8-Restoran-Halal-Di-Tokyo.jpg
Travel

8 Restoran Halal Di Tokyo

8-Restoran-Halal-Di-Tokyo.jpg

 

Siapa kata sukar untuk mendapatkan makanan halal jika melancong ke Jepun?

Mungkin itu suatu ketika dahulu. Ketika industri pelancongan halal masih belum berkembang.

Namun kini, dengan trend percutian ala backpacker ke negara-negara termasuk negara Asia dan barat, sektor pelancongan halal telah menjadi suatu sektor yang penting bagi sesebuah negara bukan Islam.

Banyak negara kini dilihat mengambil pelbagai inisiatif dan program di peringkat nasional bagi menarik kedatangan pelancong Muslim ke negara masing-masing termasuk Jepun.

Antara yang dilakukan adalah dengan memperbanyakkan restoran yang menyediakan makanan halal, penyediaan surau dan tempat solat serta pelbagai lagi kemudahan mesra Muslim bagi menarik lebih ramai pelancong beragama Islam ke negara itu.

Justeru, di sini kami ingin kongsikan dengan para pembaca SalamToday mengenai restoran-restoran di Jepun yang menyediakan makanan halal untuk panduan anda yang berhasrat berkunjung ke negara matahari terbit itu.

Restoran-restoran ini adalah sebahagian daripada kira-kira 96 bua restoran di Tokyo yang tersenarai dalam buku panduan berjudul “Tokyo Muslim Travelers’ Guide 2019-2020” yang dikeluarkan oleh Tokyo “Tourism” baru-baru ini.

 

  1. Halal Wagyu & Sushi Akasaka Saryo Ouka

 

8-Restoran-Halal-Di-Tokyo.jpg

 

Merupakan sebuah kafe stail Jepun halal pertama di Tokyo. Restoran ini menghidangkan kuih-muih Jepun dan sushi halal serta daging wagyu halal, dan tidak menghidangkan minuman beralkohol. Pemiliknya merupakan seorang Jepun yang beragama Islam. Bilik solat turut disediakan untuk pelanggan.

 

Alamat: Sankaido Building, B1F, 1-9-13, Akasaka, Minato City.

Akses: Tameike-sanno (subway)

 

  1. Khan Kebab Biryani

 

8-Restoran-Halal-Di-Tokyo.jpg

 

Biryani “authentic” dengan aroma rempah-ratus yang menyelerakan dengan lebih 30 pilihan kari India. Biryani yang dihidangkan disediakan daripada beras basmati dan sup pedas yang distim di dalam periuk khas. Menawarkan makanan India dan Pakistan.

BACA:  Kedai Buku Di Seoul Ini Adalah Satu Permata Tersembunyi

 

Alamat: Hakuhinkan Building 6F, 8-8-11, Ginza, Chuo City.

Akses: Ginza (subway), Shimbashi (JR, subway)

 

  1. Aladdin

 

8-Restoran-Halal-Di-Tokyo.jpg

 

Menyediakan makanan Iran dan Arab selama lebih 10 tahun. Antara yang boleh dinikmati adalah roti naan, nasi, kebab dan kari.

 

Alamat: Yasuda Building 2F, 3-2-6 Nishi-Azabu, Minato City

Akses: Roppongi (subway)

 

  1. Nishiazabu Sumiyakiya

 

8-Restoran-Halal-Di-Tokyo.jpg

 

Menyediakan makanan barbeku ala Korea dan daging wagyu yang halal, serta yakiniku – daging panggang yang diproses dan disediakan mengikut syariat Islam dan turut mendapat sijil halal. Restoran ini juga pernah dikunjungi oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

 

Alamat: 3-20-16, Nishi-Azabu Annex, Minato City.

Akses: Roppongi (subway)

 

  1. Curry House Coco Ichibanya Halal Shinjuku Kabukicho

 

8-Restoran-Halal-Di-Tokyo.jpg

 

Merupakan sebuah rangkaian restoran yang pakar dalam masakan nasi kari Jepun. Pelanggan boleh memilih sendiri saiz nasi, tahap kepedasan dan pelbagai topping yang disediakan dalam lebih 40 pilihan. Turut disediakan adalah menu vegetarian.

 

Alamat: Kabukicho Shotengai Shinkokumiai Building, 1-19-3, Kabukicho, Shinjuku City

Akses: Seibu Shinjuku (seibu)

 

  1. Shinjuku Gyoen Ramen Ouka

 

8-Restoran-Halal-Di-Tokyo.jpg

 

Menawarkan bahan-bahan berkualiti, daging dan bahan perisa yang halal serta sayur-sayuran yang segar. Restoran ini turut menghidangkan menu-menu vegetarian selain hidangan utamanya, ramen.

 

Alamat: 1-11-7, Shinjuku, Shinjuku City.

Akses: Shinjuku-gyoenmae (subway)

 

  1. Cafeteria Spice Jaya

 

8-Restoran-Halal-Di-Tokyo.jpg

 

Menggunapakai pengalaman dalam menyediakan pelbagai jenis masakan untuk pelancong luar yang datang dari pelbagai negara, pemilik restoran ini membuka perniagaan yang berkonsepkan kafeteria. Pelanggan boleh memilih pelbagai jenis makanan dari pelbagai negara, terutamanya Asia Tenggara pada harga yang berpatutan. Antara menu yang dihidangkan termasuk laksa, nasi goreng, kari hijau, chicken pho, samosa dan karipap.

BACA:  Panduan Mesra-Muslim Ke Fukuoka: 10 Perkara Yang Harus Anda Ketahui, Makan & Lakukan

 

Alamat: 4-26-14-103, Floral Ueno Matsugaya, 1st Floor, Matsugaya, Taito City

Akses: Iriya (subway), Asakusa (subway, Tobu, TX)

 

  1. Malaychan Satu

 

8-Restoran-Halal-Di-Tokyo.jpg

 

Bagi yang rindukan masakan Malaysia, anda boleh berkunjung ke restoran Malaychan Satu. Ia menyediakan pelbagai makanan Malaysia seperti kari ayam, nasi goreng, roti jala, kari kepala ikan, sate, ikan bakar dan banyak lagi.

 

Alamat: 3-22-6, Nishi-ikebukuro, Toshima City

Akses: Ikebukuro (JR, subway, seibu, tobu)

 

Sumber:  Salamtoday.com

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *