Perkahwinan

7 contoh isteri yang sering diceraikan

muslim-wedding-flower-ring

Di dunia ini ada pelbagai jenis wanita. Isteri yang baik atau wanita solehah, adalah harta simpanan yang terbaik bagi seorang suami.

Rasulullah Shallallahu’ alaihi Wasallam bersabda, ” Mahukah kamu keberitahu suatu harta simpanan (perhiasan) yang sangat baik? Iaitu wanita solehah, yang apabila kamu melihatnya, ia menyeronokkan. Apabila kamu perintah, dia patuh. Dan apabila ditinggal pergi, dia selalu menjaga diri dan harta suaminya. ” (Riwayat Abu Dawud)

Kalau dilihat dia menyenangkan, itu disebabkan budi yang luhur, pakaian bersih, dandanan yang serasi di hadapan suaminya dan berusaha yang terbaik untuk tampil menarik hanya di depan suami dan anak-anaknya.

Jika diperintahkan, dia akan patuh, menunjukkan ketaatan dan baktinya pada suaminya. Dia ingin selalu memberikan kepuasan bagi suaminya.

Sentiasa memelihara diri dan harta suaminya, menggambarkan betapa besar kekuatan agama dan ketebalan imannya terhadap ALLAH dan Rasul-Nya. Apabila suaminya tidak ada, dia tetap memelihara kehormatan diri dan harta suaminya.

Bila seorang wanita tidak solehah dan mempunyai sifat atau kebiasaan yang buruk, suka menyusahkan suaminya tentulah itu bukan perhiasan bagi seorang suami. Bahkan, boleh jadi suami tidak suka bersamanya, kemudian menceritakannya.

Jika engkau, wahai isteri menginginkan rumah tangga yang bahagia di dunia dan akhirat, buanglah jauh-jauh dari dirimu tujuh sifat tersebut. Bila tidak, engkau celaka di dunia dan akhirat .

Berikut ini tujuh jenis wanita yang sering diceraikan suami.

1. Tidak punya rasa malu . Yang tidak malu melakukan hal-hal yang dilarang ALLAH. Dia jauh dari sifat takwa dan banyak melakukan maksiat.

2. Ausyarah (kotor) iaitu tidak pandai mengatur rumah, malas mengemas diri, dan malas melakukan apa-apa sehingga dirinya, anak-anak dan rumahnya kotor dan tidak menyenangkan.

BACA:  Jangan Gatal Nak Kahwin Jika Anda Masih Ada Perangai Sebegini

3. Asysyakasah (berani/mencabar) iaitu suka membebankan suaminya di luar kemampuannya sehingga mendorong suami melakukan hal hal yang dimurkai ALLAH.

4. Innah (berani/mencabar) yang tidak mahu diperintah suaminya untuk melakukan hal-hal yang baik. Berani melanggar apa yang diperintahkan, bahkan menentang si suami dengan tetap melakukan maksiat.

5. Bitnah (mementingkan isi perut dan banyak menuntut) yang tidak suka berinfak dan enggan mengeluarkan zakat. Selalu terkumpul harta kekayaan dan mengenyangkan perut dengan makanan-makanan yang tiada habisnya. Tidak terlintas dibenaknya untuk menyumbangkan kepada fakir miskin dan anak yatim. Untuk memenuhi segala keinginan nafsunya, dia mendorong suaminya untuk melakukan hal-hal yang boleh mendatangkan kemurkaan ALLAH.

6. Bahriyah (mendorong suami untuk berbuat jahat) iaitu selalu menghalang suami untuk berbuat baik. Jika melihat suami menyisihkan beberapa peratus dan pendapatan untuk zakat dan infak, dia sibuk mencerca dan mengadu pada suami tentang keadaan ekonomi rumah tangga, keperluan anak yang semakin membesar, pakaian yang telah koyak, kasut yang telah usang dan sebagainya sehingga suami menjadi ragu- ragu.

7. Tidak aktif iaitu malas berbuat apa-apa. Tidak mempunyai keinginan untuk menambah ilmu duniawi maupun ukhrawi .

Sumber : Majalah Fatwa Jilid IV No 12 I Zulhijjah 1429 H

*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com

Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel

53 Comments

  1. Salam.. Klu isteri yg xpandai hormat ibu bapa mertua ade x yg kena cerai. Terima kasih

  2. Banyak artikel ttg kekurangan isteri, namun berapa banyak perceraian berlaku disebabkan oleh ketidakwajaran akhlak dan ketidakbertaggungjawaban sang suami terhadap amanah yang ditentukan oleh Allah yang menganugerahinya isteri.
    Masyarakat juga perlu melihat akan isu ini secara adil agar kepincangan yang berlaku dapat dikurangkan dan seterusnya terbina keluarga yang teguh sifat kekeluargaannya sebagaimana ynag diajar oleh Rasulullah.
    Isteri itu sendiri diceritakan dicipta daripada tulang yg bengkok drp rusuk suami, maka adalah wajar sang suami melenturnyabsecara berhikmah. Namun kalau suami yg menjadi ounca bagaimana? Sedangkan suami tercipta sbgi kemudi kehidupan berkeluarga. Maka, wahai para suami dan isteri, ambillah iktibar dan jagalah amanah yang tertanggung atas kalian. Mudah-mudahan Allah Azza wajalla memberi rahmat berganda sebagai saham kehidupan yang luar biasa hebat di akhirat. Amin.

    1. Iskandar Zulbryner

      Kata-kata Noraini memang betul.

      Artikel sebegini tak sesuai untuk zaman sekarang. Ini pemikiran zaman orang zalim.

      Zaman sekarang lebih ramai lelaki yang berwatak 7 ciri-ciri tersebut.

      Lebih ramai isteri-isteri dan wanita-wanita zaman sekarang berpendapatan lebih daripada lelaki atau suami.

      Yang masuk universiti dan berkerjaya lebih ramai perempuan daripada lelaki.

      Tolong jangan tulis artikel dengan minda sempit.

      1. Mungkin beul..tapi saya sendiri sbagai peremouan sy dpt melihat kawan2 yg diceraikan memounyai sifat2 seperti di atas..kkdg kita wanita fkir perkara semacam tu remeh temeh..tapi dalam tak sedar ia menjadi punca suami beralih arah apabila di luar dia menjumpai yg jauh lebaih baik dari sikap kita..kita boleh berubah tp sbb ambil mudah maka terhadilah perkara2 yg tak diingini..harap dpt memberi kesedaran utk kita semua sekian..

      2. Salam..
        Sy trpanggil utk reply soalan sahabat and sekaum sy. Pada mulanya sy juga xspendapat dgn artikel trsebut. Lama sy memikirkn sbb sy wanita bkerjaya kdg xsempat buat keje umah tp xlah smpi brsepah spjg masa.. Suami tlg semampu mgkn namun ada masa dia bising sbb xsempat masak atau kemas rumah..bila dia tegur, sy akn mnjawab krn sm2 mncari rezeki.. Mmg sy lbh pndptn.. Namun sy syg keluarga sy.. Ciri2 ats ada kena tempias dgn sy.. Apa yg seorg lelaki ingin drpd wanita hnya hormati dia sbg ketua keluarga Dan xmelawan apabila di tegur x mnjwb.. Xperlu rajin Sgt tp ckp 2 pkara tu.. Kdg2 smpi d ugut utk d ceraikan jika xberubah.. Stiap Kali hbs sholat sy muhasabah diri, apa yg sy inginkn sbnrnya.. Turutkn ego atau ingin masuk syurga.. Mgkn Allah melembutkan hati sy, syurga d bwh tapak kaki suami.. Setinggi manapun pangkat kt.. D mata Allah hnya Suami ketua Dan kt hanya memgikut.. Skarang ni, sy anggap pndptn lbh adlh rezeki Suami krn kahwin dgn sy.. Xnak brkira atau mengungkit.. Hal2 rumah mnjadi tggjawab Suami.. Dan sy byk senyap bila Suami bising.. Sbb sy phm dia byk uruskan keluarga Dan rumah Dr sy.. Give and take mmg perlu.. Bila rs sakit Allah tmpt begantung.. Inshaallah kita tenang..

        1. alangkah baiknya kalau pn.zah bekawan ngan isteri saya..

        2. Salam. Sy nk tanya. Sy dilamari semula oleh teman lelaki sy. Beliau terlalu byk berdemand. Kami dari bidang yg sama. Sy sering diperlekehkan. Tp sy mendiamkn diri hnya krn sy gelap. Bila sy diajak berjumpa dgn ibu beliau, sy diperli krn sy berkulit sawo matang. Ttp ibu beliau menerima sy. Akibat trlalu kecil hati, sy terangkn bhwa sy sdh berhabis hmpir rm800 utk si anak dgn memberi hadiah ttp sy xberkira sdgkn dia lelaki. Dn sy trpksa bgitahu sy sdg berhabis hmpir rm1000 utk pilih produk kecantikan yg mahal hnya utk mencantikkn kulit. Si ibu dn si anak trdiam. Smpai sy naik geram krn terasa diperlekehkn. Kulit sy jenis sensitif. Brmcm2 produk sy pakai tp xberkesan. Sy xpernah mengungkit hal yg sy dh spend kn pd dia. Dia minta sy kejutkn dia dri jauh krn dia bekerja pgi. 4thu. Sy kejutkn. Diajak brkhwin, dia xmmpu krn bljr. Satu hari sy trbuat dia kecil hati. Diam2 selama berbulan2 rupanya beliau dh cari prmpuan lain. Tp ibu beliau dn familinya xsuka prmpuan tu. Kini dia cari sy blk. Sy cuma nk minta pndpt semua patut kah sy pilih lelaki spt ini utk mnjdi suami sy?

        3. Lontaran yg bernas. Tepat dan sejuk hati membacanya..:)

        4. Tahniah puan. Saya percaya dengan adanya kepercayaan dan pemikiran yang seumpama itu, tuhan ingin memdatangkan kebaikan dalam kehidupan rumahtangga puan. Mudahnya seseorang perempuan itu untuk memasuki syurga selama mana ia taat kepada suaminya. Wallahualam. Tahniah sekali lagi.

    2. Mintak maaf tolong baca tajuk ini mengenai isteri yg dibincangkan .. dia tak kata yg suami tu sempurna .. cuma artikel ne untuk isteri saja .. mungkin lepas ne dia buat 7 sbb suami kurang di sygngi oleh isteri

  3. semoga kita tidak tergolong dalam 7 golongan tersebut.Alam rumahtangga memang menyeronokkan jika kita pandai dan amanah dlm setiap tanggungjawab samaada isteri atau suami…ilmu yang sangat bermanfaat..terima kasih…

  4. bagaimana jika seorang suami yang mempoligami istrinya padahal beliau belum pantas untuk melakukannya karena masih banyak hal yang harus di benahi dalam rumah tangganya ?apa yang harus di lakukan oleh seorang istri?

    1. Panggil dia dengan elok dan bersemuka dan nyatakan ketidak puasan hati anda. Juga beritahu perkara ynag dia telah tinggalkan atau abaikan sbb dia berpologami. Sebagai suami saya akan mendengar jika isteri saya memberitahu dan berbincang dengan saya tentang perkara ini, malah saya akan cuba ubah. Tapi biasa la bukan semua lelaki boleh dengar dan berbincang tentang kesalahan dan kekurangan diri beliau , ego seorang lelaki pantang dicabar la katakan

  5. Assalamualaikum ..Ya saya juga kurang setuju sebahagian drp Nya. Dlm keadaan Serba modern ini, wanita berpelajaran memenuhi ruang perkerjaan .. Jadi klu nk menghukumnya wanita derhaka sgt lah tdk patut! Ramai lelaki skrg mengambil kesempatan dlm kepandaian seorg wanita .. Dlm rumahtangga apa tah Lagi! Lelaki mahu semua Nya perfect .. Tetapi tdk memperbaiki diri Nya utk menjadi lebih baik Dari wanita. Dari segi nafkah, kepimpinan anak2 dan isteri, pergaulan dsb Nya.

  6. Assalamualaikum Saya ingin meminta nasihat dan hukum utk situasi saya kini.

    Apa hukum seorang isteri enggan tinggal serumah dgn suaminya yg disyaki mencabul kehormatan anak2nya sehingga tolak ajakan suami untuk bersama?

    Saya sekarang tinggal bersama mak dan abang saya bersama anak2 saya di rumah abang saya. Anak2 saya memang memerlukan saya terutamanya pada waktu malam. Penjagaan anak2 saya diberi kepada mak dan abng saya buat sementara oleh JKM dan mahkamah.

    Perasaan saya berbelah bagi antara ketaatan saya kepada suami dan tuduhan perbuatannya terhadap anak2 saya.
    Memang ada mase dia garang terhadap anak2. Dia bertukar-tukar kerja dan gaji dia selalunya tidak dapat menampung perbelanjaan keluarga. Hutang rumah, kredit kad dan kadang-kadang duit kereta saya dan keluarga saya tg tolong bayar.

    Perhubungan suami saya dan mak saya pun tidak baik kerana perkara tersebut,. Kejadian cabul tersebut diceritakan oleh anak saya yg sulung berumur 4 tahun kepada mak saya dan mak saya dituduh membuat cerita dan suami saya naik marah. Namun demikian sekarang dia mengaku dia bersalah dan menyesal ke atas perbuatannya terhadap mak saya kerana dia pernah dituduh bermacam2 oleh mak mertua dia dari perkahwinan dia yang terdahulu sehingga dia menjadi phobia.

    Keluarga saya memang mau saya tinggalkan suami saya kerana kelakuannya tapi saya ambil tindakan untuk tunggu dan lihat ..menunggu keputusan penyiasatan pihak polis dan keputusan JKM sehingga awal bulan Mei.
    Saya sentiasa berdoa agar Allah permudahkan keputusan saya dalam isu ini namun saya perlu nasihat dari pihak berkenaan.

    Diharap ustazah dapat membantu saya. Terima kasih.

  7. yang pelik bin ajaibnya ialah apabila ada orang Islam Malaysia yang mengutuk Morsi dan Ikhwanul Muslimin. Buta hati.

  8. bagaimana dengan seorang isteri yg baik… yg bertolak ansur…yg menfaatkan ibubapa mertuanya dahulu sebelum ibubapanya agar suaminye mendapat syurga tetapi diceraikan kerana sihir dan ilmu hitam seorang wanita lain yg gilakan suaminya… dan bagaimana pula dengan suaminya telah meletakkan sebelah kakinya ke dalam neraka dengan zina, maksiat dan arak akibat dari kekotoran sihir dan ilmu hitam tersebut…salahkah mengikut hukum sekiranya bekas isteri itu menemui ustad-ustad, pengamal perubatan dan ilmuan islam untuk mengubati suaminya demi anak-anaknya…

    1. Assalamualaikum puan kiko..sy terpanggil utk mmberikan pendapat..truskan berubat..doa byk2..serahkan kpd Allah..serahkan segalanya pada Allah…sy faham perasaan puan..sy mngalami keadaan yg sama..berikhtiar dan berusaha asalkan tidak terpesong drp akidah Islam.InsyaAllah..Allah itu sntiasa berada brsama umatnya!!

  9. zahratul akmar harmohan

    Bagaimana pulak dgn isteri yg angkuh. Berpelajaran tinggi dari suami. Engkar suami. Berkata hendak buat benda sendiri. Dipersetujui oleh suami dgn mengatakan “u go my way n I go mine!Adakah itu upama jatuh talak

  10. assalammualaikum…bukan ke tentang tanggung jawab seorang isteri menurut cara Islam
    1. Mentaati perintah suami kecuali dalam perkara yang haram seperti suami mengajak ke majlis tari menari.
    2. Memberi layanan baik kepada suami – mesra dan bijak mengambil hati suami
    3. Memelihara kehormatan diri (Menjaga maruah dengan menjauhi perkara yang boleh menimbulkan fitnah, Wajib menjaga akhlak dan aurat pada setiap masa, Haram menceritakan keaiban suami kepada orang lain)
    4. Menjaga harta suami – Bijak merancang perbelanjaan keluarga
    5. Tinggal di rumah suami – duduk rumah suami mengikut kemampuan suami

    Mengikut hukum Islam, tugas-tugas seperti berikut terletak di bahu suami:-
    Menjaga anak
    Menyediakan makan-minum isteri
    Mengurus segala keperluan rumahtangga
    Mendidik anak-anak dengan memastikan mereka mendapat pendidikan yang sempurna
    Menyelanggara hal rumahtangga seperti memasak, menjahit, mengemas rumah dan sebagaianya
    Akan tetapi, isteri yang melakukan perkara-perkara seperti di atas tadi, mereka akan dikurniakan dengan ganjaran pahala yang banyak dan besar oleh Allah.

    tapi kenapa letak no 2..tidak pandai mengatur rumah, malas mengemas diri, dan malas melakukan apa-apa sehingga dirinya, anak-anak dan rumahnya kotor dan tidak menyenangkan.?

    1. waalaikummussalam,

      memang itu tugas suami. tapi kena baca yang Ein tulis no.1 dan no.2 tu…dah boleh jawab untuk semua persoalan Ein tu. ^_^

  11. Jikalau hati seorang suami belum terbuka. Sebagai istri kita wajib mengingatkan walau terasa pilu rasanya, ingin hati melakukan hal yg ingin pergi tp cobaan dalam rumah tangga…itulah yg mesti kita pelajari dan lebih memahaminya…kita bisa lulus dalam ujian sekolah, tapi belum tentu bisa lulus dalam rumah tangga…amati lebih cermat dan seksama, krna Allah SWT tak pernah lelah bersama kluarga yg mencoba slalu ingin menjadi keluarga SAMAWA.amienn

  12. Assalamualaikum..mohon pencerahan ttg taklik cerai. Suami pernah menyatakan akan menceraikan saya setelah saya melahirkan ank kami akibat ketidakmampuan suami utk menyara keperluan saya Dan ank….kami berpologami yg mama isteri pertama adalah balu Dan menyara and yatim manakala saya adalah janda….

  13. Assalamu alaikum…saya mau tanya apa yg harus dilakukan istri jika suami selalu pulang terlarut malam tapi suami setiap pulang berbau alkohol ( minuman keras ) ketika istri ( saya ) memberitahukan dia selalu marah atau ga enak sama temannya dan istri harus tau atau maklumin lingkungan kerjanya …..suami meminta maaf kpd istri tapi suami berjanji tidak mengulanginya tapi itu hanya sekedar janji yg palsu ….sumi ttp mengulanginya kebiasaan yg buruk …dan apa yg harus dilakukan lagi seorang istri ….terima kasih assalam mualaikum ..wrwb.

  14. Jangan sampai Para Suami terjerumus ke dalam lembah neraka hanya karena menuruti wanita pasangannya seperti 7 contoh tersebut diatas.

  15. Aslmkm..ingn btanya..adalh saya sbg istri berhak meminta cerai ats sebab suami saya tidak puas bsama saya..suami gemar melihat vedeo lucah,gambar2 lucah,komik lucah dan mlkukan seks sendri.. suami juga pernah keluar dengan perempuan lain(bkn muhrim)tanpa pengetahuan saya. Lebih menitik beratkan hal orang lain dari isteri sendiri..kami baru mempunyai anak brusia 5 bln. Sudah lama saya bersabar untuk semua ini..

    1. waalaikummussalam…

      sabar yea…jangan gaduh2. 1st, kamu kena redha dengan ujian Allah swt. Angkat tangan dan kata’ Ya Allah swt, aku redha dengan ujianMU ini ya Allah swt’, aku mohon ampun diatas kelalaianku, ampun kan aku. dan keluarkanlah aku dari kesulitan ini. amin. bila kamu redha, dan mohon ampun, Inyaallah, Allah swt akan tunjuk jalan untuk kamu. permudahkan untuk kamu.

  16. Saya punya suami yg jarang sholat,tp klo kebutuhan keluarganya selalu terpenuhi,sudah dibilang tp selalu marah marah

  17. assalammualaikum..
    bagaimana jika seorang suami berpoligami tapi tidak memberi nafkah secara betul. Abaikan anak isteri pertama kerana ada isteri lain. Amat berkira apabila memberi nafkah untuk anak-anaknya.
    Isteri meminta cerai kerana suami berat sebelah.Apabila telah bercerai bapa mula culas memberi duit makan kepada anak.Apa komen uztaxah….

  18. Xsemestinya ,masih ada lg isteri2 yg prangai mcm ni,queen control yg pling byk,suami gji sikit, dia gj byk,smpaikn suami nk blik kpg die pn kna ugut,kna sisih..bla suami bli kperluan rumah,isteri lbih byk mgadu not my taste… bl suami bleh tggung dia byk songeh…ini berdasarkn pengalmn sy dlm hdup bermsyarakat…

    1. Kalau suami gaji besar tp isteri queen control suruh itu ini camna plak? Semua permintaan telah d tunaikan tp macam masih x memuaskan hati dia. Kadang2 otw balik kerja da suruh bli itu ini.da sampai rumah suruh buat mcm2 plak. Yg paling best bila balik kerja n perut lapar. Sampai je kat rumah suruh jaga anak2 n x masak apa2. Bila marah merajuk plak. Cakap dia je yg betul. Nak orang je memahami dia tp diri sendiri x pernah nk faham suami sendiri….sabar je la

  19. as salam. sekadar pedoman. andainya lelaki selalu berlaku salah, mengapa ramai penghuni neraka adalah perempuan? sama2 kita mencermin diri

    1. waalaikummussalam,

      memang ramai penghuni wanita dalam neraka kerana mencari salah lelaki. Mohon semoga lelaki yang bernama suami ini dapat membimbing isteri-isteri ini selamat dari panasnya api neraka ini. Mohon semoga lelaki bernama suami ini tidak biarkan wanita bernama isteri ini hanyut dalam emosi mereka yang menyebabkan isteri tergelincir dari akidah mereka.

      mohon suami selalu bersama-sama isteri didik hati isteri sabar, redha dan tawakal pada Allah swt. Mohon suami didik isteri bersama2 ke jannah.

