Soal Jawab Agama

15 Soal Jawab Orang Kafir Yang Persoalkan Kebenaran Islam

quran

Sewaktu Nabi Muhammad saw wafat, telah sempurna Islam itu. Maka, semua persoalan dan keraguan tentang Islam, pasti akan ada jawapannya. Hanya ilmu di dada sebagai penentu, jawapan apa yang perlu diberi bagi membidas kembali persoalan dan keraguan yang sengaja ditimbulkan oleh orang bukan Islam pada orang Islam. Ada di antara mereka yang bertanya bukan kerana hendak tahu, tapi kerana hendak membuatkan orang Islam yang ilmu hanya ala kadar berasa was-was dengan Islam dan akhirnya orang Islam akan berasa was-was dengan agama yang dianutinya. Nauzubillah.

Soalan-soalan yang dinyatakan di bawah, sebenarnya memang benar-benar pernah ditanya oleh orang bukan Islam secara spontan pada orang Islam. Jadi jawapan yang disampaikan di bawah ini diharap dapat membantu membidas persoalan tersebut.

1) Nama Nabi Isa as disebut 25 kali dalam Al-Quran, tetapi berapa kali nama Nabi Muhammad saw disebut dalam Al-Quran?

Nama Nabi Muhammad saw hanya disebut 5 kali sahaja di dalam Al-Quran. Manakala nama Nabi Isa as disebut 25 kali. Mengapa? Kerana Al-Quran diwahyukan pada Nabi Muhammad saw, sebab itu nama Nabi Muhammad saw jarang disebut. Al-Quran diturunkan bukan semata-mata untuk memaparkan kisah Nabi Muhammad saw tapi adalah sebagai panduan perjalanan hidup umat Islam.

2) Nama Nabi Isa lebih banya disebut daripada nama Nabi Muhammad saw dalam Al-Quran. Tentu sahaja Nabi Isa lebih hebatkan?

Dalam Bible, nama syaitan lebih banyak daripada nama Nabi Isa. Jadi, adakah syaitan lebih hebat daripada Nabi Isa? Sebenarnya Allah tidak bezakan tentang kehebatan Nabi dan RasulNya. Walaubagaimanapun, Allah lebih Maha Mengetahui.

3) Dalam Islam percaya yang Nabi Isa as diangkat ke langit, sedangkan Nabi Muhammad saw wafat. Jadi, bila Nabi Isa as dibawa ke langit, tentu sahaja Nabi Isa itu Tuhan kan?

BACA:  Fakta gejala murtad di Malaysia

Dalam banyak-banyak kaum, hanya kaum Nasrani sahaja yang telah salah anggap tentang nabi yang diutuskan kepadanya sebagai Tuhan (Nabi Isa). Sedangkan, dalam Bible juga ada menyatakan bahawa Jesus (Nabi Isa) berkata “Siapa yang taat pada Allah akan masuk Syurga, siapa yang menganggap Jesus sebagai tuhan akan masuk neraka”. (Kitab Injil yang menjadi rujukan pengganut Kristian sekarang ini sebenarnya telah dimanipulasi isi kandungannya)

4) Dalam Islam, Nabi Muhammad saw adalah Nabi terakhir. Tapi, di akhir zaman nanti Nabi Isa as akan turun. Kenapa tidak dikatakan Nabi Isa as yang terakhir?

Nabi Muhammad saw adalah nabi terakhir berdasarkan tahun kelahirannya. Contohnya, jika anak bongsu meninggal dunia, sedangkan anak sulung masih hidup, anak sulung tetap kekal pangkatnya sebagai yang sulung.

5) Nabi Isa as disembah sebagai anak Tuhan kerana dianggap mulia sebab lahir tanpa bapa.

Antara ibu dan anak, mana yang lagi mulia? Tentu ibu kan? Jadi, kenapa orang Kristian tidak menyembah Mariam saja? Bukankah Mariam itu ibu, tentu lagi mulia. Nabi Adam merupakan manusia pertama juga lahir tanpa bapa, malah tanpa ibu juga. Jadi, kenapa tidak disembah Adam saja?

Firman Allah swt : “Sesungguhnya perbandingan (kejadian) Nabi Isa di sisi Allah adalah sama seperti (kejadian) Nabi Adam. Allah telah menciptakan Adam dari tanah lalu berfirman kepadanya: “Jadilah engkau!” maka menjadilah ia. -Surah Al-Imran, ayat-59.

6) Jika membaca tafsir, Allah berfirman sekejap guna ‘Aku’, sekejap guna ‘Kami’. Kenapa? Bukankah maksud ‘Kami’ itu mewakili ‘Tuhan + Mariam + Anak Tuhan (Isa)’?

Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab. ‘Aku’ kata jamaknya ‘Kami’ yang menggambarkan tentang ‘Allah dan keagunganNya’ . Bukankah Queen Elizebeth ketika bertitah, beliau guna ‘We’ bukan ‘I’?

BACA:  Aurat Perempuan Dalam Sukan Renang

7) Orang Sikh Punjabi bertanya, kenapa Islam perlu potong rambut? Bukankah rambut itu anugerah tuhan yang perlu disimpan?

Kita jawab dengan soalan ini, kuku juga anugerah tuhan, kenapa orang Sikh Punjabi potong kuku?

8) Sami Buddha vegetarian bertanya, kenapa Islam disuruh membunuh binatang untuk dimakan? Bukankah itu zalim kerana membunuh hidupan bernyawa?

Sains telah membuktikan bahawa sayur dan pokok turut mempunyai nyawa. Malah, apabila kita basuh tangan pun, ada banyak nyawa kuman yang kita bunuh. Itu tidak kejam? Apabila kita membunuh (sembelih) seekor lembu, sebenarnya kita telah menyelamatkan banyak nyawa manusia daripada mati kelaparan.

9) Sami Buddha menjawab “Bunuh sayur dosa kecil sebab sayur kurang deria. Bunuh binatang dosa besar”

Habis tu, adakah kita cuma berdosa kecil jika membunuh orang yang pekak, buta, dan bisu hanya kerana dia tidak ada deria?

10) Sami Buddha menjawab lagi “Jika kita bunuh sayur, sayur akan tumbuh balik”

Jadi, makanlah ekor cicak kerana ekor cicak akan tumbuh semula selepas putus.

11) Sami Buddha berkata lagi, “Makan binatang akan dapat banyak penyakit”

Sebenarnya, penyakit datang kerana kita banyak makan. Bukan kerana makan binatang. Allah suruh makan secara sederhana. Nabi juga suruh berhenti makan sebelum kenyang. Lagipun, Allah dah beri gigi taring dan gigi kacip untuk manusia makan binatang dan sayuran. Bukankah tembakau dan ganja itu juga berasal dari tumbuhan? Lagi besar penyakitnya. Lembu yang ragut rumput hari-hari pun boleh jadi lembu gila. Sebenarnya, tak kesah pun kalau kita tak nak makan daging, tapi jangan lah cakap haram apa yang telah Allah halalkan.

12) Kan babi itu ciptaan Allah, kenapa Islam tak makan babi?

BACA:  ASB/ASN Haram - Jabatan Mufti Negeri Selangor

Sebab bukan semua ciptaan Allah adalah untuk dimakan. Jika begitu, batu dan kayu juga ciptaan Allah. Manusia juga ciptaan Allah. Nak jadi kanibal?

13) Islam cakap Hindu sembah berhala tetapi Islam hari-hari sembah Kaabah.

Islam bukan sembah Kaabah. Tapi Kaabah itu adalah Kiblat untuk satukan umat. Dalam Islam dah sebut, siapa sembah Kaabah akan masuk neraka kerana Islam sembah Allah, kaabah cuma kiblat. Ada bezanya. Bukti, orang yg sembah berhala tidak akan pijak berhala, tapi orang Islam pijak Kaabah untuk melaungkan azan. Orang Hindu tak akan pijak gambar berhala tapi orang Islam hari-hari pijak gambar Kaabah di sejadah. Jika ada sepanduk gambar Kaabah direntangkan di KLCC sekalipun, orang Islam tetap solat menghadap Kaabah di Mekah kerana itu kiblat kita untuk sembah Allah. Bukan sembah Kaabah!

14) Kenapa perlu ikut Nabi Muhammad saw? Nabi dan Rasul sebelum baginda itu sesatkah?

Nabi sebelum Nabi Muhammad saw diutus untuk kaum dan zaman tertentu sahaja. Sedangkan Nabi Muhammad saw diutus untuk semua kaum dan sepanjang zaman.

15) Apa bukti Allah wujud? Mana Allah? Tak nampak pun.

(Tampar beliau!) Kemudian cakap, sakit itu wujud dan boleh dirasa, tapi adakah kita nampak sakit itu? Begitu juga dengan kewujudan Allah. Allah itu wujud dan kita boleh rasa nikmat pemberian-Nya, tapi kita tak boleh nampak Allah.

Sumber: szlihin

Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel

32 Comments

  1. Merujuk kepada Keyataan Poster pada Gambar di atas “Islam Will Dominate The World” adalah sikap keangguhan umat kita sendiri pada hal “Islam Has Dominated The Workld” merujuk kepada Kerajaan Champa, Melaka, Majapahit, Dinasti Ming, Mogul, Asabiyah, Othmaniah, Tarmalene dan sebagainya.
    Poster sedemikian hanya akan diperlekeh dengan anggapan ketidakpastian umat ini sendiri yang bersikap reaktif dan juga menakutkan kepada mereka yang belum mengenal Islam.
    Akan tetapi kedudukan umat ini sendiri berada pada tahap yang daif, rendah ilmu, serba tidak selamat, ditindas dan sebaginya.
    Kemajuan umat ini sendiri wajar diberi penekanan dahulu.

    1. kurang rajin belajar Islam secara totalitas, saya sarankan belajar yang cermat agar selamat DUNIA AKHIRAT

    2. Soalan:-
      1. Bagaimana kamu begitu yakin bahawa versi Bible telah diubah?

      1. Sekiranya anda amati isi dalam bible, ia jelas diceritakan isi patinya oleh manusia, malah bukan dari nabi isa sendiri yang meriwayatkan.
        Jelasnya disini ayat dan isipatinya boleh diragui kerana ia adalah diceritakan oleh manusia. Berbeza dengan Alquran yang mana semuanya adalah firman dan perintah Allah yang asal tanpa sebarang ubahan walau satu huruf sekalipun.

        1. Cuba baca Bible Versi King James, Versi NIV (New International Version) dan RSV (Revised Standart Version). Dari nama saja dah ada macam-macam versi. Dalamnya ada perbezaan pada Matthew dengan Luke dalam gospel mereka.

  2. Perkara 13. mengenai Kaabah adalah jawapan terbaik yang pernah saya jumpa dan meyakinkan. Sekurangikurangnya dapat dibekalkan kepada kanak-kanak semasa mereka bersembang sesama kawan-kawan mereka samada Islam atau bukan Islam.

  3. Betul tulisan “Islam will Dominate The World” amat menakutkan orang bukan Muslim. Kita harus menunjuk murah hati dan baik hati barulah bukan Muslim suka agama kita.

  4. mohon share. TQ.

  5. theyurigagarinfan

    apa hukumnya kalau seseorg tu x bercakap langsung dgn adikberadiknya walaupun duk serumah tp seseorg itu xberniat bergaduh .dia jg menunaikan solat cukup 5 waktu.apakah amalannya langsung x diterima allah lantaran dikira memutuskan silaturahim?

  6. mohon share..terima kasih

  7. mcmne nk share

  8. “Islam Will dominate the world” saya kurang setuju, jangan ajar umat kita terlalu angkuh ketika dunia masih boleh di tolak ansur. Islam mengajar kita tolenrasi sesama manusia melainkan nyawa dan agama kita terancam. Kita didik diri kita dengan perkataan yang sedap didengar. biar org lain respect kita kerana bahasa. Kita kuat dari segi pegangan tetapi masih dihujung senapang bangsa yang lebih maju. Jalanilah hidup kita untuk agama kita. Bersedialah kita untuk mati kita.

    1. Saya setuju dgn komen eym. kita mesti tunjukkan bahawa islam itu agama keamanan bukan bermusuhan melainkan nyawa & agama kita terancam. Pasal perkara 12 kenapa babi islam dilarang makan. dlm Al-Quran ada mengatakan bahawa babi ada mempunyai kuman bahaya dlm daging babi. terbukti kes ini telah berlaku kat bukit pelanduk melaka dlm thn 1999. dimana penternak babi ramai yg kena jangkitan kuman bahaya dari babi ini. menyebabkan ramai yg maut ketika itu. nah ini lh sebab nya Allah melarang islam memakan babi. setiap yg di haram tu pasti ada sebab nya.

      1. bukan pasal angkuh, tapi ini perkara benar…. Islam WILL dominate the world… dalam Al-Quran ada cakap….. u two better read some of the articles about Islam is the fastest growing religion in the world… more and more non-Muslims are becoming Muslims nowadays

  9. mohon share. tq

  10. Salam. Mohon share ye 😉

  11. 15 Soal Jawab Orang Kafir Yang Persoalkan Kebenaran Islam | ماريا ياسمين صفية
  12. MindYourOwnBusiness

    This Q&A is a f*cking joke, no wonder non-Muslims are laughing at you all.

    1. John isac abdullah

      My advise , u should study Quran . Last 24 year i m cristian but now i m muslim and all my family (include grandmother)became muslim already between 2yr. Study if u really want to know why 100 non muslim laugh at muslim but why 1000 non muslim become muslim.

  13. salam sejahtera tuan….

    memohon sedikit pencerahan tuan dgn sedikit soalan :

    1.boleh tuan tlg huraikan dgn baik tentang surah at taubah ayat 38…
    (melihat kepada keadaan saudara islam yg sedang dizalimi diluar sana)
    bagaimana cara tuntutan dan perlaksanaan yg baik utk kita lakukan

    2. bagaimana untuk memahami cara perlaksanaan yg dituntut didalam al quran dalam memahami tentang hadis2 tentang peristiwa akhir zaman tersebut.

    mohon pencerahan tuan..
    syukran…
    segala puji hanya bg Allah..

  14. Askum..recently ni sy dgr 1 channel dr mesir cal ” islam n dahwah” yg dihoskan oleh seorg lelaki dan panel sorang sheikh dr al azhar dan sorang org awam. Org awam ini tidak percaya pd Allah…byk pkara yg berkaitan dgn hidup dan Allah dia menafikan. Dan last question yg dia tanya ” jika Allsh tu adil, kenapa ada yg kaya dan miskin, susah n senang” sheikh tu tk dot jwb dgn sempurna…iaitu tidak dpt meyakinkan org awam itu. Sy kesal sgt2…bolehkah yg arif bagi pencerahan pd soalan ini. Syukran.

    1. Cuba tengok kat youtube,dr.zakir naik pernah mmberikan jawapan seperti yg d pertanyakan

  15. Apa bukti Allah wujud? Mana Allah? Tak nampak pun.

    (Tampar beliau!) Kemudian cakap, sakit itu wujud dan boleh dirasa, tapi adakah kita nampak sakit itu? Begitu juga dengan kewujudan Allah. Allah itu wujud dan kita boleh rasa nikmat pemberian-Nya, tapi kita tak boleh nampak Allah.

    Tak payah buktikan Allah wujud. Cuba tengok ketidaksempurnaNya melalui perbuatan bodoh ciptaanNya. Mengapa banyak orang Islam merempat di negara Islam sendiri?

    1. Allah maha sempurna,tidak sama sekali ada kekurangan,hanya makhluk nya yang serba kekurangan memikirkan dan berkhayal dengan perkara yang bukan-bukan dan fikiran sempit,orang islam merempat di negara islam sendiri,itu soal kewangan dan usaha masing-masing..kenapa tak tanya banyak orang kafir merempat di negara kafir sendiri?

    2. John abdullah ester

      Diri kamu yg kejam berfikir sepertu itu barangkali. Sy saran kan kamu membaca ttg Al Quran dahulu sebelum berkata2. Sy juga kristian dahulu tapi skrg dah menjadi muslim dan meng islam kan seluruh keluarga sy sejak 2 tahun kebelakangan ini.

  16. Intan Suraya Luna

    Mohon share. Syukran 🙂

  17. Bole x jgn guna Font yg susah utk dibaca?. Maybe some people kena copy paste masuk dlm Ms Word- tuka font baru baca. Benda baik yg nak dikongsi Xperlu nak disukar2 kan. Just suggestion yg amat kecil dari saya. Terima kasih.

  18. Dalam benak saya, saya berkhayal Tuhan menciptakan dua jenis manusia: yang beragama dan yang kafir. Lalu Tuhan berfirman pada yang beragama, “Kejarlah kafir dan bunuhlah mereka,” sambil Dia duduk menonton dari surga ditemani malaikat-malaikat seperti sedang menonton pertandingan sepak bola. Setiap ada kafir yang terbunuh, seisi surga bersorak kegirangan! Lalu Tuhan menciptakan lebih banyak kafir lagi untuk membuat permainan semakin menarik. “Bunuhlah semua ciptaan-ciptaan-Ku ini!” kata-Nya.

    BETAPA KEJAMNYA TUHAN YANG SEPERTI ITU!!!

    1. khayalan yang sia2 dan merugikan, khayalkan dan tanyakan pada diri sendiri, tuhan sudah menyelamatkan kita semua untuk lahir dan hidup ke dunia melalui ibuku,tuhan sudah memberikan kita semua akal dan anggota tubuh badan untuk berkerja untuk berbakti kepada ibubapa,keluarga,masyarakat dan negara,tuhan sudah memberikan kita semua hubungan untuk berbahagia didunia,tuhan sudah memberikan kita semua kesihatan dan umur yang panjang, tetapi dengan nikmat yang diberikan,kenapa awak masih berfikiran dan berkhayalan yang tuhan itu masih kejam?? renung2kanlah…

  19. kalau dia kata sayur tak rasa sakit, binatang rasa sakit…yg ni nak jawab apa?

    1. kalau dia kata sayur tak rasa sakit,binatang rasa sakit..sayur dan binatang perlukan air,bukan kah air sumber kehidupan dan juga makhluk ciptaan tuhan,kenapa tak minum air je,tak dapat dosa sikit ataupun banyak(menurut agama sami tadi)..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *