Akidah, Isu Semasa

Apostates in Malaysia and Singapore

Pihak Islam Itu Indah telah menerima email dari seorang pengadu yang sangat perihatin tentang kewujudan kumpulan Apostates in Malaysia and Singapore (Murtad di Malaysia dan Singapura). Kumpulan ini mempunyai Group di Facebook dengan menggunakan nama Apostates in Malaysia and Singapore.

Objektif utama kumpulan ini adalah untuk membincangkan mengenai perkara-perkara yang berkenaan dengan persoalan murtad di Malaysia, persoalan agama Islam, persoalan Melayu Islam, dan lain-lain. Tetapi apa yang dapat dilihat pada group mereka di Facebook, kebanyakkan mereka menghina Islam termasuklah gambar-gambar yang di edit. Semasa artikel ini ditulis, mereka mempunyai seramai 217 orang pengikut. Berikut adalah email yang dikirim oleh pengadu tersebut.

From: XXX [PENTING] Subject: Apostates in Malaysia and Singapore

Message Body:
Assalamualaikum,

Saya hanya prihatin dengan hal2 sebegini. Walaubagaimanapun, saya tidak pasti ke
mana harus saya salurkan isu ini memandangkan saya tiada punya kuasa tertentu untuk
mengambil sebarang tindakan.

Saya faham jika mesej ini agak tiba2, namun saya rasa mungkin pihak tuan punya
‘kuasa’ atau pertalian untuk melihat isu ini dengan lebih mendalam.

Persatuan murtad di bawah yang menyatukan warganegara Malaysia dan Singapura terlalu
bebas menghina kesucian Islam. Jika dilihat betul2 pada gambar khinzir di bawah,
perkataan suci Allah diedit pada bahagian belakang haiwan berkenaan.

Saya khuatir yang akhir2 ini, golongan2 ini semakin berani.

Saya juga kesal kerana tiada mampu selain merasa sedih dengan tindakan kumpulan ini.

Yang prihatin,

Apostates in Malaysia and Singapore
https://www.facebook.com/home.php?sk=group_117676498244829

Berikut merupakan sedikit pengenalan kepada Apostates in Malaysia and Singapore sperti yang terdapat di group Facebook mereka.

Islamic apostates in Malaysia and those who support them. This group has the goal to network the apostates of Islam from Malaysia and those who would like to offer support and discuss about this issue.

The Apostates in Malaysia group offers a safe place for those who are trapped by Islam in Malaysia. Feel free to introduce yourself, share your stories and concerns, anything you like. This place is especially for you. 🙂

By government orders, Faith Freedom International (faithfreedom.org) is currently banned by every ISP in Malaysia. Internet usage is also highly monitored in Malaysia today. Those found to be accessing and/or publishing disagreeable contents according to the Malaysian government and the Islamic government of Malaysia are subject to arrest and up to a heavy degree of indeterminable punishment. Apostasy, according to a fatwa issued my the Islamic government of Malaysia, a national security threat and treason. Therefore, for security reasons, I encourage those who are apostates especially in Malaysia to use a secondary Facebook account to participate in this group.

Everyone is welcomed to join this group and participate in the discussions. Being an apostate is such an intimate and troubling concern to individuals who are affected in Malaysia, therefore it only makes sense that we have compassion as there is already weight of the burden that they carry – this can be a wonderful place for everyone if we decide to make the conscious effort to be nice to each other here 🙂

—-

Murtad di Malaysia

Kumpulan ini terbuka kepada mereka yang murtad dari Islam di Malaysia dan pihak-pihak yang ingin menyumbangkan sokongan moral kepada mereka yang murtad. Objektif kumpulan ini adalah untuk menjadikan sistem sokongan moral kepada mereka yang telah murtad dari Islam di Malaysia. Kumpulan ini juga terbuka kepada perbincangan mengenai perkara-perkara yang berkenaan dengan persoalan murtad di Malaysia, persoalan agama Islam, persoalan Melayu Islam, dan lain-lain.

Kerajaan Malaysia telah bertindak dengan menyekatkan laman web yang bertajuk Faith Freedom International (Kebebasan kepada Kepercayaan Antarabangsa) di alamat: http://faithfreedom.org. Penggunaan Internet di Malaysia kini sedang dikawal dengan ketat. Mereka yang dijumpai dan dipercayai oleh kerajaan Malaysia dan kerajaan Islam di Malaysia menyalahgunakan Internet adalah mereka yang mengakses dan mengeluarkan maklumat yang tidak disetujui oleh matlamat pengislaman negara Melayu Malaysia. Kawalan ini telah melibatkan rakyat Malaysia yang hanya bersuara di Internet ditangkap dan dihukum dengan berat. Murtad telah difatwakan oleh kerajaan Islam di Malaysia sebagai ancaman keselamatan negara dan jenayah berat. Oleh itu, demi menjamin keselamatan rakyat-rakyat Malaysia yang murtad dari Islam, mereka yang murtad dari Islam tidak galakkan menggunakan nama sebenar seperti tercatat dalam rekod negara seperti tertulis di kad pengenalan warganegara apabila ingin melibatkan diri dalam perbincangan murtad di kumpulan Facebook ini.