      Mohon semoga wanita-wanita ini tidak kekal dineraka kerana kurangnya doa dari suami dan redha suami.

      redha Allah swt terletak pada redha suami dan ibu bapa. Mohon suami didik isteri menjadi solehah supaya dapat redha Allah swt. Isteri amat rapuh imannya, mohon suami pupuk dan tanamkan sifat kasih sayang dan sentiasa bersyukur dengan rezeki yang Allah swt berikan.
      mohon suami, sebagai ketua keluarga dan khalifah, bersama-sama memupuk iman kami para wanita hingga ke jannah bukan ke neraka.

      amin ya robbal a’lamin
      T_T

    2. Rasulallah beri peringatan utk perempuan yg Hati Dan jantung yg tidak buta Dan hati Dan jantung berfikir besandar dgn Al Quran Dan Hadis . Bukan berfikir ikut hukum akal Dan nafsu.

      Jgn ingat gaji besar Dan sekolah tinggi itu
      Lesen utk tidak mentaati suami.
      Jgn ingat gaji besar lesen utk lekehkan / hina/ rendah2.kan suami

      Celakalah perempuan2 macam ni

      Semoga kita dirahnati Allah selalu.
      Semoga kita semua sedar kesalahan diri
      Jika tidak… Kita hanyut dlm dosa2.kita
      Dan hanya berangan2 masuk Surga

  20. Nuur Ramlah Muhammad Haron

    Assalamualaikum. Bagaimana pula jika perkara sebaliknya berlaku? Atau pun suami yg tudak mempunyai pekerjaan bertahun-tahun lamanya? Sedangkan beliau masih muda dan sihat? Terkadang kesalahan dan kekurangan isteri terlalu diperbesarkan untuk menjadi alasan untuk penceraian. Sedangkan isteri terlalu banyak bekorban untuk suami dan anak-anak mereka. Apapun yang tidak disenangi adalah lebih baik dimusawarah dengan berlapang dada agar semuanya dapat diatasi secara bijaksana. Salam hormat dari saya.

  21. saya rasa kesalahan dan kebenaran itu tidak ujud lagi ketika masaalah timbul apa yg perlu puan dan keluarga perlu berbincang jika cuba mengelak cari keluarga dua dua pihak bawa bin cang jika tk bertemu baru kemahkamah buat cara suluh itu cara terbaik sebab kita semua mahukan yg terbaik kan

  22. sy ada isteri yg meniaga kedai makan… dh 11 thn sy bersamanya….sy bekerja sbg pemandu lori kadang2 kerja ot…..isteri sy suka melayan pelangan smp siap duduk semeja..dan bg no fon…..mlm2 ada lelaki call….ini menyebabkan kami selalu begaduh…..dh byk x sy nasihat tp masih buat lg…..kekadang lelaki tu x th yg isteri sy ada suami…..puas dh sy ckp ..sy redha je pd ALLAH…moga isteri sy berubah…….sabar…..

    1. sy kagum dengan saudara..zaman sekarang sush utk bjmpa lelaki yg setia..btapa untungnya istri saudara tp syg tdk mghrgai..sy hrp saudara tabah dan trus mbwa nya kejalan Allah..

  23. seorang wanita

    Nau’zubillah. Moga Allah tetapkan iman kita semua. Tinggikan kesabaran rendahkan keegoaan hilangkan keangkuhan kita. Tajuk artikel ni kan 7 CONTOH ISTERI YANG SERING DICERAIKAN. Nama pon contoh.

    Maksud nya contoh perangai yang menyebabkan si suami bertindak sedemikian. Saya percaya kekuatan keluarga terletak pada isteri. Jika rapuh sang isteri maka rapuhlah keluarga tersebut. Memang suami ketua keluarga tapi sifat lelaki jatuh & bangun kerana wanita. So kita kene kuat 🙂

    Moga kita semua menjadi ketua bidadari buat suami kita. Peace 🙂

  24. nama saya suguna ,saya kahwin hanya dua tahun sahaja..
    tapi abang saya sekarang tak mau hidup dengan saya…dia mau nak cerai saya,,saya ada tanya apa sebab u nak cerai saya dia kata perangai saya…saya kurang senyum,,kurang senmbang..pasai ininje…apa saya boleh buat,,,family dia dengan family say dah sembang tapi masih dia tak mau nak hidup dengan saya ..tapi saya tak mau nak cerai dia …saya betul betul sayang dia…

  25. Balik pada fitrah manusia menerusi jantina masing. Mudah sahaja jangan di campur aduk kan tangungjawab masing2. Lelaki seharusnya jalani tanggungjawab sebagai lekaki dan suami. Dan perempuan buat tanggungjawab sebagai perempuan dan isteri.
    1) lelaki hendak lah berfungsi dan menjalani tanggungjawab sebagai lelaki dan suami iaitu khalifah kepada wanita.
    2) Dan hendaklah wanita berfungsi sebagai wanita dan bertanggungjawab sebagai isteri.
    Kalau semua pasangan berkawin faham peranan masing2 dan mempunyai keimanan tentu tiada penceraian berlaku.
    Kebanyakkan x faham peranan (roles & responsibility)
    Tanggungjawab di campur aduk kan diantara suami dan isteri.
    Contoh: isteri buat tangungjawab suami dan suami buat kerja2 isteri …. ini bercanggah dengan fitrah Allah memjadikan manusia mengikut jantina dan fungsi tersebut. Wallahuallam.

  26. Sya terlalu sygkn bekas suami namun sya tidak d ceraikn sebaliknya d tinggalkn gntung x brtali alma 4 thun. Ank sulong dn kedua brsama kluarganya, ank ketiga brsma sya SBB nyusu bdan. X-hbby knonnya pulng ke kmpung brsama 2 ank utk smentara ktanya. Tetapi akhirnya pindh trust dn x pedulikn sya dn ank ke-3 kmi. Sya d tggalkn ketika hmil 3bln. Stelh tggalkn sya, dia sggup ceritakn PDA kuarganya yg dia telh ceraikn sya dn telh brnikh lain . sya x d ceraikn . 4 thun sya mnderita. Kini Allah berikn jdoh bru yg trbaek buat sya. Alhmdulillah.

  27. Bab rumah bersepah tu mmg x setuju Dua2 bertanggungjwb uruskan rumah sebab zaman sekarang ni isteri pun koje lainlah isteri duk umh melepap je boleh la ceraikn ni sama2 letih dak pun ambil org gaji tolong bantu bayar je gaji

  28. salam . apa yang ingin saya katakan bukan berbentuk soalan mahupun jawapan . cukup sekadar kata-kata kiasan . “Allah tidak menjadikan / menciptakan setiap hambanya dengan sesempurna sesuatu umat kecuali dengan kehendak-Nya yakni tiap-tiap dari kita mempunyai kelemahan atau kekurangan walau sekecil zarah pun .!” apa yang ingin saya terangkan mengenai kata-kata itu ialah .. di dunia ni ada pelbagai jenis manusia namun tiada satupun yang tercipta dengan penuh kesempurnaan tanpa sebarang kelemahan , tidak kira lelaki mahupun perempuan . masing-masing di kalangan kita mempunyai kelemahan dan kelebihan .. maka , allah menciptakan kita pasangan untuk saling melengkapi .. di mana , allah menciptakan kaum hawa dari tulang rusuk kaum adam sendiri .. contohnya , jika si suami tidak berupaya atau hilang upaya menanggung si isteri , maka menjadi tanggungjawab si isteri membantu si suami dan si suami pulak tidak seharusnya mempertikaikan tanggungjawab yang telah berpindah tangan namun si isteri , jangan sesekali besar kepala dengan tanggungjawab itu kerana walau selemah mana pun si suami , setidakmampuan mana pun si suami , suami tetap ketua keluarga .. dan sebesar mana pun tanggungjawab si isteri , tanggungjawab terhadap suami adalah tanggungjawab yang lebih bermakna.. 🙂 # insan lemah .. mohon maaf andai tersilap kata . ini cuma kata-kata kiasan 🙂

  29. apakah dayus jika seorg suami itu masih setia/taat pada isteri yg mpunyai ciri2 golongan isteri spt dinyatakan sedangkan sudah lama sang suami makan hati dgn sikap isterinya itu kerana memikirkan anak2..

  30. Isteri bukan harta suami.
    Isteri, seperti juga anak2, adalah orang/orang2 yang diamanahkan.
    Suami jangan pandang remeh hakikat ini.

  31. Yanti binti Abdullah

    Assalammlkm,,
    Sy ase hal yg kt atas de btulny jg tp pd suami plak cmne??
    Sy nk tny pd pmbca tolng bg pndapat, klau isteri muallaf tp suami x bimbing cmne? Slhke isteri klau tgur suami smbhyg, ajr mngaji isteri? D ckp isteri mnekan trus. Dckp rezki x dtg klau hny smbhyg. Slhke isteri suruh suami cri kje yg gji agk lbh sbb ank2 dh smkn bsar, dn suami blh bg alsn jauh n mls.
    Isteri muallaf tp mcm2 tduhn dn hinaan dr klrga suami. Slh ke klau isteri mtk crai? Skrg rmai yg sbut kkurangn isteri tp suami plk? Isteri pn klau suami dh baik jgn lh abaikn. Tkasih

  32. Yg pnting psangan suami isteri itu kena tahu tanggungjawab masing2.. tanggungjawab t’hdp mngurus rumah n ank2 adalah tanggungjawab b’sama bkn hnya sbelah phk shj.

  33. Salam, sy ingin bertanya. Adakah dayus jika saya tidak mahu menceraikan isteri saya sedangkan beliau meminta cerai? Saya amat sayangkan isteri dan anak2 kami. Beliau meminta cerai kerana saya pernah marah beliau keluar berdua duaan dengan lelaki lain tanpa pengetahuan saya lebih dari 10 kali.

    Saya bersemuka dengan lelaki tersebut dan beliau mengakui memang ada keluar makan bersama isteri saya beberapa kali pada petang dan juma malam. Dan isteri juga mengakui kesalahan tersebut.

    Saya sudah memaafkan isteri saya dan meminta beliau kembali taat dan setia kepada saya sebagai suami. Malangnya isteri saya tetap dengan pendirian beliau ingin bercerai hanya kerana saya marah kepada beliau. Bila ditanya adakah beliau cintakan lelaki tersebut, beliau menafikannya dan hanya memberi jawapan bahawa sudah tidak cintakan saya sebagai suami.

    Saya buntu memikirkan hal ini. Dan adakah dayus jika saya tidak mahu ceraikan isteri dan masih mempertahankan mahligai kami?

    Sekarang ini sudah 4 bulan isteri saya tidak benarkan sy berjumpa dengannya.

  34. cara buat banyak duit

    takut gak membacanya

  35. Para wanita sekelian jangan lah berani tarjih (condemn) hadis dari baginda Muhamad saw, dari tafsiran para ulama rahimmullah, hukum menidak hadis baginda nabi saw terbatal keislamannya, ulama ini mereka semua mahu beri kesedaran kepada kita semua supaya baiki diri kepada masa hadapan, jika tidak lagi mahu Menerima atau setuju ini semua terpulang kamu juga yg rugi ikutkan perasaan nafsu, maaf kerana terlalu ramai golongan kamu di mashar tidak selamat, tidak rugi ikut kearah kebaikan yg di tunjuk dalam Islam susah sementara sahaja ujian kehidupan yg tidak kekal kejayaan kita apabila kita semua yg beruntung masuk syurga milik Allah swt, الله المستعان

  36. Saya bukan lelaki yang baik saya nak tanya..
    Saya kerja pagi dan petang n malam. Isteri tak bekerja..
    Gaji saya tiada baki cukup bg nafkah lebih dari kemampuan saya.. Untuk puasakm hati istri. Baju dah lama tak ditukar ganti asik istri je yg tukar ganti.. Saya diamkan dr kalu gaduh tp isteri yg naik tangan n ugut saya dengan benda tajam… Baling botol kaca, nak tikam dengan pisau n tanpa na ketuk kepala itu la kalu sy bergaduh. Kes paling baru tiap2 minggu keluar tp mingu ni sy takda wang bak kuar. Sy cuba bg tahu saya nak kuar nk cari rezeki. Dia mgamuk kata hari mingu untuk bawak dia dan anak berjalan. Dia mgamuk tanpa saya n ugut dengan pisau… Sy sngp n cuma pertahankan dr. Adakah saya ptut ceraikan isteri saya. Tp saya ksian kat anak saya. Apa patut sy buat..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *