je la…
    TANAH itu segala2nya…bagi yng tau kepentingnya…

  18. 135

    Alhamdulillah. Amat jelas. Minimumkan simpanan KWSP anda dengan membuat pengeluaran dan melabur ke dalam Skim Unit Amanah yang berteraskan Syariah.
    M.Zaidee recently posted..Market Wrap- Week Ended 13 May 2011

  19. 136

    sokong yg atas ni, tp nk lgi bez dan yakin ialah join dalam program Genneva Gold, berlandaskan syariah dan dilancarkan oleh Tun Dr Mahathir Mohammad, org Melayu dh mula nk msuk dlm program ni.

    • 137

      beli emas then dapat hibah 1.5% tiap-tiap bulan selama 6 bulan, after 6 bulan dpat blik modal yg kita beli dgn pulangkn blik emas itu, mcmtu la modus operandi nye, wallahualam

      • 138

        aizudin, nak tau lanjut pasal genneva gold ni..cmne nk contact..?

        • 139

          en sakat ley tgk blog ni aferogennevagold.blogspot.com, ini kawan saya punya blog, tq

          • 140

            sebenarnya skim geneva gold ni dah disahkan penipu, skim ponzi sebenarnya. Dan tun mahathir tak ada merasmikan mana2 skim emas di Malaysia. Dia hanya pernah attend function Public Gold sdn bhd sahaja, iaitu satu syarikat menjual emas secara DIRECT (cash for gold) sahaja kepada pembeli. Sesiapa yg nak beli emas, jgn tertipu dgn mana skim emas. Cuba beli emas fizikal secara direct dari syarikat/dealer yang sah.

          • 141

            oh yeker penipu la pulak! TAPI KAN knape terang2 Tun masuk suratkhabar Utusan Malaysia bertarikh 18 Oktober 2010 bersama2 dgn CEO Genneva untk perasmian, ada gambar lgi tu..siap msuk TV1 lgi dlm S.P.M utk overview perasmian ni…xelok condemn biz lain semata2 nk up biz sndiri..kita cari makan biar cara yg elok, halal ye, fikir2kan selamat beramal!!!

          • 142

            Miss wani jgn suka menuduh or ada sifat phd sedangkan awak tu namenye org islam tp sayang pemikiran n sifat tu mmg x mcm org islam..kecian awak wani…lain kali kalau nk mencari rezeki yang halal yg penting yakin iklas amanah dan beriman pada-Nya insyaallah ada je rezeki diberi oleh-Nya…jadi apa pn bisnes yg ada dia Malaysia smua ada pro n kontra jd fikir-fikirkn lah sejenak ye…

    • 143

      Genneva Gold.Terangkan sikit

  20. 144

    oh Malaysiaku…
    Islam atas nama sahaja…
    oh Pemimpin2ku…
    sedarlah tanggungjawab seorang pemimpin…
    oh Hamba2 Allah…
    sama2 kita membanteras n mengatasi…
    harta hanya sehingga hujung nyawa…
    amalam sampai ke akhirat…
    Allahuakhbar!

  21. 145

    simpan kat Tabung aji ler.. bukannyer tkde pilihan lain. nape nak marah2 pasal fatwa lak.. salahkan org yg dok implement kan asb/asn tu la..suruh depa tukar system kasi halal.

  22. 146

    alamak cmne ni,lau g2 kena close acc la ya……im followwwwwww

  23. 147

    hati2 la pelaburan emas pun byk jugak unsur2 riba jika tidak mengikut hukum2 jual beli emas yg betul.
    jangan sbb nk untung cepat, hukum hakam diketepikan.

  24. 148

    Kena tutup akaun ASB ni dan tambah pelaburan ke Tabung Haji lah nampaknya.

    Terima kasih kerana kongsi info ni. I follow………

  25. 149

    Salam,
    Isu ni menjadi lebih runcing apabila ada pilihan yg lebih baik seperti amanah saham yg patuh syariah seperti dr Public Mutual dll. Mcm sistem perbankan konvesional juga kini dah ade Islamik, jd tepuk dada tanyalah iman… sekian. ;D

  26. 150

    Jabatan-Jabatan kerajaan ni tahu meng’haram’kan /melabelkan sahaja , mereka ni tak pernah pun mencipta apa2 pun produk yang ‘kononnya’ halal. tah-tah lepas ni bank pun kena ada tanda HALAL

    • 151

      Dah mmg keje pejabat mufti utk analisa. dia org menjalankan t’jawab.

      Pasal produk, kena la industri yg pikir. And kita sebagai org Islam kena la pikir dan kaji dulu sebelum melabur.

      Benda ni dah lama dah. Elok lah di highlight balik :)

    • 152

      kan dah ada pilihan untuk kita melabur… ni mesti tak baca komen2 yang di atas…
      Syahmie recently posted..Kata Orang Tua-tua

  27. 153

    Bagaimana pulak dengan fatwa negeri Perak dan juga fatwa Kebangsaan? Cuba dapatkan…

  28. 154

    kena btau hubby ni..banyak giler dia simpan dlm ASB..tp nape tk heboh ye?ke saya yg katak bwh tempurung baru tau.Sinca dh haram nk kena close as soon as possible/tq :)

    • 155

      Salam Ramadhan Fadhlina. CIMB Wealth Advisors Bhd (CIMB GROUP) mempunyai Dana2 Syariah yg tlh memberi pulangan yg lebih baik ASB/ASN. Contohnya Dana Islamic DALI Equity Growth tlh memberi keuntungan 333.4% kpd pelabur yg melabur sejak tahun 1998 hingga Jun 2011. Utk maklumat lanjut, hubungi saya di talian 0193228121 (Faizah Roslan).

  29. 156

    bank selain tabung haji semua ade riba. bank islam pun x terkecuali… islamic banking konon.

    • 157

      apa2 pun, kalau rasa was-was semuanya jd haram kan…

    • 158

      Aiks, tabung haji kan bawah bank islam… cane plak tu~

  30. 159

    hmm… really?
    Afham recently posted..Nasri Buka Peluang Sertai Man Utd!!!

  31. 160

    macam agenda nak lariskan emas pun ada.sorry to say

  32. 161

    Ada sesiapa tau camne nak batalkan asb yg pakai pinjaman pelaburan?sebab saya dah kontrak 5 tahun dgn asb..mohon pandangan

    • 162

      maybank or cimb? pernah pegawai cimb bgtau, jual balik je..tp tak sure la pulak…

    • 163

      pegi dekat bank yg anda buat ` loan’ beritahu nak `resign’ nant dia bg borg roh sain dlm tempoh seminggu pihak bank akn pulgkn semua duit yg anda simpn termasuk dividen dan insuran

    • 164

      boleh je batalkan balik. nanti kalau kita dah bayar banyak tahun, siap ada refund lagi. saya pernah jual balik dulu. ada refund lagi. tryla gi counter kat buat pinjaman dan tanya lebih lanjut.

  33. 165

    CARA YANG PALING BAIK….WAR-WARKANLAH DALAM DADA AKHBAR AGAR SEMUA ORANG ISLAM TAHU ISU SEBENAR.

    • 166

      sokkabau mana yea, berita hairan ker utusan meloya.

  34. 167

    salam,
    minta kebennaran pihak admin utk guna article ini di website saya cerai muslim community

  35. 168

    Sesungguhnya di zaman kini khususnya di akhir zaman ini, pelbagai yang haram dihalalkan mengikut acuan nafsu syaitan. Sebab itu sekiranya kita ada ragu2 akan kesucian harta kita, kita disarankan supaya membayar zakat harta/pendapatan. sesungguhnya zakat itu menyucikan harta…

  36. 169

    alhamdulillah..askhirnya ade gk mufti kerajaan negeri yg kaji secara lebih mendalam..minta izin copy gbr dan buat link ke sini terus :)
    [-suziey-] recently posted..hukum ASB haram – Jabatan Mufti Negeri Selangor

  37. 170

    dunia…

  38. 171

    macamana duit yg dah ada dlm asb tu, keluarkan pokok pelaburan je ke? bagi pandangan ustaz?

  39. 172

    mntk tolong diperjelaskan lagi…jgnlah terlalu cepat membuat keputusan melulu tanpa usul periksa dan pengetahuan yg mendalam tentang usul fiqh itu sendiri…sungguhpun Islam itu sgt tetap dan fleksibel hukumnya…boleh rujuk link ni…

    http://www.mahmoodzuhdi.com/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=72:hukum-melabur-dalam-amanah-saham-bumiputraasb&catid=13:fiqh-muamalat-&Itemid=14

  40. 173

    salam, saya nak share sikit, mungkin antara kita menilai sesuatu mengikut pandangan masing2. PNB merupakan satu badan yang menguruskan pelaburan kita yang mana mempunyai dana berbillion2 ringgit, dan difahamkan takda satu bank pon mahu di Malaysia yang boleh simpan duit PNB sbb terlalu banyak. Even 30% share maybank ponPNB yang pegang (maknanya bleh dikatakan maybank pon PNB yang punya). Dan kebanyakan duit pelaburan ni datang dari penyimpan seperti kita, melayu/ bumiputra dan majoritinya islam. Kita semua tahu kekuatan ekonomi melayu islam sangat lemah, dan PNB merupakan mekanisma yang sangat berjaya dimana ia telah diurus baik sehinggakan dapat membri pulangan pelaburan kepada pelabur. Jika kita lihat sekeliling kita, semua urusan kewangan banyak terdiri dpd sistem konventional yang mana ada antara kita inteprasikan sebagai sistem riba dan haram. PNB tidak boleh mengelakkan ini 100% kerana sistem yang sedia ada di Malaysia.. Tetapi sedaya upaya mengelakkan pelaburan dlm business yang bercirikan riba (dari pelaburan di Maybank) dengan arahan mewujudkan penasihat agama dlm PNB itu sendiri. Jadi majlis fatwa negara menjatuhkan hukum harus kpd PNB kerana daruat dengan syarat ia dipantau oleh badan agama (tahap darurat yang membenarkan ia jatuh harus). Bayangkan jika sume org keluakan duit dr PNB/ASB, semestinya kekuatan kewangan melayu islam akan berpecah dan sebenarnya merugikan dahkan backfire pada kita umat islam… Ini adalah pendapat saya dari sedikit penyelidikan dan bacaan dari internet.. Saya respect semua pendapat di sini.. Semua org ada hujah masin2 dan akal utk berfikir… =)

    • 174

      sy setuju pendpat saudara. apa salah menyimpan di asb/asn? saya pun simpan. tapi duit dividen tu setiap tahun saya selalu agihkan untuk perbaiki jalan, jembatan dan perbaiki saliran di kampung saya. biasanya saya akan gunakan duit capital (pokok) saja. rasanya tak salah.

    • 175

      Omak pun heran kenape sekarang baru nak bagi tau.. setelah bertahun2 orang islam menyimpan wang dan makan hasilnye.. kenape hanya selangor? jadi dalam dalam hal ini ulama sendiri tak bersatu . tujuan kerajaan untuk menolong orang melayu/islam… sepatutnye ulama mesti bersatu, dan bantu kerajaan cara macamana untuk membantu orang2 melayu & Islam. Dan jgn hanye check on ASB/ASN, check juga bank2 lain yg bersandarkan syariah, bank kepunyaan bangsa asing.. adakah ianye benar2 halal, ape lagi bila pulangannye yg agak tinggi hingga ats 20%.. Jgn hanye kerana ia adalah produck kerajaan maka segalanye tak kena. Takut nanti tabung haji pun akan jadi issue kerana ia juga adalah produk yg dihasilkan oleh kerajaan…. Ape2 pun berzakat la kita

      • 176

        Sy yakin ketetapan yang dibuat oleh mjlis fatwa adalah dari perbincangan bersama orang yang ahli dalam bidangnya(bidang pelaburan).

        Yang jadi masalah saya adalah di mana sy nak melabur lepas ni?

        sy perlu melabur di seminar pelaburan islam, dan buku peaburan islam. sy yakin masih banyak cara kita mampu melabur dengan cara yang halal. Impak kepada ekonomi umat melayu islam memang sering dibincangkan dan selalu kita dengar.

        namun, sy percaya ada alternatif yang kita jarang bincang bersama.

        Pihak yg memegang portfolio di PNB dan ASb dan berkepentingan pula, sering memberikan hujah ekonomi umat melayu islam. Dengan mencari alternatif halal dan bersama secara jemaah mengamalkannya, pasti ia tidak menjadi hal.

        Sy sayangkan agama sy.tentu tuan dan puan juga serupa.

  41. 177

    Tabung Haji ada..buat apa simpan duit dalam ASB…niat nak pergi haji,menabung dalam tabung haji…tak nampak ke berapa banyak pahala dan barakah di situ…btw dividen tabung haji dasyat juga….

    • 178

      Sokong, simpan dlm tabung haji untuk tunaikan haji.

    • 179

      Betul, malah satu kelebihan besar tabung haji, zakat dibayar bagi pihak pendeposit. Tak yah pening kepala nak kira sendiri.

  42. 180

    da haram yer…kalo cenggitu yg da buat pinjaman loan asb ni nk kena tutup lah yer…nk tutup pun guna duit….ada x cadangan….

  43. 181

    Saya rasa perkara halal/haram pasal pelaburan ni ada byk pendapat. Macamana pula dgn :

    1. Gaji pekerja bank2 konvensional yg dibayar melalui keuntungan drp sistem konvensional.
    2. Gaji pekerja kerajaan yg dibayar melalui sumber cukai yang tidak pasti sumbernya .
    3. Gaji pekerja swasta dimana majikannya melabur ke sumber yg tidak patuh syariah.

    macamana nk elak yg diatas. xkn semua org nk kene keje dgn tabung haji atau buat bisnes sdr…
    saya setuju dgn haikal, yg pntg kita byr zakat pendapatan utk sucikan harta kita yg xpasti drp sumber mana….

  44. 182

    Bagi saya itu antara kita sama Maha Pencipta… rasanya kebanyakkan orang melabur hanya satu didalam fikiran iaitu untuk membuat sampingan menghadapi perkara yang kita sendiri tidak duga… Lagipun kalau ikut betul semuanya ada pro dan kontra dan terpulang kepada diri masing2 untuk menilainya…

  45. 183

    Saya membuat pinjaman berdasarkan ASB-i yg diuruskan oleh Maybank. Apa beza antara ASB-i dengan ASB? Boleh sesiapa beritahu?

    • 184

      same je tu.. mmgla pinjman tu kita wat berteraskan islam, tapi duit tu still kene simpan dalam ASB kan.. isunye skrg, ASB tu haram…

  46. 185

    smua bnda kat dunia ni sbnrnya dh bcampur2…ssh dah nk beza halal haram,benda mmg halal,cara pngendalian plak xbetul,kja elok2 mulia,dok rasuah,dok ngular…nama jek brunsurkan islam,p cek2 balik ada gak yg cincai2…kdg2 bila pk balik,sstengah benda org bkn islam lebih elok djadikan contoh…kjasama,muafakat utk mmajukan bangsa diorg…kita org islam ni….mmm ssh sini kutuk sana,sana kutuk sini…hampesss

  47. 186

    tapi..berapa ramai pulak yg tahu matawang kertas yg kita pakai itu sendiri berasaskan suatu sistem riba…bepaksikan dolar yang sebenarnya riba jugak..adakah anda semua tahu…check chek sendiri….

  48. 187

    MENGHUKUM MEMANG MUDAH, MEMBINA MEMERLUKAN AKAL DAN FIKIRAN. DALAM HUKUM PUN ADA TAHAP NYA MENGIKUT MASLAHAH. KENAPA MANUSIA TIDAK BERFIKIR DAN BERTINDAK YANG HARAM ITU DI UBAH MENJADI HALAL. GUNAKAN AKAL UNTUK BERJIHAD EKONOMI. INI ADALAH KEKUATAN EKONOMI ORANG MELAYU DAN ORANG ISLAM. BIARLAH KITA UBAH DENGAN PENDEKATAN BERHEMAH. ITU SEBABNYA KITA ADA BANK YANG SYARIAH DAN TIDAK SYARIAH COMPLIANT. SATU PENDEKATAN YANG BAIK. HIDUP BUKAN UNTUK MENGHUKUM TETAPI MENDIDIK.

  49. 188

    apapun..zakat jangan lupa yaw!

  50. 189

    CUBA JANGAN BENAKKAN KEPALA. ASN/ASB ADALAH PELABURAN UNTUK ORANG MELAYU UNTUK MENGUKUHKAN EKONOMI ORANG MELAYU SENDIRI. DENGAN ADANYA ASN/ASB LAH ORANG MELAYU BOLEH MELABUR SERENDAH RM10.00. CUBA JANGAN DIPOLITIKKAN PERKARA INI.

    • 190

      Banyak lagi cara nak cari duit, buatlah bisnes online pula.

    • 191

      salam. Saudara,skrg bukan masa politik, skrg akan muncul haq dimana halal dan haram. Setiap manusia yang beriman mencari redha ALLAH biarpun manusia murka. Hanya manusia pentingkan duniawi saja mencari redha manusia sampai membawa kemurkaan ALLAH. islam bukan pada rupa tp pada perbuatan. Tq.

    • 192

      lubalang aku suka comment ko..syabas

    • 193

      Setuju.jika ia untuk orang melayu di negara lain(yang beragama lain pula:) Kebanyakan melayu di negara kita islam.

      Islam pula dibina tanpa sempadan bangsa, dan negara.

      bagi melayu islam,islam itu perlu mengatasi melayu sebab kita bukan hanya hidup di dunia.

      Islam ada dalam darah daging kita, mari serlah dan buktikannya dengan amalan pula. Jom, bertaqwa:)

  51. 194

    mohon share… =)
    azmie recently posted..2nd GA – potretkan AKU

  52. 195

    sebab pa fatwa nie x selaras dengan fatwa kebangsaan? pening dow kejap harus kejap haram…

  53. 196

    spt kata ustaz d atas….ramai yg akan mncari alasan utk menidakkn yg haram sehingge iyanya kembali halal walaupon iyanya HARAM….SubahanAllah….

    Daripada Abu Abdullah al-Nu’man ibn Basyer r.a. ﺎﻤﻬﻨﻋ ﷲا ﻲﺿر beliau berkata: Aku telah mendengar
    Rasulullah SAW bersabda:

    Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya. Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara- perkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati.

    Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.

    • 197

      simpan ajer wang dalam tempayan atau bawah bantal, tutup cerita

      • 198

        bodoh piang…

  54. 199

    betul ke tipu ni?
    mana bukti

  55. 200

    salam…unit trust islamic salah satu alternatif selain dari asb…boleh lawati laman blog saya utk sedikit info dan add saya melalui fb di sana…
    baizwealth recently posted..Memahami Unit Amanah Islam

  56. 201

    dalam kes ni…kita x perlu berdebat tentang halal or haram….tapi apa yang penting…kalau ada ustaz2 yang mmg arif dalam hal ni…bgtau jalan penyelesaian….. supaya boleh jd guide line pada orang2 x tahu macam saya ni…..

  57. 202

    Assalamualaikum w.b.t

    Hari ini (Utusan Malaysia) ada publish pasal ASB & ASN.
    Mengikut kata,”Presiden dan Ketua Eksekutif PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata, semua adalah jelas bahawa dana pelaburan yang diuruskan oleh PNB mematuhi syariah dan disahkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).”

    Utk tahu lebih lanjut, sila baca akhbar Utusan hari ini (14/6/2011) or click this link “http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0614&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_07.htm”.

    • 203

      kalau tanya kat tokey magnum dia pun akan cakap mana ada nombok ekoq halam, ini wang maa..mole pakai beli nasi

      • 204

        jadi, ekau rasa ekau lebih pandai dari semua orang lee ye …..

  58. 205

    Memang lah ada Unit Trust yang halal.
    Tapi masalahnya, simpan duit RM10,000. Last2 tinggal RM5-6 ribu. Yang lain hangus rugi.
    Ini bukan saja Unit Trust tak haram… ni dah HARAM JADAH namanya

    • 206

      Mungkin waktu melabur tu x sesuai… Bila melabur dengan harga yg maksimum, dah susah sket nak untung, kalau market x ok, memang akan jatuh je…

      Sebelum melabur, mintak financial planner tu explain current situation n risiko pelaburan.

      Boleh tau x melabur dalam Unit Trust ape. Dana ape dan bank ape… Kalau x keberatan~

      Best time to invest adalah sekarang, harga seunit tgh jatuh…

  59. 207

    baru tau kes ni dr FB..aku xjoin ASB..kwn2 banyak lah yg join..so better wt pelaburan emas… lagi baik

  60. 208

    Waallahualam,
    Setelah membaca pelbagai comment diatas. Sememangnya terdapat sebahagian yang tetap ingin menghalalkan juga perkara yang was-was dan tidak jelas. Niat tidak boleh menghalalkan cara. “Aku nak makan juga khinzir ni sebab dalam hutan ni takde makanan lain”. Sedangkan terdapat banyak daun-daun yang boleh dimakan dan juga perkara-perkara yang seringan-ringannya yang boleh dimakan. BUkan terus hentam dalam hutan kalau lapar makan khinzir terus. makan dengan lahap lak tu. sepatutnya makan paling minimum untuk survive.
    Berbalik kepada hukum ASB/ASN ni. anda tepuk dada tanya iman anda. Anda dapat tahu level iman anda sendiri dan bukan orang lain. Rakan-rakan, bila hati itu sudah hitam, tetap hitam jua. Mereka ini tidak akan berganjak dengan keputusan dan tetap dengan keras kata yang bertentangan. kembalilah ke pangkal jalan. Lembutkan hati dan tengok setakat mana iman anda. Anda sendiri yang tahu setakat mana hitam hati anda tersebut.

    • 209

      saya juga berpendapat yang sama.. bila baca balik komen-komen di atas semuanya mementingkan harta. Astarfirullah, sebagai islam saya juga malu membaca pendapat sebegitu.

  61. 210

    mana pi surat tu? sekejap ada, sekejap takde lak? apa dah jadi. macam mainnx je, dalam buat fatwa pun boleh acahx ke? agong tak cakap apax pun, yg selangor menyibuk apa hal? orang melayu memang suka yg haram – teksi haram, rumah haram, no ekor rasuah, judi, maksiat dsbnya. cc dgn rumah urut lebih banyak dari surau dan masjid dalam seluruh negeri selangor, betul ke? aku agakx je, kalau salah jgn marah!!!

  62. 211

    kalau betul haram, buktikan dgn menyatakan kesahihan.. klau betul haram kenapa majlis fatwa xharamkan??? Lain2 bank pun mengamalkan riba, kenapa xkuarkan fakta tentang keharamannya?? haram kan juga sistem bank yang mengamalkan riba.. dorg lagi teruk amik duit haram…

  63. 212

    kalau semua x leh nak melabur sana x kena sini x kena kan lebih baik melabur kat tabung buluh.. di jamin x da keuntungan berganda .. bagusnya negara demokrasi cam ni isu ni di bentangkan kat media biar semua org tahu..ni ada yg pelaburan islamik pun x kena.. fening vs confuse la..

  64. 213

    MAJLIS FATWA KEBANGSAAN DAH KELUARKAN PENGUMUMAN MENYATAKAN BAHAWA ASN @ ASB TIDAK HARAM.. HUKUMNYA ADALAH HARUS.. SO, XPAYAH MEMANDAI NK WAT DALIL KATA HARAM.. SEDANGKAN PIHAK PNB TELAH MELANTIK RAMAI AHLI PENASIHAT SYARIAH UTK MEMANTAU KELUAR MASUK DUIT DALAM ASN @ ASB.. HARAP MAKLUM..

    • 214

      apa nak buat putera……….. mulut tempayan boleh la tutup ……!!
      ramai dari kita ni perangainya “bodoh tak leh diajar, pandai takleh di ikut”………!!
      Kalau tak tau bertanya ……. pada yg tau la . Kalau tanya pada yg sama sama buat-buat tau, cam ni la jadi nye……….

  65. 215

    Nak sarankan kepada semua melaburlah saham akhirat bagi sedekah banyak2 grenti untung di akhirat betul tak?

  66. 216

    sedarlah wahai saudara,
    sabar itu amat berharga,
    jauhkan diri dari dunia,
    akhirat yang kekal selamanya.

    cuba saudara berfikir seketika,
    adakah anda sedang terleka?
    dgn harta kemewahan dunia,
    mengagungkan Allah itu lebih utama.

  67. 217

    Loni ni aku ni dok negara kapir ko, negara Islam..??? Habis pitih org melayu supo aku. Pastu sapo nok bertanggungjawab nih??? X ken pandai keluar fatwa jah. Pastu gapo tindak susulan..? Pas rano hok org melayu Islam dok sipe doh..? Pas pitih tu kiro rano??? Ado jugok bank nok keno bomb…! Apa nasib Kami???? Mana Kami nok ngadu???

  68. 218

    dah xda keje lain lg ke? asyik nak jatuh kan org lain jer.. klu asb/asn haram, means bank yg lain pun sma juga (maybank,bank islam, tabung haji, cimb,takaful,bsn, n yg lain2)……. sbb pelaburan sma jer kan…. hish3x…..

    • 219

      X semua pelaburan sama… kena tau jenis dan risiko pelaburan, ape kaunter yg fund manager shopping kat bursa, mcm mana company tu dpt untung dia, adakah dengan menjual arak, berjudi dll… kalau ade semua tu, pelaburan tu dikategorikan x halal/ x patuh syariah.

      Sekian.

  69. 220

    first barbican ckp x halal, padahal halal. skrg ASB/ASN pula…… xdok modal lain ker nak ckp? cuba la ckp psl masalah rakyat ke:pengangguran, kemunduran. pasal org tinggi yg tindas rakyat ker. masuk akal sikit. ni sah2x nak bwa msk politik ni kan…. ni la rakyat malaysia.

    • 221

      saya sokong saudara. sampai bila la Malaysia khususnya org melayu nak maju. isu asb/asn pun nak di politikan. entah apa org yg bercakap tu lg lebih. sebagai contoh skim cepat kaya tu sapa yg penipu? . kalau x nak jangan simpan biar org lain yg simpan. suka kah kalau org susah pinjam dengan along?

    • 222

      Sgt penting status ASB/ASN halal or tak halal sbb dividen drnya akan jd darah daging kita umat Islam di Msia.

    • 223

      Tu la kita ni …. “Kail baru sejengkal tapi ada hati nak redah lautan” ………….. saja saja nak menyusahkan ………..dan mengelirukan ………….

  70. 224

    x tahu plak ASN/ASB dah tukar status kpd halal sbb mmg ASN/ASB melabur dgn bank2 konvensional yg dah sah2 x halal, infact islamic banking pun bkn 100% islamic way sume dah brcampur2, KWSP pun sama melabur dgn bank konvensional.. Sistem sume dah mcm rojak, the best is Tabung Haji wallahualam. Kdg2 sedih dgn sistem kewangn negara kita, apa yg trmampu referlah pd ustaz2 yg arif, elakkan yg mana trmampu oleh kita.. Jgn smpai krn keuntungn mnggelapkan mata hati kita yg akhirnya memakan diri sendiri.. Yg haram sudah jelas, yg halal juga dah jelas cuma skrg pilihan di tangan masing2.. Keuntungan di dunia atau keselamatan di akhirat..

