Kesihatan, Lifestyle

6 Manfaat Minyak Kelapa Pada Rambut dan Kulit Kepala

Selain bersyampoo tahu kah anda bahawa ada berbagai cara lain lagi untuk mendapatkan rambut yang cantik, kuat , bersinar dan lebat.kebanyakan dari kita kerap mengalami masalah berkaitan rambut seperti kelamumur dan rambut gugur .Namun ada beberapa masalah lain yang sering dialami wanita seperti rambut bercabang, rambut berbuah dan kulit kepala di tumbuhi jerawat.

Masalah-masalah yang dihadapi berkaitan rambut dan kulit kepala menunjuk kan yang rambut dan kulit kepala anda tidak sihat.Apa yang anda perlukan untuk mengatasi masalah kulit kepala dan rambut ini adalah Minyak kelapa. Bagaimana bahan yang biasa kita gunakan ini boleh membantu merawat kulit kepala anda?Kami di Tips Cantik dan Sihat akan berkongsi beberapa manfaat minyak kelapa untuk rambut dan kulit kepala anda.

6 Manfaat Minyak Kelapa Untuk Rambut Dan Kulit Kepala

1-Rambut Lebih Hitam Dan Berkilau

Tidak dinafikan dengan menyapu minyak kelapa pada rambut akan membuatkan rambut anda lebih berkilau dan lebih hitam.Bagi kaum india sejak bayi lagi anak-anak kecil akan disapukan minyak kelapa d kepala mereka supaya rambut mereka lebih hitam dan berkilat.

2-Rambut Tidak Mudah Rosak

Minyak kepala juga mampu melindungi kulit kepala dan sel rambut anda.Ia meresap lebih cepat ke dalam sel rambut dan kulit kepala . Rambut yang terdedah dengan matahari akan menyebabkan ianya mudah kering dan bercabang.Sebelum anda melakukan aktiviti luar , sapu kan sedikit minya kelapa dara pada rambut anda.Anda munkin tidak selesa dengan bau minyak kelapa.Namun di masa sekarang sudah banyak produk minyak kelapa dara di pasaran yang sesuai dipakai untuk aktiviti luar.

3-Melancarkan Peredaran Darah

Kulit kepala yang tidak sihat akan menyebabkan jerawat dan kelemumur yang teruk.ianya membuatkan anda berasa tidak selesa akibat kegatalan.Namun asid laurat di dalam minyak kelapa sangat berkhasiat dalam memperlancar peredaran darah dan udara pada kulit kepala sekaligus mengelak kan kepala anda dari berkelamumur.

BACA:  Kerap Alami Ulser Di Dalam Mulut, Mengapa?

4-Melembabkan Rambut

Dengan menyapu minyak kelapa setiap hari sebelum tidur akan membuatkan rambut anda kekal lembab sepanjang hari.Sebelum anda tidur sapu kan minyak kelapa pada rambut dan kulit kepala.Bersihkan pada keesokan nya ketika anda mandi kemudian kering kan.Anda akan merasai rambut anda lebih lembab berbanding sebelum nya.lakukan setiap 3 hari sekali dan anda akan mendapati perubahan yang ketara pada rambut anda.

5-Rambut Lebih Lembut Dan Halus

kaya dengan khasiat dari sumber vitamin A, C, dan E yang terbukti mempunyai khasiat untuk kesihatan dalaman dan luaran, seperti meneutralkan radikal bebas sekaligus mencegah daripada kerosakan sel rambut di samping mengekalkan kehalusan .

6-Menghilangkan Kelamumur

Kelemumur yang menempel di kulit kepala akan menyukarkan nya untuk di bersihkan namun dengan menggunakan minyak kelapa kelemumur yang menempel lebih mudah di dibuang.Sapukan Minyak kelapa di serata kulit kepala dan biarkan selama 20 minit.Kemudian bersihkan rambut melalukan air pada kepala sambil menggunakan sikat, Kelemumur lebih mudah di bersihkan dengan cara ini.Kandungan asid laurid di dalm minyak kelapa juga membuatkan kulit kepala bebas kelamumur.

 

Sumber: atieshadan.blogspot.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!