Archive for October 2011

Bahaya fitnah dalam hidup

thumbs

SEBAGAI manusia, selagi hidup kita akan berinteraksi dengan orang lain. Setiap hari kita berkomunikasi dengan orang di sekeliling dan dari situ kita dapat memproses maklumat serta membina hubungan dalam bermasyarakat. Orang yang enggan berinteraksi sebenarnya adalah orang yang tidak berada dalam realiti kehidupan yang hakiki dan dia sebenarnya tidak menunaikan tuntutan sebagai manusia. Orang yang …Read more

Di sana ada harapan

thumbs

Jumlah umat Islam kini semakin berkembang menjangkaui 1.7 billion daripada keseluruhan penduduk dunia yang telah pun melebihi 6.5 billion. Namun rata-ratanya kelihatan bahawa umat ini terus terceruk di tangga terbawah akibat diliputi pelbagai permasalahan dalaman dan luaran. Kisah malang ini berpanjangan apabila hanya sedikit di kalangan umat yang ramai ini menginsafi realiti yang ada dan …Read more

Makkah Live 2

thumbs

Live streaming from Makkah with live prayers and Taraweeh. Channel 1 | Channel 2

Nabi haramkan cabut bulu di muka untuk cantik

thumbs

KAUM wanita amat mengambil berat mengenai kecantikan, terutamanya kecantikan wajah kerana wajah yang pertama dipandang orang apabila berjumpa. Oleh itu, ramai di kalangan wanita sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk mencantikkan wajah. Antara cara dianggap boleh mencantikkan wajah dan rupa paras ialah dengan membentuk bulu kening atau alis mata dengan mencabut dan mencukur sebahagian atau …Read more

Semua Rezeki Datangnya dari Allah SWT

thumbs

Umat Islam perlu yakin dengan sepenuh-­penuhnya bahawa rezeki terletak dalam kekuasaan Allah atau di tangan Allah, bukan di ta­ngan makhluk. Mahfum Firman Allah (Saba’:24) Katakanlah: “Siapakah yang memberi rezeki kepada mu dari langit dan dari bumi?” Katakanlah: “Allah”, dan Sesungguhnya Kami atau kamu (orang-orang musyrik), pasti berada dalam kebenaran atau dalam kesesatan yang nyata. Mahfum …Read more

Iman – Syaitan dan Saka

thumbs

Secebis kata-kata renungan serta amanah yang mesti diamalkan untuk merasai keikhlasan, keyakinan, dan menerbitkan insan bertaqwa. Mengapa kita lemah? Tahap keimanan seumpama buih. Dimana tahap Iman kita? Berada dikawasan seram, gelap dan sebagainya meremang bulu roma. Bila menyebut nama Allah, adakah rasa meremang bulu roma? Mengapa jadi begini? Kenapa jadi perbezaan yang ketara yang kita sendiri tak tahu puncanya. …Read more

Bahaya cinta nafsu

thumbs

CINTA itu adalah anugerah daripada Allah kepada semua makhluk ciptaannya. Allah menciptakan segala sesuatu itu secara berpasangan-pasangan (lihat Surah Ar-rum ayat 21) iaitu lelaki dengan perempuan dengan tujuan agar mereka saling mengisi kekurangan dan kelebihan di antara mereka yang pada akhirnya akan tumbuh cinta dalam hati mereka. Cinta dapat membawa keberkatan jika kita boleh mengarahkannya …Read more

6 Tempat Boleh Mengumpat

thumbs

Firman Allah dalam ayat 12 surah al-Hujurat : …..وَلاَ يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ…….. Maksudnya : …dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya…. قال الرسول …Read more

2 ancaman suka lengah bertaubat

thumbs

MANUSIA dilahirkan dalam keadaan fitrah tetapi kerana perbuatannya sendiri yang berlawanan dengan acuan ajaran Islam atau perintah Allah, maka terpalit dosa. Kita sebagai manusia biasa harus menerima hakikat kita tidak pernah terlepas daripada kesalahan serta kekhilafan yang dipengaruhi oleh suasana lingkungan, bisikan syaitan dan kehendak nafsu. Disebabkan itu, apabila melakukan kesalahan, kita perlu segera bertaubat. …Read more

Hukum Mengusap Wajah Setelah Solat

thumbs

  Salah satu amalan yang ditentang oleh sekelompok kecil orang yang sebenarnya masih sangat awam dalam ilmu agama adalah masalah mengusap wajah setelah solat. Mereka berpendapat bahwa ini adalah bid’ah kerana Nabi Muhammad SAW tidak pernah melakukan. Maka dari itu, perkara ini perlulah dijawab secara ilmiah. Seperti yang telah banyak dibahas, adanya ditinggalkan Nabi Muhammad …Read more

Ananiyah – Kanser yang sukar diubati

thumbs

Di antara penyakit yang paling sukar diubati di kalangan umat Islam kini ialah penyakit ‘ananiyah’ yang membarah di dalam diri. Ananiyah (aku dan keakuan) adalah penyakit hati yang lebih mementingkan urusan atau kepentingan peribadi dan tidak peduli dengan kepentingan orang lain. Mereka melihat sumbangan orang lain hanya dengan sebelah mata dan dan mengambil tindakan yang …Read more

Peranan besar Tok Kenali dalam perkembangan Islam

thumbs

TOK KENALI atau Muhammad Yusof (nama timang-timangan beliau ialah Awang) dilahirkan di Kenali, Kelantan pada tahun 1868 Masihi. Beliau mempunyai pertalian yang rapat dengan pertumbuhan sistem pengajian pondok yang terdapat di negara ini amnya dan di Kelantan, khususnya. Pesanan beliau yang cukup terkenal di kalangan anak-anak murid yang datang ‘mengaji’ dari setiap pelosok negara termasuk …Read more

Hudud: Jangan berlengah lagi

thumbs

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Okt – Melaksanakan Undang-Undang Syar’iah merupakan salah satu cita-cita utama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. “Jangan kata TIDAK atau TUNGGU DULU lagi sebab kita sudah pun cukup segala-galanya, ada kemampuan dan ada kuasa untuk melaksanakannya,” …Read more

Tiada jalan pintas untuk mendidik anak-anak

thumbs

Anak-anak adalah pewaris kepimpinan generasi yang akan datang. Tiada aset yang lebih besar bagi seorang ibu dan ayah selain daripada memiliki anak-anak yang menjadi. Tugas mempastikan bahawa anak-anak ini akan ‘menjadi’ adalah peranan kita semua. Firman Allah swt yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka yang bahan …Read more

Minda: APD 2011 mampu tangani isu logo halal

thumbs

MAKANAN halal! Mungkin di kebanyakan negara ia tidak menjadi isu, sama ada disebabkan nilai dan konsep itu sudah lama terpahat dalam amalan dan kepercayaan masyarakat atau istilah itu sememangnya asing sehingga tiada siapa peduli mengenainya. Bagi Malaysia, sebuah negara berbilang kaum dengan Islam mewakili 61.3 peratus rakyatnya, isu makanan halal sering kali berbangkit akibat pelbagai …Read more

Kaifiat Bacaan Surah Yaasin untuk Mengembalikan Barang Hilang

thumbs

Oleh: Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din Kaedah yang dinyatakan di sini adalah satu ikhtiar yang boleh diamalkan bagi bermohon kepada Allah SWT agar barang yang hilang atau dicuri dijumpai semula. Kaedah ini juga boleh diamalkan untuk bermohon agar Allah SWT mengembalikan semula ahli keluarga yang hilang atau yang lari dari rumah. Cara atau kaifiatnya …Read more

Fakta gejala murtad di Malaysia

thumbs

Berikut merupakan 9 fakta gelaja murtad di Malaysia: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato’ Seri Jamil Khir Baharom berkata Mahkamah Syariah menerima 863 kes permohonan menukar status agama Islam dari tahun 2000 hingga 2010. Beliau menyatakan sedemikian ketika menjawab soalan lisan daripada Er Teck Hwa (DAP-Bakri) yg meminta Perdana Menteri mengemukakan jumlah permohonan murtad penganut …Read more

Titah diraja DYTM Raja Nazrin agar umat Islam bersatu harus dipandang serius

thumbs

ISMA menjunjung kasih Ke Bawah Duli Yang Teramat Mulia Pemangku Raja Perak Darul Ridzuan, Raja Dr. Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibuddin Shah, di atas titah ucapan diraja yang baginda sampaikan mewakili Raja-Raja Melayu sempena Kongres Majlis Agama Islam Negeri Seluruh Malaysia Kali Pertama beberapa hari yang lepas. Salah satu intipati utama yang terkandung dalam …Read more

Himpunan Sejuta Umat: Selamatkan Akidah Umat Islam!

thumbs

Sidang media ini diadakan untuk mengisytiharkan kepada umum tentang penganjuran sebuah perhimpunan besar-besar yang dinamakan Himpunan Sejuta Umat atau nama ringkasnya HIMPUN. HIMPUN, yang merupakan inisiatif dan anjuran pelbagai pertubuhan-pertubuhan dan individu yang mewakili umat Islam akan di adakan di Stadium Shah Alam pada hari Sabtu, 22hb Oktober ini bermula jam 2 hingga 5.30 petang. …Read more

Doa Pendinding & Penggerak sangat wajar diamalkan di zaman ini

thumbs

Ada satu doa yang pendek tetapi sangat besar manfaatnya sekiranya diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Doa yang dimaksudkan seperti sabda Rasulullah s.a.w. seperti berikut; Rasulullah s.a.w. mengajarkan kepada umatnya satu doa yang jika dibaca tiga kali di waktu pagi dan tiga kali di waktu petang maka akan terhindarlah kepada yang membacanya daripada segala kemudaratan disepanjang …Read more

  • Page 1 of 2
  • 1
  • 2
  • >