Ibadah, Solat, Tazkirah

Apa Itu Rukun Qauli , Qalbi Dan Fi’li Dalam Solat..Jom Sama-sama Ulangkaji

Apa Itu Rukun Qauli , Qalbi Dan Fi’li Dalam Solat : Rukun Qauli dalam solat, WAJIB berlafaz sampai didengari oleh telinga sendiri, tak kira lelaki atau wanita . Berbisik, TAK SAH , suara angin TAK SAH baca dalam hati, lagi TAK SAH .

Satu huruf tidak terdengar pun Al-Fatihah tu TAK SAH . Kecuali kita berada di tempat bising atau speaker masjid kuat sangat.

Rukun Qauli Itu Apa ?

– takbiratul ihram,
– al-Fatihah
– tahiyyat akhir
– selawat
– salam pertama

Ada 5 sahaja , yang lain itu rukun fi’li . Niat pula ialah rukun qalbi .

Rukun Solat Terbahagi Kepada Tiga Kategori :

1. Qalbi – di ingat dalam hati

2. Qauli – di ucap dengan lidah

3. Fi’li – perbuatan

Rukun Solat Ada 13 Perkara Iaitu :

1. Berdiri bagi yang mampu ( Fi’li )

2. Niat ( Qalbi )

3. Takbiratul Ihram – Allahu Akhbar yang pertama ( Qauli )

  • Takbiratul Ihram dilafazkan dengan salah . Contohnya, bertakbir dengan lafaz ﭐﷲ di mulut , dan ﺃﻛﺒﺮ di dalam hati . Walhal , lafaz takbiratul ihram adalah RUKUN QAULI , maka ia WAJIB dilafazkan 100% di mulut tanpa meninggalkan satu huruf pun dalam kalimah ﭐﷲ ﺃﻛﺒﺮ .
  • Selain itu, sekiranya makhraj lafaz takbiratul ihram ini salah, maka ia boleh juga membatalkan solat . Contohnya, melafazkan takbiratul ihram dengan suara angin ( seperti suara orang berbisik )

4. Membaca surah Al-Fatihah (Qauli )

  • Al-Fatihah merupakan RUKUN QAULI yang wajib dilafazkan 100% oleh mulut dengan makhraj dan tajwid yang betul.
  • Sekiranya membaca al-Fatihah dalam hati atau menggunakan suara angin, maka, ia boleh membatalkan solat.

5. Rukuk dengan tama’ninah ( Fi’li )

6. Iktidal dengan tama’ninah ( Fi’li )

7. Sujud dengan tama’ninah ( Fi’li )

BACA:  Hadith Qunut Subuh Adalah Sahih

8. Duduk di antara dua sujud, dengan tama’ninah ( Fi’li )

9. Duduk Tasyahhud akhir ( Fi’li )

10. Membaca bacaan Tasyahhud / Tahiyat Akhir ( Qauli )

  • Lafaz tahiyyaat akhir yang salah. Perkara ini merupakan antara kesalahan yang amat biasa dilakukan tetapi ramai yang tidak menyedarinya.
  • Lafaz tahiyyaat wajib disebut dengan makhraj yang betul kerana ia adalah rukun qauli . Sekiranya lafaz tahiyyat itu dilafazkan dengan suara angin juga, ia akan membatalkan solat.

11. Selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. dalam Tasyahhud Akhir. ( Qauli )
اللهم صَلِّ على سيـّدنا مُحمـّد

12. Mengucapkan salam yang pertama ( Qauli )

  • Lafaz salam dibaca dalam hati, dilafaz dengan suara angin, atau melafazkan salam dengan makhraj dan huruf yang salah juga boleh membatalkan solat. Lafaz yang tepat adalah ﭐﻟﺴﻼﻢﻋﻠﻴﻜﻢﻭﺭﺣﻤﺔﭐﷲ ( assalaamu’alaikum warahmatullaah )
  • Sekiranya menyebut “asalaamu’alaikum”, “salaamu’alaikum” atau apa sahaja sebutan yang selain daripada ﭐﻟﺴﻼﻢﻋﻠﻴﻜﻢﻭﺭﺣﻤﺔﭐﷲ , ia akan membatalkan solat .
  • Menyebut salam dalam hati juga boleh membatalkan solat, kerana lafaz salam pertama adalah rukun qauli, ia WAJIB dilafazkan 100% oleh mulut dengan makhraj dan tajwid yang betul .

13. Tertib ( Qalbi )

 

Sumber: saidila.com

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *