≡ Menu

4 Jenis Makanan Snek Mesra Muslim Di Kedai Serbaneka Di Jepun

Ya! Hampir semua kedai serbanekanya di Jepun, dibuka pada setiap masa dan menjual hampir kesemua barangan keperluan harian antaranya makanan, ubat-ubatan sehinggalah produk kecantikan.

Pun begitu, tidak semudah itu bagi pelancong muslim untuk membeli barangan terutamanya produk makanan sekalipun barang-barang yang dipamerkan hampir lebih kurang sama dengan barang-barang yang terdapat di rak-rak kedai 7-Eleven di negara kita. Ada sesetengah produk-produknya tidak sesuai untuk pengguna Muslim.

Kini ada tidak perlu risau lagi untuk mendapatkan snek halal di Jepun. Dengan usaha komuniti masyarakat Islam di sana, produk makanan mesra Muslim semakin mudah didapati. Organisasi seperti Halal Japan dan Halal In Japan telah melakukan kerja-kerja penyelidikan dan telah menyenaraikan beberapa produk makanan yang mesra Muslim.

 

4 jenis makanan snek yang anda boleh dapati dengan mudah di kedai-kedai serbaneka yang terdapat di seluruh negara Jepun. Jika anda khuatir atau was-was tentang kandungan bahan-bahannya, anda boleh semak atau periksa dengan melayari laman facebook Halal Japan.

1.Roti Double Soft Jenama Yamazaki

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

 

4-Jenis-Makanan-Snek-Mesra-Muslim-Di-Kedai-Serbaneka-Di-Jepun.jpg

 

Sesuai untuk sarapan, mujurlah Double Soft Bread yang dikeluarkan oleh Yamazaki Brand tidak mengandungi lemak haiwan.

2.Kopi Latte Maroyaka Jenama Sangaria

 

4-Jenis-Makanan-Snek-Mesra-Muslim-Di-Kedai-Serbaneka-Di-Jepun.jpg

 

Kopi Latte Maroyaka tidak mengandungi sebarang kandungan arak atau alkohol serta kandungan yang meragukan. Kopi latte ini sesuai diminum sewaktu sarapan pagi anda.

3.Yogurt Bulgaria LB81 Jenama Meiji

 

4-Jenis-Makanan-Snek-Mesra-Muslim-Di-Kedai-Serbaneka-Di-Jepun.jpg

 

Yogurt atau dadih adalah snek yang sangat popular di Jepun. Yogurt Bulgaria LB81 keluaran Meiji , tidak menggunakan sebarang bahan gelatin. Jika inginkan rasa manis, campurkan potongan buah-buahan   .

BACA:  Penggemar Lobster Mesti Cuba Di Restoran Halal THE LOBSTER SHACK Perth

 4.Jukusei Yaki Taraku Onigiri (Grilled Pollack Roe Riceball) jenama Lawson

 

4-Jenis-Makanan-Snek-Mesra-Muslim-Di-Kedai-Serbaneka-Di-Jepun.jpg

 

Bebola nasi ini adalah makanan snek yang wajib anda cuba jika berkunjung ke Jepun. Ianya kecil tetapi sangat lazat dan mengenyangkan, serta mudah dibawa ke mana-mana sahaja. Namun, berita buruknya, kebanyakan snek ini dihasil menggunakan mirin (sejenis semburan alkohol) dan emulsifiers sewaktu proses pembuatannya. Walaubagaimanapun, anda jangan risau! Grilled Pollack Roe keluaran jenama Lawson adalah antara salah satu yang tidak menggunakan bahan-bahan tersebut.

 

Sumber: Sajilibur.com

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel