Tazkirah

Ada Pintu Menuju Syurga di Rumahmu

Nota Editor: Artikel ini asalnya telah dikongsikan oleh Ustaz Iqbal Zain di Facebook.

Seorang tabi’in yang mulia Iyas bin Mu’awiyah menangis penuh keharuan ketika meninggal salah satu dari orang tuanya,maka dikatakan pada beliau : ” Mengapa anda menangis sedemikian rupa”?

Maka beliau menjawab:

” Tidaklah aku menangis kerana kematian, kerana yang hidup pasti akan mati. Akan tetapi yang membuatku menangis kerana dahulu aku memiliki dua pintu ke syurga, maka tertutuplah satu pintu pada hari ini dan tidak akan di buka sampai hari kiamat, aku memohon pada Allah Ta’ala agar aku dapat menjaga pintu yang ke dua…”.

Kedua orang tua adalah dua pintu menuju syurga,yang kita dapat menikmati bau harumnya setiap pagi dan petang, Rasulullah Sollahu ‘ alaihi wasallam bersabda:

الوالد أوسط أبواب الجنة فأضع ذلك الباب أو احففظه

“Orang tua adalah pintu syurga yang paling tengah, maka jangan sia-siakanlah pintu itu atau jagalah ia” (HR. Tirmidzi).

Ya, pintu syurga yang paling tengah, yang paling indah, yang paling elok…

Maka masihkah engkau sia-siakan pintu itu? Bahkan engkau haramkan dirimu untuk memasukinya? Dengan mengangkat suaramu di hadapannya? Dengan membentaknya di kala tulang-tulangnya semakin lemah kerana di makan usia..,

Sementara tubuhmu yang berotot mekar, dahulu telah di basuh kotoranmu dengan tangannya yang kini tak bertenaga…

Duhai sungguh ruginya…

Betapa ruginya!

Jika kau berani durhaka !

Rasulullah Shallahu ‘ alaihi wa Sallam bersabda :

” Celaka,celaka,celaka ! , dikatakan pada beliau, siapa wahai Rasulullah?, maka beliau bersabda :” Siapa saja yang mendapati kedua orang tuanya, baik salah satu atau kedua-duanya di kala mereka lanjut usia, akan tetapi (keadaan tersebut) tidak memasukannya ke syurga (HR.Muslim).

اللهم ارزقنا البر بوالدينا و اجمعنا بهم في جنات النعيم

Ya Allah, berilah kami rezeki untuk berbakti kepada kedua orang tua kami,dan kumpulkanlah kami bersama mereka di syurgaMu..

Aamiin…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *