Kesihatan

[ALERT] Kuman Brucelosis Dalam Susu Kambing Mentah

✅ Seramai 8 individu telah dijangkiti dengan wabak brucellosis akibat meminum susu kambing MENTAH daripada sebuah ladang ternakan kambing.

✅ Siasatan mendapati, susu mentah yang diminum oleh mangsa telah dicemari dengan kuman Brucella. Sejenis kuman merbahaya yang boleh menyebabkan maut.

✅ Pengusaha ladang kambing yang terletak di Pulau Indah Klang telah didakwa dimahkamah kerana menjual susu mentah kepada pelanggan.

✅ Hal ini adalah bertentangan dengan Akta Makanan 1983 dan Mahkamah Majistret Klang telah menjatuhkan hukuman denda RM 1000 atau penjara tidak melebihi 2 minggu.
.

Walaupun telah di beri ingatan, masih ramai yang memilih susu mentah, khususnya susu kambing bagi tujuan atau dengan kepercayaan dapat meningkatkan ketahanan badan, sebagai tonik hati atau untuk merawat penyakit-penyakit tertentu seperti penyakit demam kuning.

Ketahuilah bahawa susu mentah adalah antara medium baik untuk pertumbuhan bakteria termasuk Brucella spp dan Mycobacterium spp.

Pengusaha dan penjual susu disarankan untuk mematuhi Peraturan 51, Peraturan Kebersihan Makanan 2009 iaitu TIDAK BOLEH menjual susu yang tidak diproses.

Sumber: Kenyataan Media Pengarah Kesihatan Negeri Selangor – Susu kambing Mengandungi Bakteria Brucella

 

Sumber: Public Health Malaysia

Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel

BACA:  Bolehkah Membersihkan Pakaian Yang Terkena Najis Dengan Mesin Cuci?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!