≡ Menu

8 Golongan Penerima Zakat

Siapakah yang berhak menerima zakat?

Mereka itu (mustahikkin zakat) tersebut didalam Al-Quran seramai lapan orang.

انما الصدقات للفقراء والمساكين والعاملين عليها والمؤلفة قلوبهم وفي الرقاب والغارمين وفي سبيل الله وابن السبيل

Zakat hanya diberi kepada:

1. Fakir, orang yang pendapatannya kurang daripada lima puluh peratus keperluan hariannya, seperti dia memerlukan RM. 50 tetapi pendapatannya hanya RM. 24 dan kebawah.

2. Miskin, orang yang pendapatannya lima puluh peratus dan keatas daripada keperluan hariannya tetapi tidak sampai seratus peratus, seperti dia memerlukan RM. 50 tetapi pendapatannya hanya RM. 25 dan keatas serta tidak mencapai RM. 50.

3. Amil ialah orang yang disuruh (dilantik) oleh raja (pemerintah) untuk menggendalikan zakat dengan syarat dia adalah islam, merdeka, mukalaf, lelaki, adil, mendengar dan melihat.

Termasuk dalam kata amil ialah:

  • Orang yang memungut zakat.
  • Orang yang mengira, menyukat, menimbang zakat.
  • Orang yang menghimpunkan nama-nama mustahikkin.
  • Kerani zakat.
  • Orang yang membahagikan kepada mustahikkin.
  • Mereka ini diberikan zakat kadar upah yang sepatut dengan pekerjaan mereka itu.

4. Mualaf ialah orang yang dijinakkan hatinya, mereka ada lima jenis:

  • Orang kafir yang baharu masuk islam dan lemah imannya.
  • Orang kafir yang masuk islam yang kuat imannya tetapi dia mulia dikalangan kaumnya, diberikan zakat kepadanya supaya masuk islam kaumnya.
  • Segala orang islam yang menjaga sempadan negara kerana menjaga orang islam yang lain dari kejahatan kafir dan penderhaka yang hampir keduanya dengan sempadan negara. Diberikan zakat kepada mereka supaya berjinak hati mereka dengan pekerjaan mereka itu.
  • Orang islam yang boleh mengambil zakat daripada mereka yang tidak mahu mengeluarkan zakat dan menghantar zakat itu kepada pemerintah dan orang yang menakutkan orang yang tidak mahu mengeluarkan zakat supaya menghantar zakat pada pemerintah. Di beri zakat kepada mereka itu supaya berjinak hati mereka dengan pekerjaan mereka itu.
  • Orang yang mengambil zakat dari kaum yang sukar amil (orang yang memungut zakat) sampai kepada kaum itu, sekalipun kaum itu bukan orang yang menegah zakat. Orang ini tidak diberikan zakat dari habuan amil tetapi habuan mualaf kerana mereka tidak dilantik oleh pemerintah untuk memungut zakat. Amil hanya boleh dilantik oleh pemerintah.

5. Hamba mukatab ialah seorang hamba yang dijanjikan merdeka dengan syarat membuat pembayaran kepada tuannya, diberikan zakat dengan syarat sah akad kitabahnya (akad merdeka dengan pembayaran).

Di bawah ini syarat sah akad kitabah:

  • Harga hendaklah diketahui.
  • Pembayaran mestilah sekurang-kurang dua kali. Tidak sah akad kitabah dengan sekali bayar.

Zakat yang diberi kepada hamba mukatab hanya sekadar pembayaran yang melepaskannya daripada kehambaan.

Sekiranya hamba itu telah membayar dengan harta yang lain daripada harta zakat atau hamba itu tidak berkemampuan membayar dan tidak berlaku kemerdekaan maka wajib dia memulangkan semula harta zakat itu.

6. Orang yang berhutang. Mereka ini ada empat jenis:

  • Berhutang kerana hendak mendamaikan dua orang, atau dua puak yang berbantah tentang pembunuhan atau harta yang hilang. Diberikan zakat kepadanya sekadar membayar hutang sekalipun dia kaya.
  • Berhutang pada suatu yang umum manfaatnya seperti berhutang kerana buat jamuan, kerana membina masjid, kerana membaiki masjid, kerana membina jambatan, dan lainnya. Diberikan zakat kepadanya sekalipun dia kaya.

Peringatan tidak boleh beri zakat kerana hendak membina masjid, atau beri zakat kepada masjid, madrsah dan sebagainya disini zakat diberi pada orang yang berhutang kerana membina masjid.

  • Orang yang berhutang kerana tujuan diri sendiri dengan syarat dibelanjakan hutang itu pada berbuat kebajikan atau pada pekara yang harus.

Syarat diberi zakat kepadanya hendaklah hutang sudah sampai masa pembayaran dan orang yang berhutang papa yakni tidak mampu membayarnya.

  • Orang yang menjamin atau mengaku hendak membayar hutang orang lain, diberi zakat dengan syarat orang yang menjamin dan orang yang berhutang papa keduanya.

7. Orang yang berperang di jalan Allah. Syarat diberi zakat kepada mereka itu hendaklah mereka itu bukan tentera yang di daftar dan mendapat gaji, bahkan mereka itu berperang secara sukarela.

Diberi zakat untuk membeli alat peperang, kenderaan, belanja perjalanan dan belanja yang digunaka semasa dalam peperangan.

8. Ibnu sabil ialah orang yang musafir sama ada lelaki atau perempuan yang hendak musafir dari negeri zakat atau dia singgah dinegeri zakat, seterusnya hendak kembali kenegerinya atau meneruskan perjalanan ketempat lain.

Zakat yang diambil oleh mereka yang no. 1 hingga no. 4 menjadi milik sempurna yakni mereka itu boleh membelanja kepada apa sahaja perbelanjan yang diharuskan, kerana mereka yang berada selepas huruf ل yang memberi makna milik, bersalahan mereka yang berada selepas huruf في yang memberi makna pada tujuan mereka mengambil zakat, maka maknanya tujuan mereka mengambil zakat hendak memerdekakan diri, hendak membayar hutang, hendak berperang di jalan Allah, hendak musafir.Mereka yang duduk no.5 hingga no. 8 hanya boleh membelanja pada tujuan mengambil zakat seperti orang yang berhutang hanya diberikan sekadar pembayar hutang, sekiranya ada lebih wajib dia memulangkan wang zakat itu. Seperti itu juga orang yang mengambil zakat kerana berperang maka dia hanya membelanja zakat itu pada tujuannya sahaja iaitu perbelanjaan semasa berperang, pergi balik, alat peperangan dan lain pekara yang bersangkut dengan peperangan . mereka tidak boleh menguna pada yang lain. Mereka wajib memulangkan sekiranya ada lebih apabila mereka sampai di tempat kediamannya.

Syarat orang yang mengambil zakat:

  • Merdeka. Hamba tidat boleh mengambil melainkan hamba mukatab.
  • Islam. Haram memberi zakat kepada kafir.
  • Bukan anak cucu bani Hasyim dan bani Muttalib. Mereka ini haram mengambil zakat.
  • Bukan orang yang dibawah tanggungan orang yang memberi zakat. Maka seorang ayah tidak boleh memberi zakat kepada anaknya atas jalan fakir, miskin, adapun selain dari fakir dan miskin seperti anak itu berhutang harus ayah memberi zakat kepada anaknya. Begitujuga orang lain yang ada tanggungan dibawahnya.
  • Bukan orang yang di tahan dari memperguna harta dengan sebab bodoh, kanak-kanak, atau gila, yakni tidak diberi zakat pada tangan mereka itu tetapi hendaklah diserahkan kepada walinya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
{ 12 comments… add one }
  • elia August 11, 2011, 8:51 am

    salam..bolehkah kalau kita bagi zakat terus kepada penerima spt sepasang suami istri ni,kedua2nya sakit dan mereka hilang punca pendapatan.dr pemerhatian spt mereka susah,tp adakah perlu kita siasat baik2 adakah mereka tergolong dlm kumpulan no 2?

  • mira August 22, 2011, 5:47 pm

    As Salam.. Bolehkah kalau kita bg zakat terus kepada penerima (Kakak / adik beradik ) secara memasukkan terus kedalam “Tabung Haji” penerima dengan niat utk dia mengerjakan haji suatu hari nanti. Dan bagaimana pula niatnya.

  • Mary September 7, 2011, 12:41 pm

    admin islamituindah,,,no reply ke for both question kt atas ni?

  • mr. Zaki May 3, 2012, 10:55 am

    salam elia dan mira.. saya berpendapat disini bahawa, kedua2 kamu lebih kepada niat utk bersedekah bukan berzakat.. apa sahaja bayaran2 zakat perlulah dibuat kepada majlis2 atau pejabat2 agama pada setiap negeri yang berkenaan.. untuk mengelakkan sebarang penipuan, pihak2 ini akan menyiasat terlebih dahulu pengesahan2 akan syarat kelayakan untuk mereka yang layak menerima zakat.. ini kerana zakat mempunyai syarat2 dan waktu2 tertentu untuk menunaikannya dengan lafaz niat tertentu.. harap dapat membantu..
    -MAIJ-

  • azizah abu bakar August 8, 2012, 11:16 am

    Bolehkah zakat pendapatan diberi kepada pembinaan masjid baru dan kepada anak saudara yang sedang belajar di universiti sebagai fisabilillah

  • mahali June 30, 2014, 8:31 pm

    Jawapan dari MAIJ tidak jelas dan kabur. Kita cuma nak tahu boleh atau tidak….sah atau tidak sah….itu sahaja.

  • mahali June 30, 2014, 8:33 pm

    Tolong bagi jawapan yang jelas kerana ia melibatkan akidah

  • mahali June 30, 2014, 8:34 pm

    Jawapan yg meleret-leret akan menjadikan kami keliru…..terima kasih

  • sytecx November 7, 2014, 2:30 am

    Pada anggaran saya..zakat yg bermusim tertentu tu adalah zakat fitrah yg biasa wajib dikeluarkan semasa bulan ramadhan. Bayaran zakat x semestinya perlu melalui badan/majlis tertentu juga kerana skrg byk pertikaian dibuat org ramai disebabkan majlis zakat itu sendiri didapati gagal memainkan peranan dgn berkesan.

    Oleh itu kita jika mahu terus berikat kepada penerima zakat yg layak adalah boleh, perlu niat dan pastikan mereka yg hendak terima itu adalah betul2 memenihi kriteria asnaf tadi.
    maka dari soalan:
    1. Sila pastikan dgn bertanya hal keperluan mereka dahulu. Daripada cerita tu dpt digambarkan bahawa pasangan itu mungkin berada dalam kategori miskin maka layaklah mereka itu utk terima zakat.

    2. Adakah adik/kakak itu adalah dibawah tanggungan kita? Jika tidak maka ada pendapat ulama menyatakan boleh berikan pada mereka jika menepati syarat sebagai asnaf.kebiasaannya asnaf zakat ni terutama dalam kategori miskin dan fakir itu memerlukan cash utk digunakan utk menampung keperluan hidup mereka. Jika dari cerita tadi jika disimpan dalam tabung haji boleh digambarkan yg mereka itu mungkin tidak termasuk dalam kategori sbg asnaf zakat maka pemberian itu dikira sebagai sedekah sahaja.

    3. Dalam artikel diatas telah dinyatakan tidak boleh memberi terus wang diniatkan sbg zakat utk pembinaan masjid.itu dikira sedekah/wakaf sahaja.perlu diingat utk menerima zakat seseorg itu perlu memenuhi kriteria antara 8 seperti dinyatakan tadi. Utk pelajar di medan pengajian didapati ada kilaf antara ulamak yg mana terbahagi kepada 2 bagi asnaf fisabillilah pelajar.
    a. Hanya boleh diberi kepada pelajar yg menuntut pengajian dalam bidang ilmu2 ibadah/akhirat sahaja.
    B. Boleh diberi kepada semua pelajar islam sama ada belajar dalam bidang agama mahupun dunia dan pendapat ini adalah pendapat yg paling mashur bagi jumhur ulama.

    Harap dapat membantu.jika ada penambahan lagi harap berkongsi sebagai panduan bersama.

    Terima kasih

  • wan April 27, 2015, 11:54 am

    boleh kah kita membayar zakat terus ke rumah anak2 yatim atas niat fisabilillah.
    Bagaimana pula dengan sekolah2 pondok, pusat OKU dsb..

  • monaz May 16, 2015, 10:11 pm

    Untuk masalah pemberian zakat,tuan puan kena ingat 8 golongan yang dibenarkan menerima zakat serta syarat 2 nya…..insyallah selesai masalah…

  • Dah December 1, 2015, 3:26 pm

    Assalam..Boleh ke tidak kita bagi zakat kepada suami(tidak mampu) dan suami belanjakan wang tersebut utk menanggung kami sekeluarga.

Leave a Comment