Ibadah

Amalan kesukaan Nabi Muhammad S.A.W di bulan Ramadhan

AMALAN yang menghidupkan Ramadan ialah memperbanyakkan sedekah kerana sikap bermurah hati pada Ramadan adalah dituntut. Ibn Abbas melaporkan: “Rasulullah adalah orang yang paling dermawan dan beliau lebih dermawan lagi pada Ramadan ketika Jibril menemuinya lalu membacakan padanya al-Quran.” (Hadis riwayat Bukhari)

Membaca al-Quran

Disunatkan memperbanyakkan bacaan al-Quran pada bulan Ramadan kerana ia bulan al-Quran seperti firman Allah yang bermaksud: “… bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.” (Surah al-Baqarah, ayat 185)

Malaikat Jibril sentiasa bertadarus al-Quran dengan Nabi SAW setiap hari sepanjang Ramadan. Para salaf mendahulukan bacaan al-Quran daripada ibadah lain. Sebahagian salaf khatam al-Quran dalam masa tiga hari, sebahagiannya tujuh hari dan 10 hari pada Ramadan.

Saidina Uthman bin Affan khatam al-Quran setiap hari pada Ramadan. Imam Zuhri berkata apabila tiba Ramadan, “Sesungguhnya Ramadan itu bulan membaca al-Quran dan menyediakan makanan untuk orang berpuasa.”

Memberikan makan kepada orang yang berbuka puasa.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang memberikan makan kepada orang yang berpuasa, maka baginya seperti pahala (orang yang berpuasa) dalam keadaan tidak berkurung sedikitpun dari pahala orang yang berpuasa itu.” (Hadis riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibn Majah dan ad-Darimi)

Qiamullail

Disunatkan berjaga malam secara berjemaah pada bulan Ramadan iaitu solat terawih dan waktunya di antara solat Isyak hinggalah terbitnya fajar. Nabi sangat gemar mendirikan malam pada bulan Ramadan.

Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa menghidupkan Ramadan dengan keimanan dan pengharapan pahala daripada Allah Taala, maka akan diampunkan segala dosanya yang terdahulu.”

(Hadis riwayat Bukhari)

BACA:  Solat ubat gejala sosial

Solat tarawih

Solat tarawih adalah solat khusus yang hanya dilakukan pada Ramadan. Solat tarawih, walaupun dapat dilaksanakan bersendirian, umumnya dilakukan secara berjemaah di masjid. Di sesetengah tempat, sebelum solat tarawih, diadakan ceramah singkat bagi menasihati jemaah.

Mengerjakan umrah

Perkara disunatkan pada Ramadan adalah mengerjakan umrah berdasarkan sabda Baginda SAW yang bermaksud: “Umrah pada Ramadan (pahalanya) sama dengan (pahala) mengerjakan haji atau mengerjakan haji bersamaku.” (Hadis riwayat Bukhari)

Zakat fitrah

Zakat fitrah dikeluarkan khusus pada Ramadan atau paling lambat sebelum selesainya solat sunat hari raya. Setiap Individu Muslim yang berkemampuan wajib membayar zakat fitrah. Nilai zakat fitrah adalah satu gantang makanan ruji atau setara dengan 2.7 kilogram beras. Di Malaysia, nilai zakat fitrah ditentukan oleh pihak berkuasa agama negeri.

34 Comments

  1. Amalan Kesukaan Rasulullah Di Bulan Ramadhan | Paaduu

    […] SUMBER […]

  2. salam ramadhan, saya bersedekah kuih muih utk org yg berbuka puasa di masjid, namun agak sedih sebab lepas solat terawih pun, banyak kuih yg tak abis…berjenis2..mcm membazir…niat nak sedekah tp bila dah membazir macamana tu…

    1. Salam Ramadhan, Jangan merasa sedih kalau kuih muih yang kita sedekah di masjid untuk orang berbuka puasa tidak habis..Penting niat kita untuk bersedekah dengan ikhlas..soal habis atau tidak habis belakang kira…bersedekah lah dengan ikhlas, Allah lebih mengetahui segala nya. Ameen..

      1. fasha sandha insaf

        mungkin perlu dibuat sedikit perkiraan supaya sedekah yang dilakukan tidak membazir…

  3. Benar.amalan nabi ketika puasa cukup mudah,Namun seringkali di abaikan oleh sebahagian besar umat islam hari ini.Jesteru, sama2 kita ingatkan. Laksanakan yang wajib, perbanyakkan yang sunat.Moga sama2 mendapat manfaat:)

  4. thanks for sharing the nice article =)

    nurul: takpe..lenkali leh agak nk bg byk mn je =) xpn y lbh leh bg dorg wt blk ..sediakn plastik ..

  5. Puasa merosakkan badan seperti perut sakit, kelaparan, kehausan dan badan lemah. Keadaan ini menyebab kerja lambat dan kurang productiviti. Puasa sesuai untuk orang yang tiada kerja dan orang miskin. Pada zaman modern ini yang penuh saingan haruslah kita lebih rajin dan bertenaga sepanjang masa. Janganlah percaya ajaran kuno yang tidak sesuai dizaman ini.

    1. saysa puasa..tak menjejaskan kerja…. orng yang tak puasa je yang malas kerja

    2. peminat ajaran kuno

      kpd En Piece,
      yg penting bg sy ialah
      sy xkn mati sb puasa.melainkn dizinkn Allah.
      sekian.slmt berpuasa mggu dpn.

    3. Na’uzubillah..rasa nya tidak lah sesuai apa yang dikatakan anda itu tidak lah benar. Puasa di bulan Ramadhan ada lah di wajibkan untuk umat Islam, miskin, kaya, berkerja atau tidak berkerja. Saya berkerja dan berpuasa dibulan Ramadhan dan tidak mengganggu kesihatan saya. Bagi orang yang berpenyakit memang tidak boleh berpuasa disebabkan sebab sebab tertentu…Moga Allah memberi prtunjuk pada kita kejalan yang lurus bukan kejalan yang salah..Ameen

    4. Jahil dan x bertamaddun pndpt dangkal mengatakan puasa merosakkan badan..kalau nk menghilangkan rasa pedih perut n rasa lapar bclh Ya Muqit maksudny yang mengcukupkan…

  6. wak silap sebenarnya..puasa menjadikan tubuh kiter chat sebenarnya…

  7. Puasa dapat bagi saya jimat duit dan menjimat makan tengahari. Puasa menyebab saya lemah, dahaga, kelaparan dan keletihan. Keadaan ini menyebab kerja saya lambat dan saya rasa malas kerja. Saya rasa pelik kenapa kita Muslim harus mengikut sedangkan keadaan ini menggangu kerja kita kenapa kita harus buta mengikut ? Kenapa non-Muslim tidak perlu mengikut dan tidak ada kesan buruk terhadap mereka ? Rasa kita perlu perubahan untuk persaingan dengan non-Muslim.

    1. beginilah cara musuh islam menjatuhkan islam…

    2. Na’uzubillah…Puasa dibulan Ramadhan diwajibkan bagi orang Islam. Jangan lah kita mengikut hasutan syaitan yang boleh menyelewengkan kita dari ajaran Islam. Puasa tidak mengganggu pekerjaan harian kita.
      Bagi orang yang tahu akan kelebihan Puasa Ramadhan ini mereka sangat gembira serta berpuasa dan banyak juga ujian diberikan dari Allah dan melihat Umat nya sama ada dalam keimanan atau tidak. Jangan lah lah kita mengikuti jejak orang kafir yang dilaknati Allah..Ameen.

    3. @Zainal ; puasa tu wajib ke atas orang islam ; Jangan cakap mengenai persaingan bangsa Melayu dengan bangsa lain ; sememangnya bangsa Melayu ni jenis degil ; di perengkat sekolah lagi pelajar Melayu suka buat melawan arus ; ponteng, hisap rokok ; melawan arahan cik gu ; bawa motor tanpa pedulikan lampu isyarat ; merempit ; sikap ” tak apa “

    4. Law awak xnak puasa xyah ler,,,,, awak yg wat awak yg dpat,jgnlah nak komen panjang lebar……..

    5. Astaghfirullahalazim…mengucap dan bertaubat lah d jalan Allah..

      1. Wajibnya Puasa Ramadhan Dan Firman Allah, “Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.”(al-Baqarah: 183)

    6. ALLAH yang mewajibkan…sains juga mencatatkan bahawa , puasa baik untuk kesihatan.. kebanyakan penyakit bermula dari pemakanan…awak fikir la..mago diberi petunjuk …

    7. Sesuatu ketetapan yang sudah terang dan jelas di dalam al-Quran jika ditolak dan di nafikan blh jatuh hukum kufur …harap je nama Islam..tp berfikiran orientalis.

  8. bila kita menelaah pelajaran dalam keadaan berpuasa sebenarnya lagi senang masuk pelajaran daripada perut yang sentiasa kenyang dengan makanan.bila terlalu kenyang lagilah malas…lembab…produktiviti pun kureng…..orang yang cakap macam mr.peace dan mr zainal ialah orang yang tak tau makna berpuasa yang sebenar……so kalu xreti tu xpayah mengata ok….islam agama sejagat/up-to-date…kepercayaan korang tu yang KUNO sebenarnya.ahlan wa sahlan ya ramadhan…

    1. ye betul apa yang awak cakap…:)

  9. aku cinta bulan ramadhan 😉

  10. Berpuasa adalah wajib bagi orang islam, berpuasa mengurangkan productiviti mungkin benar, tetapi..bagaimana pula orang yang tidak berpuasa pun malas bekerja dan tidak productiviti langsung? pokok pangkal adalah diri sendiri..1 word = kubur masing2

  11. Orang yang beriman kpada Allah swt dan rasul seharusnye yakin bahawa segala apa yang diperintahkan oleh Allah swt tidak pernah bertujuan untuk memudaratkan hamba-hambaNya. Mana mungkin Allah nak menyusahkan hambaNya jika cinta dan kasih sayangNya pada Hamba-hambaNya melebihi cinta seorang ibu kepada anaknya? orang yang bijak mengunakan akal kurniaan Allah akan mengkaji fadhilat berpuasa, jangan kata orang islam, orang bukan islam juga mengesahkan bahawa puasa sgt baik untuk kesihatan badan. Islam itu indah, sesuai di amalkan sepanjang zaman hingga hari kiamat nnti. sy sertakan bukti2 yg mengatakan puasa itu sangat banyak manfaatnya bagi mereka yang ‘ignorance’ untuk membaca dan menuntut ilmu.

    Kelebihan Puasa Dari Sudut Kesihatan
    BULAN Ramadhan yang mulia ini iaitu ibadah puasa banyak mendatangkan kebaikan untuk umat Islam di akhirat jika diamalkan dengan sempurna dan penuh keinsafan. Namun bagaimana dengan kebaikan di dunia ini, jadi di bawah ini aku ambil artikel dari http://www.isuhangat.net untuk dikongsi bersama apa yang telah dikaji oleh para cendekiawan tentang amalan puasa ini. Cuma tajuk asal aku ubah daripada Kelebihan Puasa Dari Sudut Sains kepada Kelebihan Puasa Dari Sudut Kesihatan.

    Puasa memiliki banyak hikmah dan manfaat untuk tubuh, ketenangan jiwa, dan kecantikan. Semasa berpuasa, organ-organ tubuh dapat beristirehat dan sel dalam tubuh boleh berkumpul untuk bertahan. Puasa juga boleh mengeluarkan kotoran, toksin/racun dari dalam tubuh, meremajakan sel-sel tubuh dan menggantikan sel-sel tubuh yang sudah rosak dengan yang baru serta untuk memperbaiki fungsi hormon, menjadikan kulit sihat dan meningkatkan daya tahan tubuh kerana manusia mempunyai kemampuan terapi secara semulajadi.

    Puasa dapat membuat kulit menjadi segar, sihat, lembut, dan berseri. Kerana setiap saat tubuh mengalami metabolisme tenaga, iaitu peristiwa perubahan dari energi yang terkandung dalam zat gizi menjadi tenaga potensi dalam tubuh. Sisanya akan disimpan di dalam tubuh, sel ginjal, sel kulit dan kelopak mata serta dalam bentuk lemak dan glikogen.
    Beberapa cendekiawan telah melakukan beberapa ujian tentang puasa diantaranya secara ringkas dibawah ini:

    1. Allan Cott, M.D.,
    Seorang pakar dari Amerika Syarikat, telah menghimpun hasil pengamatan dan penelitian para ilmuwan berbagai negara, lalu menghimpunnya dalam sebuah buku Why Fast iaitu berbagai hikmah puasa, antara lain: a. To feel better physically and mentally (merasa lebih baik secara fizikal dan mental).
    b. To look and feel younger (merasa lebih muda).
    c. To clean out the body (membersihkan badan)
    d. To lower blood pressure and cholesterol levels (menurunkan tekanan darah dan kadar lemak.
    e. To get more out of sex (lebih mampu mengendalikan seks).
    f. To let the body health itself (membuat badan sihat dengan sendirinya).
    g. To relieve tension (mengendurkan ketegangan jiwa).
    h. To sharp the senses (menajamkan fungsi sense).
    i. To gain control of oneself (memperolehi kemampuan mengendalikan diri sendiri).
    j. To slow the aging process (memperlambat proses penuaan).

    2. Dr. Yuri Nikolayev
    Pengarah bahagian diet di Moscow menilai kemampuan untuk berpuasa yang mengakibatkan orang yang menjalaninya boleh menjadi awet muda, sebagai suatu penemuan (ilmu) terbesar abad ini. Beliau mengatakan: what do you think is the most important discovery in our time? The radioactive watches? Exocet bombs? In my opinion the bigest discovery of our time is the ability to make onself younger phisically, mentally and spiritually through rational fasting. (Menurut pendapat anda, apakah penemuan terpenting pada abad ini? Jam radioaktif? Bom exoset? Menurut pendapat saya, penemuan terbesar dalam abad ini ialah kemampuan seseorang membuat dirinya tetap awet muda secara fizikal, mental, dan spiritual, melalui puasa yang rasional).

    3. Alvenia M. Fulton
    Direktor Lembaga Makanan Sihat “Fultonia” di Amerika Syarikat menyatakan bahawa puasa adalah cara terbaik untuk memperindah dan mempercantik wanita secara semulajadi. Puasa menghasilkan kelembutan pesona dan daya pikat. Puasa menormalkan fungsi-fungsi kewanitaan dan membentuk kembali keindahan tubuh (fasting is the ladies best beautifier, it brings grace charm and poice, it normalizes female functions and reshapes the body contour).

    4. Muzam MG, Ali M.N dan Husain
    Berpendapat bahawa puasa juga selamat untuk pesakit yang mempunyai gangguan ulser. Penelitian dilakukan oleh Muzam MG, Ali M.N dan Husain dalam tindakan terhadap kesan puasa ramadhan terhadap sakit perut.

    5. Elson M. Haas M.D.
    Direktor Medical Centre of Marin (sejak 1984) mengatakan dalam puasa merupakan bahagian dari trilogy nutrision, balancing, building( toning). Elson percaya bahwa puasa adalah bahagian yang hilang “missing link” dalam diet di dunia barat. Kebanyakan orang di barat over eating atau terlalu banyak makan, makan dengan protein yang berlebihan dan lemak yang berlebihan. Sehingga ia menyarankan agar orang lain mulai mengatur makanannya agar lebih seimbang dan mulai berpuasa, kerana puasa bermanfaat sebagai: purifikasi, peremajaan, istirahat pada organ pencernaan, anti aging, mengurangi alergi, mengurangi berat badan, mengawal mental dan emosi, perubahan kebiasaan dari kebiasaan makan yang buruk menjadi lebih seimbang dan lebih terkawall, meningkatkan daya tahan tubuh.
    Puasa dapat mengubati penyakit seperti Influeza, bronkitis, diare, konstipasi, alergi makanan, asma, aterosklerosis, penyakit jantung koroner, hipertensi, diabetes, obesitas, kanker, epilepsi, sakit pada punggung, sakit mental, angina pectoris (sakit dada kerana jantung), panas dan insomnia.

    6. Dr Sabah al-Baqir dan kawan-kawan
    Mengatakan bahawa puasa dapat mengurangi jumlah hormon melawan stress. Dia bersama kumpulan dari Falkuti kedoktoran Universiti King Saud yang melakukan studi terhadap hormon prolaktin, insulin dan kortisol, pada tujuh orang laki-laki yang berpuasa sebagai sampel. Hasilnya bahawa tidak ada perubahan signifikan pada level kortisol. Prolaktin, dan insulin. Ini menunjukkan bahawa puasa bulan ramadhan bukanlah pekerjaan yang memberatkan, dan tidak mengakibatkan tekanan mental maupun saraf.

    7. Dr Riyadh Sulaiman dan kawan-kawan
    Tahun 1990 dari RS Universiti King Khalid, Riyadh Saudi melakukan penelitian terhadap pengaruh puasa Ramadhan terhadap 47 penderita diabetes tahap kedua (pesakit yang tidak tergantung insulin). Dan sejumlah orang sihat. Hasil penelitian menunjukkan bahawa puasa bulan ramadhan tidak menimbulkan penurunan berat badan yang signifikan. Tidak ada pengaruh apapun yang bererti pada kawalan penyakit diabetes diabetes dikalangan penderita ini. Sejauh ini puasa Ramadhan selamat sahaja bagi penderita diabetes sejauh dilakukan dengan kesedaran dan kawalan makanan serta ubat-ubatan.

    8. Dr. Muhammad Munib
    Dan kawan-kawan dari Turki juga melakukan sebuah kajiselidik terhadap seratus responden muslim, Sampel darah mereka diambil sebelum dan diakhir bulan ramadhan, untuk dilakukan analisis dan pengukuran terhadap kandungan protein, total lemak (total lipid), lemak fosfat, asam lemak bebas, kolesterol, albumin, globulin, gula darah, tryglycerol, dan unsur-unsur pembentuk darah lainnya, dan didapat, antara lain bahwa terjadi penurunan umum pada kadar gula (glukosa) dan tryacyglicerol orang yang berpuasa, terjadinya penurunan parsial dan ringan pada berat badan, tidak terlihat adanya aseton dalam urin, baik dalam awal maupun akhir puasa, sebab sebelum puasa ramadhan, kenyataan ini menegaskan tidak adanya pembentukan zat-zat keton yang berbahaya bagi tubuh selama bulan puasa islam, Dengan keutamaan puasa, glikogen dalam tubuh mengalami peremajaan, memompa gerakan lemak yang tersimpan, sehingga menghasilkan energi yang lebih meningkat.
    Sejak zaman dulu puasa dipakai sebagai pengubatan yang terbaik seperti kata Plato bahwa puasa adalah untuk mengubati sakit fizikal dan mental. Philippus Paracelsus mengatakan bahwa “Fasting is the greatest remedy the physician within!”

    Puasa sudah diakui menjadi penyembuh terhebat dalam menangani penyakit, bahkan di Amerika ada pusat puasa yang diberi nama “Fasting Center International, Inc”, Director Dennis Paulson yang berdiri sudah sejak 35 tahun yang lalu, dengan pesakit dari 220 negara. Yang mencadangkan Puasa dalam:
    (1) program penurunan berat badan,
    (2) mengeluarkan toxin tubuh,
    (3) puasa dapat memperbaiki energy, kesehatan mental, kesehatan fisik dan yang paling terpenting meningkatkan kualiti hidup.

    Read more: http://ismadiyusuf.blogspot.com/2010/08/kelebihan-puasa-dari-sudut-kesihatan.html#ixzz218ix8mDs

    1. info yang bermanfaat..jazakAllah khair.

    2. moga ALLAH merahmati awak..amin3

  12. assalamualaikum …
    selamat berpuasa warga islam sedunia..
    saya tak tahu pada siapa harus saya luahkan..
    20 july 5.30 pm… sesuatu telah berlaku..
    saya baru tersedar laptop acer saya dah hilang..
    saya mati akal tak tahu nak watpe…
    saya hanya berserah pada ALLAH..
    mak ayah tak tahu lagi..
    yang paling teruk..laptop saya bukan dibayar cash…
    tapi saya bayar bulan2..
    bayar tak abis.. laptop dah hilang..
    kat tempat kerja …
    saya diminta ganti kekosongan receptionst..
    laptop saya simpan d laci paling bawah…
    kes kehilangan pernah berlaku sebelum nie.
    tapi tiada tindakan dibuat..
    dan kini..laptop saya pula jadi mangsa..
    tolong la…beritahu saya apa doa yang terbaik supaya saya dapat semula barang yang hilang itu.

    insan kesedihan…

    1. usah bersedih……… cuba zikir ini. sesuatu itu hadir / ada dengan izin Allah dan tiada dengan izin Allah. Sebutlah sentiasa” Ya Wajid”, berulang-ulang kali dengan niat supaya barang yang hilang dapat kembali. ini adalah zikir asma` (nama) Allah yang bermaksud yang mengembalikan.
      Cubalah dengan penuh keyakinan. Insya Allah

  13. aku cinta indonesia dan malaysia..Islam selalu dihati

  14. wahai semua hamba Allah percayalah ucapan tulisan dan perbuatan anda pasti akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah pada suatu masa nanti. Wahai orang-orang Islam ketahuilah bahawa batas Iman dan Kufur itu terlalulah nipis

  15. Macam ni sajalah yang tak mau puasa tu saya nak bagitau tukar jelah nama puasa tu kepada detoxification…haaa macam? tentu tak melemahkan badan dan rasa bertenaga kan? selamat berdetox setahun sekali ya…. semoga istiqomah berdetox ya… Aamiin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!