Walaubagaimanapun, semua dijamin keselamatan peribadi dan digalakkan berbincang dengan menghormati antara satu sama lain. Seseorang yang telah murtad dari Islam biasanya mengalami krisis peribadi yang merisaukan keselamatan and hubung-kait dengan keluarga dan umat Islam di sekelilingnya. Jadi, marilah kita semua menjadikan tempat ini sebagai tempat pelindung kepada murtad-murtad di Malaysia dan menghulurkan bantuan and sokongan kepada mereka. Ini boleh menjadi tempat yang selamat penuh dengan dorongan dan sokongan kepada apa jua pilihan yang dibuat oleh mereka yang murtad. Tanggungjawab kita semua hanyalah untuk menerima mereka ini sebagai seseorang individu yang berhak membuat pilihan, dan juga menerima mereka sebagai individu yang berhak untuk hidup dan bebas dari hukuman Sharia Islam.

Semoga pihak yang bertanggungjawab dapat mengambil tindakan lanjut terhadapt kumpulan ini.

P/S: Sebarkan artikel ini untuk kebaikan bersama.

BACA:  Himpunan Sejuta Umat: Selamatkan Akidah Umat Islam!

14 Comments

  1. salam,

    bersetuju dgn pndpt XXX. tak cukup dgn murtad, malah menghina pulak?? mcm tu,nak minta hak hidup bebas dari hukum syarak? umat islam tak pernah pun menghina agama agama lain? org mcmni, cuma islam pd nama seblmni, tapi sifat ngalahkan kafirun.

  2. Apostates in Malaysia and Singapore - Koleksi cerita hot, cerita panas, melayu boleh - Cerita Hot | Cerita Panas | Melayu Boleh

    […] Sumber: Islam Itu Indah […]

  3. apakah yang harus dilakukan untuk orang sebegini??sakit hati membaca reply diorang di https://www.facebook.com/home.php?sk=group_117676498244829&view=permalink&id=230007347011743.

    1. salam nk tyew ckit ley x???
      cam new nk on9 gan owg murtad

  4. Sdra/i pengarang…
    saya amat tertarik dgn isu murtad. Sepatutnya pihak Majlis Raja-Raja Melayu seharusnya bertindak dengan cara drastik tapi berhemah. Kuasa hal-hal yang berkaitan Islam dan adat serta hak istimewa orang-orang Melayu adalah di bawah kuasa Agung dan Sultan. Kenapa pihak berkenaan yang diamanahkn kuasa agar menjaga kesucian Islam dan orang-orang Melayu. Jika yang berkaitan dengan politik, semua akan histeria..tapi bila sebut tentang Islam dan murtad, semua buat pekak telinga. Kenapa orang-orang Islam, khasnya di kalangan oarng-orang Melayu tidak syorkan agar mereka yang murtad ini dikenakan hukuman mati mandatori seperti yang dikenakan ke atas pesalah dadah. Aqidah ini satu penyakit nombor satu di dalam dunia Islam. Ia WAJIB dikenakan tindakan drastik agar ia tidak terus menular ! Wahai sdra/i seIslam di Malaysia ini..bangunlah dan bertindaklah sebelum ia menjadi wabak yang sukar diubati dan yang paling berat takut jika Allah swt akan mendatangkn wabak atai bencana seperti yang berlaku di kebanyakan tempat di seantaro dunia. Waullahualam..

  5. da tuka name profile ke >
    Murtads in Malaysia and Singapore
    NAUZUBILLAH – minta Allah swt jauhkan kita dari kesesatan nyata ni aamin

  6. Adakah agama Islam sempurna ? Orang murtad kerana ada kelemahan agama kamu. Jadi bagilah mereka murtad jangan paksa sampai nak bunuh orang. Agama tidak penting untuk manusia. Manusialah mengguna agama untuk dapat kuasa dan kekayaan. Agama yang baik tak payah takut tiada pengikut

    1. Agama islam adalah agama yang sempurna.Mungkin orang berfikiran bebas sprt kamu berfikiran membenci agama dan mengatakan agama sprt itu. Luangkan masa kamu berbincang dengan ahli bijak pandai agama. Bukan sekadar melemparkan kata-kata tanpa mengetahuinya.

    2. Azrul AlHabsyi

      maybe kamu merasa senang dengan berkata demikian ketika kamu masih hidup..maka fikirlah..bagaimana kamu hidup..adakah jantung yang pam darah kamu menyebabkan kamu boleh hidup..cuba kamu gunakan mesin untuk pam jantung kamu adakah ia sama dengan apa yang dicipta Allah iaitu Roh…and sebenarnya semua agama mengakui kebenaran Islam…beginilah..mungkin di saat sakaratul maut nanti kamu akan mengerti siapa itu Allah…ketika itu, cubaah kamu meminta tolong doktor agar memasukkan segala jenis mesin ciptaan manusia ke dalam diri kamu untuk menghalang kematian..dan ingatlah..bila kamu mati nanti..Kamu akan dibangkitkan di alam Barzakh atau alam kubur….mudah2an Allah bagi hidayah kepada saudar ini..

  7. Ahli bijak panda agama sudah ‘brain wash’ fikiran kuno tak faham tentang zaman modern

  8. Ajaran Kristian lebih toleransi dan kebebasan berbanding agama Islam. Ia tidak mamaksa umat melakut ajaran agama dengan paksaan. Agama Kristian tidak perlu sembahyang 5 Kali sehari, tidak perlu pilih makanan asalkan ia tak meracunkan badan manusia, tak payah puasa sebulan, boleh bela anjing, perempuan tak payah bertudung dll. Ajarannya sama juga beritahu manusia supaya berkelakuan baik boleh dapat masuk surga. Ajaran Kristian ada perubahan mengikut zaman dimana ia tidak terlampau ikut ajaran lama.  Jika agama ada pilihan haruslah kita pilih agama yang toleransi, tidak paksaan, perubahan ikut zaman kerana ia boleh menyebab masyarakat  berharmoni, toleransi, kegigihan, kerajinan , kejayan, kemodenan dll.

  9. Ajaran Kristian lebih toleransi dan kebebasan berbanding agama Islam. Ia tidak mamaksa umat mengikut ajaran agama dengan paksaan. Agama Kristian tidak perlu sembahyang 5 kali sehari, tidak perlu pilih makanan asalkan ia tak meracunkan badan manusia, tak payah puasa sebulan, boleh bela anjing, perempuan tak payah bertudung dll. Ajarannya sama juga beritahu manusia supaya berkelakuan baik boleh dapat masuk surga. Ajaran Kristian ada perubahan mengikut zaman dimana ia tidak terlampau ikut ajaran lama.  Jika agama ada pilihan haruslah kita pilih agama yang toleransi, tidak paksaan, perubahan ikut zaman kerana ia boleh menyebab masyarakat  berharmoni, toleransi, kegigihan, kerajinan , kejayan, kemodenan dll.

    1. Tunjukkan bokti tolerensi awak itu melalui bokti sejarah penjajahan Kristian di serata dunia selama dari zaman Pope yang pertama hingga sekarang yang berlaku di Eropah, Amerika utara dan selatan, Afrika selatan, Vietnam, Timur Tengah,dll!

  10. saya takut tgk komen2 yg pelbagai..tp yg sy fhm secara ringkas..islam sgt menitik berat kan tntg hal agama..sgt2 suci..sacred..bila keluar dr islam..maka umpama menghina agama..sebab buat pkra paling keji..sbb tu dikenakan hudud bunuh..klu seorg itu berzina tpi msih islam dan masih prcya allah..dan tidak menyekutukan allah..maka pintu taubat nye masih dibukak dgn izin allah..tp klu da xpercaya allah..nk bukak pintu taubat ape lg??dah mencemarkan agama yg suci..klu kita seorg yg beragama..xkira la agama apa pun..patut ykin agama itu satu pkra yg sgt suci..xblh buat main2 acah2 nk tuka sne sini…lg satu..pakai logik pon boleh..al quran isik nye xpernah berubah..lgkap dan padat..tp npe bible blh main2 ubah..xykin ke?sptutnya kitab agama xpyh ubah sbb ia kata2 dari TUHAN..npe kita pndai2 nk ubah ikut sedap suka suki sndri..mcm ne TUHAN turun dari awal..mcm tu lah perlu ikut…perubahan sbb kan zaman? ehhh bukan ke TUHAN MAHA MENGETAHUI..sedah tntulah kata2 nya sntiasa tepat sbb TUHAN yg menjadikan dan menentukan segalanya..baik smereka yg “berkenaan” fikir balik..sy rse 1 je faktor murtad..”KEMISKINAN”..salah satu punca kufur adalah miskin..ye.. tntg pmbhagian duit zakat..sy xbrni nk ckp bnyk..mrka yg brtgjwb lebih arif..klu amanah xbuat..jawab la nnti..krna DUIT boleh membolak balik hati manusia..xkisah baik buruk halal haram..jnji duit…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!