Ibadah

Apa Hukum Baca Quran Di Handphone Tanpa Berwudhuk? Mesti Baca dan Share!


Inilah hukum membaca Qur’an di handphone tanpa berwudhu. Semak selengkapnya. Sahabat, bagaimanakah hukumnya membaca quran tanpa berwudhu sebelumnya, dan juga membaca quran melalui aplikasi di handphone yang ketika ini sudah banyak dimiliki di setiap gadget, apakah boleh membacanya jika dalam keadaan berhadas kecil?

Mari kita semak bersama pembahasannya berikut:

Jika telah memiliki hafalan quran, orang yang berhadas kecil masih boleh membaca quran tanpa menyentuh mushaf. Hal ini seperti yang diriwayatkan dari Ali Radhiyallahu ‘Anhu:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَأْتِي الْخَلَاءَ فَيَقْضِي الْحَاجَةَ ثُمَّ يَخْرُجُ فَيَأْكُلُ مَعَنَا الْخُبْزَ وَاللَّحْمَ وَيَقْرَأُ الْقُرْآنَ وَلَا يَحْجُبُهُ وَرُبَّمَا قَالَ لَا يَحْجُزُهُ عَنْ الْقُرْآنِ شَيْءٌ إِلَّا الْجَنَابَةُ

“Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam masuk ke kamar kecil lalu menyelesaikan hajatnya. Kemudian beliau keluar dan makan roti dan daging besama kami, beliau juga membaca Al-Qur’an. Tidak ada yang menghalanginya Shallallahu ‘Alaihi Wasallam –boleh jadi berkata: tidak menghalanginya- dari membaca Al-Qur’an kecuali junub.” (HR. Ibnu Majah)

Sementara jika membaca quran sambil menyentuh mushaf, para ulama berbeza pendapat. Ada yang membolehkannya, ada juga yang mensyaratkan harus terbebas dari hadas besar dan hadas kecil.

Yakni sesuai dengan ayat al quran: “Sesungguhnya Al Qur’an ini adalah bacaan yang sangat mulia, pada kitab yang terpelihara (Lauhmahfuz), tidak menyentuhnya kecuali hamba-hamba yang disucikan. Diturunkan dari Tuhan semesta alam. Maka apakah kamu menganggap remeh saja Al Qur’an ini?” (QS. Al-Waqi’ah: 77-81)

Selain itu terdapat hadis Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam, “Tidak boleh menyentuh Al-Qur’an kecuali orang yang suci.” Hadis ini lemah secara sanad, namun para sahabat Nabi memberikan fatwa demikian sebagai penghormatan terhadap Al-Qur’an dan bukti bahwa Al-Qur’an adalah kalamullah.

BACA:  Ramadan bulan didik umat Islam berdisiplin, sabar hadapi ujian

Lalu bagaimana jika membaca quran dengan menggunakan tablet atau handphone? Perlukah berwudhu sebelumnya?

Sahabat, Hp dan peralatan semisalnya yang di dalamnya dirakam Al-Qur’an tidak seperti hukumnya mushaf. Kerana huruf Al-Qur’an yang terdapat di peralatan ini berbeza dengan keberadaan huruf di mushaf.

Maka sifat yang dibacanya tidak ada, yang ada adalah sifat gelombang yang terdiri dari huruf dengan gambarnya ketika diminta, barulah akan terlihat di layar dan akan hilang ketika dipindah ke yang lainnya.

Maka dari itu, pendapat yang paling kuat adalah dibolehkan menyentuh hp atau kaset yang di dalamnya ada rakaman dan dibolehkan membaca quran darinya, meskipun tanpa berswudhu sebelumnya.

Bacaan Al-Qur’an dari hp memudahkan bagi wanita haid, dan bagi orang yang kesukaran membawa mushaf bersamanya. Atau di tempat yang sukar untuk berwudhu kerana tidak disyaratkan bersuci dalam menyentuhnya.

Al-Qur’an di kalangan muda-mudi sekarang hampir saja hilang. Namun dengan adanya teknologi, kita sekarang boleh membuka Al-Qur’an di mana saja. Tinggal buka HP lalu buka surah yang mahu dibacakan.

Sungguh canggih tekhnologi sekarang ini. Ketika ini yang jadi permasalahan ialah jika kita membuka Al-Qur’an melalui handpone ada yang berwudhu dan tidak. Akibat hal ini banyak menimbulkan peselisihan di antara ulama. Kerana Al-Quran adalah firman Allah. Dan termasuk upaya mengagungkan firman Allah, hendaknya tidak dibaca kecuali dalam keadaan suci.

Adapun membaca Al-Quran dengan membawa mushaf maka disyaratkan suci dari hadas kerana memegang mushaf, berdasarkan hadis yang masyhur,

‘Tidak boleh menyentuh Al- Quran kecuali orang yang suci.’

Juga berdasarkan riwayat dari para sahabat dan tabi’in. Maka inilah pendapat mayoritas ulama,bahwa dilarang bagi orang yang berhadas untuk memegang mushaf, baik untuk dibaca mahupun untuk tujuan lainnya.

BACA:  Hukum Penggunaan Dakwat Kekal Dalam Pilihanraya

Oleh kerana itu, HP atau peralatan lainnya, yang berisi kandungan Al-Quran, tidak boleh dihukumi sebagai mushaf. Kerana teks Al-Quran pada peralatan ini berbeza dengan teks Al-Quran yang ada pada mushaf. Tidak seperti mushaf yang dibaca, namun seperti vibrasi yang menyusun teks Al-Quran, ketika dibuka boleh nampak di layar dan boleh hilang ketika pindah ke aplikasi yang lain. Oleh kerana itu, boleh pada saat membaca Al-Qur’an boleh menyentuh HP atau kaset yang berisi Al-Quran,sekalipun tidak bersuci terlebih dahulu.

Jika dulunya kita membaca Al-Qur’an langsung dari kitabnya. Bererti kita harus mengamalkan adab-adab dalam membaca Al-Qur’an, seperti berwudhu sebelum memegang mushaf dan menghadap kiblat dan lain sebagainya.

Wallahu ‘alam bisshowab. Semoga bermanfaat.

Nota:
Pengertian Mushaf dan Suhuf

Suhuf – adalah ayat-ayat AlQuran yang ditulis berselerak pada berbagai macam objeck seperti batu, tulang, pelepah tamar dsb.

Mushaf – adalah ayat-ayat AlQuran yang dikumpul atau dibukukan secara sistematik dan teratur. Pendek kata Mushaf adalah buku atau kitab yang mengandung ayat-ayat AlQuran yang sempurna, lengkap dan tersusun.

(Pengertian Mushaf dan Suhuf menurut Daud Ismail & Asyraf Ab Rahman dalam buku Sejarah dan Perkembangan Mushaf Uthmani di Malaysia tahun 2013)

Rujukan : Definisi Menurut Para Ahli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!