≡ Menu

5 Perkara bawa wanita ke Syurga

Perkara yang membawa seseorang wanita kepada keselamatan dan kebahagiaan dunia dan akhirat. Antaranya, hendaklah melaksanakan kewajipan agama.

Dalam sebuah hadis riwayat al-Bazaar, Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Jika seseorang wanita solat lima waktu, berpuasa pada Ramadan dan taat kepada suaminya, nescaya ia akan masuk syurga.

Kedua, hendaklah mentaati suami. Hal ini disebut dalam banyak hadis, antaranya hadis riwayat at-Tabarani, daripada Abdullah bin Salam bahawa Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Sebaik-baik wanita adalah wanita yang menyenangkanmu jika kamu melihatnya, mentaatimu jika kau menyuruhnya dan dapat menjaga dirinya dan hartamu ketika engkau tidak bersamanya.

Ketiga, selalu mengingati Allah. Dalam sebuah hadis riwayat at-Tirmizi, bahawa Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Hendaklah kamu (para wanita) memperbanyak membaca tasbih, tahlil, taqdis dan hitunglah dengan ruas jari-jari kerana sesungguhnya mereka akan ditanya dan akan dijadikannya boleh berbicara. Janganlah kamu lalai sehingga melupakan rahmat Allah.

Keempat, solat malam. Dalam hadis riwayat Abu Daud daripada Abu Hurairah r.a dan Abu Said r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Sesiapa yang bangun tengah malam, kemudian membangunkan isterinya, lalu mereka melakukan solat berjemaah dua rakaat, maka mereka akan dimasukkan dalam golongan orang-orang yang banyak mengingati Allah.

Kelima, berbuat baik dan banyak bersedekah. Dalam sebuah hadis riwayat Ahmad dan Tirmizi, Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Wahai semua wanita, bersedekahlah walaupun dari perhiasan kamu sekalian. Sesungguhnya kamu kelak paling banyak menjadi penghuni neraka. Demikianlah, wallahualam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

{ 16 comments… add one }
  • Lenggang Kangkung October 9, 2012, 11:45 am

    macam mudah aje tapi tak mampu ..
    Lenggang Kangkung recently posted..Subhanallahi wabihamdih

    • Amri November 3, 2012, 10:33 am

      Allah tk membebankan sesuatu yg tk mampu dilakukan oleh hambaNya….Jgn jadi muslimah yg lemah wahai saudara Muslimahku….
      Di Syria, Palestine, Lebanon wanita Muslimah angkat senjata utk mempertahankan Agama Islam….
      Kita?…..Nabi suruh buat Empat perkara itu pn kita dh kata tk mampu!
      Kuatkn semangat dn jati diri utk menjadi muslimah yg dikehendaki Rasullulah s.a.w.

    • pyrazalilah July 25, 2013, 7:51 am

      Assalam – Susah dan mudah terletak kepada kekuatan dan ingatan kita terhadap tugas tanggungjawab diberi dilaksana dengan sebaik mungkin bukankah kita ini dicipta untuk beribadat padaNya

    • No name September 22, 2015, 2:45 am

      Kan. Nampak mudah tp mmg xmampu.. :,(

  • Hawa December 28, 2012, 3:44 pm

    Subhanallah….mudah-mudahan menjadi amalan bg setiap wanita….

  • (^_^) February 19, 2013, 12:00 am

    subhanallah…tingginya martabat kaum wanita…sama-samalah kita perbaiki diri masing-masing dan kembalilah ke jalan yang benar wahai seluruh kaum kerabatku…..kejarlah akhirat kerana itulah yang hakiki

  • Ibnu Amin Razip al-Bayani August 12, 2013, 4:16 am

    جَزَاكَ اللهُ خَيْرًا

  • AIza June 29, 2014, 10:02 am

    Semoga kita semua dipermudahkan oleh Allah untuk melaksanakan 5 perkara tersebut.

    http://aizashoppe.blogspot.com/p/wanita-begitu-istimewa.html
    AIza recently posted..Salam Ramadan & Selamat Berpuasa

  • Boy Rangga Saputra August 4, 2014, 1:46 am

    Mungkin tidak smuanya wanita (istri) itu sperti itu, terkadang ada banyak juga wanita (istri) yang tidak mentaati suaminya, bahkan cenderang mampu tuk melawan dan Ia merasa lebih tinggi derajatnya daripada suaminya, dan banyak lagi yang lainnya, pada dasarnya dia (istri) bercerai adalah jalan satu2nya untuk lepas dari penderataan, ttp kalau dicermati dengan seksama kebohongan yang Ia (istri) sampaikan untuk mendapatkan legetimasi banyak orang agar terwujud keinginannya. Nawujubillah min zhalik

    • puteri March 28, 2015, 10:57 am

      kalau dh suami x mampu jlnkan tanggungjawab sbgai ketua klurga, x mmpu bagi anak bini makan mcamana? sb tu hilangnya hormat seorang istri kpd suami bila semua terbeban atas bahu istri.

      • isteri tertekan March 29, 2015, 2:22 am

        Bgmana kalau si suami x pernah bg nafkah pd isteri n ank2, x berlaku adil dlm pbhgian giliran, malah mggunakan duit siisteri sehingga siisteri pula tpaksa bhutang utk menanggung dirinya n ank2. Setelah siisteri bkorban segalanya, hati n perasaannya pula x pernah djaga, sering dilukai. Bgamana seorg isteri mampu utk mtaati sisuami. Namun siisteri x pernah tinggikn suara pd suami, malah tetap mhormati sisuami, namun hatinya sentiasa bkata2 n sedih n sesekali x mampu utk melayani hajat sisuami krn hati n perasaannya tluka. Wallahualam….

        • No name September 22, 2015, 2:43 am

          Betul tu. Kdg2 life is so unfair. Kena taat suami tp suami xtunaikan tggjwb nafkah zahir batin. Nampak simple tp dlm hati isteri sapa yg tau. That’s lead kpd kecurangan isteri. Punca dri suami jgk..

  • Mayrriena February 16, 2015, 8:29 am

    Rangga.. Saya kurang faham apa yg kamu cuba sampaikan. Harap dpt penjelasan dari kamu. Terima kasih rangga

  • Junaidawatie April 15, 2015, 9:52 am

    InshaAllah akan cuba sedaya upaya menjadi yg terbaik.
    Junaidawatie recently posted..7 Kriteria Penting Sebelum Memilih Set Bersalin

  • Amira January 7, 2016, 12:31 am

    Ibu sy mentaati suaminya yg bertahun lamanya tidak memberikan nafkah kpd kami. TABAHNYA KAMU IBU

Leave a Comment

CommentLuv badge