≡ Menu

8 Tips Lahirkan anak soleh

Anak adalah rezeki daripada Allah yang sudah selayaknya pasangan suami isteri bersyukur atas rezeki berkenaan. Dalam surah as-Syura ayat 49 dan 50, Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Kepunyaan Allahlah kerajaan langit dan bumi. Dia menciptakan apa yang Ia kehendaki. Dia memberikan anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak lelaki kepada siapa yang Ia kehendaki. Atau Dia menganugerahkan kedua jenis lelaki dan perempuan (kepada siapa yang Ia kehendaki). Dan Dia menjadikan mandul kepada siapa yang Ia kehendaki. Sesungguhnya Dialah yang Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.”

Antara bentuk rasa syukur adalah mengambil berat persoalan anak. Dengan demikian, terjalin hubungan harmoni dalam keluarga, lahirlah anak yang taat kepada dua ibu bapanya serta terbentuklah watak anak salih yang dapat membangunkan agama, bangsa dan negara.

Islam adalah agama yang sempurna. Islam sudah mengajar seluruh aspek kehidupan, termasuk hak anak yang perlu dipenuhi oleh kedua ibu bapa. Antara hak anak dalam Islam iaitu hendaklah mencari pasangan yang baik buat anak yang bakal dilahirkan hasil daripada perkahwinan. Rasulullah SAW sudah mengajar pemuda yang ingin berkahwin agar memilih wanita yang salihah.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Seseorang wanita itu dinikahi kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana kedudukannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, maka engkau akan beruntung – Hadis riwayat al-Bukhari.

Kedua, hendaklah membaca doa sebelum melakukan hubungan badan agar terhindar daripada gangguan syaitan. Rasulullah SAW telah mengajar kepada kita seperti dalam satu hadis Baginda bersabda: “Sekiranya seseorang di antara kamu ketika hendak mendatangi isterinya, maka hendaklah ia membaca: “Bismillah, Allahumma jannibnas Syaitana wajannibis syaitana ma razaktana. Maksudnya: Dengan nama Allah. Ya Allah, jauhkanlah syaitan daripada kami dan jauhkanlah syaitan daripada apa yang Engkau rezekikan kepada kami.

Jika Allah takdirkan (dengan hubungan tersebut lahir) seorang anak, maka syaitan tidak boleh memudaratkannya.” – Riwayat al-Bukhari.

Ketiga, hendaklah mengambil berat bayi yang berada dalam kandungan ibunya. Perhatian itu sama ada kesihatan bayi yang dikandungnya, mahupun sifat-sifat yang akan diturunkan daripada ibu kepada anaknya.

Keempat, seorang ibu hendaklah sedar terhadap apa yang dikerjakan sehariannya agar tidak melakukan perkara buruk yang akan berpengaruh kepada bayinya nanti.

Kelima, hendaklah menerima dengan senang hati bayi yang dilahirkannya sama ada perempuan atau lelaki. Kerana ada di kalangan pasangan yang tidak suka jika lahir anak perempuan. Sikap ini adalah sifat jahiliah yang perlu dijauhi. Orang Quraisy pada zaman jahiliah apabila lahirnya anak perempuan, maka mereka membunuhnya. Begitu juga kadang-kadang Allah SWT menguji ibu dan ayah dengan anak yang kurang sempurna seperti buta, bisu, pekak. Sekiranya ibu bapa itu menerima dengan berlapang dada, maka ia tetap berasa senang. Namun, sekiranya ibu bapa tidak senang menerimanya, ia boleh membawa kepada penceraian atau pembunuhan pada anak tersebut.

Keenam, memberi nama anak yang baik. Sesungguhnya anak berhak untuk diberi nama yang baik dan bagus didengar. Nama itulah yang akan mewakili dirinya untuk kehidupannya kelak. Oleh itu, janganlah tersalah memberi nama. Janganlah diberi nama yang ada unsur menyamai dengan agama lain atau ahli maksiat dan orang yang terkenal kejahatannya. Berilah nama yang dianjurkan seperti nama yang menunjukkan perhambaan kepada Allah, nama Nabi dan orang yang salih.

Ketujuh, memberikan anak itu rasa aman dan tenteram daripada hal yang menakutkan dan perkara yang boleh merosakkan akidahnya. Jangan suka menakutkan dengan mengatakan kepadanya ada hantu kerana ia boleh merosakkan mental dan agamanya.

Kelapan, memberi pendidikan agama yang cukup. Kesembilan, menjaga kesucian anak itu dengan menikahkannya sekiranya rasa perlu dan mampu untuknya.

Demikianlah antara hak-hak anak. Wallahua’lam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
{ 25 comments… add one }
  • norhamimy wakijoh April 26, 2011, 9:44 am

    assalamualaikum dato…saya seronok mengetahui ilmu baru ni tambah pula sy sedang mengandung…tapi dato suami sy tidak pernah berjumpa dengan sy apatah lagi memberi nafkah zahir dan batin sejak 6 bulan sy mengandung anak kami…malah yang mnyedihkan dia enggan mengakui anak ini anak nya….dato suda pelbagai cara yang sy lakukan untuk memujuk suami sy agar plg ke rumah dan sy maafkan perbuatannya tetapi dia masih juga plg ke rumah teman wanitanya….dato sy buntu jalan penyelesaian masalah sy…..bantu sy dato…..

    • Dol January 27, 2013, 2:12 pm

      Seorang isteri yang dianiayai oleh si suami sekiranya dia banyak memohon ampun dan sentiasa bersabar atas perkara yang menimpanya. InsyaAllah, Allah akan membuka pintu penyelesaian dan rezeki yang tidak terhingga. Lebih l;ebih lagi jika anak itu dididik dengan agama yang sempurna. Semoga Allah memudakan urusan Puan…InsyaAllah…

  • Lotfi April 27, 2011, 12:25 am

    Assalamualaikum. Sabar banyak2 puan. Orang yang sabar jua akan berjaya dunia akhirat. Cuba-cubalah hampirkan diri lagi pada Allah Taala. Allah S.W.T Maha Penyelesai segala masaalah. Jangan tinggal solat dan solatlah dengan khusuk. Jangan lupa mohon pertolongan Allah banyak-banyak. Taubat dan mohonlah keampunan dari Tuhan banyak-banyak. Semuga puan diselamatkan olehNya. Amin

  • zila April 28, 2011, 6:32 am

    Assalamualaikum, saya ibu tunggal yg memelihara seorang anak remaja lelaki berumur 14 thn. Saya rasa saya seorang ibu yg boleh di bawa berbincang + x mudah melenting dalm mendgr permasalahan… dan saya rase ank saya sudah mencapai umur akil baligh… kerana saya telah mnerima aduan dari cikgu disiplin sekolah tentang kgiatannya berkaitan dgn gambar lucah pertama kalinya dspjg 14 thn dlm jagaan saya.
    Perangainya juga berubah….. teguran dan nasihat telah saya beri kerna saya takut anak saya akan hanyut dengan benda2 yg akan merosakkan dirinya sendiri. sedangkan sebelumnya saya cukup kenal dengan peragainya…. Bagaimanakah saya perlu menangani permasalhan ini kerana utk pengetahuan ustaz bapanya mmang tidak pernah ambil tahu sejak ank berumur 2 +++ tahun lagi sehinggalah skrg. saya seperti hilang punca….

    kerana masalah2 semasa ank blh bercerita dgn saya……sdgkan Bagaimanakah saya patut menangani masaalah saya dgn anak saya..

    • asoi May 5, 2011, 9:55 am

      pindah ke tempat yg baru.. insyaAllah suasana baru akan memudahkan anak puan berubah..
      asoi recently posted..Mengundi tanggungjawab kita

    • kunci November 22, 2012, 4:26 pm

      satu lagi puan, maaf saya ini hnyelah baru berumur 24 thn..seorg suami dan bapa muda..dari segi psychology, besarkan ruangan rumah/bilik dia agar dia lbh selesa dan tidak selalu keluar dgn kwn2 (jika berkemampuan)..sbb byk yg telah buat perkara ini..dan hasilnya Alhamdulillah menakjubkan..in Shaa Allah

    • Dol January 27, 2013, 2:19 pm

      Asslamkm.. Jika kita lihat setiap permasalahan yang kita hadapi ada hikmahnya. pertama kali jika kita lihat anak kita melakuka perkara salah. kita sebgai ibu berdoalah kepada Allah. lihat pada diri kita adakah kita sempurna melakukan perintah Allah dan meninggalkan laranganNya? jika belum sempurna usaha kan dahulu. InsyaAllah…jika anak melihat pada diri ibu bapa yang sempurna agamanya disitulah mendidik anak itu di samping usaha ibu bapa mengajak anak nya ke arah keagamaan.. berikan kasih sayang yang tidak berbelah bagi..

  • saripah rodziah May 1, 2011, 5:00 am

    Saya bakal mndpt cucu…smoga saya mendapat cucu yg soleh@solehah..macamana nk bagi bimbingan pada anak dn menantu?

    • asoi May 5, 2011, 9:57 am

      belikan buku agama.. itu lebih sesuai kerana zaman sekarang, nak berjumpa dgn anak2 pun bukan mudah kerana masing2 sibuk dgn kerja. lagipun, cara ini paling halus untuk kita menegur anak atau menantu sekiranya ada perkara yg salah mereka lakukan… wallahu a’lam
      asoi recently posted..Mengundi tanggungjawab kita

  • sygana May 6, 2011, 3:31 am

    salam…
    Saya telah membaca petikan ini dan ia banyak membantu saya dalam mendidik anak agar menjadi anak yang berguna insyallah…saya ingin bertanya,bagaimanakah cara hendak menambat hati anak lelaki saya ni yang dah mula merokok sedangkan dia masih bersekolah agar dia berhenti merokok…buat masa ini saya sudah menasihatinya tetapi belum menampakkan hasilnya…saya bimbang kerana dialah satu-satunya anak lelaki yang saya ada..
    sygana recently posted..Hindari sifat marah

  • afzal laidin May 9, 2011, 2:02 pm

    Terima kasih atas panduan yang diberikan.
    Sedang menunggu kelahiran anak ke-2. Semoga dikurniakan anak yang soleh.
    afzal laidin recently posted..Displin diri menjamin kejayaan

  • Rosse May 13, 2011, 3:10 pm

    Salam, bagaimana pula jika inginkan zuriat dengan suami yg tidak pernah melakukan semua hukum agama…tetapi inginkan anak yang soleh dan solehah…bukankah dengan doa ibu yang mengandung dapat jua menghindarkan anak itu kelak drpd mungkin mewarisi sikap bapanya yang tidak endahkan agama? Tuhan maha pengasih dan penyayang mampu mengubah segalanya menjadi suatu keajaiban bukan? Saya inginkan penjelasan, terima kasih dia atas pandangan Tuan.

  • uji June 3, 2011, 11:17 am

    salam, saya ada 2 orang anak lelaki. seorg berumur 8 thun & seorg lg berumur 6 thun. Mslah saya, bdk2 ni mmg nakal, lebih2 lg bdk lelaki…. tp bila saya cerita pd suami saya dia buat x tau je…….. dan bila saya marah anak2 saya depan dia… dia marah saya balik…. Dan yg paling merunsingkan saya ialah anak saya pernah mengeluarkan kata2 seperti…. saya bkn ibu nya…. ibu jahat… ayah baik….. dan mcm2 lg…… tlg la.. apa yg saya hrus lakukan?

  • Noor aini July 12, 2011, 10:36 am

    Asssalamualaikum
    mcm mne sy nk ubahkan sesorg to utk jdi yg t’baek
    sy suda pening kepala dgn masalah nie… Bantu lah sy..

  • mamasoleh July 13, 2011, 2:17 pm

    Assalamualaikum…
    sy seorang ibu kpd 2org ank.1org lelaki(6thn) dan 1org pompuan(4thn).mslhnya skg ni,ank lelaki sy terlalu HYPERACTIVE..dh ramai pengasuh x tahan jg dye.skg ni dh bnyk kali tukar pengasuh dek kerana x tahan nk kawal dye.pernah jua slh satu pengasuh dye bgtau pd org sekeliling rumah kami ttg sikap ank sy..malu sy dbuatnyer.kt skolah,smpai tahap guru pn dh x pdulikn dye..smada dye nk belajar @ x..guru biarkn bgtu shj.biasa nye pg2 dye ada sesi mengaji al-quran..ank sy xmahu mngaji.bnyk kali dh ustazah pujuk,nmun dye ttp ngn pendirian dye.sy pasrah.sy dh x tau nk buat cmner.stiap kali selepas smbahyang,sy snantiasa berdoa agar dye mnjadi ank yg soleh.sy dh cuba bw dye pergi jmpa ustaz2 utk kurangkn hyper dye tu..tp still cm 2 gk.apa jua cra org bgtau kt sy,sy dh buat..tolong lah ustaz..boleh x bg cara n doa yg boleh buka pintu ati ank2 sy agar mnjadi ank yang soleh n solehah…sy dh buntu ni.

    • Tiffa January 21, 2013, 12:53 pm

      Assalamualaikum puan, saya harap puan bersabar dengan kerenah anak puan. Dalam kita mendirikan rumah tangga, kita perlu tahu tanggungjawab, tapi adakah kita mampu atau tak nak galas tanggungjwab tersebut ?

      First, puan sendirilah yg perlu bertungkus lumus didik anak puan, bukan pengasuh atau guru semata2. Mereka hanyalah orang perantara untuk menyampaikan apa yang patut seperti ilmu dan kehidupan. Puan dan suami puan sendiri sebagai ibubapa kena BERUSAHA pujuk anak. Pujuk dengan penuh kasih sayang dan hikmah. Pujuk dan tunjuk. Puan & suami blh mendirikan solat jemaah dengan anak2, lepas solat cuba cerita tentang hari akhirat & APA tujuan kita wujud di dunia ini, rajinkan bwk pegi masjid, rajinkan bwk anak pegi dengar majlis ilmu yg santai, dan puan & suami sendirilah yg perlu terapkan rasa kecintaan pada Allah untuk anak2 rajin bersolat.

      Kita mampu untuk lakukan itu insyaallah, asalkan kita mula dulu, dengan penuh keikhlasan dan taqwa. Insyaallah. Masih belum terlambat selagi dia anak kita dan selagi dia terdidik dari ibubapanya sendiri.

  • villa kharista September 23, 2011, 12:33 pm

    subhanallah..artikel ini sngat bagus skali..
    smoga anak kita akan jad anak yg sholeh

  • anarashidah October 25, 2011, 1:30 pm

    Assalamualaikum.

    Terima kasih atas perkongsian ini. Banyak manfaatnya bagi semua orang dan bagi saya khususnya yang bakal mendirikan rumah tangga tak lama lagi.

    Saya nak bagi sedikit pendapat dari sudut kursus pra-perkahwinan. Kenapa dalam kursus tersebut tidak diselitkan sekali ilmu-ilmu yang sebegini ya? Pendapat saya, pihak berwajib perlu menambah modul untuk kursus berkenaan. Apa yang saya faham, tujuan kursus berkenaan adalah untuk membimbing bakal-bakal suami dan isteri. tetapi modul yang diajar tak complete atau tak mencapai keseluruhan matlamat. Dan bagi saya masa 1 1/2 hari tersebut tak cukup.

    Semasa saya menghadiri kursus tersebut, kita didedahkan dengan bagaimana cara nak mengisi borang dan segala prosedur-prosedur nikah kahwin. Modul kekeluargaan dan komunikasi tak banyak diajarkan. Tujuan asal kursus tersebut untuk mengajar ilmu berumah tangga sepertinya tidak kesampaian. Sedangkan emak bapa saya dulu-dulu tak pernah pun menghadiri kursus pra-perkahwinan, tetapi alhamdulillah usia perkahwinan mereka sehingga ke hujung nyawa. Jadi di manakah relevannya kursus pra-perkahwinan sekarang ini, yang bagi saya hanya sekadar untuk melayakkan pasangan untuk memohon kebenaran untuk bernikah.

    Saya pernah bertanya kepada rakan saya beragam kristian, kenapa dia tak mahu melangsungkan upacara di gereja. Katanya kalau dia ingin melaksanakan majlis perkahwinannya di gereja, dia perlu menghadiri kursus kalau tak silap saya antara 3-6 bulan. Mengapa kita tak mahu ambil perkara yang boleh membawa kepada kebaikan? Memang betul ilmu rumah tangga ini tak perlu dipelajari, tetapi tak salah kalau kita menuntut ilmu terutamanya hal-hal komunikasi, doa-doa yang elok untuk diamalkan. Amalan-amalan yang diamalkan untuk mendapat anak solehah, panduan untuk suami dan isteri dan sebagainya.

    Diharap ada pihak berwajib yang sudi mengambil kira pandangan saya ini.

  • bonda January 21, 2012, 12:41 am

    Assalamualaikum ustaz…

    Sy baru mndapat zuriat kedua lbh kurang sbulan yg lalu…kami suami isteri telah memberi nama anak kami dnegan nama Airis Amanda…menurut ustaz
    Nama yang hendak diberi kepada anak tidak boleh seakan2 nama agama lain..UStaz nama yg kami beri kepada anak kami bunyinya seperti nama seakan2 nama orang barat..namun ianya mempunyai makna ,Airis bermaksud bunga dan Amanda bermaksud senang di sayangi..Pada pndangan ustaz bolehkah kami meletakkan nama ini kepada anak kami?

  • mirza danial January 26, 2012, 5:31 pm

    Sy de tiga ank lelaki,agak nakal tp comel dn senang dgn telatah ank2 tue.Tp sy teringin sgt nk ank perempuan sekurang2nyer sy de kwn kt dapur.Sy pnh kcwa tp bila fikir smula sy nanggis krn tk tahu bersyukur.ari nie sy blh trma semua.ank bongsu agak lambat berckp,tp cerdik.ank kedua agak nakal tp tingkahlaku menghiburkan.ank sulung baik sgt,lembut tp bijak berhujah.apa pun sy tetap bersyukur krn ank2 sy adalah permata hati sy yg tk terhingga.wlupun ada ketika sy sering naik angin dek kenakalan ank2.

  • rio aduka bi February 21, 2012, 10:36 am

    berbalik pd lahirkan ank soleh……mengenai soal kesolehan ank sebenarnya bermula sebelum akad nikah,dan masih byk peringkat sehingga kita masih bergelar ibu bapa,tidakkah Allah sentasa membari kesempatan untuk mengubah jahil pd waraq,takwa…………..

  • Asyraf March 19, 2012, 3:55 pm

    alhamdulillah, dah hafal dah doa “Bismillahi allahumma jannibnas …”
    akan saya cuba praktikkan dalam kehidupan seharian.
    tq:)

  • nizam June 13, 2012, 12:33 am

    Ada juga isteri-isteri dan keluarga mertua belah isteri yang bangang, degil, ego serta jahil. Suami atau menantu dah tegur secara berhemah dah. Jangan gempar gertak takutkan anak-anak@cucu-cucu dengan hantu-hantu; tapi isteri dan keluarga mertua buat jugak, tetap degil.

    Jangan kata suami tak mendidik, mengajar, menegur tapi tuan punya badan sendiri memang automatik dan embedded dalam otak dan hati mereka. “Aku saja dalam dunia ni yang betul belaka! Orang lain semua tak betul..!.”

  • norehan saad August 23, 2013, 3:43 pm

    salam…banyak ilmu yang saya dapat dari web ini..terima kasih..
    norehan saad recently posted..SET BERSALIN SHAKLEE

  • Mega Papua December 17, 2013, 10:01 pm

    wah,infonya sangat bermanfaat.ini yang perlu
    Mega Papua recently posted..Sarang Semut Merah Duri

Leave a Comment

CommentLuv badge