Ibadah, Tazkirah

9 Amalan Mudah Untuk Menghidupkan Bulan Ramadan

Tidak lama lagi kita akan didatangi oleh tetamu istimewa iaitu bulan Ramadan. Ramadan adalah bulan yang di dalamnya terdapat seribu satu keistimewaan dan ganjaran yang Allah S.W.T sediakan buat hamba-hamba Nya.

Berikut 9 amalan pengisian yang boleh kita lakukan di dalam bulan Ramadan ini untuk kita sama-sama memperoleh manfaat dan ganjarannya;

#1- Berpuasa Bersungguh-Sungguh Di Siang Hari

Kenapa perlu berpuasa dengan bersungguh-sungguh? Ini ialah kerana pahala puasa itu bergantung kepada bagaimana cara kita berpuasa pada siang harinya.

Ramai orang yang berpuasa, tetapi puasa mereka hanyalah menjadi perbuatan yang sia-sia. Abu hurairah R.A berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

مَنْ لَمْ يَدَعْ قَوْلَ الزُّوْرِ وَالْعَمَلَ بِهِ فَلَيْسَ لِلّٰهِ حَاجَةٌ أَنْ يَدَعَ طَعَامَهُ وَشَرَابَه
“Barang siapa yang tidak meninggalkan perkataan keji (dusta) serta mengamalkannya, maka Allah tidak berhajat orang itu meninggalkan makan dan minumnya”

Riwayat Bukhari

Seperti yang kita ketahui, puasa adalah perbuatan menahan diri. Menahan diri yang dimaksudkan adalah bukan hanya menahan diri daripada makan dan minum sahaja tetapi turut menahan diri daripada melakukan amalan dan perbuatan yang melalaikan dan melanggar perintah Allah S.W.T seperti berkata buruk, mencela dan mengumpat.

Amalan dan perbuatan yang sia-sia tidak akan membatalkan puasa tetapi ianya mengurangkan pahala puasa.

Oleh itu, marilah kita berpuasa dengan sebenar-benarnya agar kita dapat mengambil pahala puasa dengan sebanyak mungkin.

#2- Mengerjakan Solat Terawih

Solat terawih adalah solat yang hanya ada pada bulan Ramadan. Oleh itu, solat terawih ini amatlah besar kelebihannya.

Solat terawih dilakukan setelah solat isyak dan boleh dilakukan sama ada secara berjemaah ataupun secara bersendirian. Dari Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda:

BACA:  Pintalah kepada Allah dalam semua perkara

“Sesiapa yang mendirikan solat (terawih) pada malam bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan keikhlasan, maka Allah ampunkan segala dosa-dosanya yang lalu”

Riwayat Muslim

#3- Membaca Dan Tadarus Al-Quran

Ramadan adalah bulan al Quran kerana al Quran itu sendiri diturunkan pada bulan Ramadan.

Oleh itu, perbanyakkan membaca al Quran di samping berusaha bukan sekadar membacanya sahaja tetapi dengan meneliti, memahami dan juga mempelajari makna di sebalik setiap ayat di dalam al Quran itu sendiri.

Berusahalah juga untuk mengkhatamkan al Quran pada bulan Ramadan ini walaupun hanya satu kali. Ambil sedikit masa yang kita ada untuk diperuntukkan khas untuk membaca al Quran. Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

“Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara sembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian”
Surah Fatir : 29

Bacalah al Quran kerana al Quran nantinya akan menjadi pembela dan pemberi syafaat pada hari akhirat kelak.

#4- Bersahur

Bersahur memberikan banyak kelebihan kepada badan kita sendiri untuk memberikan keselesaan sepanjang berpuasa di siang hari. Malah di dalam sahur itu sendiri ada keberkatan di sisi Allah S.W.T.

Kita disunatkan untuk mengakhirkan waktu sahur dan mempercepatkan waktu berbuka. Bangun dan makanlah pada waktu sahur walaupun hanya sebiji kurma. Daripada Amru bin al Asr R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

“Perbezaan di antara puasa umat islam dengan puasa ahli kitab (yahudi dan nasrani) itu adalah dengan makan sahur”

Hadis Riwayat Muslim

#5- Memperbanyakkan Sedekah

Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:

BACA:  Akhlak mulia, kemanusiaan asas kaedah pendakwah

“Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik laki-laki mahupun perempuan dan meminjamkan kepada kepada Allah pinjaman yang baik, nescaya akan dilipat-gandakan (ganjarannya) kepada mereka dan bagi mereka pahala yang banyak”

Surah al-Hadid : 18

Orang yang dermawan dan sentiasa bersedekah akan mendapat banyak kelebihan dan ganjaran disisi Allah. Mereka akan dikurniakan pahala yang banyak dan malah akan mendapat naungan Allah di akhirat kelak.

 

Sumber: tzkrh.com

Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *