Tazkirah

5 Perbezaan Di Sebalik Kejadian Lelaki Dan Wanita

Wanita, Berfikirlah Seperti Lelaki. Act Like A Lady Think Like A Man. Tajuk buku Steve Harvey membuatkan saya berfikir sejenak. Mengapa harus jadi begitu ? Ada rahsia penciptaan di sebalik kata-kata ini.

Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:

“Dan tiap-tiap jenis Kami ciptakan berpasangan, supaya kamu mengingati (kebesaran Allah).”
Surah az-Zariyat:49

Rahsia penciptaan manusia yang berlainan jantina membuktikan bahawa Allah S.W.T telah menetapkan peranan masing-masing.

Manusia dijadikan sebagai khalifah di muka bumi ini yang berperanan untuk saling-melengkapi dalam mentadbir alam kehidupan.

Berdasarkan perbezaan peranan inilah, kedua makhluk ini diberikan fizikal, mekanisme otak, kimia badan dan tingkah lakunya yang sangat berbeza menurut keperluan dan kehendak masing-masing.

Maka, setiap manusia harus memahami dan mengkaji sebanyak mungkin hikmah yang tersembunyi di sebalik penciptaan yang unik ini agar setiap konflik yang terjadi antara lelaki dan wanita dapat diuruskan dengan baik.

Mari kita lihat perbezaan lelaki dan wanita dari sudut perisian lelaki dan wanita, akal, pendengaran, mata (visual) dan cara mereka berfikir.

#1 – Perisian Lelaki Dan Wanita
Di dalam konteks perisian lelaki dan wanita, lelaki lebih dikenali dengan perisian monotrek iaitu kurang dalam penggunaan bahagian emosi yang terdapat di tengah-tengah bahagian otak. Maka lelaki lebih fokus mindanya kepada perkara-perkara luaran.

Lelaki lebih cenderung terhadap benda (selain manusia) dan bersifat mono-tracking iaitu fokus kepada satu kerja dalam satu masa. Apabila mengalami stress, lelaki lebih suka menyelesaikannya sendiri dan mudah lupa terhadap sesuatu perkara yang melibatkan emosi dan perasaan.

Disebabkan perisiannya yang lebih bersifat fokus, maka tidak hairanlah jika kita lihat apabila seorang lelaki membeli-belah (shopping) dengan objektifnya (terus ke kedai, beli, balik). Benar bukan?

Ini berbeza dengan perisian wanita yang dikenali dengan multitask iaitu minda yang fokus kepada hubungan interpersonal, maka banyak menggunakan bahagian emosi sebagai motivasi untuk mengeratkan hubungan peribadi.

Sudah pasti wanita lebih menyukai perkara-perkara yang berkaitan manusia. Tidak hairan juga wanita mampu membuat banyak kerja dalam satu masa! Di sebabkan sifat wanita yang multitasking.

Wanita mempunyai perisian yang lebih mengenai emosi, maka apabila mereka menghadapi masalah atau mengalami stress wanita lebih suka untuk meluahkan kepada orang tersayang.

BACA:  Keadaan Seseorang Ketika Dalam Kubur

Dalam pada itu, perisian wanita yang lebih subjektif menjadikan wanita lebih cenderung membeli-belah dengan masa yang lebih lama.

#2 – Akal Lelaki Dan Wanita
Pergerakan dalam otak lelaki dan wanita mempunyai perbezaan masing-masing.

Di dalam otak lelaki, lebih tinggi pergerakan di sebelah otak kanan “mechanical spartial”. Sebagai contoh, suka membaling sesuatu objek dan memukul rakan sebagai tanda kemesraan. Selain itu, jika melakukan sesuatu kerja perlu mengambil kawasan yang lebih luas untuk keselesaan dan barang-barangnya.

Berbeza dengan wanita, tinggi pergerakan dikedua-kedua otak pada bahagian verbal-emotive. Wanita lebih suka mengaitkan perkataan dengan emosi dan berbual untuk mengeratkan sesuatu perhubungan/silaturrahim.

Wanita sangat suka memanjangkan perbincangan dengan soalan-soalan terbuka seperti “Apa pendapat anda?”

Otak lelaki terdiri daripada 6 ½ X Grey Matter daripada otak wanita. (Grey matter – proses informasi secara setempat) Disebabkan inilah lelaki boleh fokus satu kerja dalam satu masa, lebih bersikap “direct to the point” dan berfikir secara individu apabila menyelesaikan sesuatu masalah.

Manakala, otak wanita terdiri daripada 10 X White matter daripada otak lelaki. (White matter – proses informasi melalui jaringan dan perhubungan dengan pusat-pusat utama di dalam otak) Oleh itu, wanita boleh membuat banyak kerja dalam satu masa.

Selain itu, wanita lebih kreatif dalam perbincangan bersama mencari penyelesaian. Dengan melontarkan persoalan “Apa pendapat anda?” bukan bererti wanita tersebut tidak mengetahui malah lebih kepada untuk membina kolaborasi dan ikatan kerjasama.

Otak lelaki kurang pergerakan darah dalam cingulate gyrus di tengah otak yang menyimpan ingatan emosi dan pengalaman hidup seseorang. Hal ini menyebabkan lelaki kurang memikirkan hal yang berkaitan emosi.

Oleh itu, sudah tentu dalam otak wanita pergerakan di gyrus lebih aktif. Disebabkan inilah, wanita mudah membuat refleksi terhadap perkara lepas yang berlaku di persekitaran berdasarkan intonasi suara, gerak badan dan ekspresi muka.

Amyglada di dalam otak lelaki lebih besar dan aktif menggerakkan darah ke brain stem untuk pergerakan fizikal dan agresif (lawan atau lari). Tiada fungsi untuk mendengar dan berfikir panjang.

Namun begitu, dalam otak wanita yang terdapat Hippocampus yang lebih besar dan aktif mengingati perkara-perkara interaktif dan insiden dengan lebih terperinci.

BACA:  Haram Wanita Bernyanyi Dan Inilah Amaran Allah Kepada Mereka

Dalam pada itu, terdapat 10-20 X hormon testosterone yang menjadikan lelaki lebih agresif dan bersifat seperti pemburu.

Berbeza dengan wanita yang mempunyai banyak Seratorin, Oxytocin, Progestrone dan Estrogen yang menjadikan wanita sebagai penenang jiwa dan mempunyai naluri yang baik dalam menjaga anak.

#3 – Pendengaran
Pendengaran wanita dikenali dengan kaedah stereo dan lelaki dengan kaedah mono. Mari kita lihat satu persatu.

Pendengaran stereo mempunyai ciri-ciri seperti:
#1- Sel mendengar terdapat di kedua-dua otak.
#2- Boleh mendengar semua sumber bunyi serentak.
#3- Minat kepada bunyi suara manusia dan nada emosi.
#4- Cepat mendengar bunyi tetapi tidak mengetahui punca.
#5- Boleh mendengar semua bunyi tanpa niat untuk mendengar.

Kaedah pendengaran stereo menjadikan wanita suka mendengar suaminya bercerita tentang kecantikan dirinya, pakaian dan perhiasan rumahnya.

Selain itu, suka mendengar ungkapan cinta dan rindu daripada suaminya dan mempunyai rasa empati bila mendengar suara bayi menangis atau orang lain menangis.

Manakala, pendengaran mono pula mempunyai ciri-ciri berikut:
#1- Sel mendengar hanya di sebelah otak sahaja.
#2- Pendengaran fokus bersama penglihatan.
#3- Boleh fokus mencari punca bunyi, apabila sedang fokus kepada satu bunyi maka bunyi-bunyi lain dianggap sebagai gangguan.
#4- Boleh mendengar jika niat untuk mendengar.

Maka, dalam kaedah mono dapat dibuktikan apabila lelaki berburu, mereka dapat mendengar bunyi haiwan untuk tujuan berburu dan keselamatan.

Selain itu, boleh mencari punca kerosakan enjin (Troubleshooter) dan mengalami stress jika mendengar kanak-kanak menangis.

#4 – Mata (Visual)
Pandangan mata lelaki ditugas untuk melihat objek jauh yang bergerak di sebuah lapangan. Matanya melihat dengan kaedah kanta zoom (jauh dan sudut kecil).

Oleh sebab itu, di dalam rumah, mata lelaki sukar untuk mencari barang melainkan disusun atur dan dilabel dengan jelas.

Satu lagi perkara yang anda perlu tahu, mata lelaki sukar untuk melihat warna. Mata lelaki kurang mempunyai sel untuk menerima warna (colour blindless).

Manakala, mata wanita mempunyai sudut penglihatan yang luasnya seluas 180 darjah! Menggunakan kanta wide angle – (luas sudut dan dekat) Tetapi mereka masih boleh melihat dekat dan dapat mengenal pasti kesemua objek di dalam rumah.

BACA:  Menghayati keagungan peristiwa Israk Mikraj didik jiwa Muslim ke arah kesempurnaan

Sebab itulah wanita lebih mudah mencari barang di rumah sama ada tersusun rapi atau berselerak. Wanita juga mempunyai minat dan emosi yang baik terhadap warna. Mata mereka seperti HD tv yang mempunyai banyak sel yang menerima warna.

#5 – Perbezaan Saiz Corpus Collasum
Saiz Corpus Collasum yang mempunyai perbezaan antara lelaki dan wanita mempunyai kesannya tersendiri. Corpus Collasum bagi lelaki lebih nipis berbanding wanita yang mempunyai ketebalan sebanyak 20%.

Disebabkan Corpus Collasum lelaki lebih nipis, maka perhubungan berlaku banyak di dalam satu otak sama ada kiri atau kanan.

Oleh sebab itu, lelaki mampu berfikir secara satu tajuk dalam satu kotak fikiran mereka dan di dalam setiap kotak itu hanya mempunyai pengisiannya tersendiri tiada kaitan dengan perkara lain.

Hal ini dapat kita lihat semua pengalaman pahit, kesilapan dan kelemahan dan kekalahan di simpan dalam kotak dan buang daripada ingatan. Mereka akan stress jika ditanya dengan soalan yang berkaitan dengan tajuk dalam kotak ini.

Manakala, segala kejayaan dan kemenangan disimpan dalam kotak dan ada dalam ingatan dan sangat suka apabila ditanyakan tentang ini.

Ketebalan Corpus Collasum wanita menjadikan perhubungan pantas kedua-dua belah otak dan dapat berfikir secara menyeluruh. Semua tajuk dapat difikir dan bicara dalam satu masa.

Setiap isu berkaitan dengan yang lain dan minat berbicara dan mengaitkan dengan emosi dan perasaan kisah peribadi sekarang dan silam.

Hikmah Perbezaan Lelaki Dan Wanita
Subhanallah! setiap penciptaan-Nya membawa banyak peranan yang berbeza. Oh, sebab itulah lelaki dan wanita itu dijadikan untuk saling melengkapi.

Kasut pun mempunyai pasangan kiri dan kanan. Apatah lagi dalam gender manusia.

Banyak yang dapat kita pelajari, berfikirlah dengan hikmah agar kita sentiasa bersyukur dengan perbezaan yang ada dalam diri kita.

Belajar untuk memahami pasangan dan bertolak ansur dalam sesebuah perhubungan agar kekal harmonis dan bahagia.

Rujukan:
Kursus Pintar Gender oleh Ahmad Shafiai Bin Uda Jaafar (Pak Utih) Success Together Consulting

 

Sumber: Tazkirah.net 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *