Isu Semasa

Arab Saudi tukar Menteri Luar, rombak Kabinet besar-besaran

Arab Saudi hari ini, melakukan rombakan Kabinet besar-besaran, dalam apa yang dilihat oleh pengkritik sebagai tindakan Putera Mahkota Mohammed bin Salman, memperkukuhkan laluannya untuk menduduki takhta.

Dalam pengumuman diraja yang dikeluarkan, Ibrahim Al-Assaf dilantik ke jawatan Menteri Luar menggantikan Adel Al-Jubeir yang ditukarkan sebagai Menteri Negara bagi Hubungan Luar.

Abdullah bin Bandar bin Abdulaziz dilantik sebagai Menteri Pengawal Kebangsaan, manakala Mohammed bin Saleh Al-Ghofeily menjadi penasihat Pengawal Kebangsaan.

Individu lain yang dilantik ialah:

  • Khaled Al-Harbi – mengetuai Keselamatan Awam, menggantikan Saud bin Abdul Aziz Hilal;
  • Musaed Al Aiban – Penasihat Keselamatan Arab Saudi;
  • Putera Abdul Aziz bin Turki Al-Faisal – Pengerusi Pihak Berkuasa Sukan, menggantikan Turki Al Asheikh, yang dilantik sebagai Pengerusi Pihak Berkuasa Kawalan Hiburan;
  • Ahmad Al-Khateeb – Presiden Suruhanjaya Pelancongan dan Warisan Kebangsaan;
  • Menteri Perdagangan dan Pelaburan, Dr Majed Al-Qassabi bertanggungjawab terhadap Suruhanjaya Persidangan dan Pertunjukan;
  • Turki Al-Shabana – Menteri Media;
  • Hamad Al-Sheikh – Menteri Pendidikan;
  • Ahmed bin Mohammad Al-Issa, yang digugurkan daripada Kementerian Pendidikan dilantik sebagai penasihat Mahkamah Diraja, serta Suruhanjaya Penilaian Pendidikan Awam;
  • Awad bin Saleh Al Awad, yang digugurkan daripada jawatan Menteri Media, dilantik sebagai penasihat Mahkamah Diraja;
  • Iman Al-Mutairi dilantik sebagai pembantu Menteri Perdagangan;
  • Putera Turki bin Talal menggantikan Putera Faisal bin Khaled sebagai gabenor wilayah Asir;
  • Mansour bin Mohammad bin Saad Al Saud dilantik sebagai gabenor Hafr Al-Batin;
  • Putera Badr bin Sultan bin Abdulaziz Al Saud dilantik sebagai Timbalan Gabenor Wilayah Makkah; dan
    Putera Turki bin Saud bin Mohammed dilantik sebagai penasihat Mahkamah Diraja.

Dalam pada itu, Putera Badr bin Sultan melepaskan jawatan sebagai gabenor wilayah Al-Jouf dan diganti oleh Putera Faisal bin Nawaf.

BACA:  Hukum Menjual dan Membeli Barangan Tiruan

Duta Arab Saudi ke Britain, Putera Mohammed bin Nawaf bin Abdulaziz pula digugurkan. Tempat beliau belum diganti. – Agensi

Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!