Doa, Keluarga

Antara Doa Yang Boleh Diamalkan Suami Sepanjang Tempoh Kehamilan Isteri

Buat pasangan yang dikhabarkan berita dengan kehadiran bakal cahaya mata, pastinya hati mereka melonjak-lonjak kegembiraan.

Pastinya banyak persediaan yang akan dilakukan sama ada dari sudut mental si ibu, kewangan keluarga dan juga amalan pemakanan serta rohani sendiri.

Apa yang paling penting ialah, suami isteri akan berganding bahu untuk sama-sama menjalani proses kehamilan dengan tenang walaupun ia merupakan pengalaman pertama bersama.

Pendek kata, bukan isteri sahaja yang perlu menjaga kehamilan tersebut, namun suami juga mempunyai tanggungjawab penuh dalam usaha menjaganya selama 9 bulan 10 hari.

Persediaan rohani adalah sangat penting untuk perkembangan mental sama ada kepada ibu atau anak sendiri. Kebiasaannya, ibu-ibu ini dianjurkan untuk memperbanyakkan mendengar alunan yang tenang seperti ayat al-Quran dan zikir, mengelakkan daripada pergaduhan dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, menjadi tanggungjawab suami juga untuk membantu isteri dan bayi yang dikandung sentiasa berada dalam keadaan emosi dan mental yang stabil.

Bukan ibu sahaja yang perlu berdoa dan membacakan surah-surah, namun si bapa juga boleh mengamalkan membaca doa dan beberapa surah untuk kesejahteraan bersama.

#1 – Doa Nabi Ibrahim A.S

رَبِّ هَبْ لِي مِنَ الصَّالِحِينَ

Mafhum: “Wahai tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh.” (Surah As-Saffat, 37:100)

#2 – Doa Nabi Zakaria A.S

رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَىٰ وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِي فِي ذُرِّيَّتِي ۖ إِنِّي تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّي مِنَ الْمُسْلِمِينَ

Mafhum: “Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu).” (Surah Al-Ahqaf, 46:15)

BACA:  Empat Hikmah di Sebalik Keguguran dan Kematian Anak Dalam Islam

#3 – Doa Nabi Muhammad SAW

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

Mafhum: “Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.” (Surah Al-Furqan, 25:74)

Kesimpulan

Penting untuk seorang bapa membantu menjaga emosi ibu yang sedang hamil kerana emosi merupakan salah satu faktor yang boleh menentukan keselamatan bayi juga.

Wallahu a’lam.

 

Sumber: tzkrh.com 

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *