Tazkirah

5 Tips Kembali Kepada Fitrah, Tinggalkan Kehidupan Songsang

Allah S.W.T menciptakan manusia terbahagi kepada dua jantina. Iaitu lelaki dan perempuan. Lelaki mempunyai penampilan yang berbeza dengan perempuan.

Begitu juga perempuan berbeza dengan lelaki, dari segi pemakaian, batas aurat, bentuk fizikal dan pelbagai lagi.

“Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang menciptakan pasangan lelaki dan perempuan,”
Surah An-Najm : 45

Pada kes-kes terpencil, ada yang dilahirkan khunsa (mempunyai dua alat kelamin). Kejadian ini jarang berlaku tetapi ia wujud. Bagi mereka, terimalah ia sebagai ujian Allah S.W.T.

Dan mereka seharusnya memilih kecenderungan mana yang kuat bagi mereka. Adakah ke arah lelaki atau perempuan. Jika lelaki, mereka harus hidup sebagai seorang lelaki bukan seorang perempuan.

Artikel ini tidak akan membincangkan golongan khunsa tetapi golongan yang dilahirkan fitrah tetapi mempunyai nafsu yang tersasar dan songsang.

Punca Dan Cara Pandang Kita

Kenapa LGBT ini wujud? Mesti ada punca disebaliknya. Mari kita ketahui antara punca tercetusnya LGBT ini.

#1- Terpengaruh dengan rakan yang terjebak dengan budaya songsang
#2- Kerana cinta (putus cinta hingga tidak mahu bercinta dengan berlainan jantina lagi dan berubah kepada cinta       sesama jenis)
#3- Kurangnya ilmu pengetahuan mengenai hukum hakam agama
#4- Lemahnya iman menghadapi ujian

Kita seharusnya sedar bahawa isu LGBT bukan isu kecil. Ia isu besar yang melibatkan keluarga, masyarakat bahkan seluruh dunia.

Kita sebagai manusia normal memandang perbuatan ini adalah perbuatan yang di luar batasan. Mengikut logik akal, lelaki berpasangan dengan lelaki tidak mampu melahirkan zuriat. Begitu juga sebaliknya. Di situ sudah terlihat jelas betapa peliknya amalan hubungan sejenis ini.

“Dan Nabi Lut juga (Kami utuskan); (ingatlah peristiwanya) ketika ia berkata kepada kaumnya: “Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji sedang kamu nampak kejinya?”
Surah An-Naml : 54

BACA:  Doa-doa Ketika Menghadapi Kesusahan Dalam Kehidupan

Fikirlah dengan minda yang terbuka(bukan terlalu bebas tetapi tetap ada batas). Allah sudah jadikan kita manusia yang normal. Janganlah memilih cara hidup yang salah dan terlalu mengikut kehendak nafsu. Ikutlah panduan Islam.

Lelaki jadilah seorang lelaki. Jangan ikut fitrah perempuan. Begitulah juga perempuan. Masing-masing, Allah sudah mencipta dengan sebaik-baik ciptaan.

Mari Kembali Kepada Fitrah

Kepada yang sudah terjebak atau ada keinginan songsang, baiklah kembali berubah. Kembali kepada fitrah.

“Bagaimana caranya? Saya tak mampu.”

“Ada peluang untuk saya lagi? Saya banyak dosa.”

Jangan risau, pengampunan Allah itu luas. Pengampunan Allah lebih besar daripada dosa kita. Bertaubatlah dengan sebenar-benar taubat. Allah tidak zalim.

Perasaan menyesal itu pun tandanya Allah sayang kepada kita. Allah beri peluang selagi kita bernafas. Ayuh, berubah. Antara tips untuk berubah dan kembali kepada fitrah:

#1- Mendekatkan Diri Dengan Allah

Perlahan-lahan berubah. Dekatkan diri dengan Allah. Banyakkan beristighfar dan lakukan solat taubat. Mohonlah keampunan dengan sepenuh hati. Insyaallah, Allah akan ampunkan.

#2- Jauhi Rakan Yang Membawa Ke Arah Songsang

Jika kita masih belum mampu untuk berdakwah kepada rakan kita yang terjebak dengan budaya songsang, eloklah kita menjauhi mereka.

Berdampinglah dengan para ulama dan orang-orang yang baik. Moga hati kukuh untuk istiqamah dalam fitrah. Dan jangan lupa berdoa kepada rakan kita yang masih terjebak untuk kembali ke pangkal jalan.

#3- Banyakkan Membaca

Bacalah bahan bacaan yang ilmiah. Buku kisah orang bertaubat, buku motivasi diri dan pelbagai bahan bacaan positif yang lain. Seringlah juga mengunjungi laman web yang berbentuk islamik, motivasi dan berilmiah.

#4- Sibukkan Dengan Aktiviti Yang Bermanfaat

Bila kita sibuk dengan perkara yang bermanfaat, kita tidak sempat berfikir dan membuat perbuatan dosa dan negatif lagi.

BACA:  Kalau Mak dan Ayah Dah Tiada Nanti, Selepas Kebumikan, Jangan Balik Lagi..

Jadi sibukkan diri dengan bekerja, beriadah dan pelbagai aktiviti yang baik untuk diri kita.

#5- Banyakkan Berdoa Kepada Allah

Berdoa adalah senjata orang Mukmin. Pohonlah kekuatan hati yang sifatnya berbolak-balik agar tetap dalam kebaikan dan kebenaran. Sesungguhnya Allah rindu dengan doa kita. Berdoalah dengan seikhlas hati.

Kesimpulan

Jika terjebak, ya agar sukar untuk kembali semula. Tetapi kuatkan hati dan teruskan langkah. Jadikan ia sebagai satu medan perjuangan kita melawan nafsu songsang. Insyaallah, ada ganjaran setiap usaha baik kita.

Nasihat untuk masyarakat awam yang normal. Jika ada golongan yang songsang yang ingin berubah, sambutlah dengan hati gembira dan terbuka. Janganlah memaki dan ada yang menyindir pula. Itu bukan akhlak kita.

Kita sebagai umat Islam seharusnya terima mereka yang telah berhijrah dan ada niat mahu berubah. Jika kita mampu, berikan didikan agama, sokongan dan semangat kepada mereka agar mereka tidak kembali ke dosa silam.

Jika tidak mampu memberikan didikan agama, bawalah kepada orang yang berkelayakan. Bantu mereka dengan sebaiknya.

Bukan masanya lagi untuk terus mengecam, dan memaki. Takut nanti mereka terus dalam budaya songsang disebabkan sikap kita sendiri. Nauzubillah minzalik.

Mari kembali kepada fitrah, hidup pasti lebih terasa indah. Waallahua’alam.

 

Sumber: Tazkirah.net 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *