Lifestyle, Nasihat

5 Langkah Efektif Untuk Mengelakkan Tekanan Semasa Menggunakan Media Sosial

Kesihatan mental semakin hari semakin kerap diperkatakan. Menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), penyakit mental dijangka akan menjadi bebanan penyakit nombor dua di dunia menjelang 2020. Masalah ini sebenarnya berlaku kerana banyak faktor- biasanya berpunca dari cara hidup yang tidak sihat serta persekitaran yang tidak sihat, tidak kiralah di dunia realiti mahupun di dunia maya.

Tanpa kita sedari, media sosial juga menjadi faktor penyumbang kepada peningkatan masalah ini. Banyak kes kemurungan terjadi disebabkan kecaman serta komen-komen negatif yang berterusan diterima di media sosial. Berikut disediakan beberapa langkah yang boleh diambil bagi mengelakkan tekanan semasa menggunakan media sosial.

#1- Menggunakan Media Sosial Dalam Keadaan Sedar

Apabila anda menggunakan media sosial, adakah anda sedar apa yang dilihat, dengar dan perkatakan? Ambil masa untuk menilai, adakah anda rasa gembira? Adakah apa yang orang lain tulis buat anda tidak selesa atau stres?

Jika jawapannya lebih menjurus kepada negatif, maka ini masanya untuk anda unfriend, unfollow, senyapkan notifikasi, atau berhenti sebentar daripada menggunakannya media sosial.

Ia bukan suatu tindakan yang mementingkan diri sendiri, bahkan tindakan yang bijak bagi mengelakkan minda anda bertambah stres. Ingat, kesihatan mental anda lebih penting daripada ingin memenuhi kehendak semua orang.

#2- Tidak Semua Yang Ada Di Media Sosial Itu Benar

Tidak semua yang anda lihat di media sosial itu betul. Siapa pun tidak akan menunjukkan sudut-sudut yang kurang dalam kehidupan mereka di media sosial. Yang dipaparkan adalah yang indah-indah sahaja. Jika anda fikir kehidupan mereka sempurna,fikir sekali lagi, bahawa mereka juga manusia biasa. Siapa mereka tidak ditentukan dengan apa yang mereka tunjukkan di media sosial.

BACA:  Wasiat Tentang Rahsia Perniagaan Hassan Al-Basri Kepada Dua Orang Anaknya

#3- Jom Rehat!

Ambil masa untuk berehat jika anda rasa penat apabila menggunakan media sosial. Isu semasa memang penting tetapi jika berita-berita tentang keganasan, peperangan, pembunuhan dan segala macam jenayah dihadapkan pada anda setiap hari membuatkan anda semakin negatif dan pesimis dengan kehidupan, jauhkanlah sebentar dari membaca berita-berita tersebut.

Ambil masa untuk bertenang, dan tentukan masa yang paling sesuai untuk anda membaca berita-berita begini. Jika anda lebih banyak menghabiskan masa dengan media sosial dan alat elektronik berbanding bersama keluarga atau kawan-kawan, ini juga masa yang sesuai untuk berehat.

#4- Hadkan Masa Apabila Menggunakan Media Sosial

Kajian menunjukkan 40 peratus daripada penduduk dunia menggunakan media sosial, dan purata masa yang dihabiskan untuk hanya memberi komen, like, menatal (scrolling), dan tweet ialah dua jam dalam sehari. Cara yang bagus untuk mula mengawal aktiviti di media sosial ialah dengan menghadkan masa apabila menggunakan media sosial.

#5- Awas Cyber-bullying dan Public Shaming

Public shaming merupakan suatu tindakan yang dilakukan dengan berniat memalukan atau menjatuhkan seseorang. Dulu tindakan ini berlaku secara terus ke atas seseorang di tempat awam. Perkembangan teknologi kini memungkinkan ianya turut berlaku di media sosial.

Ia biasanya terjadi apabila suatu pendapat dan pernyataan yang dikeluarkan tidak disetujui oleh orang ramai. Orang itu akan diserang peribadinya, dikutuk di media sosial, dihina dan dibuli dengan kata-kata kesat sehingga boleh memalukan dan menjatuhkan maruah. Lebih teruk lagi, seseorang boleh menjadi stres dan murung kerana tindakan yang tidak bermoral ini.

Sebagai pengguna media sosial, kita harus cakna dengan budaya tidak sihat yang ada. Ia tidak boleh dijadikan perkara biasa di media sosial. Jika anda menjadi salah seorang mangsa, jauhkan diri daripada media sosial buat beberapa ketika.

BACA:  4 Hikmah Disebalik Amalan Tolong-Menolong

Tidak semua perkara perlu dijawab dengan segera. Orang akan reda dari bercakap apabila kita tidak memberi respon yang dimahukan. Bertikam lidah di media sosial selalunya tidak menyelesaikan masalah yang ada.

 

Sumber: Tazkirah.net 

Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *