Kesihatan

Anda Seorang Pesakit Resdung? Kerapa Gatal-gatal dan Tersumbat Hidung?..Ini 7 Tip untuk Pesakit Resdung

Resdung merupakan sejenis penyakit di mana terjadinya radangan pada rongga sinus yang disebabkan oleh jangkitan kuman.

‘Resdung, juga dikenali sebagai sinusitis / jangkitan sinus atau rinosinusitis, adalah keradangan pada sinus yang menunjukkan gejala/tanda. Tanda dan gejala biasa termasuk lendir tebal dalam hidung, hidung tersumbat, dan sakit pada muka. Tanda dan gejala lain mungkin termasuk demam, sakit kepala, kurang deria bau, sakit tekak dan batuk. Batuk sering lebih teruk pada waktu malam. Komplikasi yang serius jarang berlaku. Ia ditakrifkan sebagai rinosinusitis akut (ARS) jika ia berlangsung kurang dari 4 minggu, dan sebagai rinosinusitis kronik (CRS) jika ia berlangsung selama lebih daripada 12 minggu.

Resedung (“Sinusitis”) boleh disebabkan oleh jangkitan, alahan, pencemaran udara, atau masalah struktur dalam hidung. Dalam kebanyakan kes, ia adalah disebabkan oleh jangkitan virus. Jangkitan bakteria boleh hadir sekiranya gejala bertahan lebih daripada sepuluh hari atau jika seseorang menjadi lebih teruk selepas menjadi bertambah baik. Episod berulang lebih cenderung pada mereka yang memiliki asma, cystic fibrosis, dan fungsi imun yang lemah. X-ray biasanya tidak diperlukan melainkan sekiranya komplikasi disyaki. Dalam kes-kes kronik, ujian pengesahan adalah disyorkan sama ada melalui visualisasi langsung atau tomografi berkomputer.

7 Tips untuk Pesakit Resdung 

1. Konsisten dengan ubat yang doktor beri.

2. Kenalpasti punca-punca yang menyebabkan simptom anda menjadi-jadi. Doktor sendiri sukar untuk mengenalpasti, berbanding pesakit.

3. Ujian allergic skin test boleh membantu mengenalpasti punca alahan

4. Elak segala punca yang menyebabkan gejala resdung anda datang.

5. Elakkan segala rawatan yang bukan-bukan di luar sana. Patuhi kebersihan dalam merawat penyakit anda.

BACA:  Jaga Kesihatan Mental Anda, Awas Dengan ‘Public Shaming’ Di Media Sosial

6. Elakkan di kawasan habuk, ramai orang, kawasan tertutp yang tiada ruang pengudaraan, cuaca sejuk dan lain-lain.

7. Pembedahan diperlukan atas nasihat doktor bergantung gejala anda alami.

Sebar-sebarkan info ini. Semoga lebih ramai mendapat manfaat.

 

Dr Ezairy M.Sallih
Doktor telinga, hidung & tekak

 

Sumber: Facebook Dr Ezairy M.Sallih 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!