Archive for November 2011

Fadhilat Puasa Sunat Asyura’

thumbs

Hari ‘Asyura merupakan hari yang kesepuluh daripada bulan Muharram. Rasulullah S.A.W telah menggalakkan umat Islam agar berpuasa pada hari ini kerana ia mempunyai kelebihan yang tersendiri disamping kelebihan bulan Muharram itu sendiri.10 Muharram juga telah mencatatkan beberapa peristiwa penting untuk renungan kita bersama iaitu pada hari inilah nabi Musa dan pengikutnya telah diselamatkan oleh Allah …Read more

Merebut kelebihan bulan Muharram

thumbs

ALLAH SWT berfirman (maksudnya), “Sesungguhnya bilangan bulan di sisi ALLAH adalah 12 bulan sebagaimana ketetapan ALLAH ketika DIA menciptakan langit dan bumi. Di antaranya ada empat bulan haram. Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu.” (Surah at-Taubah, 9: 36) Nabi SAW bersabda, “Waktu itu telah berputar …Read more

Puteri Izzyean Batrisyia Perlukan Bantuan Untuk Meneruskan Kehidupan

thumbs

Anak saya Puteri Izzyean Batrisyia Bt Mohd Kamarul Azhar no kad pengenalan 060407-03-1066 berusia 5 tahun 6 bulan, seorang anak Orang Kurang Upaya (OKU, No Kad OKU CP 04000277) terlantar keseluruhan adalah pesakit Ceberal Palsy(Spastik) tahap 5 (kronik), beliau telah mengalami jangkitan kuman dan kerosakan pada saluran pernafasan dn makan. Rawatan dan pembedahan di perlukan …Read more

Hidup biar berjasa, mati biar mulia

thumbs

Pernahkah anda mendengar nama Adnan Menderes? Adnan Menderes adalah anak kepada seorang tuan tanah di Aydin,Turki yang telah dilahirkan pada 1891 di penghujung era Daulah Uthmaniyah. Beliau adalah seorang graduan di bidang perundangan daripada Law School of Ankara University. Dengan bakat kepimpinannya yang tinggi, beliau telah dibawa masuk ke dalam Republican People’s Party (RPP) oleh pemimpin …Read more

Fitrah manusia suka hiburan – Sham Kamikaze

thumbs

TELUK INTAN, 15 Nov: Walaupun fitrah manusia suka kepada hiburan namun biarlah hiburan yang mengikut syariat dan bertujuan semata-mata menyampaikan mesej dakwah, kata Sham Kamikaze. Beliau menyatakan demikian dalam majlis ceramah di Kampung Padang Tembak, dekat sini. Oleh itu menurut beliau, adalah amat wajar pihak tertentu menyediakan hiburan alternatif kepada golongan remaja.

Hukum ibadat korban dan hikmatnya

thumbs

Ibadat korban merupakan antara amalan yang amat disukai oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam di mana baginda sentiasa menggalakkan sahabat-sahabat baginda melakukan ibadat korban. Ini memandangkan ibadat korban itu mempunyai banyak hikmah dan kelebihan-kelebihan yang memberi kebaikan kepada diri kita, agama dan masyarakat. Oleh yang demikian, sebagai umat Islam yang mampu seharusnyalah mengambil iktibar terhadap galakan …Read more

Fadhilat Puasa Hari Arafah

thumbs

Hari Arafah merupakan hari yang mempunyai kelebihan tersendiri. Jika para jemaah haji diwajibkan berada di padang Arafah untuk wuquf di sana, kita yang tidak berkesempatan untuk menunaikan haji dianjurkan untuk berpuasa pada hari ini. Kedatangannya setahun sekali ini janganlah disia-siakan. Kita juga dianjurkan untuk berzikir dan berdoa kepada Allah pada hari ini. Di sini dipetik …Read more

Kaum Nabi Lut muncul kembali

thumbs

Samada disedari ataupun tidak, pada bulan kemerdekaan baru-baru ini masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama telah dipaparkan dengan kisah Rev Ou Yang Wen Fen, seorang paderi Kristian rakyat Malaysia yang telah mengumumkan secara terbuka pertunangannya bersama kekasih lelaki sejenisnya dari Amerika Syarikat, Phineas Newborn. Bahkan beliau juga merancang untuk mengadakan majlis perkahwinannya secara besar-besaran …Read more

Pengusaha PUB Menemui Hidayah Melalui Puisi

thumbs

Pedro dilahirkan berbangsa Portugis di Melaka 56 tahun yang lalu. Beliau seorang penganut agama Kristian. Sumber pendapatannya ialah melalui sebuah restoran dan pub yang diusahakannya sekian lama. Perniagaan PUBnya sungguh laris dan dipenuhi pelanggan setiap malam. Dia seorang yang mudah mesra dan bijak melayan para pelanggannya. Setiap malam dia akan minum arak bersama mereka. Berpuluh …Read more