9 Hotel Kapsul Yang Terbaik Untuk Menginap Di Tokyo (Dari USD27!)
Travel

9 Hotel Kapsul Yang Terbaik Untuk Menginap Di Tokyo (Dari USD27!)

Merancang perjalanan ke Tokyo tetapi bimbang tentang mencari tempat tinggal? Sekiranya hotel skala besar atau butik hotel masih melebihi bajet anda, jangan risau! Hotel kapsul adalah pilihan yang tepat dengan harga yang perpatutuan dan sangat popular yang terdapat di seluruh bandar, ada beberapa hotel yang menawarkan kemudahan kelas pertama dengan harga yang rendah. Hotel-hotel ini pada umumnya bersaiz kecil tetapi terletak di kawasan-kawasan yang mudah untuk pelancong. Ia akan berfungsi dengan baik terutamanya jika anda menggembara secara solo atau bersama rakan anda. Setelah berjimat untuk penginapan, kini anda boleh berbelanja lebih untuk barang cenderahati!

Untuk memulakan perancangan anda, berikut adalah 9 hotel kapsul yang berpatutan untuk penginapan anda seterusnya. Pelancong wanita, jangan bimbang kerana terdapat juga hotel kapsul khas buat wanita sahaja dan kami telah memasukkan satu dalam senarai kami! Tetapi, kebanyakan hotel kapsul biasanya memisahkan lelaki dan wanita pada lantai yang berbeza. Walau bagaimanapun, sesetengah hotel kapsul mempunyai pilihan kapsul lebih besar atau bukan kapsul bagi mereka yang melancong bersama keluarga atau dalam kumpulan.

Tip: Harga untuk hotel kapsul ini nyatakan untuk 1 orang setiap malam antara 8 – 9 Oktober 2019. Harga mungkin berbeza-beza semasa tempoh waktu kemuncak, dan kami mencadangkan untuk membuat pemeriksaan secara langsung dengan pihak hotel untuk harga atau tawaran terkini. Semua harga disebut dalam USD – kadar pertukaran pada masa penerbitan adalah USD100 = SGD135.70 / MYR414.15 / IDR1,413,610.

 

1. Stesen Ueno Hostel Oriental I

9 Hotel Kapsul Yang Terbaik Untuk Menginap Di Tokyo (Dari USD27!)

Terletak hanya 3 minit berjalan kaki dari stesen JR Okachimachi dan 5 minit berjalan kaki dari stesen JR Ueno, hotel kapsul ini terletak dikawasan mudah diakses oleh pelancong. Ia juga terletak berhampiran dengan Taman Ueno yang akan menarik perhatian penggemar muzium dengan adanya Muzium Nasional Tokyo dan Muzium Seni Barat Negara yang terletak di kawasan tersebut. Bilik-bilik kapsul dilengkapi dengan TV, radio dan jam penggera. Terdapat juga loker bagasi yang disediakan untuk menyimpan barangan anda. Bagi mereka yang mengembara dalam berkumpulan / bersama keluarga, hotel kapsul ini juga tersedia bilik bukan kapsul.

 

BACA:  5 Tempat Menakjubkan Di Hokkaido

Alamat: 6-9-9 Ueno, Taito 110-0005 Prefektur Tokyo

Nombor Telefon: +81 3-3839-2444

Harga: dari USD27 / malam pada Agoda

Facebook

 

 2. Tokyo Ginza Bay Hotel

9 Hotel Kapsul Yang Terbaik Untuk Menginap Di Tokyo (Dari USD27!)

Keselamatan adalah keutamaan bagi hotel ini. Ia mempunyai lantai khas buat wanita sahaja dan setiap tingkat memerlukan kad akses untuk anda masuk. Pintu masuk utama hotel juga dikunci pada waktu malam, oleh itu, sentiasa bersedia kad akses bersama anda sepanjang masa. Hotel ini terletak di kawasan yang sangat mudah di mana ia berada dalam jarak pejalan kaki ke stesen seperti Shimbashi (Ginza Line), Higashi-Ginza (Hibiya Line), Ginza (Marunouchi, Ginza dan Hibiya Line), Tsukijishijo (Oedo Line) dan akhirnya Shimbashi (JR Line). Semua stesen berada dalam jarak 5-10 minit dari hotel dengan berjalan kaki.

 

Alamat: 7-13-15 Ginza, Chuo-ku, Tokyo 104-0061

Nombor Telefon: +81 3-6226-1078

Harga: dari USD38 / malam pada Agoda

Laman web | Facebook | Instagram

 

3. Nihonbashi Muromachi Bay Hotel

9 Hotel Kapsul Yang Terbaik Untuk Menginap Di Tokyo (Dari USD27!)

Jarak hanya 200m berjalan kaki dari Mitsukoshimae (Ginza dan Hanzomon Line), hotel ini pasti mudahkan anda selepas seharian berjalan di sekitar bandar. Ingin berkongsi bahawa tempat penyimpanan bagasi adalah kecil and terhad. Ia biasanya bersaiz beg kabin. Sekiranya anda melakukan perjalanan dengan bagasi daftar masuk, semak dengan pihak hotel jika ada ruang penyimpanan.

 

Alamat: Chuo-ku Nihombashi Honcho 2-4-7, Chuo Ward, Tokyo, 103-0023

Nombor Telefon: +81 3-3242-2777

Harga: dari USD29

Laman web | Instagram

 

4. First Cabin Tsukiji

9 Hotel Kapsul Yang Terbaik Untuk Menginap Di Tokyo (Dari USD27!)

Ia seperti memilih kelas dalam penerbangan, First Cabin Tsukuji terdapat ekonomi premium, perniagaan dan kabin kelas pertama untuk anda. Kabin kelas pertama juga mempunyai ruang untuk meja dan ruang yang cukup untuk bersolat. Ia sedikit mahal daripada bilik-bilik lain tetapi anda pasti lebih selesa. Cabin First Tsukiji terletak berjarak 1 minit berjalan kaki dari Stesen Subway Tsukiji. Pasar luar Tsukiji yang terkenal hanya 5 minit berjalan kaki dari hotel.

 

Lokasi: 2 Chome-11-10 Tsukiji Chuo City, Tokyo 104-0045

Nombor Telefon: +81 3-5148-1130

Harga: dari USD38 / malam pada Agoda

Laman web | Facebook

 

 

5. Centurion Hotel Cabin Tower

9 Hotel Kapsul Yang Terbaik Untuk Menginap Di Tokyo (Dari USD27!)Centurion Hotel Residential Cabin Tower terletak di tengah-tengah bandar Tokyo dan berjarak 3 minit berjalan kaki dari Stesen Akasaka (Chiyoda Line). Ia mengambil masa kira-kira 20 minit menaiki kereta api untuk tiba di stesen Tokyo. Hotel ini juga terletak di kawasam yang strategik dengan yag memudahkan untuk akses ke kawasan tarikan seperti Menara Tokyo, Imperial Palace, Meiji Jingu dan banyak lagi. Ia juga berhampiran dengan restoran Gyukaku Akasaka yang terkenal yang menawarkan makanan halal Jepun.

Alamat: 3 Chome-12-16 Akasaka, Minato City, Tokyo 107-0052, Jepun

Nombor Telefon: +81 3-6229-6336

Harga: dari USD33 / malam pada Agoda

Laman web | Facebook | Instagram

 

6. Nine Hours Shinjuku-Utara

9 Hotel Kapsul Yang Terbaik Untuk Menginap Di Tokyo (Dari USD27!)

Salah satu pilihan utama untuk hotel kapsul pada tahun 2018, Nine Hours Shinjuku-North terletak 2 minit dari stesen Shin-Okubo (Yamanote Line). Stesen Shinjuku hanya 3 minit dengan menaiki keretaapi di laluan Yamanote dan Shibuya adalah kira-kira 10 minit jauhnya di atas landasan keretapi yang sama. Shinjuku Gyoen berjarak 30-minit berjalan kaki dari hotel yang pasti akan menarik perhatian pelancong.