  71. 225

    thats mean, semua bank pun sma kan. xda bezanya. so, benda ni smua terpulang pada diri sendiri.sma ada nak ikut or x…. for me mna2 bank pun ok jer. yg penting bleh simpan duit.

    • 226

      berkata2lah atas dasar ilmu…jgn ikut penafsiran sendiri..kalau kita minta yg mengharamkan keluarkan bukti..kita juga perlu minta yang menghalalkan keluarkan bukti…kalau susah sangat nak percaya rajin2kan diri bukak kitab, buat kajian tanya orang2 yg ahlinye,ikut pengajian….hidup bukan atas dunia jer…semua harta akan menjadi darah daging dan akan di persoal di akhirat…..

      • 227

        Assalamualaikum

        ASN: Fatwa Jabatan Mufti Negeri Selangor tidak tepat, mengelirukan
        KUALA LUMPUR 13 Jun – Fatwa yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bahawa pelaburan dalam Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebagai haram adalah tidak tepat serta mengelirukan.

        ASN dan ASB merupakan dana pelaburan yang diuruskan oleh Amanah Saham Nasional Bhd. (ASNB), anak syarikat Permodalan Nasional Bhd. (PNB).

        Presiden dan Ketua Eksekutif PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata, semua adalah jelas bahawa dana pelaburan yang diuruskan oleh PNB mematuhi syariah dan disahkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

        “Jawatan Kuasa Fatwa Kebangsaan yang bersidang pada Februari 2008 telah memutuskan bahawa hukum skim pelaburan ASN dan ASB adalah harus.

        “Maka kami berpegang kepada kenyataan tersebut dan sedia menerangkan skim pelaburan kami kepada mana-mana majlis agama negeri yang masih kurang faham.

        “Semua pelaburan kami bebas daripada unsur arak, judi dan sumber was-was. Oleh itu, pelabur yang beragama Islam tidak perlu risau dengan kenyataan mengelirukan tersebut,” katanya selepas mengumumkan agihan pendapatan ASD di sini hari ini.

        Beliau mengulas tentang surat pekeliling bertarikh 12 Mei 2011 yang dikeluarkan Jabatan Mufti Negeri Selangor dan disiarkan menerusi laman sesawang http://www.islamituindah.my.

        Hamad Kama Piah berkata, perkara seperti ini sudah beberapa kali dibangkitkan sejak beberapa tahun lalu berikutan setiap negeri mempunyai fatwa yang berbeza-beza.

        Jelasnya, isu haram mula timbul apabila PNB mempunyai pegangan dalam Malayan Banking Bhd. (Maybank) dan dikaitkan dengan perbankan konvensional.

        “Mereka di luar sana kena faham, bahawa Maybank juga pengendali perbankan berteraskan syariah Islam terbesar di rantau ini menerusi Maybank Islamik.

        “Saya harap isu ini tidak diputarbelitkan sehingga mengelirukan masyarakat. Kami ingin menegaskan di sini bahawa pelaburan ASN dan ASB halal dan harus,” jelasnya.

        Sementara itu, ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini, Jabatan Mufti Negeri Selangor mengesahkan ada mengeluarkan fatwa dan surat tersebut kepada sebuah pengendali laman sesawang.

        Katanya, fatwa itu diputuskan menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor ke 2/2011 pada April lalu.

        Bagaimanapun, surat berkenaan dikeluarkan hanya untuk simpanan peribadi pengendali laman sesawang berkenaan dan bukannya untuk disiarkan kepada umum.

        “Kami telah mengarahkan pengendali laman sesawang islamituindah untuk menarik balik siaran surat itu,” kata jurucakap jabatan tersebut.

        – minta tolong komen.Boleh refer to utusan online.Saya copy and paste.Semoga kita dijauhi daripada rezeki-rezeki haram.

        • 228

          elakkan asb-halal campur tak halal = tak halal, Let’s go for tabung haji (dividen dah siap tolak zakat pelaburan) or unit trust yg Islamic… like public bank yg Islamic & cimb dali

        • 229

          ehhhhhhhh……….. ” macam ada udang sebalik mee” je. Apasal lak surat tu pegi ke moderator lama ni je ??

          Hati mau baik ……….. apa niat sebenar moderator forum ni??????????

  72. 230

    apa kata gomen? mengapa selangor sahaja yg kata haram?

    kalu nk marah, marah gomen – kenapa sediakan pelaburan yang memang 99% khusus utk bumiputera muslim (1% bumiputera bukan muslim) tapi tak dibuat mengikut syariah???

  73. 231

    Salam…wah! hangat sungguh diskusi kt sini. Nie rasa xyah nak perdebatkan soal ini. Majlisfatwa hanya menjalankan tugas dan kewajipannya. Terpulang la pd kita utk terima atau tidak. Yang jelasnya camana kita nak jawab depan Allah bila ditanya soal ini sedang sudah ada yang datang memberitahu kita statusnta .. ingatlah setiap tindak tanduk kita di dunia akan dipersoalkan. itu jer. Masing-masing jawab n masing-masing tangung apa yg dijawab.
    Maaf..hanya melontar sedikit pandangan.

  74. 232

    Yea, bila keluar fatwa..kita ni payah bebenor nak terima..macam2 la pendapat akal kita yang cetek kita pertahankan. Bila ulama’ bagi pandangan pun tak mau terima. Ape susah, xde ASB ke ASN ke..buh kat Tabung Haji kan bagus! Hentikan bagi alasan, if teknologi sentiasa nak diperbaharui..tapi bila kena bab hukum..skit punya payah nak terima! Manusia sentiasa cintakan kekayaan, bila diuji sedikit, dah menggelabah..

  75. 233

    lepas baca komen2 kat sini, sy makin keliru.
    berkenanaan soal halal dan haram, kalau was2, kita kena tinggalkan.
    jd, mcm mana ya kalau kita mudah rasa was2 dengan smua benda dikeliling kita?
    contohnya:
    1) makanan & minuman yg kita selalu makan. walaupun ada tanda halal, tp kadang2 meragukan sbb tak tahu sama ada tanda halal tu palsu atau tidak.
    2) barangan yg kita beli. kebanyakan kita hanya membeli barang2 tak ori / cetak rompak sbb x mampu nk beli yg ori, sperti cd, window dan software utk pc, pakaian, brg2 elektrik, dan sbagainya.
    3) gaji. ragu2 sama ada syarikat tmpat kita berkerja ada mencampurkan duit dr sumber yg haram dalam gaji kita.

    yg berkenaan ASB ni pula, mungkin ramai yg tidak bersetuju kerana pengharaman ASB ini tidak mendapat kata sepakat dari mufti2 dari negeri lain sperti isu pengharaman tarian poco2.

    sy harap ada sesiapa yg sudi berkongsi ilmu dgn sy sbb sy masih lg kekurangan ilmu dan ingin belajar.

    • 234

      *penambahan*

      sy rasa, kalau mufti2 setiap negeri bersetuju mngenai sesuatu perkara yg patut diharamkan, mungkin kita tidak akan dengar lg alasan2 dari pihak yg tidak bersetuju ttg perkara yg diharamkan tu.

      maaf, jika sy silap tolong betulkan :)

    • 235

      *penambahan lg*

      jika kita menyatakan sesuatu tanpa mengetahui kesahihan dan kebenarannya, sy takut jika kita tergolong dgn org yg menyebarkan fitnah.

      maaf, jika sy silap tolong betulkan :)

  76. 236

    Bro smua org tahu melabur dlm unit trus under bank adalah bagus dari segi pulangan dan ia ‘selamat’..Tapi sayang sekali kita xtau bagaimana bank buat untung…cube fikir secara logik akal ok…korang bagi duit utk melabur dlm unit amanah tapi secara fizikal ape yg korang pegang sebagai ‘guarantee’ dlm unit amanah bukankah ia bg korang just only paper.Ape yg korang boleh buat dgn ‘paper’ tu if something happen tbe2 korang terdesak nk guna duit.Dgn paper yg ada dekat tgn korang tu bolehkah ia ditukar balik dlm bentuk duit dlm masa satu hari..Tentu tidak kn….huhuhuhu sb secara jujurnye korang nk krna jual blik dan memakan masa walhal pelaburan tu maybe untung or rugi .. Jadi fikir-fikirkan sejenak…

    • 237

      Untuk Bank Islam, setiap pelabur yg nak keluarkan duit, permohonan akan mengmbil masa 3 hingga 10 hari. Nak keluarkan duit dari unit trust memang susah sikit sebab mission dia untuk long term investment. (tapi kan bagus so kite xdela asyik nak keluar duit je)

      Kalau pelabur tu memang bercadang asyik nak keluar masuk duit, lebih baik letak dekat saving account sebab kecairan dia tinggi. Tapi x dapat la nak dividen tinggi.

  77. 238

    Isu nya adalah campur aduk pelaburan. Mengharuskan pelaburan di may bank kerana ia ada perbankan islamic adalah tidak wajar. Adakah mengenepikan daging babi dlm nasi goreng dan makan nasinya ok kalau berdasarkan jawapan TSri HamaPiah? Mengapa tak terus tubohkan entity baru yg independent dan bersyariatkan islam. Kan pnb pemegang saham terbesar.

    • 239

      Setuju, rasanya ramai dikalangan kita yang nakkan ASB-i. Tapi kenapalah PNB tidak buat.

  78. 240

    Ape dah jadi nasib orang melayu?…Apa tindakan orang Atasan, xkan diam je…

  79. 241

    pada saya la kan, kalau cuma jabatan mufti selangor yang kata haram, tak cukup kuat lagi. masa pnb dan asb ni mula2 ditubuhkan dulu masa tu takde sekor manusia melayu pun yang tau pasal sistem kewangan islam. jadi kita kena terima la mungkin model asal asb dan asn tu bermasalah dari sudut syariah, sebab skrg ramai org melayu dah mahir dlm kewangan islam. jadi apa yang patut dilakukan ialah pakar2 kewangan ni yang lantang declare asb haram kena approach asb secara berhemah. isu halal haram asb ni bukan static, peraturannya kan mampu diubah oleh org2 yang berilmu. jadi apa salahnya org2 berilmu ni jadi penasihat kpd asb, supaya adjust sampai jadi mematuhi syariah, win-win situation. byk kat sini cepat gelabah dan panik sbb pengumuman asb haram, hakikatnya pnb dah banyak menyumbang kepada ekonomi negara. tanggungjawab kita bukannya menghukum semata2, tapi membaik pulih. kita withdraw duit dari asb sbb tanggungjawab pada diri kita, tapi macam mana pulak dgn tanggungjawab kita kepada masyarakat? adakah nak biar je asb tu x mematuhi syariah? adakah hidup ni semata2 escapism? bayangkan kalau asb tu dapat diolah jadi mematuhi syariah, tak ke berkali ganda pahalanya kepada org2 yang berusaha membersihkkan asb dari unsur2 haram/syubhah? jalannnya memang sukar tapi ganjanrannya lebih besar…

    • 242

      saya setuju sangat dengan pandanganBahana

    • 243

      bahana..saya uplift comment anda..LIKE

    • 244

      sy yakin mereka sedang berusaha melakukannya, namun likuannya banyak (dari apa yg saya dengar)

      pihak berkepentingan dalam portfolio pnb dan asb masih mahu mengekalkan sistem ini, atas dasar dan alasan yang hanya difahami dan dimaklumi mereka.

      Kita kurang jelas mengapa tiada alternatif di berikan kepada pelabur macam kita, dan tidak dimaklumkan pula.

      Namun ini hanyalah yg saya dengar,mungkin juga saya salah dengar dan lain sebabnya mengapa tiada alternatif pelaburan islam, kebenarannya hanya Dia yang tahu.

      terima kasih atas idea bro bahana.berkongsi memberi idea itu membahagiakan:)

    • 245

      Betullah. Kenapalah susah sangat. Kalau PNB boleh uruskan macam2 dana, ada ASB, ASN, ASD, ASM dan banyak AS lagi, kenapa ia tidak boleh buatlah satu dana baru yang patuh syariah misalnya ASB-i

  80. 246

    saya minta izin share,terima kasih*

  81. 247

    salam semua..pd saya yg dangkal ilmu islam ini..sebenarnya yg halal itu jelas dan yg haram itu jelas.yg jd polemik ialah,yg satu pihak commited utk create product utk kemaslahatan umat..yg satu cuma nk antara nya ramai sangat nk jd pengeluar sijil halal..seperti kata pujjanga “the world is full of people ,with people..who will tell u what u cannot do….” in the first place…

    • 248

      “the world is full of people ,with people..who will tell u what u cannot do….” in the first place…,

      in the first place, pastinya orang yang arif dalam bidangnya. Setakat pengetahuan cetek saya, pihak mufti melakukan persidangan yang bersepadu(terdapat pakar sistem kewangan juga), dan mereka cukup maklumi antara kemashalatan dan sistem kewangan (setelah diberitahu pakarnya) itu.

      Sy kurang ruang untuk meragui keputusan mufti kerana mereka melakukan atas dasar; mereka arif agama-mengatasi ilmu kita.

      Cuma saya masih mencari jawapan keseragaman (walaupun sy meyakini ia haram); mengapa fatwa kebangsaan;makruh danfatwa negeri; haram?

      • 249

        Wak rasa itu yg dipanggil “khilaf” kot. Dalam Islam memang banyak penafsiran dan ketetapan yang tidak seragaman. Itu juga yang membezakan antara Imam yang Empat. Namun Niatnya sama, mentauhidkan Allah s.w.t.
        Jadi bagi wak, ketidakseragaman antara fatwa mufti yg arif dinegeri dan dikebangsaan tentang permasaalahan kehidupan seperti ini adalah perkara biasa. Ilmu dan kearifan mereka pun bukan sama dan mereka pun bukan maksum. Jadi, khilaf macam tu memang akan berlaku ….
        Yang jelas, fatwa mereka adalah benar dan terpakai.
        Bagi wak, kita yang harus bijak mengimbangi kehidupan kita berdasarkan ketetapan/fatwa tersebut.

        Wallahualam.

        • 250

          saya setuju dngn pendapat wak tu

  82. 251

    Assalamu’alaikum, maaf bertanya. Jadi, bagaimanakah solusinya bagi mereka yang sudah pun melabur dalam ASN/ASB? Sebagai contoh, adakah perlu mengeluarkan wang asal kita tanpa mengambil wang tambahan selepas pelaburan? Mohon penjelasan.

    • 252

      Cuba cari thread berkaitan ASB dan cara melupuskan duit haram dekat http://www.zaharuddin.net

  83. 253

    Majlis Fatwa Kebangsaan Masih Mengekalkan Hukum Harus Ke atas Pelaburan ASB/ASN.

    • 254

      atas semangat islam agama rahmah, tak kira bangsa dan sempadan negara. Sy pernah dengar bahawa peganglah keyakinan kamu kepada (fatwa) yang kamu percaya, dan selebihnya(di akhirat) akan dikenakan kepada pihak berkuasa.

      Inilah tanggungjawab umara dan ulama, hingga ke sana(akhirat).kita tiada apa yang perlu risau, walau berbeda.

      Namun, atas hujah yang dikemukakan saya meyakini ia masih meragukan dan tidak halal. itu kepercayaan saya.ohh…kena baca buku pelaburan islam lepas ni…

      peace..kita semua bangga dengan islam:)

  84. 255

    Adakah fatwa yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor itu hanya merangkumi ASB dan ASN sahaja? Bagaimana status dana-dana lain seperti ASD?

  85. 256

    Bagi saya hal begini tepuk dada tanya Iman.kalau dah 40% dilaburkan ke syarikat yg x mematuhi syariah eloklah kita tinggalkan.lagipun pinjam duit dekat Maybank under ASB loan tu pun dah termasuk unsur riba sbb ada faedah(riba)nya.Saya dah cancel ASB loan saya masa saya tahu pasal hal ini.bila Maybank tanya kenapa saya cancel saya kata saya cuma x nak teruskan benda yg meragukan saya.Alhamdulilah dia paham.Sekarang saya juga dah cancel insuran saya.walaupun ada Takaful saya rasa baik saya berserah diri pada Allah dan cuba menjadi Muslim yg sebenar2nya.Alhamdulilah lepas cancel itu rezeki saya bertambah dgn tidak diduga.Walaupun sekarang ada byk Bank buat secara islamik dan ada panel syariah,kita kena tanya diri kita sendiri yg mereka2 itu pun bekerja utk periuk nasi mereka.Gaji mereka dibayar oleh bank (yg sudah tentunya mengamalkan riba)Dunia akhir zaman ini org sanggup melakukan apa saja utk menghalalkan cara.

    • 257

      Betul!Betul!Betul!

      – IMAN menentukan NIAT
      – NIAT menzahirkan AKAD
      – AKAD memaktubkan REDA’
      – REDA’ mencerminkan IKHLAS

      Keikhlasan mengambarkan Keimanan.
      Orang kata Keikhlasan separuh dari Iman.
      Yang separuh lagi tu wak rasa ialah Niat kita, Akad yg kita buat dan Keredaan kita dengan apa yg kita buat.

      Kalau tak Reda’, maknanya tak Ikhlas, Kalau takde Akad maknanya tak Reda’, Kalau takde Niat maknanya takdelah Akad, Kalau takde Niat makna nya takdelah Iman ………. hanya nafsu dan hasad ……… segalanya menjadi HARAM!!!

      Wallahualam

    • 258

      kena hapuskan bank baru boleh hilang was-was tentang riba.

  86. 259

    Salam saudara saudari sekalian, tinggalkan sahaja ASB dan seangkatannya, malah, tinggalkan bank2 yang bersifatkan konvensional, sesungguhnya kita sudah ada pengendalian secara Islam, pilihlah Islam.
    Berkaitan pelaburan pula, kajilah saham2 dan kaedah pelaburan Islam, banyak bank2 yang sudah berbuat demikian. Paling senang? surf sahaja website bank Islam, mungkin saudara saudari akan sedikit sebanyak berminat dengan pelaburan Islam yg tiada lg rasa syubhah insyaallah~*

  87. 260

    http://rilekslah.com/asb-asn-sah-tidak-haram/

    ps; mereka menjaga periuk nasi sampai lupe halal atau haram

    • 261

      Taufik & semua,
      Cakap pasal halal haram duit pelaburan dan simpanan ni, wak nak mintak tolong koranglah untuk pikir kes kat bawah ni ….pasal meminjam ……wang ;

      1. Wak pinjam duit ngan perbankan islam untuk berniaga. Faedah pinjaman tetap 5 % sethn. Cagarkan Duit fix deposit. Kalau tak leh bayar atau wak bankrap, bank ambik duit kat fix deposit tu untuk bayar utang tu. Kalau tak cukup .. dia akan saman wak sampai wak muflis. Perniagaan wak menjadi ke tidak, dia tak kira … tetap kena bayar.

      2. Wak pinjam duit ngan kawan bukan Islam yg berniaga babi untuk modal niaga. Takde cagaran pasal dah kenal lama. Tapi kawan tu kata kalau bisnes menjadi & maju, dia mintak komisen 30% dari pinjaman tu. Tapi kalau tak berjaya, bayar je apa yg wak pinjam … takde faedah, itu pun dia kata kalau wak mampu. Kalau tak mampu atau wak memang jatuh bangkrap, dia tak kisah … bayar je apa yg wak mampu katanya.

      Yang mana antara 1) dan 2) tu yg korang rasa –
      a) Akad pinjamannya islamik?
      b) duit pinjamannya halal?
      c) hasil perniagaan wak halal?

      …….. bagi alasan ye ……… thnks.

      • 262

        Sekadar pendapat.

        1. Sikitnye kalau faedah 5% setahun (ptptn pon kena bayar 3%). Kalau untung 30% setahun , kite dapat la 25% hasil keuntungannya sebab 5% dah bayar kat bank. Kalau perniagaan x maju, hutang mesti la kena bayar… Maknanya wak x pandai berniaga, baik x yah niaga… (kalau org pinjam duit wak n tak bayar, wak marah x)

        2. Kalau yg 1 lagi, if wak untung 30% , kena bayar sume kat kawan wak, kire tahun tu xde untung la. Kalau rugi, x yah bayar… Wak punye mission nak untung ke nak rugi… Kalau nak rugi memang sesuai la pinjam ngan kwan wak.

        Based on statement kat atas, wak ni takut risiko sebenarnye, nak cuba2, kalau x berjaya x nak rugi teruk… kalau mcm tu jgn terus buat bisnes besar2, start dengan kecik2 dulu…risiko pon x besar.. kalau untung besar leh kaut sume.

        Kalau sy, sy akan prefer yg 1, sebab mission sy nak untung… N if sy untung xmola nak bayar org yg x buat apape sume…Kite penat2 org lain plak yg collect untung. x adil sungguh.

  88. 263

    Marilah kita sama2 melabur dekat arowana2u.com. Bela ikan, pastu jual.senang kan.

    • 264

      Sapa yg modal? Sapa yang Bela? dan sapa yang Jual?
      Kalau ikan hidup, untung sapa dapat? …… ketiga-tiga pehak tu ke?
      Kalau ikan mati, rugi sapa tanggung ? …… ketiga-tiga pehak tu ke?

      Test tengok …. Akadnya islamik ke tak? he .. he….

  89. 265

    Mencari yang halalitu adalah fardu. percayalah, allah yang memberikan rezeki, bukan orang lain. yakinlah dengan janji allah. insyallah kita dipermudahkan. Yang halal itu jelas, yang haram juga jelas. diantara keduanya adalah syubhah, maka jauhilah ia selagi termampu.

  90. 266

    kalu da disahkan haram..fatwa ni pun memang dah disahkan oleh majlis fatwa sndiri.so bnda tu terpulang la pada individu..kita pun tak boleh paksa..atleast majlis fatwa da buat kerja dia.berkenaan dengan mutual fund..mintak maaf la..saya da melabur lebih kurang 5 thn..tak lah seperti yg digempar gempurkan..penah gak rugi..dan pernah gak untung..melabur kan ada risiko..untung rugi ini lah namanya melabur..bile tgk agent agent mereka ni tawarkan iklan..nampak best je..tp sume nya bergantung dengan keadaan ekonomi..jdi yg nk melabur tu..bersedia la.high profit high risk..

  91. 267

    So kesimpulannya majkis fatwa kebangsaan cakap menyimpan
    kat asb harus, tapi wat asb loan haram… betol ke??
    adei la aku dah pening sbb banyak sangat komen yang takda kaitan bercampur2..

    tolong sapa2 perjelaskan sb aritu aku ada g maybank diorang cakap loan asb yg islamik dah takde

  92. 268

    kepada sesiapa yang nak ikut, ikut je, yang taknak janganlah ikut. saya rasa tak perlu nak berdebat lagi. tak malu ke kalau bangsa lain baca tentang orang islam di malaysia suka bertengkar?

    • 269

      jgn gaduh2 saudara2ku..muslim msti menghormati muslim yg lain…ckp elok2 kan baik..

  93. 270

    ceh..apa bising2..klu bab labur2 nih..sapa berani jamin yg dilaburkn dan pelaburan tuh btul2 halal..sedangkn duit sendiri yg kita guna utk melabur tu pun belum tentu halalnyer.. keja tau ulat ja..halal ker?

  94. 271

    kluarkan jerlah semua simpanan senang… letak bawah bantal …
    habis cite… nak guner x yah g bank dah … xyah risau halal n haram dah …
    skarang nih semua menyimpan duit tp bezanya sikit ngan banyak jer ….

  95. 272

    hyip tu semua nape xde yg amik tindakan??ramai dah org melayu join hyip

  96. 273

    31 dec dah nak dekat..jangan banyak cakap dan jom tunggu keputusan asb dividen tahun ni..dari cakap tak tentu hala tak dapat apa2..mari kita kutip hasil kita awal tahun ni..assalamualaikum.

    • 274

      Dividen 7.5%. itu yg pasti…

  97. 275

    inilah hasilnya bila kita tudak bersatu, rakyat tak bersatu, pemimpin lg tak bersatu,… Para ulama’ juga tidak bersatu… Akhirnya punah satu negara…. Mujur ada bibit penyatuan kebelakangan ini… Majlis agama islam negara… Di bawah pemerintahan agung kita yg lepas, sultan mizan – disatukan jabatan2 agama islam negeri ni…. harapnya berjalan lah majlis ni dgn sempurna, ulama’2 juga bersatu padulah di bawah pemerintahan yg dipertuan agong bukan di bawah pengaruh politik sesebuah negeri atau negara… Buatlah satu keputusan untuk kami ikuti… Jgn biarkan kami kalut sebegini, kelak anda juga akan ditanya mengapa mengalutkan masyarakat sendiri….

  98. 276

    maaf mencelah,

    kenapa loan asb may bank islamik di hentikan sebabnya bank negara belum luluskan lesen untuk asb tu, katanya january 2012 baru lesen tu diadakan, harap maklum
    kepada sesiapa yg pegang pada fatwa haram jangan cakap apa2 pasal fatwa harus dan pada sesiapa yg pegang pada fatwa harus jangan pula kata yang macam tentang fatwa haram tu
    berlapang dadalah terlebih aula
    lagi pun pnb dah tubuhkan majlis shariahnya sendiri, kita tunggu dan lihat apa mereka akan lakukan, semoga mereka dapat betulkan apa yang kurang dan tambah baik lagi apa yang dah baik, doa dari semua di harapkan
    khilaf banyak , kalau cerita nanti pening sebab saya org awam ilmu takde, lagi pun bodoh sebab tak banyak belajar, qunut,tahlil,baca quran di kubur,sentuh isteri x batal air sembahyang,had hari musafir,sapu muka slps solat,aduh banyak lagi lah, saya pun pening nak cerita mana satu
    harap pada semua berlapang dada, ibarat tarik rambut dari tepung, rambut tak nak putus dan tepung tak nak berselerak
    nak betul kan yang khilaf tapi akhir jadi nya benci membenci dan musuh memusuh tuduh menuduh, bermasam muka, kata tu kata ni,
    boleh putus silatur rahim sesama islam, lagi dahsyah kan
    musuh islam hawa nafsu yg jahat dan kaum setan serta iblis, akan gembira kalau org islam tu putus ikatan ikhwah islamiah
    majlis fatwa selangor dan pulau pinang yg kata haram yang lain harus, tapi fatwa yg haram tak di wartakan
    harap di sini masing 2 kena berlapang dada, beri pandangan boleh tapi jangan sampai terjadi seperti di atas ada saya kata tadi
    saya ada kawan kerja bank ,cimb,maybank,bsn,bank rakyat,rhb,ocbc,muamalat, saya tanya loan mcm asb ada tak untuk invest islamik, mereka kata x ada, saya tanya kenapa x ada, dia tak dapat jawab, saya kata tak ada atau takut rugi, kalau berani nak suruh tukar inv islamik buatlah mem asb, saya pun akan mohon juga, saya cadang kan supaya benda ini di bawa keatas, buat proposal
    maka dengan ini saya rasa semua perlu kerjasama dan bersemuka untuk betul kan mana yg belum betul. kalau tidak pening kepala org awam spt saya ni, sana kata haram sini kata harus
    dulu x ada islamik bank sekarang dah ada, alhamdulillah satu kemajuan dan kejayaan untuk sistem islamik
    doakan kata salah seorang sahabat didalam forum ini, mana tahu akan datang wujudnya asb-i, semua akan dapat manfaatnya
    maaf jika ada yang salah dan silap, ini hanya pandangan peribadi sahaja
    saya miskin ilmu lagilah harta di dunia ini

  99. 277

    Lihat fatwa kebangsaan http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/pelaburan-dalam-asn-asb-dan-seumpamanya

  100. 278

    tp di laman web ASNB ada menyatakan hukum melabur di ASN/ASB adalah harus mengikut Fatwa Kebangsaan. mana satu yg betul???
    http://www.asnb.com.my/images/Fatwa-keratan.pdf

    • 279

      en nadri..saya pun ASB, klu tngk keseluruhannya mmg shubhah, Matlamat x menghalalkan cara…saya dah kaji, dan saya tahu maklumat2 yang menyebabkan ia tidak halal…TAPI

      maaf saya katakan..kita bermula dari awal…

      CARI SEBAB KENAPA PNB DITUBUHKAN, CUBA KAJI BALIK, INSYALLAH ANDA JUMPA, KALAU KITA BERHENTI MELABUR APA JADI PADA NEGARA KITA,

      ASSET NEGARA PNB YANG BELI, HAK ORANG KITA PADA PNB,

      Tapi saya tetap dgn pendirian saya, Syubhah kita jauhkan,

      CIMB Wealth Advisor
      Akmal
      0174860392

      • 280

        Salam Akmal…macam takut ja..apa nnakjadi dg negara kita…Itu urusan Allah…kita patuh perintahNya….pasti DIA akan bantu..kita hambaNYA mesti YAKIN akann adaNya ALLAH YANG MAHA BERKUASA atas segala-galaNYA…(Kita Jaga ALLAH , ALLAH akan ‘jaga’ kita)…cari buku ni tulisan Dr Abdullah A’id AlQarni…

  101. 281

    kalau nama dana jer islamic tp d laburkan tu x tau dari mana mcm mn…sekarang dah tentu campur baurnyer…..

  102. 282

    Amanah Saham Sara Satu Malaysia haram ke halal ?

  103. 283

    Kalau semua haram simpan duit bawah bantal aje la, kot2 dia boleh membiak ke

  104. 284

    yup…kerja byk mengular…itu tidak amanah pd syarikat…

  105. 285

    amanah saham satu malaysia camner erk?ASNB ada menyatakan hukum melabur di ASN/ASB adalah harus mengikut Fatwa Kebangsaan. .

  106. 286

    kalau nak ikut unsur riba, semua duit dalam akaun bank simpanan anda semuanya riba la bongok. so tak payahlah simpan dalam bank, tak payah lah beli kete n rumah ngan loan semua tu apply riba.. ni semua politik la nak cakap haram halal ni.

  107. 287

    hahaha

    • 288

      apa gelak2

  108. 289

    kita org islam harus ikut pewaris nabi—-ulamak….klu ulamak dah sahkan haram….makaitu pasti….jgn trikut@ kaum kaafirun malaysia……akhirat nti kene jawab…….mmg la 1mlysia……jgntrikut@ dg kaum cina…..rakus…tamak….

    • 290

      assalamualaikum..maaf kalau pckpn ni ada slh nye….sy hairan knp hny jabatan mufti selangor yang keluarkan fatwa ni…kenapa tidak negeri lain..kenapa tidak fatwa kebangsaan..perkara cm ni menimbulkan kekeliruan masyarakat..terutamanye kaum muslimin…kalau betul syubhah..dan ia di fatwakan haram..maka elok di umum secara rasmi seluruh negara…

      • 291

        majlis fatwa kebangsaan yang bersidang di kuala terangganu pada tahun 2008 (exactly tarikh xingat,,tp bleh google)..mengeluarkan fatwa bahawa pelaburan asb diharuskan. jawapan diorang kerana maslahah iaitu nak menjaga kepentingan org melayu /islam yang mana pelaburan asb ni ramai sgt org melayu/islam yang joint..kalau diharamkan, diorang cakap nanti ramai pulak org melayu/islam yg makan duit haram ni..so utk yg pening2 nak pilih abs ke x, tepuk dada tanya iman..tp klu nak joint jgak kena yakin..yg joint xkan salah lg cos ikut fatwa kebangsaan..apa2 diorang (majlis fatwa) yg kena..yg tanggung dosa org2 islam yg joint ni…

        pilihan kepada pelaburan asb..adalah PELABURAN SAHAM BANK PERSATUAN..http://www.facebook.com/note.php?note_id=104899176271616..maklumat lanjut bleh call 04-6439790 atau sms 019-9754576..Bank Persatuan Bayan Baru

      • 292

        Tengok la Selangor bawah sapa. Tujuan fatwa adalah politik supaya negara huru hara. Orang Melayu makin bodoh dan miskin.

  109. 293

    ade kemusykilan sket… bank konvensional yg ade islamic pn kalau diikutkan hukum akal xkan tak bercampur keuntungan sebab dalam company yg same…

  110. 294

    alhamdulillah Allah susahkan saya masa nak daftar ASB/ASN beberapa minggu lepas.
    actually hari nie nak pergi daftar,
    tapi kebetulan ada hal kat kolej,
    and alhamdulillah jugak terjumpa article nie sambil2 rehat daripada buat research.
    So, tak jadi saya nak daftar ASB/ASN dah.
    Terima kasih banyak2 .^^

  111. 295

    Kenapa tidak buat pelaburan dalam syarikat takaful yang ada panitia syariah yang memantau ke mana pelaburan dibuat? Banyak contohnya BSN Prudential Takaful.

  112. 296

    Assalamualaikum w.b.t,

    Ulasan saya simple:

    Pelaburan : Tiada satu pun yang dinamakan PELABURAN melainkan ada RISIKO. Risiko itu perlu dikongsi bersama pemilik modal dan penggerak modal.Itu baru 100% PELABURAN HALAL. Refer to zaharudin.net. Jadi kalau kita bagi orang pinjam duit nak berniaga, kita share la risiko. Adil kan?

    ASB/ASN:

    – Status BELUM HALAL kerana masih melabur dalam perniagaan/kaunter TERANG2 HARAM e.g. Genting Berhad. rujuk pada prospectus ASN/ASB dan etc. Sebaiknya bahagian yang dikatakan tidak halal (dalam 35%), tidak perlu kita guna (ambil dan sedekahkan untuk kegunaan awam tanpa perlu sesiapa tahu – rujuk cara2 menangani harta/wang haram di mana2 website).

    – Paling ketara ianya tidak HALAL ialah kerana PEMILIK SAHAM tidak menanggung risiko bersama dengan PENGGERAK SAHAM. Dah nama pun PELABURAN = perlu ada perkongsian RISIKO bersama. Orang tertarik dengan ASN/ASB kerana JAMINAN PULANGAN MODAL. Itu sudah jadi berat sebelah bukan? Ada option lain seperti CIMB Unit Trust / Public Mutual yang ISLAMIC.

    – RHB Islamic Bank adalah bank yang paling hampir dalam melaksanakan pembiayaan perumahan ISLAM. Walaupun tidak dipersetujui oleh pakar kewangan Timur Tengah, tetapi sekurang-kurangnya mereka sedang memperbaiki kaedah operasi supaya 100% ISLAMIC. Contoh pinjaman perumahan yang 100% SHARIAH COMPLIANCE ialah dari KUWAIT FINANCE HOUSE. (refer to zaharudin.net )

    En Zaharudin adalah seorang pakar kewangan Islam yang berani menyatakan yang HAQ dan berdiplomasi dalam penyampaian ilmu beliau. Amat bermanfaat bagi semua yang ingin mengetahui mengenai KEWANGAN ISLAM dalam erti kata sebenar.

    WALLAHUALAM. Sekadar berkongsi ilmu yang ditimba. Saya juga berminat dengan konsep KEWANGAN ISLAM sejak di Universiti. Sebab tu saya suka mengkaji.

    • 297

      ASSALAMUALAIKUM.I NEED TO C U SIR.TQ.

  113. 298

    Tahniah admin di atas post yg baik. Just nak kongsi. Panduan Pembuatan Dan Perniagaan Cupcake Dari Rumah. Klik untuk maklumat lanjut

  114. 299

    soal halal haram mesti diketahui dengan jelas oleh kerajaan yang memerintah..Soalan saya kenapa pelaburannya tidak dihalalkan daripada yang asalnya haram..kan kerajaan berkuasa untuk memindanya…

  115. 300

    saya hendak beritahu tentang amanah saham yang islamic serta pelaburan emas. Ramai yang tidak tahu adanya satu trend yang mana kita sedang memasuki trend yang benar-benar baik dan ada yang benar gawat. Melalui kisah Nabi Yusuf kita sedang memasuki era yang sangat baik yang saham akan mula untuk melonjak naik. Dalam zaman ini emas tidak akan naik banyak. Pada tahun 2018/2019 kita dijangka jadi gawat gila dan pada waktu ini tiada perniagaan yang menguntungkan kecuali sedikit. Masa ini pelaburan emas adalah yang terbaik dan ia akan melonjak naik dengan banyakknya. Ini dikaitkan dengan kisah nabi dan zakat. Boleh diikuti di http://blog.pakarsaham.com atau di facebook

  116. 301

    Masa ASB diwujudkan dulu ; ramai yg dah tahu iannya haram ; masa tu aku ingat , yg yakin haram bukanlah golongan yg pakar dalam kewangan islam

    Golongan ini menggunakan konsep yg mudah kalau setitik alkohol yg jenis nyata haramnya digunakan dalam pembuatan kek; maka mengapa perlu makan kek yg haram tu ?

  117. 302

    PUBLIC MUTUAL ..HMM bukan ke saham2 dia dpt keuntungan dari genting highland .. hmm haram

  118. 303

    Alhamdulillah, setelah baca post ni, barulah saya yakin. Sebelum ni, memang teringin nak labur dalam Asb. Tapi, redha Allah itu lebih penting. Hidup di dunia ni hanya sementara. Akhirat jua yang kekal abadi. Justeru itu, ambillah perkara yang halal dan jauhilah yang haram dan syubhat.

  119. 304

    Berfikirlah dengan bijak, janganlah msyrkt islam Malaysia terjebak dengan cerita sang keldai dengan manusia. Selidikilah dahulu, kajilah ilmu al quran perhatikanlah kebenaran. Fikirlah sejenak, terlalu banyak fatwa dikeluarkan berkenaan perkara muamalah islam termasuklah ASB, tapi tiada fatwa menjelaskan bagaimana negara islam ditakbir laksana campuran sistem ekonomi sekular. Yang paling penting patut diperfatwakan bagaimana membantu msykt islam yang semakin daif dalam kontek ekonomi individu yang semakin tertekan dengan pelbagai ancaman sosio ekonomi termasuklah belenggu ketidakcukupan wang ringgit sekalipun dah berkerja bertahun-tahun, kenapa majlis fatwa tidak membahaskan sistem EPF, SOCSO dsb?

    • 305

      Bagaimana pula dgn pekerja kerajaan yg di bayar gajinya melalui cukai. Bukankah cukai di kutip dari genting highland dan kilang2 arak. Adakah LHDN mengasingkan cukai sebelum membayar gaji kpd pekerja kerajaan? Kenapa pula mufti tidak membincangkan tentang issue Housing loan dan menyalesaikan masalah bayaran 3 kali ganda kpd peminjam?

  120. 306

    JAKIM kata ?
    Lenggang Kangkung recently posted..Subhanallahi wabihamdih

  121. 307

    Parak cetong……kwe nabung dle bank buluh.

  122. 308

    Di link ini dikatakan harus http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/pelaburan-dalam-asn-asb-dan-seumpamanya

    Terlalu banyak kekeliruan. Di harap pihak2 jabatan Islam dan jentera2 Islam, PNB, ASN, ASB dapat selaraskan dan menjelaskan kepada orang ramai once and for all supaya tiada lagi kekeliruan di kalangan orang ramai. This confusion has been going on for much too long. Tak kan sampai sekarang masih kurang cerdik bagaimana untuk mengIslamik kan ASN, ASB supaya ianya 100% syariah compliance? Atau perlukah kita menarik balik semua pelaburan untuk diletakkan di financial institution yang 100% syariah compliance.

  123. 309

    saudara saudari berhak mengikut mana-mana fatwa. sapa nak iman lebih, ikut fatwa haram, sapa nak lebih kurang je boleh ikut harus. sebenarnya banyak lagi yang tak ikut syariah di malaysia ni. perbankan islam pun ada %. susah-susah zaman sekarang. saya tak melabur di cimb wealth dan public mutual sebab syarikat induk adalah riba. jadi terdapat unsur gharar dan syubhah. ini adalah pandangan peribadi dan bukan fatwa.

  124. 310

    Sejak ianya mula diperkenalkan ramai pun dah tahu tapi ramai ustaz takut nak cakap terang terang bila diajukan soalan sedemikian. Diberi penjelasan panjang berjela supaya kita berfikir dan ambil tindakan sendiri.

    Pada waktu itu seorang kawan saya memberitahu saya agar tidak melabur jawapannya ringkas sahaja , wang dilaburkan dalam sykt yang jelas menjalankan perniagaan haram walaupun peratusan pelaburannya sangat kecil.Tak payah nak tunggu fatwa pun.

  125. 311

    Interest bank, mutual fund, pelaburan semua haram. Lebih baik duit simpan di rumah.

  126. 312

    ASSALAMUALAIKUM..SAYA DENGAN INI INGIN MEMOHON UTK SEMUA MUFTI DI MALAYSIA.AGAR BUAY SATU KEPUTUSAN SEBULAT SUARA AGAR SEMUA ORANG BERALIH KEPADA GHARAR YASIR AKAN IDU PELABURAN INI…WALAUPIN SAYA BUKAN SETARAF MUFTI…DAN HINA DISISI ALLAH.NAMUN DENGAN ADANYA ARTIKEL ISU ASB INI…NAMUN BERIBU INSAN ALLAH MEMJADI GHARAR MUTAWASIT MUNGKIN GHATAR FAHISY….ALLAH TUNJUKKAN LAH JALAN YG BENAR.YG ENGKAU REDAI….FIKIRLANLAH PARA MUFTI..JGN FIKIR SAHAJA…TINDAKAN MANA….HAMBA YG HINA MOHON MENGUNDURKAN DIRI.TQ

  127. 313

    marilah melabur dlm amanah saham takaful akhirat..dijamin tiada unsur riba.malahan keuntungan nya dibayar diakhirat kelak.

  128. 314

    Salam..
    Bg golongan yg berpendapatan rendah seperti kami ..sudah tentu asb menjadi pilihan untuk masa depan diri dan keluarga.
    Kenapa kerajaan tak cari inisiatif untuk perbetulkan keadaan.
    Kami rakyat yg jadi mangsa….kami buat pinjaman dgn maybank untuk pelaburan asb…kalau nak melabur bbyk2 sekaligus mana nak cari duit…

  129. 315

    1. Kenapa negeri keluar fatwa masing masing untuk isu kebangsaaan. Nampak dok profesional.

    2. Fatwa sama dengan isu tahun 80an yangmana duit gaji pegawai kerajaan dikatakan haram kerana bercampur dengan cukai judi arak dan riba. Wakil rakyat Pas dan UMNO juga terima gaji dari cukai.

    3. Isu bank riba. Ulama patut dufuk sekali berapakah kos yang boleh diambil oleh agensi kewangan oleh kerana agensi kewangan perlu sewa premis dan bayar gaji pekerja serta senggaraan. kalau nak kira blr sekarang adalah rendah. Ada juga kerana tiada akad macam Bank Rakyat. Nampak fatwa kurang jelas.

    4. Untung ASB tak sama. Memang la business.

  130. 316

    Ada pilihan lain seperti melabur dalam Unit Trust Public Mutual yg patuh syariah dan disahkan oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Bank Negara. Maklumat lanjut boleh hubungi sy, 013-6067714

  131. 317

    baca di surgadidunia.blogspot.panjang lebar tentang keewangan islam tu haram atau tidak
    zulkifli recently posted..Puluhan tahun berpuasa akhirnya Terry peluk Islam

  132. 318

    Nabi saw tak pernah simpan satu sen pun untuk hari esok. Beliau sentiasa anjur kita berinfak untuk saham akhirat dan sentiasa bertaqwa dan berserah kepada Allah swt. Kita perlu bentuk bina iman dan keyakinan kita agar dunia tiada nilai di sisi kita tapi sebagai bendang untuk dituai pada hari akhirat. Pesanan ini untuk diri saya sendiri.

Trackbacks and Pingbacks

  1. ASB/ASN disahkan HARAM | Bila Luna Berkata Kata...
  2. ASB Sah Haram!
  3. ASB/ASN di Laporkan TIDAK HALAL | hidupini.com
  4. ASB & ASN Haram - Jabatan Mufti Selangor | SYOK.MY
  5. Jangan Cepat Melatah Soal Halal dan Haram | nasihsaifullah Blog
  6. ASB/ASN Haram – Jabatan Mufti Negeri Selangor - Koleksi cerita hot, cerita panas, melayu boleh - Cerita Hot | Cerita Panas | Melayu Boleh
  7. Pelaburan ASB dan ASN | Harus atau Haram?
  8. Pelaburan ASB/ASN Itu Haram - Aku Nak Keluar Duit Aku !! | PrinceStylo
  9. ASB/ASN HARAM – JABATAN MUFTI NEGERI SELANGOR « DAMAI UNIMAS 2011
  10. ASB & ASN Sah Tidak Haram? | Rilekslah! | Isu Semasa, Hiburan, Tutorial , Tips & Info......
  11. ASB/ASN Haram – Jabatan Mufti Negeri Selangor « Motivasi & Kewangan
  12. ASB / ASN Haram | AtiqSalleh DotCom
  13. ASB/ASN Haram – Jabatan Mufti Negeri Selangor « Sufri's Blog Already 2 Years Old
  14. ASN, ASB: Beri perbezaan fatwa kebangsaan, negeri — Harian Metro Online
  15. ASB & ASN Sah Tidak Haram?

Leave a Reply

CommentLuv badge