Archive for April 2011

Pernikahan Sebagai Satu Ibadah

thumbs

Amal ibadah bukan sekadar melaksanakan rukun Islam sahaja. Perkahwinan juga merupakan suatu ibadah kepada-Nya. Nafsu syahwat atau naluri seks adalah suatu naluri semulajadi di dalam diri manusia, sama dengan nafsu makan dan minum. Sebab itu ia tidak perlu dibuang atau dihapuskan tetapi hanya perlu dipimpin dan disalurkan dengan sebaiknya. Perkahwinan adalah suatu peraturan untuk mengatur …Read more

8 Tips Lahirkan anak soleh

thumbs

Anak adalah rezeki daripada Allah yang sudah selayaknya pasangan suami isteri bersyukur atas rezeki berkenaan. Dalam surah as-Syura ayat 49 dan 50, Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Kepunyaan Allahlah kerajaan langit dan bumi. Dia menciptakan apa yang Ia kehendaki. Dia memberikan anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak lelaki kepada siapa yang …Read more

Jihad perangi rasuah

thumbs

ALLAH melaknat mereka yang memberi rasuah dan penerima rasuah serta orang yang memberikan jalan terhadap kedua-duanya,” (riwayat Ahmad) Sebuah hadis yang menunjukkan bahawa perbuatan rasuah adalah sangat dikutuk keras oleh Allah dan Rasul-Nya. “Penerima dan pemberi rasuah akan ditempatkan dalam api neraka”. (riwayat At Tirmidzi)

Kerja Melibatkan Bersalaman dengan Wanita

thumbs

Soalan: Saya bekerja dengan sebuah syarikat antarabangsa yang melibatkan pergaulan dengan wanita dan kadang-kadang terpaksa bersalaman dengan wanita. Saya pernah tunduk untuk mengelakkan bersalaman namun bagi wanita asing mereka akan menimbulkan persoalan yang agak negatif. Pertama: Adakah rezeki saya dikategorikan daripada sumber yang syubhah? Kedua: Adakah terdapat cara terbaik untuk terus bekerja di syarikat seperti …Read more

Orang Beriman Sebagai Penolong

thumbs

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya penolong kamu hanya Allah dan Rasul-Nya serta orang yang beriman dan sesiapa yang menjadikan Allah dan Rasul-Nya serta orang beriman sebagai penolong, merekalah yang mendapat kemenangan.” (Surah al-Maidah 5: 55-56) Biarpun manusia merupakan kejadian makhluk yang paling sempurna ciptaan Allah, tetapi manusialah yang paling terkedepan dalam kehilangan sifat-sifat manusiawinya. …Read more

Hindari sifat marah

thumbs

SEMEMANGNYA hidup ini banyak cabaran, banyak dugaan dan penuh dengan liku-liku dan ranjau yang harus dilalui dan dihadapi dengan penuh kesabaran dan ketenangan. Cabaran dan dugaan itu bermacam-macam bentuk, ada berbentuk kesusahan, kesengsaraan dan ada pula berbentuk kesenangan dan kegembiraan. Jika kesenangan yang diperolehi, gembiralah hati kita dan jika kesusahan yang menimpa, maka akan kecewalah …Read more

Ilmu saka rosakkan manusia

thumbs

SAKA dikaitkan dengan mewarisi jin yang membolehkan makhluk halus itu menjadikan pewarisnya dengan pelbagai kuasa ghaib seperti memiliki kecantikan, kekuatan luar biasa atau menjadi individu berpengaruh. Hukum mewarisi dan menggunakan saka adalah haram di sisi Islam. Biasanya saka diwariskan kepada anak atau cucu kepada pemilik saka. Saka adalah ilmu keturunan yang dipusakai ada hubung kaitnya …Read more

Bertaubatlah golongan perasuah

thumbs

SERINGKALI terjadi perbuatan rasuah atau tumbuk rusuk di kalangan masyarakat kita yang melibatkan kakitangan kerajaan dan swasta. Seolah-olah perbuatan rasuah menjadi budaya dan permainan oleh mereka yang terlibat. Jika perbuatan ini tidak dibedung segera oleh pihak-pihak berwajib, besar kemungkinan ia menjadi penyakit yang merbahaya bagi bangsa dan negara. Apa lagi negara kita Malaysia merupakan sebuah …Read more

Pembuktian zina ikut syarak mesti ada pengakuan

thumbs

DEWASA ini ada banyak kes membabitkan pembuangan bayi akibat perlakuan zina. Nasib bayi yang dibuang sering meruntun hati masyarakat yang turut memikirkan cara terbaik untuk menjaga dan mendidik anak itu serta bagaimana ingin memberi kesedaran kepada pelakunya. Persoalannya, adakah kesalahan zina yang menjadi punca kepada permasalahan ini. Zina adalah kesalahan yang berat mengikut hukum syarak …Read more

Lidah tentukan langkah manusia ke syurga atau neraka

thumbs

KATA Imam al-Ghazali, lidah antara nikmat Allah SWT yang besar dan antara ciptaan Tuhan yang amat halus dan ganjil. Lidah mempunyai bentuk yang indah, kecil dan menarik. Selanjutnya Imam al-Ghazali berkata: “Keimanan dan kekufuran seseorang tiada terang dan jelas, selain dengan kesaksian lidah. Lidah mempunyai ketaatan yang besar dan mempunyai dosa besar pula. Anggota tubuh …Read more

Profesor Masuk Islam Karena Keajaiban al-Quran

thumbs

Terbukanya tabir hati ahli farmakologi Thailand Profesor Tajaten Tahasen, Dekan Fakultas Farmasi Universitas Chiang Mai Thailand, baru-baru ini menyatakan diri masuk Islam saat membaca makalah Profesor Keith Moore dari Amerika. Keith Moore adalah ahli Embriologi terkemuka dari Kanada yang mengutip surat An-Nisa ayat 56 yang menjelaskan bahwa luka bakar yang cukup dalam tidak menimbulkan sakit …Read more

Hukum Gantung Gambar Bernyawa

thumbs

Oleh: Ustaz Azhar Idrus Dalam sebuah hadith yang di riwayatkan oleh Imam Bukhari bahawasanya Nabi saw bersabda yang bermaksud: “Sungguhnya para malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang ada didalamnya gambar, patung, anjing dan orang yang junub.” Malaikat yang dimaksudkan dalam hadith ini ialah malaikat rahmat. Manakala yang dimaksudkan dengan gambar pula ialah gambar makhluk bernyawa. …Read more

Bencana mengajar manusia tentang kehebatan Allah

thumbs

Bencana alam yang melanda Jepun baru-baru ini menyemai titik keinsafan bahawa apabila Allah telah menetapkan sesuatu kejadian alam berlaku, maka tiada siapa pun yang dapat mengekangnya. Bandar yang dibina bertahun-tahun selepas Perang Dunia Kedua hampir menjadi ‘padang jarak padang tekukur’ apabila dilanda gempa bumi dan gelombang tsunami yang kuat. Pun begitu, dalam keadaan ramai rakyat …Read more