Ibadah

Adab Berbuka Puasa Menurut Sunnah

Hari ini Kalam Abu Musaddad ingin berkongsi dengan pembaca budiman berkaitan dengan adab-adab ketika berbuka puasa menurut sunnah. Di mana Rasulullah SAW telah mengajar umatnya beberapa adab yang perlu diberi perhatian ketika berbuka puasa. Antara adab-adab itu ialah:

1. Membaca doa

Ibn ‘Umar r.a berkata: “Apabila berbuka puasa, Nabi SAW akan membaca : Hilanglah segala kehausan, segala urat-urat telah basah dan semoga tetaplah beroleh pahala.

ذَهَبَ الظَّمَأُ وَابْتَلَّتْ الْعُرُوقُ وَثَبَتَ الأَجْرُ إِنْ شَاءَ اللَّهُ
(Dzahabaz zhoma u wabtallatil ‘uruuqu wa thabatal ajru insyaallah) – Hadis riwayat Abu Dawud

Abdullah Ibn ‘Umar r.a berkata: “Apabila berbuka puasa bacalah: Ya Allah! sesungguhnya aku memohon rahmat-Mu yang meliputi segala sesuatu agar Engkau mengampunkan aku.

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ بِرَحْمَتِكَ الَّتِي وَسِعَتْ كُلَّ شَيْءٍ أَنْ تَغْفِرَ لِي
(Allahumma inni as aluka birahmatikal lati wasi’ta kulla syai in an taghfirali)” – Hadis riwayat Ibn Majah

Di samping doa-doa di atas, kita juga boleh berdoa apa sahaja yang dihajati kerana di antara waktu yang mustajab (makbul) untuk berdoa adalah ketika berbuka puasa. Sabda Rasulullah SAW :

“Sesungguhnya doa yang tidak ditolak bagi orang berpuasa itu ialah ketika dia berbuka.” – Hadis riwayat Ibn Majah

2. Menyegerakan Berbuka Puasa.

Disunnahkan juga kita menyegerakan berbuka puasa. Waktu paling afdal ialah ketika matahari mula terbenam atau dilaungkan azan Maghrib. Utamakan berbuka dari sibuk berzikir, membaca al-Quran atau ibadah lain kerana perintah Nabi s.a.w. Rasulullah SAW bersabda:

“Manusia akan sentiasa berada di dalam kebaikan selagi mereka sentiasa menyegerakan berbuka puasa.” – Hadis riwayat al-Bukhari

Di dalam sebuah hadis qudsi, Allah SWT telah berfirman maksudnya :

BACA:  Berpakaian Tetapi Telanjang

“Sebaik-baik hamba-ku menurut pandangan-Ku ialah orang yang menyegerakan berbuka puasa.” – Hadis riwayat al-Tirmizi

3. Berbuka Puasa Dengan Buah Rutab, Tamar Atau Air.

Rutab adalah buah kurma yang masak dan tidak dikeringkan. Ia lembut dan manis. Tamar pula adalah buah kurma yang telah dikeringkan sebagaimana yang banyak terjual di pasaran. Berbuka puasa dengan buah rutab, tamar atau air merupakan sunnah Nabi SAW Anas bin Malik r.a berkata:

“Rasulullah s.a.w berbuka puasa sebelum solat (Maghrib) dengan rutab. Jika tiada rutab, baginda akan berbuka dengan tamar dan jika tiada tamar, baginda akan meneguk beberapa teguk air.” – Hadis riwayat Imam al-Tirmizi

4. Bersegera Mengerjakan Solat Maghrib.

Hadis di atas tidak menafikan bahawa Rasulullah s.a.w juga menyegerakan solat Maghrib setelah berbuka puasa dengan rutab, tamar atau air. Namun, sekiranya makanan malam telah terhidang disunnahkan menjamah makan malam terlebih dahulu walaupun solat telah didirikan. Setelah selesai menikmati hidangan, bersegeralah mengerjakan solatMaghrib. Sabda Rasulullah SAW :

“Apabila seseorang dihidangkan makan malam sedangkan solat (jemaah) telah didirikan, utamakan makan malam. Janganlah seseorang itu tergopoh-gapah menghabiskan makanan itu sehinggalah dia selesai dalam keadaan tenang.” – Hadis riwayat al-Bukhari

Menurut Imam al-Nawawi : “Di dalam hadis-hadis tersebut dimakruhkan solat apabila terhidangnya makanan yang hendak dimakan kerana ia boleh mengganggu hati dan menghilangkan kesempurnaan khusyuk.”

5. Berbuka Puasa Secara Sederhana.

Firman Allah SWT :

“Wahai Bani Adam! Pakailah pakaian kamu yang indahsetiap kali kamu ingin ke tempat ibadat (mengerjakan solat) dan makan minumlah serta janganlah kamu melampau. Sesungguhnya Allah tidak suka orang-orang yang melampaui batas.” – Surah al-A’raaf : Ayat 31

Perlu diingatkan bahawa janganlah waktu berbuka puasa dijadikan medan untuk kita melepas geram kerana sehari suntuk tidak menjamah makanan atau minuman. Sewajarnya, ibadah puasa dijadikan medan untuk melatih jiwa seorang muslim yang bertakwa lagi penyabar direalisasikan ketika berbuka puasa dengan memakan makanan pada kadar yang tidak berlebihan. Sabda Nabi SAW :

BACA:  Solat ubat gejala sosial

“Anak adam itu tidak memenuhi suatu bekas yang lebih buruk daripada perutnya. Cukuplah bagi anak adam itu beberapa suap yang dapat meluruskan tulang belakangnya (memberi kekuatan kepadanya). Sekiranya tidak mustahail (boleh dilakukan), suaplah satu pertiga untuk makanan, satu pertiga untuk minuman dan satu pertiga untuk pernafasan.” – Hadis riwayat al-Tirmizi

6. Menjamu Makanan Untuk Berbuka Bagi Orang Berpuasa.

Sesungguhnya Islam menganjurkan umatnya mengadakan majlis berbuka puasa untuk menjamu makan bagi mereka yang berpuasa terutamanya kepada orang-orang miskin, anak-anak yatim dan mereka yang ditimpa musibah. Firman Allah SWT :

“Mereka juga memberi makan sebarang makanan yang dihajati dan disukainya kepada orang miskin, anak yatim dan tawanan (sambil berkata dengan lidah atau hati): Sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu semata-mata kerana Allah dan kami langsung tidak inginkan sebarang balasan daripada kamu atau ucapan terima kasih.” – Surah al-Insan: 8-9.

Menjamu makan untuk berbuka puasa telah dijanjikan dengan ganjaran pahala yang begitu besar. Semakin ramai jumlah orang yang dijamu makan, semakin tinggilah jumlah gandaan pahalanya. Sabda baginda SAW :

“Sesiapa yang menjamu makanan untuk berbuka bagi orang yang berpuasa, pahalanya sama seperti pahala orang yang berpuasa, iaitu pahala orang yang berpuasa yang tidak dikurangkan walau sedikit.” – Hadis riwayat al-Tirmizi.

Kalam Abu Musaddad / 10 September 2008
http://ibnismail.wordpress.com

28 Comments

  1. fasha sandha insaf

    semoga Allah menerima puasa kita semua..
    aamin…

  2. Saya rasa puasa tidak sesuai pada zaman ini. Puasa menyebabkan badan kita kurus, lemah, malas kerja dan kadang-kala sakit ! Kita orang biasa perlu hari-hari rajin dan bertenaga untuk sara hidup setiap hari.  Jika kita malas dan lemah kita tak dapat bertanding dengan kaum lain ! Kenapa penganut lain tak ikut ajaran Islam tetapi Allah tidak hukum mereka ? Jadi kadang-kala fikir adakah agama penting kepada manusia?

    1. Pk +ve..akan mengundang perkara yang +ve..
      Terdapat terlalu byk hikmah puasa yang t’kandung di dlmnya..
      Hayatilah..1 persatu..bukalah minda kita..
      Hukum Allah..hukum karma tetap akan terjadi..
      Muhasabahlah diri kita sendiri..pasti kita akan menemui apa yang tersurat lagi tersirat disebalik semua kejadian yang berlaku..
      HIKMAH..
      RAHMAT..
      Yang Allah Beri pada Kita
      Setiap Hari..Setiap Waktu..Setiap Detik..Setiap Saat..
      Subhanallah..AllahuAkbar..

    2. To zainal,

      Saya rasa saudara perlu rujuk pada ustaz atau ulama’ berkenaan pendapat saudara. Ini adalah syariat dan tuntutan bagi umat islam untuk berpuasa. Tidak elok bagi kita untuk membuat keputusan. Tentang hukum Allah, itu urusanNYa. KITA SEBAGAI UMAT ISLAM WAJIB MENTAATI SURUHANNYA DAN MENINGGALKN LARANGANNYA.

      Saudara berlulah berfikir lagi jauh, nasihat saya, rujuk lah pada guru agama/ Ustaz dan segeralah bertaubat.

    3. setiap suruhan Allah ada manfaat nye kepada semua..semoga diberikan hidayah kepada setiap insan yg masih mempertikan kehebatan Islam agama yg Indah…

    4. Fasting in Islam is a powerful spiritual discipline. Its primary objective is to train the faithful spiritually and morally. Therefore, in order for us to reap true benefits of fasting, we must not only abstain from food and drink and sexual relations from dawn to dusk but also must shun all activities and behavior that erode or weaken the spirit of fasting. Proper fasting involves guarding our eyes, ears, hands, feet, as well as our mind against sins.-Shaikh Ahmad Kutty

      Hikmah puasa

      Ibadah puasa Ramadhan yang diwajibkan Allah kepada setiap mukmin adalah ibadah yang ditujukan untuk menghamba kepada Allah seperti yang tertera dalam QS. Al- Baqarah/2: 183. Hikmah dari ibadah shaum itu sendiri adalah melatih manusia untuk sabar dalam menjalani hidup. Maksud dari sabar yang tertera dalam al-Quran adalah ‘gigih dan ulet’ seperti yang dimaksud dalam QS. Ali ‘Imran/3: 146. Di antara hikmah dan faedah puasa selain untuk menjadi orang yang bertakwa adalah sebagai berikut;

      Untuk pendidikan/latihan rohani
      Mendidik jiwa agar dapat menguasai diri
      Mendidik nafsu agar tidak senantiasa dimanjakan dan dituruti
      Mendidik jiwa untuk dapat memegang amanat dengan sebaik-baiknya
      Mendidik kesabaran dan ketabahan

      Untuk perbaikan pergaulan
      Orang yang berpuasa akan merasakan segala kesusahan fakir miskin yang banyak menderita kelaparan dan kekurangan. Dengan demikian akan timbul rasa suka menolong kepada orang-orang yang menderita.

      Untuk kesehatan
      Perlu diingat ibadah puasa Ramadhan akan membawa faaedah bagi kesehatan rohani dan jasmani kita bila ditunaikan mengikut panduan yang telah ditetapkan, jika tidak maka hasilnya tidaklah seberapa malah mungkin ibadah puasa kita sia-sia saja.

      Allah berfirman dalam surat [Al-A’Raaf] ayat 31:
      “Hai anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah di setiap (memasuki) mesjid, makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan”

      Nabi S.A.W.juga bersabda:
      “Kita ini adalah kaum yang makan bila lapar, dan makan tidak kenyang.”

      Tubuh kita memerlukan makanan yang bergizi mengikut keperluan tubuh kita. Jika kita makan berlebih-lebihan sudah tentu ia akan membawa muzarat kepada kesehatan kita. Boleh menyebabkan badan menjadi gemuk, dengan mengakibatkan kepada sakit jantung, darah tinggi, penyakit kencing manis, dan berbagai penyakit lainnya. Oleh itu makanlah secara sederhana, terutama sekali ketika berbuka, mudah-mudahan Puasa dibulan Ramadhan akan membawa kesehatan bagi rohani dan jasmani kita. Insy Allah kita akan bertemu kembali.

      Sebagai rasa syukur atas segala nikmat Allah

      Janji Allah SWT kepada mereka yang ingkar: ‘Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengatakan: “raaina”, (ketika kamu berkata-kata dengan Nabi Muhammad), sebaliknya katakanlah: “unzurna”, dan dengarlah kamu (segala perintah dengan sebulat hati menerimanya); dan (ingatlah, bahawa) orang-orang kafir itu akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.’-Surah Al-Baqarah, ayat 104.

      kepada mereka yang sangsi dengan agama Allah SWT:

      ‘Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk yang benar”. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.’-Al-Baqarah, ayat 120.

      sebagai seorang Muslim, ini jawapan dari saya yang mungkin sesuai dengan pernyataan En. Zainal. Setiap suatu ada balasannya. Allah tidak pernah mengharap kepada manusia, sebaliknya manusia yang selalu mengharap kepada Allah…

    5. sedang kan nabi berperang pada bulan ramadhan..itu salah 1 rukun islam..
      puasa jg adalh memberikan kita 1 pengajaran untuk menyukuri nikmanya..sapa la kita membahas kan puasa..e2 rahsia ALLAH SWT..sy hrp anda xmelawan fitra yg telah ditetap kan..jgn jd kn ia 1 persoalan..krn manusia xmampu menafsirnya…

    6. BERTAUBAT LA SELAGI MASI PINTU KUBUR TIDAK TERTUTUP BAGI MU WAHAI HAMBA ALLAH..
      SEBAGAI UMAT ISLAM JANGAN MELAWAN FITRA ALLAH SWT..
      KITA ADA AL-QURAN DAN HADIS YANG TELAH DITINGGALKAN OLEH NABI MUHAMMAD SAW..E2 LA WASIATNYA UNTUK PARA UMATNYA YANG BERGELAR IKWAN..

    7. Apakah anda percaya dengan Dunia serta Akhirat. Apakah anda yakin anda pasti akan menjadi tua renta…. . atau akan mati…..Jika mati apakah anda yakin masih berada didalam dunia ini menikmati segala kenikmatannya (buktikan lah..) atau akan berada di akhirat. Dan tidak ada satupun manusia yang hidup didunia ini yang pernah menikmati akhirat atau mengetahui tentang akhirat. Kutipan anda : “Kenapa penganut lain tak ikut ajaran Islam tetapi Allah tidak hukum mereka ? Jadi kadang-kala fikir adakah agama penting kepada manusia?” Anda pasti yakin….Suatu saat anda pasti dan pasti akan menjadi tua renta dan mati (itulah pentingnya Agama bagi manusia), tidak mungkin akan.. melawan sistim Allah tsb….disitulah pemikiran anda baru akan terbuka dan menyadarinya dan akan menyesal kemudian …. PERCAYALAH…… dan saya yakin sekali anda percaya bahwa anda pasti akan menjadi tua…. dan disitu agama Islam penting kepada manusia, dimana akan diajarkan sistim dari Allah… disitulah pemikiran anda akan terbuka… kenapa Islam mengajarkan itu… RENUNGKANLAH… dengan tenang..
      Saya sangat paling takut sekali kepada hukum dan adzab Allah… Sub’hana Allah… Alhamdulillah…. Ilaha Illa Allah…. Allahu Akbar….
      Mohon ichlas maafkan saya ini……..

      Salam….

    8. jika anda islam semoga allah mengampuni dosa anda..jika anda non islam gak usah coment2 yg gak bermutu gitu..

    9. Bro Zainal… bawak mengucap bro … Puasa tu kan Rukun Islam … jgn sampai perkataan kita menyebabkan akidah terpesong

  3. to mr zainal. i think ur not muslim.. u just put ur fake name. anyway.. if u r not muslim pls learn about islam first. u looks so stupid. im sory to say. but its true. but if u really muslim.. pls.. check ur background. the family. pernah tak awk solat 5 waktu. pernah tak awak berdoa bila awak susah. pernah tak awak rasa awak bukan sesiapa. atau awak terlalu bangga dengan diri awak? ada cukup anggota tubuh badan. ada cukup harta.? kaya? if u think that agama tidak penting untuk manusia… once u mati we will see. awak nak dikebumikan cara mana?cara islam? cara kristian? hindu? silakan. atau pun mayat awak hy dibiarkan berulat? tolong bertaubat.. sebab sounds u r totally not muslim anymore.

    1. Saudari ila.

      Bunyinya mcm kasar sgt kata kata saudari, seolah saudari mmg amar makruf nahi mungkar, cuba saudari tegur atau beri nasihat pada saudara Zainal dengan nada lembut dan berbahasa baik. jgn terus hukum . Kita tak tahu siapa Zainal, mungkin dia tidak berguru, atau dia tidak paham mengenai puasa.

      Rasulullah sendiri berdakwah secara lembut. ini nasihat saya sebagai seorang Muslim. Wassalam

      1. sy bersetuju dengan kata2 mu saudara nazmi..mngkin sbb pengaruh atau kefahaman islam xmendalam..jd kita sbagai saudara islam..harus menegur dan memberi peringatan sesama muslim dan muslimat…

    2. setiap insan walaupun bukan Islam kat dunia ni tetap dapat makan, kesenangan, kemudahan untuk dapat keperluan asas…bayankan kalau kebuluran melanda malaysia, umat islam yg dah biase berpuasa insyallah boleh menghadapainya…

      siapa kata allah tak hukum penganut yg bukan Islam??? tengokla Amerika tu salu je ada puting beliung, banjir la …so berfikirlah sebelum tulis kat sini

    3. yes betul tue…ada org muslim ckp camtur…i think nie maybe bangsa lain….hmmmmm

    4. ..setuju sangat dengan hujah Lia. Ringkas dan padat serta terarah. Teguran yang membina sekiranya dia seorang muslim. Satu pencerahan kepada mereka yang menggunakan aqalnya…!

      Wahai zainal.., tidakkah kamau berfikir..?

  4. Salam,

    Dalam اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ بِرَحْمَتِكَ الَّتِي وَسِعَتْ كُلَّ شَيْءٍ أَنْ تَغْفِرَ لِي
    (Allahumma inni as aluka birahmatikal lati wasi’ta kulla syai in an taghfirali)” – Hadis riwayat Ibn Majah

    saya nampak macam “WASIA’T” akan tetapi “WASI’TA” yg mana satu betul?

  5. to mr zainal… Sy tidak berseteju ngn pendapat saudara… Saudara cuba bygkan enjin yg tidak dservs sekian lama? Rosak bukan akhirnya? Sebb tu perut juga punca penyakit.. Sebb tu Allah perintahkan umat islam untuk berpuasa supaya perut dt berehat seketika… Bukankah itu memberi kebaikan kpd kesihatan… Berbalik kpd pendpt saudara dgn mgatakan puasa myebbkn kita malas,kurus dan kdg kala sakit, sy tidak setuju sama sekali…. Dsini kita nampk jelas setgh manusia mggunakn alasan puasa untuk mgelak bekerja dgn produktif..semua bergantung pd sikap individu dn tewas dgn nafsu sendiri… Berkaitan dgn sakit pula, bukankan org uzur dibenarkan tidak berpuasa dan kemudian dpt diqada? Bukankah islam itu agama fitrah dan mudah? TIADA ALASAN UNTUK KITA BERKATA AGAMA TIDAK PENTING DALAM HIDUP? Tanpa agama, apakah hala tuju hidup? Org hindu pun puasa atas arahan agama diorang, inikan pula perintah Allah dan juga rukun islam… Wa allah hualam…

    1. ALLAH SWT BERFIRMAN DALAM AL-QURAN
      XDE AGAMA SUCI DISISIKU(ALLAH SWT) MELAINKAN ISLAM..

      bayangkan dalam AL-QURAN pun kita telah diterangkan apa 2 ISLAM..betul jagan jadikan MALAS sebagai alasan menolak FITRA ALLAH SWT kepada hambanya..

      sebab e2 jika kurang 1 RUKUN ISLAM..maka MURTAD la ia..jadi harap saudara zainal BERTAUBAT LAH..SEBELUM MASA E2 MEMBURU MU WAHAI SAUDARA ZAINAL..SY BUKAN NYA SAPA2,..HNYA SEBAGAI SAUDARA SESAMA MANUSIA D MUKA BUMI CIPTAAN ALLAH SWT..JANGAN DIFIKIR BENDA LUAR KEMAMPUAN MANUSIA..IA MENYEBABKAN IA DALAM KEEGOAN..

      MAAF KAN SAUDARA JIKA ADA TERSILAP N TERKASAR BAHASA..KITA SBGAI UMAT ISLAM HARUS PERTAHANKAN AKHLAK UMAT ISLAM..

      SUARA AZAN XPUTUS2 D SELURUH NEGARA E2 BUKTI YANG REALITY..

    2. Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa”. (QS Al-Baqoroh 183)
      Puasa itu hanya untuk orang2 yang beriman saja, apabila tidak beriman maka tidak akan mungkin akan kuat untuk berpuasa walaupun ia itu terlihat seperti seorang muslim sejati , karana puasa itu dilaksanakan untuk Aku (Allah SWT).

      “Semua amal kebajikan anak Adam itu untuk mereka sendiri kecuali puasa, karana puasa itu dilaksanakan untuk Aku (Allah SWT) semata-mata dan Aku akan membalasnya”. Sebenarnya puasa itu sebagai perisai. Apabila seseorang itu berpuasa maka janganlah ia bercakap kotor dan sekiranya ia dimaki maka hendaklah ia berkata: aku berpuasa, aku puasa sebanyak dua kali. Demi Allah sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum di sisi Allah dari bau kasturi. Orang yang berpuasa itu akan mendapat dua kegembiraan yaitu ketika berbuka dan ketika bertemu dengan Allah (di akhirat).” [Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai’e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi].

  6. Puasa tu tak ikut zaman dulu ke sekarang. Anyway this website is named such for a reason. Please do not be a spoiler. If you niat puasa banyak2 insyallah you
    will make it. I am no expert but I still have faith and would never mock or question my own religion in that manner. In fact I look forward to Ramadhan for what it really means. There is nothing negative about fasting during Ramadhan. Puasa kerana Allah. In fact only a few days of puasa, I feel so extra peaceful and thankful even if I have to face alot of challenges at work. I work in healthcare as a nurse, stand and walk the whole day attending to fussy patients , I am proud to say I feel much motivated to face the day with plenty of patience I never thought I could have 🙂

  7. HAMBA ALLAH YANG LEMAH

    KEPADA EN ZAINAL..
    BALIK KE PANGGKAL JALAN..
    ADA MASA LAGI UNTUK BERTAUBAT DAN MENDALAMI ILMU ISLAM..
    SEKIRANYA AWAK TAHU.. ISLAM ITI SANGAT INDAH..
    KASIH SAYANG NABI MUHAMMAD DAN ALLAH S.W.T PADA KITA SANGAT BANYAK DAN MENDALAM..
    SAYE PERCAYA JIKA AWAK INGIN BERUBAH ALLAH ITU MAHA PENGAMPUN DAN MAHA BIJAKSANA…
    SAYA JUGA INSAN YANG LEMAH DAN KERDIL DI SISI ALLAH….

  8. remaja islam suci

    rukun islam ada 5..
    sy nasihatkn..saudara zainal berpengang teguh la pd agama..jgn persoalkn hal berkaitan hal agama islam..jgn ALLAH SWT MUNGKAR pd saudara..ingt brtaubat la wahai saudara zainal..mngkin btul..saudara xlgi lbih mmhami apa e2 puasa..bnykn beristifar jika saudara bragama islam..fitra kejdian..jgn persoalkn dri luar kemampuan saudara zainal..jgn bgi org kafir ktwakn umat islam..jika hilang slh 1 rukun islam..e2 antara tiang agama..maka jgn sampai saudara murtad..maafkn saudara ini..ini cuma teguran..bkn untk memalukn saudara..ISLAM ITU INDAH..ISLAM ITU SUCI..ISLAM ITU BERSIFAT LEMBUT..JANGAN DIBAHAS..

    bnykn la mmbaca atau brguru dgn org lbih fhm dri kita…

    WUALLAH’UALAM…

  9. Kenapa Allah paksa Muslim mengikut banyak peraturan Islam ? Kenapa Allah tak hukum bukan Muslim tidak mengikut peraturan Islam ? Adakah Allah lebih suka orang bukan Muslim daripada orang Muslim ? Jelas sekali Allah tidak adil !

    1. sila dengar byk siri Q&A ni.. dapat ilmu ..http://www.youtube.com/watch?v=MQVYLs_J8zI

    2. Dear Azmi,

      Allah is our creator and He know every single thing about what He create. He gaves us brain to thinking and heart to feel.

      Allah won’t punish you until you receive His message thru His Messenger., and then disobey the order. If you receive the message of Islam and follow what it said, inshaAllah, Jannah is waiting.

      Allah is Great, that is why He gave us a choice, not force., so your call to choose Jannah or Jahannam.

      Maybe many non muslim out there still did not get the message., that is why they did not follow Islam yet. Everyday many of non muslim convert to Islam and perhaps more and more will be following. InshaAllah

  10. Semoga kita selalu menjadi orang-orang yang selalu ikhlas menunaikan segala ajaranNYA. aamiin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!