Nasihat, Uncategorized

4 Hikmah Disebalik Amalan Tolong-Menolong

Setiap manusia yang ditakdirkan oleh Allah di dunia ini tidak mempunyai nasib yang sama. Ada manusia yang Allah takdirkan kaya, miskin, kuat, lemah, sihat, pintar dan sebagainya.

Hakikat nasib yang tak sama sebenarnya ialah Allah mahu kita semua sentiasa tolong-menolong dalam semua perkara.

“Dan tolong-menolonglah kamu dalam mengerjakan kebajikan dan takwa, dan janganlah kamu tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat seksa- Nya.
Surah Al’Ma’idah :2

Indahnya dalam beragama sekiranya kita semua boleh tolong-menolong dalam melakukan semua aktiviti dan memudahkan setiap urusan yang akan dilakukan. Antara hikmah yang tersembunyi dalam tolong-menolong ini ialah;

#1- Meringankan Beban

Setiap susuk tubuh yang berada di sekeliling kita mempunyai nasib yang berbeza. Ada orang susah yang tidak mempunyai wang untuk membeli makanan, ada orang yang tidak mempunyai kenderaan, ada orang yang bersedih kerana kehilangan dan sebagainya.

Sebagai saudara sesama islam, samalah kita membantu untuk meringankan beban orang tersebut. Mana tahu di pengakhiran sujud daripada orang yang ditolong itu ada doa ikhlas darinya untuk kita.

#2- Mengeratkan Hubungan

Carilah di setiap pelusuk dunia orang yang tidak suka kepada kebaikan, tentu sekali kita tidak akan berjumpa kerana semua orang suka akan kebaikan.

Setiap kebaikan yang dibuat akan membuahkan jalinan perhubungan yang baru iaitu persahabatan ataupun makin mengeratkan hubungan kita.

Persahabatan yang dibuat dengan niat iklas untuk membantu seseorang akan membuatkan hubungan lebih bermakna.

Lihatlah ukhuwah yang terjalin antara kaum Muhajirin dan Ansar semasa berlakunya hijrah. Di saat kaum Muhajirin berhijrah tanpa membawa harta, kaum Ansar datang dan menghulurkan tangan dan menjalinkan persaudaraan.

BACA:  4 Tips Menyuburkan Kasih Sayang Dalam Keluarga Anda

#3- Memiliki Ramai Kawan

Tiada insan yang suka bersendiri dalam dunia ini. Semua orang perlukan kawan untuk melengkapkan diari kehidupan ini.

Semakin banyak pertolongan yang dihulurkan semakin semakin ramai kawan atau kenalan yang akan dikenali.

Seandainya kawan yang diperolehi itu sentiasa berada di sisi dan menambahkan semangat untuk membuat kebaikan. Alangkah beruntungnya kerana telah menemui kawan yang baik. Pepatah arab mengatakan;

‘Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita’

Lihat, seandainya kebaikan itu yang menemukan hubungan kita, maka hubungan yang dibina itu akan membawa kita ke arah kebaikan.

#4- Memudahkan Kerja

Setiap kerja yang dilakukan akan lebih ringan bebannya sekiranya dikongsi bersama dengan rakan sekerja atau sahabat handai.

Ambil contoh Rasulullah, dalam kebanyakan perkara yang mahu dilakukan ramai sahabat datang membantu dan membuatkan kerja tersebut boleh dihabiskan dalam masa yang singkat.

Contohnya, sebelum berlakunya perang Khandak ramai sahabat berganding bahu dalam menggali parit. Dalam penggalian tu para sahabat telah menjumpai batu yang besar yang tidak dapat diangkat dan sukar untuk dipecahkan.

Lantas keadaan itu diceritakan kepada Rasulullah dan Baginda datang kemudian membaca Bismillah dan memukul batu itu. Maka batu itu hancur sepertiga dan memudahkan aktiviti penggalian parit tersebut.

Kesimpulannya, dalam melengkapkan perjalanan menuju ke akhirat ini. Marilah kita sama-sama berlumba untuk melakukan kebaikan dengan sentiasa bersedia untuk menghulurkan bantuan sekiranya diperlukan untuk meraih kasih sayang Allah yang tersembunyi ini.

Walaupun pertolongan itu dirasakan kecil oleh kita, lakukanlah kerana ianya memberi makna yang cukup besar kepada penerima pertolongan kita itu.

BACA:  Kedudukan Wanita di Sisi Ajaran Agama Islam

 

Sumber: https://tzkrh.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!