Alamat: 169-0073 Prefektur Tokyo, Shinjuku-ku, Hyakunin Cho 1-4-15

Nombor Telefon: +81 3-5291-7337

Harga: dari USD40 / malam pada Agoda

Laman web | Facebook

 

7. Capsule Hotel Anshin Oyado Premier Tokyo Shinjuku Station

9 Hotel Kapsul Yang Terbaik Untuk Menginap Di Tokyo (Dari USD27!)

Hanya 2 minit berjalan kaki dari stesen Shinjuku, Capsule Hotel Anshin Premier Tokyo pasti menjadi salah satu hotel yang paling mudah diakses di kawasan ini. Walau bagaimanapun, hotel ini merupakan hotel untuk para lelaki. Ia berjarak 10 minit berjalan kaki ke Taman Negara Shinjuku Gyoen dan Restoran Robot yang popular. Shinjuku adalah pilihan yang hebat untuk pelancong yang berminat untuk berinteraksi dengan penduduk tempatan yang mesra, membeli-belah dan mencari makanan tempatan. Informasi lain, hotel ini mempunyai rawatan urutan badan beserta dengan bayaran untuk membantu menghilangkan kepenatan setelah seharian berjalan. Plihan lain, anda boleh menikmati kerusi urut yang berada di hotel. Bagi para pertualangan, bas untuk ke Gunung Fuji biasanya berangkat dari stesen Shinjuku.

Alamat: 160-0022 Prefektur Tokyo, Shinjuku-ku Shinjuku 4-2-10, Jepun

Nombor Telefon: +81 120-083-184

Harga: dari USD48 / malam pada Agoda

Laman web

 

8. MYCUBE oleh MYSTAYS Asakusa Kuramae

9 Hotel Kapsul Yang Terbaik Untuk Menginap Di Tokyo (Dari USD27!)

Terletak 2 minit berjalan kaki dari Stesen Kuramae (laluan Asakusa dan Oedo), hotel ini mudah diakses ke kawasan tarikan utama di Tokyo seperti Tokyo Skytree dan Asakusa. Kawasan Taito sangat sesuai untuk pelancong yang berminat dengan kuil dan berlegar di bandar. Kuil Sensoji dan Muzium Edo Tokyo berada pada jarak 17 minit berjalan kaki dari hotel. Ia adalah sebuah hotel yang sangat disukai oleh pelancong solo!

 

Alamat: 111-0051 Prefektur Tokyo, Taito-Ku, Kuramae 2-6-7, Jepun

Nombor Telefon: +81 3-5835-3181

Harga: dari USD37 / malam pada Agoda

 

9. Nadeshiko Hotel Shibuya

9 Hotel Kapsul Yang Terbaik Untuk Menginap Di Tokyo (Dari USD27!)

Hotel ini adalah khas buat pelancong wanita sahaja dan seperti yang anda mungkin telah menebak, ianya berhampiran dengan kawasan membeli-belah. Ia berdekatan dengan Shibuya dan Harajuku kompleks membeli belah. Walaupun terletak di kawasan hanya bersebelahan Shibuya, suasana di Shinsen adalah  sangat berbeza. Ia tenang dan damai tidak seperti kesibukan di Shibuya. Jika anda tertanya-tanya restoran makanan berdekatan semasa anda menginap di sini, berkunjunglah ke Masjid Camii Tokyo, ia juga mempunyai seni bina Turki yang indah.

 

Alamat: 150-0045 10-5 Shinsen-cho, Shibuya-ku, Tokyo

Nombor Telefon: +81 3-5489-3667

Harga: dari USD54 / malam pada Agoda

Laman web | Facebook | Instagram

 

Hotel kapsul yang disenaraikan di atas hanyalah sebahagian banyak dari apa yang terdapat di Tokyo. Hotel kapsul menjadi lebih popular di kalangan pelancong solo kerana ia lebih privasi berbanding dengan asrama backpackers. Kami berharap bahawa anda akan dapat peluang untuk mencuba salah satu hotel kapsul ini untuk percutian anda seterusnya.

 

Sumber: Have Halal Will Travel

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *