Tazkirah

Amalkan 8 Sunnah Ini Untuk Menjadikan Anda Muslim Yang Produktif

Dalam menelusuri kehidupan Rasulullah SAW, kita dapat lihat gaya hidup Baginda yang sangat produktif. Baginda mampu memberi inspirasi kepada setiap muslim untuk mendidik diri menjadi hamba dan muslim yang sentiasa berusaha ke arah kebaikan.

Banyak sunnah Rasulullah yang telah ditinggalkan untuk dijadikan ikutan buat semua manusia. Malah, ia bukan sahaja mampu memberi kekuatan kepada rohani tetapi juga untuk fizikal dan mental.

Berikut merupakan antara sunnah yang diamalkan oleh Baginda SAW:

#1 – Menunaikan Tahajjud

وَمِنَ اللَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَافِلَةً لَّكَ عَسَىٰ أَن يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَّحْمُودًا

Mafhum: “Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah ‘sembahyang tahajjud’ padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.” (Surah Al-Isra, 17:79)

#2 – Membaca Al-Quran

إِنَّ الَّذِينَ يَتْلُونَ كِتَابَ اللَّـهِ وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَأَنفَقُوا مِمَّا رَزَقْنَاهُمْ سِرًّا وَعَلَانِيَةً يَرْجُونَ تِجَارَةً لَّن تَبُورَ

Mafhum: “Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian.” (Surah Al-Fatir, 35:29)

#3 – Berzikir

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اذْكُرُوا اللَّـهَ ذِكْرًا كَثِيرًا

Mafhum: “Wahai orang-orang yang beriman, (untuk bersyukur kepada Allah) ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan ingatan serta sebutan yang sebanyak-banyaknya.” (Surah Al-Ahzab, 33:41)

#4 – Menjaga Solat Sunat Rawatib

عن عبد الله بن عمر قال حفظت عن رسول الله صلى الله عليه وسلم ركعتين قبل الظهر وركعتين بعد المغرب وركعتين بعد العشاء وركعتين قبل الغداة

BACA:  5 Nasihat Jibril Kepada Rasulullah SAW

Maksud: “Dari Abdullah bin Umar, katanya: “Aku mengingati (lafaz) dari Rasulullah SAW dua rakaat sebelum Zohor, dua rakaat sesudah Maghrib, dua rakaat sesudah Isyak dan dua rakaat sebelum Subuh.” (Muttafaqun ‘alaih)

#5 – Jangan Tinggalkan Duha

يُصْبِحُ عَلَى كُلِّ سُلاَمَى مِنْ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ ، فَكُلُّ تَسْبِيْحَةٍ صَدَقَةٌ ، وَكُلُّ تَحْمِيْدَةٍ صَدَقَةٌ ، وَكُلُّ تَهْلِيْلَةٍ صَدَقَةٌ ، وَكُلُّ تَكْبِيْرَةٍ صَدَقَةٌ ، وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوْفِ صَدَقَةٌ ، وَنَهْيٌ عَنِ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ ، وَيُجْزِئُ مِنْ ذَلِكَ رَكْعَتَانِ يَرْكَعُهُمَا مِنَ الضُّحَى

Maksud: “Setiap sendi di tubuhmu adalah sedekah. Setiap tasbih itu sedekah dan setiap takbir itu adalah sedekah. Ajakan pada perkara kebajikan itu adalah sedekah dan cegahan daripada kemungkaran adalah juga sedekah. Semua itu adalah memadai dengan hanya melakukan dua rakaat sembahyang Duha.” (Hadis Riwayat Muslim dan Abu Daud)

#6 – Menjaga Wuduk

إِنَّ أُمَّتِي يُدْعَوْنَ يَوْمَ القِيَامَةِ غُرًّا مُحَجَّلِينَ مِنْ آثَارِ الوُضُوءِ، فَمَنِ اسْتَطَاعَ مِنْكُمْ أَنْ يُطِيلَ غُرَّتَهُ فَلْيَفْعَلْ

Maksud: “Sesungguhnya umatku akan dipanggil pada hari Kiamat dengan dahi, tangan dan kaki yang berseri-seri disebabkan daripada kesan-kesan wuduk. Barangsiapa yang mampu daripada kalangan kamu untuk melebihkan dahinya, maka lakukanlah ia.” (Hadis Riwayat Bukhari no 136 dan Muslim no 246)

#7 – Sedekah

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَنفِقُوا مِمَّا رَزَقْنَاكُم مِّن قَبْلِ أَن يَأْتِيَ يَوْمٌ لَّا بَيْعٌ فِيهِ وَلَا خُلَّةٌ وَلَا شَفَاعَةٌ ۗ وَالْكَافِرُونَ هُمُ الظَّالِمُونَ

Mafhum: “Wahai orang-orang beriman! Sebarkanlah sebahagian dari apa yang telah Kami berikan kepada kamu, sebelum tibanya hari (kiamat) yang tidak ada jual-beli padanya, dan tidak ada kawan teman (yang memberi manfaat), serta tidak ada pula pertolongan syafaat. Dan orang-orang kafir, mereka itulah orang-orang yang zalim.” (Surah Al-Baqara, 2:254)

BACA:  Tanda-tanda Kiamat Kecil Telah Lengkap Sempurna!

#8 – Istighfar Setiap Masa

مَنْ لَزِمَ الِاسْتِغْفَارَ، جَعَلَ اللَّهُ لَهُ مِنْ كُلِّ ضِيقٍ مَخْرَجًا، وَمِنْ كُلِّ هَمٍّ فَرَجًا، وَرَزَقَهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ

Maksud: “Barangsiapa yang melazimi (sentiasa) istighfar, Allah SWT menjadikan untuknya bagi setiap kesempitan itu jalan keluar, setiap kebimbangan itu kelapangan dan Allah juga mengurniakan kepadanya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.” (Hadis Riwayat Bukhari no 1518)

Banyak lagi sunnah Baginda yang boleh dilakukan, sama ada dari sudut pemakanan, ibadah mahupun gaya hidup. Ia merupakan salah satu usaha kecil kita untuk membuktikan mekarnya cinta kita kepada Baginda SAW. Wallahu a’lam.

 

Sumber: tzkrh.com 

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *