5 “Flea Markets” Di Seoul Untuk Diterokai di Korea
Travel

5 “Flea Markets” Di Seoul Untuk Diterokai

Seoul adalah salah satu destinasi pelancongan kegemaran kami kerana terdapat keseimbangan yang terbaik dengan permandangan, makanan yang enak dan tentu saja, SHOPPING! Jika anda sentiasa mencari barangan luar biasa atau anda ingin berbelanja seperti penduduk tempatan, ini adalah 5 pasar yang anda tidak boleh ketinggalan!

 

  1. Seocho Saturday Flea Market

5 “Flea Markets” Di Seoul Untuk Diterokai di Korea

Apa yang dapat dijual: Anda boleh dapati hampir semuanya di bawah matahari di “flea market” ini, dari pakaian hingga ke buku dan perabot rumah. Ia adalah salah satu pasar lambak terbesar di Seoul dan pastinya kurangnya ciri tempat pelancongan yang anda tidak boleh ketinggalan!

Waktu Beroperasi: 9 pagi – 3 petang (Sabtu)

Lokasi: Antara Stesen Isu dan Sadang

Bagaimana untuk sampai ke sana: Laluan Subway 2 atau Laluan 4 ke Stesen Sadang (“Exit”14) | Belok ke kiri dan lurus sehingga anda sampai ke pasar di sepanjang jalan.

 

  1. Bling & Night Platoon Flea Market

5 “Flea Markets” Di Seoul Untuk Diterokai di Korea

Apa yang dijual: Dengan alunan muzik dan kawasan membeli belah yang terbaik, Bling Night “Flea Market” adalah pasar malam yang paling panas di bandar. Danjurkan oleh kelab majalah kebudayaan, anda boleh dapati barangan seperti kasut, beg, pakaian dan aksesori yang paling bergaya!

Waktu Beroperasi: 5 petang – 9 malam

Bagaimana untuk sampai ke sana: The Bling Magazine (Lokasi berubah-ubah)

 

  1. Seoul Folk Flea Market

5 “Flea Markets” Di Seoul Untuk Diterokai di Korea

Apa yang dijual: Seoul Folk Flea Market adalah tempat yang sempurna untuk membeli cenderahati! Sebuah pasar lambak yang mantap yang menjual semua barangan tradisional, anda akan menemui semua jenis kraftangan tradisional Korea. Pasti cenderahati terbaik untuk mengingati perjalanan anda di Korea!

Waktu Beroperasi: 10 pagi – 7 malam, setiap hari

BACA:  Sekarang Anda Boleh Membeli Barang Keperluan Di Supermarket Halal Di Masjid Terbesar Tokyo

Lokasi: 109-5 Sinseol-dong, Dongdaemun-gu, Seoul, Korea Selatan

Bagaimana untuk sampai ke sana: Laluan Subway 1 atau 2 ke stesen Sinseoldong (“Exit” 9)

 

 

  1. Pasar Vintage Gwangjang

5 “Flea Markets” Di Seoul Untuk Diterokai di Korea

Apa yang dijual: Walaupun anda bukan seorang peminat vintaj, anda akan jatuh cinta dengan kepingan vintaj yang cantik dan dengan harga berpatutan! Kebanyakan produk diimport dari Amerika Syarikat, Jepun, dan United Kingdom.

Pembayaran: Tunai sahaja

Waktu Beroperasi: 10 pagi – 7 malam (Isnin-Sabtu)

Lokasi: Aras 2 Pasar Gwangjang

Bagaimana untuk sampai ke sana: Laluan Subway 1 ke Stesen Jongono 5-ga (“Exit” 7 & 8)

 

  1. Pasar Bebas Hongdae

5 “Flea Markets” Di Seoul Untuk Diterokai di Korea

5 “Flea Markets” Di Seoul Untuk Diterokai di Korea

Apa yang dijual: Pengalaman unik dimana anda berinteraksi dengan artis dari seluruh Korea dan menghargai semua kraf dan persembahan! Anda akan dapati banyak produk buatan tangan dan perhiasan yang cantik juga!

Waktu Beroperasi: 1 petang – 6 petang (Sabtu) | Beroperasi pada bulan Mac hingga November sahaja

Lokasi: Taman Kanak-kanak Hongdae

Bagaimana untuk sampai ke sana: Ambil laluan2 ke Stesen Hongdae (Stesen Universiti Hongik) (“Exit” 9) | Ambil simpang kekanan yang pertama dan teruskan sehingga anda berada di simpang-T yang terdapat Universiti Hongik di hadapan | Belok ke kanan dan lurus kira-kira 20 meter dan lokasi taman berada di sebelah kanan anda.

 

Sumber: Have Halal Will Travel

 

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *