Kesihatan

“Arang Tidak Memutihkan Gigi, Boleh Membuatkan Lapisan Gigi Nipis”, Dr Amalina


Ubat gigi arang menjadi perhatian sejak kebelakangan ini semenjak lagu ‘serbuk arang gigi’ jenama produk popular menjadi siulan ramai.Penggunaan arang sebagai bahan yang dianggap boleh membantu ‘memutihkan’ gigi rupanya tidak tepat malah boleh memudaratkan kesihatan gigi.

Baru-baru ini Dr Nur Amalina Che Bakri,31 ada memuat naik status dilaman sosial twitter mengenai penggunaan arang untuk memutihkan gigi.Sekaligus ia menjawab persoalan yang diajukan oleh salah seorang pengikutnya.

Ini jawapan yang diberikan;

“Arang tidak memutihkan gigi.Berdasarkan kajian, tidak ada bukti yang menunjukkan arang boleh memutihkan gigi. Ia boleh membersihkan gigi tetapi TIDAK memutihkan gigi.Penggunaan dalam jangka masa panjang juga akan membuatkan lapisan gigi anda nipis.”

 

Doktor Amalina juga ada menyarankan sesiapa yang ingin memutih gigi supaya pergi ke klinik gigi yang betul.

@akifakim bertanya “Jadi, macam mana nak putihkan gigi dengan cara yang betul dan sihat, doc?”

“Jumpa doktor gigi. ‘Dentist’ yang betul, bukan yang fake (palsu) pula,” jawabnya.

Sumber : Dr Amalina

BACA:  Selalu Tertidur Dengan Handphone Di Kepala? Awas,Lihat Kesan Ini Kepada Otak Anda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!