14 Tips Buat Muslim Untuk ke Everland, Taman Tema Terbesar Korea
Travel

14 Tips Buat Muslim Untuk ke Everland, Taman Tema Terbesar Korea

14 Tips Buat Muslim Untuk ke Everland, Taman Tema Terbesar Korea

Terletak kira-kira sejam perjalanan dari Seoul, Everland mungkin tidak tersenarai dalam list ‘to go’ disebabkan ia memakan masa untuk kesana (lebih-lebih lagi jika menaiki pengangkutan awam) Tetapi jarak tidak boleh dijadikan alasan untuk terlepas taman tema terbesar Korea Selatan!

 

Ia mungkin dipanggil taman tema tetapi ia tidak hanya tertumpu pada rides sahaja. Taman ini juga ada zoo, dunia safari dan banyak tempat menarik yang anda boleh tangkap gambar. Terdapat begitu banyak yang boleh dilakukan di Everland, ada hanya boleh letak aktiviti ini sahaja untuk hari itu.

 

Perkara yang terbaik adalah tiket yang cukup berpatutan untuk taman yang begitu besar. Harga biasa untuk tiket masuk adalah SGD65.79 tetapi dengan Klook, hanya SGD32.45. Selain itu, anda boleh elak beratur masuk kerana anda boleh memasuki taman dengan kod QR pada tempahan dalam talian anda.

 

  1. Ambil bas ulang-alik
14 Tips Buat Muslim Untuk ke Everland, Taman Tema Terbesar Korea
Sumber: mytravease

Ianya memang boleh ke Everland dengan menaiki pengangkutan awam, tetapi masa perjalanan agak lama dan memakan masa. Jadi bagi menjimatkan masa, kami syorkan untuk mengambil bas ulang-alik Klook yang akan memberi anda kepuasaan maksimum di Everland. Dengan pelbagai lokasi pick-up di sekitar Seoul, bas ulang-alik adalah salah satu cara yang paling mudah, selesa dan terpantas untuk sampai ke Everland.

 

Walaupun masa pengambilan untuk setiap lokasi ditetapkan, terdapat dua slot kembali untuk anda pilih. Sekiranya anda ingin melihat bunga api, ambil slot bas ulang-alik jam 8.30 pagi !

 

Tip #HHWT: Pastikan anda sampai 10 minit lebih awal untuk masa pengambilan anda kerana bas biasanya akan datang tepat pada masa yang dinyatakan.

 

  1. Elak dari beratur dengan Q-Pass Klook

14 Tips Buat Muslim Untuk ke Everland, Taman Tema Terbesar Korea

Bercakap tentang menjimatkan masa … hanya ada satu perkara yang akan menghalang semua keseronokan kamu di Everland – beratur panjang! Penyelesaian untuk ini sangatlah senang, ada hanya perlu menempah tiket Everland di Klook, dan anda boleh tebus Q-pass percuma! (hanya untuk hari bekerja) Jadi anda tak perlu beratur panjang lagi hanya untuk naik rides, Q-pass membolehkan anda untuk melangkau salah satu dari lima rides di Everland. Ini adalah untuk masa yang terhad sahaja, jadi pastikan anda semak Klook sebelum anda pergi!

BACA:  9 Hotel di Tokyo (Dari USD65) Berhampiran Makanan Halal Untuk Percutian Anda Yang Seterusnya

14 Tips Buat Muslim Untuk ke Everland, Taman Tema Terbesar Korea

P/S: Kami mengesyorkan untuk memilih dengan bijak kerana anda hanya mempunyai 1 Q-pass. Jika anda ingin menggunakan untuk rides, gunakannya untuk T-express kerana barisan itu mungkin yang paling lama berbanding yang lain. Tetapi jika anda mencari pengalaman yang mesra keluarga, Lost Valley akan menjadi tempat yang baik untuk menggunakan pass!

 

  1. Rancang laluan taman anda

 

Sebelum lawatan Everland anda, ianya lebih baik untuk merancang laluan anda di sekitar taman untuk memaksimumkan masa anda di sini. Ketahui waktu pembukaan kerana ia mungkin berubah bergantung pada musim! Anda juga perlu merancang laluan anda mengikut waktu tayangan yang berbeza .

 

Anda boleh memilih untuk memulakan dengan Zoo Topia dan berakhir di Pengembaraan Amerika, atau cara lain bergantung kepada tarikan apa yang anda paling teruja.

14 Tips Buat Muslim Untuk ke Everland, Taman Tema Terbesar Korea

 

Muat turun peta di sini agar anda tidak tersesat mengelilingi taman. Anda juga boleh mengambil peta di pintu masuk, tetapi pastikan untuk menyemak bahasa peta kerana terdapat banyak peta bahasa yang berbeza.

 

  1. Skyway

 

Sama seperti seluruh jalan-jalan di Korea Selatan, terdapat banyak lereng bukit di Everland. Tetapi jika anda tidak mahu berjalan, Skyway adalah untuk anda! Perjalanan 10-minit yang pendek menawarkan pemandangan panorama Everland yang indah sambil membawa anda melintasi taman.

14 Tips Buat Muslim Untuk ke Everland, Taman Tema Terbesar Korea

Ini adalah sempurna walaupun anda takut ketinggian, kerana perjalanan Skyway cukup rendah dan lambat.

 

  1. Zoo Topia

 

Mulakan pengembaraan Everland anda di Zoo Topia ▸ Rumah kepada lebih daripada 2000 haiwan, Zoo Topia dipenuhi dengan pengalaman interaktif dan mendalam dengan kawan haiwan anda.

14 Tips Buat Muslim Untuk ke Everland, Taman Tema Terbesar Korea

Anda tidak mahu ketinggalan melihat panda gergasi di Panda World, kerana ini adalah satu-satunya tempat di Korea Selatan di mana anda dapat mencari haiwan yang comel ini. Masa lawatan anda mengikut masa makan sesetengah haiwan (contohnya, panda dan harimau)!

14 Tips Buat Muslim Untuk ke Everland, Taman Tema Terbesar Korea

Ingin lebih dekat dengan haiwan? Anda perlu pergi ke Lost Valley! Di sini, anda akan menaiki kenderaan amfibia yang boleh melintasi pelbagai habitat haiwan. Kenderaan itu juka akan menenggelamkan dirinya sendiri di dalam air!

 

Dengan ketiadaan tingkap di kenderaan – membuat perjalanan rasa seperti pengalaman safari sebenar. Bahkan ada sesi makan semasa perjalanan di mana zookeeper akan menawarkan makanan kepada beberapa haiwan dan menarik mereka ke kenderaan, menjadi lebih dekat dengan anda!

BACA:  Anda Boleh Dapatkan Halal Daifuku Dan Bento Di Mart Ini Di Asakusa

 

  1. Ambil gambar semasa memakai hanbok

 

Banyak tempat yang membolehkan anda bergambar, terutamanya yang memberikan pandangan yang ‘instagrammable’. Di sini juga ada perkhidmatan menyewa hanbok, terdapat pelbagai reka bentuk dan saiz hanbok untuk semua orang yang mahu memakainya.

14 Tips Buat Muslim Untuk ke Everland, Taman Tema Terbesar Korea

Kakitangan sangat peramah, dan mudah untuk berbincang dengan mereka dalam bahasa Inggeris. Mereka juga sangat sabar dalam membantu memilih hanbok.

 

Anda mungkin ada kira-kira setengah jam tinggal sebelum Everland tutup. Kami akan syorkan anda tuju ke taman bunga mawar di hadapan kedai. Four Seasons Garden yang indah hanya berjalan kaki beberapa minit sahaja!

 

P/S: Sila semak Klook terlebih dahulu jika ingin merasai pengalaman ini.

 

  1. Berseronok dengan rides Everland

14 Tips Buat Muslim Untuk ke Everland, Taman Tema Terbesar Korea

American Adventure tempat dimana rides extreme di Everland. Melambung 33 meter atas tanah, ride ini adalah Columbus Adventure! Untuk keseronokan maksimum, duduk di hujung kapal, di mana anda boleh menikmati pemandangan terbaik taman ketika hampir menegak.

14 Tips Buat Muslim Untuk ke Everland, Taman Tema Terbesar Korea

Mencari ride yang akan melepaskan anda 360 darjah di udara? Double Spin Rock adalah jawapan anda. Bermula ringan dan dari situ ia berpusing laju dan semakin laju.  Untuk menambahkan adrenalin, muzik rock dimainkan tetapi anda mungkin tidak dengar kerana jeritan lebih kuat dari lagu.

14 Tips Buat Muslim Untuk ke Everland, Taman Tema Terbesar Korea

Keseronokan tidak berhenti di American Adventure. Anda perlu pergi ke European Adventure untuk menaiki Everland – T-Express! Dengan kelajuan 104km sejam pada sudut 77 darjah, papan kayu paling curam di dunia membuatkan jantung anda berdebar selama berjam-jam

 

  1. Bergembira dengan tunggangan(rides) mesra keluarga

 

Jika anda sedang mencari untuk tunggangan yang sama menarik tetapi tidak extreme, Coasters Racing dan Magic Swing adalah untuk anda. Tunggangan ini tidak berpusing 360 darjah, dan tidak begitu curam!

14 Tips Buat Muslim Untuk ke Everland, Taman Tema Terbesar Korea

Selepas itu tenangkan diri anda dengan perjalanan klasik Carousel di European Adventure. Dan sekiranya anda ingin membiarkan anak-anak kecil berseronok sendiri, Magic Cookie House adalah ruang yang selamat untuk melakukan itu kerana mereka akan sibuk menavigasi jalan mereka melalui mazes dan slaid yang berbeza.

 

  1. Pergi ke bilik sembahyang

 

Makanan halal mungkin tidak terdapat di taman ini, jadi kami mengesyorkan untuk membawa atau bungkus makanan anda sendiri atau mencuba beberapa pilihan makanan laut Everland.

BACA:  Itinerary 5 Hari 4 Malam Mesra Muslim ke Seoul, Korea!

14 Tips Buat Muslim Untuk ke Everland, Taman Tema Terbesar Korea

Bilik sembahyang yang kecil yang terletak di Global Fair lengkap dengan kemudahan wudhu dan sejadah. Bawalah kelengkapan sembahyang anda sendiri, kerana tidak disediakan.

 

  1. Tonton perarakan

14 Tips Buat Muslim Untuk ke Everland, Taman Tema Terbesar Korea

Ambillah angin sambil melihat perarakan yang meriah sepanjang hari! Beberapa perarakan akan mengikut sesuatu tema bergantung kepada peristiwa hari itu.  Sebagai contoh, semasa Halloween dan perarakan adalah bertemakan Halloween. Masa berubah setiap hari jadi periksa jadual di sini sebelum menuju ke taman.

 

Jika anda mempunyai masa untuk menetap samapi malam, jangan ketinggalan Parade Moonlight! Lampu jalan taman itu akan dimatikan, tetapi terapung dengan beribu-ribu lampu yang berwarna-warni sudah mencukupi untuk mencerahkan langit malam Everland dan meninggalkan anda dengan kekaguman.

 

  1. Perhatikan paparan bunga api yang menakjubkan di Everland

 

Tamatkan pengembaraan Everland anda dengan menonton paparan bunga api! Masa berubah mengikut hari, jadi periksa masa terlebih dahulu untuk memastikan anda tidak terlepas pertunjukan.

 

14 Tips Buat Muslim Untuk ke Everland, Taman Tema Terbesar Korea

P/S: Ini mungkin acara yang paling popular pada hari ini, jadi datang lebih awal untuk mendapatkan tempat duduk terbaik

 

  1. Gunakan kemudahan mesra keluarga yang ada

 

Salah satu perkara yang paling menonjol adalah bagaimana taman ini mesra keluarga! Terdapat ruang besar yang didedikasikan untuk kereta bayi di luar rides, dan terdapat juga barisan khas untuk keluarga dengan kereta bayi.

14 Tips Buat Muslim Untuk ke Everland, Taman Tema Terbesar Korea

Anda juga boleh menyewa kereta bayi (single dan double) dan kerusi roda di Pusat Khidmat Pelanggan, yang terletak di sebelah kanan pintu utama.

 

  1. Simpan barangan anda dengan selamat di loker

14 Tips Buat Muslim Untuk ke Everland, Taman Tema Terbesar Korea

Kami mencadangkan anda untuk menyimpannya di loker (KRW 1,000 untuk kecil dan KRW 2,000 untuk besar) dan membawa hanya keperluan yang diperlukan. Lagipun, anda tidak mahu barang-barang anda basah pada rides basah atau jatuh ketika menaiki rides.

 

  1. Pergi membeli-belah

 

Tentunya anda ingin membawa beberapa cenderahati untuk mengingati masa yang menakjubkan di sini. Berita baiknya ialah terdapat banyak kedai-kedai di sekitar taman, yang menawarkan cenderahati yang paling menarik!

14 Tips Buat Muslim Untuk ke Everland, Taman Tema Terbesar Korea

Dari mainan mewah haiwan ke barang dagangan LINE, pasti ada sesuatu untuk semua orang dibawa pulang.

 

Sumber: Have Halal Will Travel

Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!