Tazkirah

16 Nama Syaitan Bersama Tugas-Tugasnya

Inilah 16 Nama Syaitan Dan Tugasnya Yang Perlu Kita Tahu | Berikut adalah 16 nama syaitan serta tugasnya untuk menyesatkan manusia terutamanya umat Islam:

1. Zalitun – Tugasnya menyuruh manusia gemar boros brbelnja tanpa had dan fikiran hanya ingat pada makanan dan minuman.

2. Watin – Tugasnya mendekati orang yang sedang ditimpa musiba agar bersangka buruk kepada Allah.

3. A’awar – Tugasnya menggoda raja dan orang besar agar zalim, rasa takbur dengan jawatan, membiarkan rakyat tanpa dibela dan tidak suka mendengar nasihat ulama. Menghias perempuan agar lelaki segera tergoda dan menggoda wanita agar mendekati lelki yang dilihat menarik.

4. Hafaf – Tugasnya mengajak manusia berbuat maksit, suka minum khamar dan berfoya-foya.

5. Murrah – Tugasnya mendekati ahli muzik agar selalu lalai dan leka dan melekakan pula para pengikut mereka. Juga menganggu ahli ibadat semasa sedang berwuduk agar membaziri, yakin menggunakan banyak air untuk berwuduk.

6. Masud – Tugasnya menyuruh manusia supaya selalu mengumpat, memfitnah dan adu domba, suka berdendam sesama manusia.

7. Dasim – Tugasnya memecahkan suami agar isteri suka bergadu dan akhirnya membuat penyelasaian dengan cara bercerai. Menyuruh manusia marah bukan pada tempatnya dan kepada merah yang membawah dosa. Juga menampakkan cela adik-beradik sehinggah mudah bertengkar dan bermasam muka.

8. Walahan – Tugasnya menimbulkan rasa was-was dalam beribadat, khasnya ketika seseorang itu mengambil wuduk.

9. Lakhus -Tugasnya mengajak manusia agar menyembah selain daripada Allah.

10. Sabrum – Tugasnya mengajak manusia ke jalan yang jahat dan tidak sabar dengan ujian yang diterima.

11. Miswat/Maswat – Tugasnya mempercepatkan manusia untuk membuat maksiat dan suka kepada setiap perkara maksiat, disamping melengah-lengahkan berbuat aal soleh. Ia gemar membawa berita dusta dan gosip liar.

12. Zaktabur/Zaknabur/Zalanbur – Tugasnya menimbulakn raja ujub an taksub dengan segala kelebihan yang ada pada dirinya.

BACA:  Amalan-amalan Menjauhkan Syaitan Dan Terpengaruh Dengan Godaannya

13. Khinzab – Tugasnya menganggu orang yang beribadat, khasnya yang bersembahyang dengan membuatkan menusia berasa was-was dengan amalan baik yang dilakukannya dan sentiasa cuba meruntuhkan keyakinan terhadap agama Islam yang dianutinya.

14. Laqnis – Tugasnya mengnggu orang yang bersuci dan berwuduk sehinggah jadi ragu dan tidak sempurna.

15. Abyadh – Syaitan yang paling bert godaannya, paling buruk sikaapnya kerna tugasnya ialah menggoda para nabi dan rasul yang diutuskan kepada manusia.

16. Khannas – Syaitan yang menimbulkan was-was hati terhadap adanya Allah, Adanya perkara-perkara sam’iyat dan melahirkan hati manusia daripada menghianati Allah sepanjang masa.

MENGHINDARI TIPU DAYA SYAITAN

Boleh ustaz jelaskan cara dan kaedah yang digunakan oleh syaitan untuk menyesatkan manusia?

Jawapan:

Syaitan menggunakan pelbagai cara dan kaedah untuk menyesatkan manusia. Allah s.w.t. telah menjelaskan dalam al-Quran yang bermaksud: “Dan demi sesungguhnya, aku akan menyesatkan mereka (daripada kebenaran) dan demi sesungguhnya aku akan memperdaya mereka dengan angan-angan kosong, dan demi sesungguhnya aku akan menyuruh mereka (mencacatkan binatang-binatang ternak), lalu mereka membelah telinga binatang-binatang itu; dan aku akan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah. Dan (ingatlah) sesiapa yang mengambil syaitan menjadi pemimpin yang ditaati selain daripada Allah, maka sesungguhnya rugilah ia dengan kerugian yang terang nyata. “Syaitan sentiasa menjanjikan mereka (dengan janji-janji indah) serta memperdaya mereka dengan angan-angan kosong; dan apa-apa yang dijanjikan oleh syaitan itu tidak lain hanyalah tipu daya semata-mata.” (Surah al-Nisa’ 4: 119-120)

Justeru, pertama sekali syaitan akan cuba menyesatkan manusia dengan mengajak ke arah kekufuran dan syirik kepada Allah s.w.t. Hal ini kerana syirik merupakan kebinasaan dan kezaliman yang paling besar. Bahkan sesiapa yang mati dalam keadaan syirik, maka ia tidak akan mendapat pengampunan Allah, sebaliknya akan dihumbankan ke dalam neraka untuk selama-lamanya. Syaitan sudah tentu gembira sekiranya manusia dapat mengikut jejak langkahnya ke neraka.

BACA:  Kisah Sayyidina Umar dan Pengembala Kambing

Dosa Kecil Dosa Besar

Bagaimana sekiranya syaitan tidak berjaya menjatuhkan manusia kepada dosa syirik?

Jawapan:

Sekiranya usaha syaitan untuk mensyirikkan manusia tidak berjaya, ia akan menghasut manusia dengan perkara yang lebih ringan sedikit berbanding syirik iaitu dosa besar. Syaitan akan berpuas hati apabila manusia ingkar kepada arahan Allah dan melakukan dosa-dosa besar yang dilarang oleh Allah. Sekiranya seseorang itu masih kental imannya dan tidak mudah tergoda dengan godaan dan hasutan syaitan untuk melakukan dosa besar, maka syaitan akan berusaha menghasut supaya melakukan dosa kecil dan terus berusaha memperdaya agar dapat berkekalan dalam melakukannya. Hal ini kerana berkekalan dalam melakukan dosa kecil akan menatijahkannya kepada dosa besar.

Bagaimana sekiranya usaha syaitan untuk menjatuhkan manusia kepada dosa besar atau berterusan melakukan dosa kecil tetap tidak berjaya?

Jawapan:

Sekiranya syaitan masih tidak berjaya, maka ia akan cuba memporak-perandakan kehidupan manusia dengan menimbulkan pergaduhan, kebencian dan permusuhan mereka. Selain itu, syaitan dengan segala tipu dayanya juga kadangkala memperdaya manusia dengan kaedah yang kononnya mengajak manusia menjadi orang yang “baik”. Apabila sampai satu ketika, ia akan cuba menyelewengkan manusia daripada jalan kebenaran.

Dalam sebuah hadis sahih, Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Akan datang syaitan kepada kamu, lalu bertanya: ‘Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?’ Lalu manusia menjawab: ‘Allah yang mencipta.’ Lalu syaitan bertanya lagi: ‘Allah yang menciptakan segala makhluk. Namun siapa pula yang mencipta Allah?’ Nabi s.a.w. bersabda (maksudnya): ‘Apabila didapati sedemikian, hendaklah seseorang itu berkata: ‘Aku beriman kepada Allah.’” (Riwayat Muslim)

Dalam riwayat yang lain, Nabi s.a.w. menyatakan apabila syaitan mempersoalkan tentang pencipta Tuhanmu, maka hendaklah seseorang itu berlindung dengan Allah (daripada tipu daya syaitan itu) dan berhenti berfikir tentang perkara itu. Hadis ini memberikan suatu pengajaran yang amat bermakna kepada orang Muslim. Kita perlu mengetahui segala helah dan tipu daya yang dilakukan oleh syaitan untuk menyesatkan manusia. Tipu daya mereka boleh datang dalam bentuk kebaikan seperti mengingatkan manusia kepada Allah, namun pada masa yang sama ia menyuntik rasa was-was dalam hati manusia agar mempersoalkan keesaan Allah s.w.t.

BACA:  Doa Meminta Syurga dan Perlindungan dari Neraka

Bagaimanakah cara terbaik untuk mengubati manusia yang sudah terjebak dengan tipu daya syaitan?

Jawapan:

Terdapat banyak cara untuk mengubati mereka yang terjebak dengan hasutan dan was-was syaitan. Antaranya adalah dengan mengamalkan zikrullah iaitu mengingati Allah dan tadabbur ayat-ayat suci al-Quran. Kita juga boleh membaca surah dan ayat tertentu untuk menghindari gangguan syaitan seperti “al-mu‘awwizatayn” (surah al-Falaq dan al-Nas), surah al-Baqarah, ayat Kursi, penghujung surah al-Baqarah dan permulaan surah al-Ghafir.

Selain daripada cara di atas, apakah lagi yang perlu dilakukan untuk menghindari tipu daya syaitan?

Jawapan:

Kita hendaklah mempunyai sifat tawakal yang tinggi dalam memohon perlindungan Allah daripada syaitan. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: “Oleh sebab itu, apabila engkau membaca al-Quran, maka hendaklah engkau terlebih dahulu memohon perlindungan kepada Allah daripada hasutan syaitan yang direjam. Sesungguhnya syaitan itu tidak mempunyai sebarang pengaruh terhadap orang yang beriman dan orang yang berserah bulat-bulat (bertawakal) kepada Tuhan mereka.” (Surah al-Nahl 16:98-99)

Begitu juga, kita hendaklah memohon perlindungan daripada Allah dengan memperbanyakkan ucapan isti‘azah iaitu اعوذ بالله منالشيطان الرجيم sebagaimana firman Allah yang bermaksud: “Dan jika engkau dihasut dengan satu hasutan daripada syaitan, maka hendaklah engkau meminta perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (Surah Fussilat 41: 6)

Dr. Mohd Sukki Othman
Sumber artikel daripada majalah Al-Ustaz isu No.4

Sumber: addeen.my

Sumber: suaramedia.org

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *