Archive for July 2011

Ahlan wa Sahlan Ya Ramadan!

thumbs

TABIR Syaaban hampir berlabuh. Berlalu meninggalkan hari-hari yang penuh berkat dan diberkati. Alhamdulillah, Ramadan pula hampir bertamu bersama keberkatannya yang melimpah ruah dan tidak terhingga. Sesungguhnya Allah SWT Maha Kaya dan Maha Berkuasa meletakkan keberkatannya pada apa sahaja perkara yang dikehendaki-Nya. Maka Ramadan telah dipilih-Nya untuk menerima antara curahan terbanyak keberkatan itu untuk diambil manfaat …Read more

Mengapa Berkompromi Dengan Arak?

thumbs

Cara mudah kutip dana ialah mengadakan majlis makan sambil berceramah di hotel. Satu kerusi RM50 atau RM100. Kalau 200 kerusi, penganjur mudah-mudah dapat bersih RM3000 hingga RM10000. Itu tidak termasuk kutipan derma yang dilancarkan dalam majlis tersebut. Namun begitu timbul persoalan. Bolehkah makan-minum di hotel yang menyediakan minuman keras? Allah melarang keras kerja mengurus, membawa, …Read more

Panduan Puasa – Syarat-syarat Wajib Puasa

thumbs

Apa maksud syarat-syarat wajib puasa? Iaitulah syarat-syarat yang menjadikan seseorang itu wajib berpuasa, yakni jika sempurna syarat-syarat yang dimaksudkan itu pada seseorang wajiblah atasnya berpuasa, tidak harus ia meninggalkannya. Namun jika tidak sempurna (yakni ada di antara syarat-syarat yang dimaksudkan itu tidak terdapat padanya), tidaklah diwajibkan ia berpuasa. Apa dia syarat-syarat wajib puasa tersebut?

Produk Halal, Tuntutan Syarak

thumbs

HALAL bermaksud dibenar dan tidak dilarang oleh Allah. Ia bukan sahaja berkait dengan makanan dan minuman, tetapi juga berkait dengan pakaian, alat-alat perhiasan, kosmetik dan sebagainya. Namun penggunaan istilah HALAL paling kerap digunakan pada makanan dan minuman. Mengguna atau menikmati makanan dan barangan HALAL adalah tuntutan Allah ke atas manusia terutama kaum muslimin. Allah berfirman …Read more

Peristiwa Pertukaran Kiblat Di Dalam Bible

thumbs

Pasti ramai daripada anda tahu yang satu masa dahulu kiblat umat Islam ialah Masjidil Aqsa di Baitul Maqdis Jerusalem seperti artikel yang telah saya siarkan sebelum ini. Saya ingin berkongsi dengan anda satu bukti bahawa kiblat Allah akan bertukar dari Jerusalem ke tempat lain. Buktinya terdapat di dalam Bible sendiri. Bahkan Jesus sendiri yang menyebutnya …Read more

Kalimah Tayyibah (Iman )

thumbs

RUJUKAN MUNTHAKAB AHADITH HADITH NABAWI Dari Abu Qatadah r.a. dari bapanya meriwayatkan bahawa baginda Rasullullah SAW bersabda : Barang siapa bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah kecuali Allah dan Muhammad itu Pesuruhnya maka condong lidahnya ( kerana terlalu banyak mengucapkan kalimah Tayyibah ini) dan tenang hatinya ( kerana penyebutannya ) tidak akan dimasukkan ke dalam …Read more

Pandangan Islam terhadap muzik

thumbs

Nyanyian yang lunak adalah santapan jiwa manusia, menyegarkan otak dan disukai oleh pendengaran. Ia adalah kelazatan bagi telinga sepertimana makanan yang menjadi kelazatan bagi mulut dan perut. Pemandangan yang indah menjadi kelazatan bagi mata, bauan yang harum menjadi kelazatan bagi hidung dan sebainya. Adakah perkara-perkara yang baik dan lazat ini haram bagi Islam? Daripada beberapa …Read more

Doa Rasulullah mohon pertukaran arah kiblat dimakbulkan

thumbs

ALLAH berfirman yang bermaksud: “Orang yang bodoh itu akan berkata: Apakah yang menyebabkan orang Islam berpaling dari kiblat yang mereka hadapi selama ini? Katakanlah (wahai Muhammad): Timur dan Barat itu kepunyaan Allah (maka ke mana saja diarahkan Allah untuk menghadap, maka wajiblah dipatuhi). Allah yang memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya ke jalan yang lurus.” …Read more

Berpakaian Tetapi Telanjang

thumbs

Buat para ibu, isteri, kakak, adik-adik perempuan serta para suami dan ayah yang sayangkan isteri dan anak-anak perempuanya, Rasulullah s.a.w telah memberi amaran berkenaan satu sikap golongan hawa yang menjadi penghalang mereka daripada mencium bau syurga. Bau syurga pun tidak dapat dihidu, apatah lagi melangkah kaki memasukinya. Nauzubillah! Moga Allah melindungi kita semua. Hadis daripada …Read more

Cabaran Aqidah Pada Masa Kini

thumbs

Kita meyakini Aqidah Islam. Manhaj aqidah yang kita anuti ialah manhaj Aqidah Ahlus-Sunnah wal Jamaah kerana manhaj itu menepati Aqidah yang asli dari al-Quran dan as-Sunnah. Aqidah Islam adalah keyakinan yang bersumberkan ilmu/makrifah. Ia sebagaimana diungkapkan oleh Syeikh Muhammad al-Ghazali “Iman ialah makrifah yang menjadi keyakinan”. Ia bukan keyakinan yang membuta tuli, tetapi keyakinan yang …Read more

Panduan Puasa – Syarat-syarat Sah Puasa

thumbs

SYARAT-SYARAT SAH PUASA Apa maksud syarat-syarat sah puasa? Maksudnya ialah syarat-syarat yang diperlukan supaya puasa yang dilakukan dianggap sah oleh Syarak, di mana tanpanya puasa tidak sah atau batal. Apakah dia syarat-syarat sah puasa tersebut? Iaitulah; Islam; tidak sah puasa orang kafir atau orang yang murtad dari agama. Berakal; tidak sah puasa orang gila dan …Read more

Panduan Puasa – Mukadimah

thumbs

MUKADIMAH Apa makna puasa? Puasa menurut pengertian bahasa bermaksud menahan dari sesuatu seperti menahan dari bercakap, makan, minum atau sebagainya. Adapun puasa menurut pengertian Syara‟ (yakni puasa yang disuruh Allah supaya dikerjakan oleh setiap orang Islam) ialah; “Menahan diri dari makan, minum dan jimak (persetubuhan) dengan suatu niat dan ikhlas kepada Allah”. (Tafsir Ibnu Kathir; …Read more

Pemakaian loceng kaki dilarang

thumbs

SAYA ingin mengetahui dengan lanjut pemakaian gelang kaki bagi wanita Islam yang mana bunyi loceng itu terlalu kuat sehingga menarik perhatian rakan sekerja lain untuk berpaling melihat ke arahnya? Adakah salah jika saya memakaikan gelang kaki kepada anak perempuan saya yang berumur tiga tahun? Tujuan saya memakaikannya gelang adalah kerana mudah untuk memantau pergerakannya di …Read more

Kenapa enggan berada di saf hadapan?

thumbs

“Memberi keutamaan kepada orang lain dalam melakukan amalan qurbah adalah makruh” Satu fenomena yang selalu kita lihat di masjid-masjid, terutamanya hari jumaat; orang kita tidak suka berada di saf hadapan. Jika ada ruang hadapan yang kosong, biasanya orang yang berbetulan dengan ruang itu tidak akan melangkah ke depan, tetapi mempersilakan orang lain untuk mengisi ruang …Read more

Rasulullah s.a.w berpoligami untuk kebaikan masyarakat

thumbs

POLIGAMI sering menjadi isu kontroversi dalam masyarakat kita. Islam membolehkan umatnya berpoligami namun ia bukan boleh berlaku sewenang-wenangnya. Antara faktor yang me nyumbang lelaki berkahwin lagi mungkin disebabkan kesihatan isteri gagal melahirkan zuriat, sering kali bekerja di luar kawasan atau memiliki dorongan nafsu seks yang kuat. Keharusan berpoligami mempunyai hikmah bagi kepentingan serta kesejahteraan umat …Read more

Galakan Islam Pada Kekayaan

thumbs

Assalamulaikum dan salam sejahtera, Kita beralih pulak kepada Rukun Islam. Rukun Islam ini lagi menggalakkan kita menjadi orang kaya. Percaya tak? Kalau tak percaya, jom baca lagi. Rukun Islam adalah perkara-perkara asas yang sepatutnya setiap muslim lakukan. Contohnya, permulaan untuk setiap orang bergelar muslim adalah dua kalimah shahadah. Inilah titik permulaan kehidupan seorang muslim.

Manusia wajib tangkis 10 perangkap syaitan

thumbs

ALLAH berfirman bermaksud: “Syaitan memberikan janji yang membangkitkan angan-angan kosong kepada mereka. Walhal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka kecuali tipu daya belaka. Tempat mereka itu ialah neraka jahanam dan mereka tidak memperoleh tempat untuk lari daripadanya.” (An-Nisa: 120-121). Keterbukaan manusia mengundang kehadiran syaitan ke dalam diri masing-masing sebenarnya ada kaitan dengan sifat mazmumah yang …Read more

Persiapan Menjelang Ramadhan

thumbs

Rebutlah peluang keemasan di bulan Ramadhan Bulan Ramadhan adalah bulan yang terlalu banyak kelebihannya. Di dalamnya terdapatnya malam lailatul Qadar iaitu malam kemuliaan yang lebih baik dari 1000 bulan. Pada bulan tersebut Allah membuka pintu syurga, menutup pintu neraka dan mengikat syaitan-syaitan untuk memberi peluang kepada manusia membersihkan diri mereka sebersih-bersihnya. Amal-amal ibadah dan kebajikan digandakan …Read more

Batas pergaulan lelaki dan perempuan

thumbs

ALAM remaja adalah alam yang sangat mencabar sehingga disebut nabi dalam satu senarai orang kenamaan akhirat adalah remaja yang terselamat dan menyelamatkan diri daripada zina. Maksud hadis: “Lelaki yang apabila diajak perempuan cantik berzina lalu berkata, ‘sesungguhnya aku takut kepada Allah.’” Sebagai satu agama yang amat hebat, Islam menampilkan cara pengawalan yang sangat berkesan dalam …Read more

Puasa-puasa di Bulan Sya’ban

thumbs

Disunatkan berpuasa keseluruhan hari di bulan Sya’ban atau kebanyakan harinya. Ini berdasarkan hadis dari Ummu Salamah r.a. yang menceritakan; “Tidak pernah Nabi s.a.w. berpuasa (sunat) sebulan penuh dalam setahun kecuali di bulan Sya’ban di mana baginda menyambungnya dengan Ramadhan” (HR Imam Abu Daud dan an-Nasai). ‘Aisyah r.a. pula menceritakan; “Rasulullah s.a.w. kadang-kadang terus-menerus berpuasa hingga …Read more

  • Page 1 of 2
  • 1
  • 2
  • >