≡ Menu

10 Restoran Halal Di Jepun Berhampiran Dengan Tempat Melihat Bunga Sakura

10 Restoran Halal Di Jepun Berhampiran Dengan Tempat Melihat Bunga Sakura

 

Tokyo ketika musim bunga sakura menjadi tempat yang penuh dengan pengalaman berharga, dengan banyak pelancong yang datang dan penduduk tempatan bersantai dalam pemandangan indah sakura . Bunga sakura Jepun adalah keajaiban alam yang menakjubkan dan Tokyo mempunyai beberapa tempat terbaik untuk melihatnya! Jika anda ingin ke Jepun pada musim bunga nanti, anda boleh juga rujuk artikel kami sebelum ini.

10 Restoran Halal Di Jepun Berhampiran Dengan Tempat Melihat Bunga Sakura

Untuk menjadikan pengalaman anda lebih manis, kami telah menyusun panduan berguna di tempat-tempat bunga sakura terbaik Tokyo dan restoran halal berhampiran! Kamijamin, ini akan menjadi penyelamat anda ketika terpesona dan hanyut dengan keindahan bunga-bunga sakura.

 

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Tip: Dengan semua perjalanan yang bakal anda lakukan di Tokyo, kami mengesyorkan untuk mendapatkan Tokyo Subway Pass yang memberikan perjalanan tanpa had di semua laluan Metro Tokyo dan Toei Subway.

 

Shinjuku Gyoen

Dengan lebih daripada 1,000 pokok sakura dan berpuluh-puluh jenis, Shinjuku Gyoen tidak dapat dinafikan salah satu tempat terbaik untuk melihat bunga sakura di Tokyo. Bentang tikar dan berkelah di rumput yang luas bersama-sama penduduk tempatan dan pelancong yang juga datang melihat pemandangan yang menakjubkan.

10 Restoran Halal Di Jepun Berhampiran Dengan Tempat Melihat Bunga Sakura

 

  1. Shinjuku Gyoen Ramen Ouka

Berita baik untuk anda, Restoran Shinjuku Gyoen Ramen Ouka hanya berdekatan! Bar halal ramen ini memberi anda pengalaman ramen yang tiada tandingan. Ramen akan disajikan dengan ayam panggang dan yakitori. Perkara yang unik tentang ramen ini ialah ia juga dilengkapi dengan semangkuk nasi, yang anda boleh makan dengan sup ramen yang lain. Ini dipanggil ochazuke dan ia pasti oishii !

10 Restoran Halal Di Jepun Berhampiran Dengan Tempat Melihat Bunga Sakura

 

Sudahkah kami beritahu anda boleh membuat ramen anda sendiri mengikut selera dan citarasa anda? Restoran ini mempunya pelbagai pilihan untuk anda bagi membuat ramen anda sendiri.

 

Tip: Disebabkan Ramen Ouka adalah sebuah restoran kecil, anda perlu membuat panggilan untuk menempah meja terutama sekali jika melancong dalam kumpulan yang besar.

 

Facebook | Instagram

 

Waktu Operasi: Isnin hingga Khamis, 2 – 10 malam, Jumaat, 5 – 10 malam, Sabtu hingga Ahad, 12.30 – 10 malam

Alamat: 1 Chome-11-7 Shinjuku, Tokyo 160-0022, Jepun

Hubungi: +81 3-5925-8426

 

 

Ueno Park

Ueno Park adalah taman lain untuk hanami di Tokyo. Ia mungkin lebih ramai dan bising di sini tetapi ia adalah peluang untuk anda merasai perayaan musim ini dengan penduduk tempatan. Perayaan Sakura Matsuri juga diadakan di Ueno Park supaya anda boleh melibatkan diri dalam budaya Jepun sambil mengagumi bunga sakura. Ueno Park juga merupakan tempat yang baik untuk melihat lampu-lampu menyala pada waktu petang!

10 Restoran Halal Di Jepun Berhampiran Dengan Tempat Melihat Bunga Sakura

 

  1. Coco Ichibanya Curry House

Sekiranya anda berada di Taman Ueno untuk hanami , anda perlu pergi ke Coco Ichibanya Curry House di Akihabara. Itulah restoran pertama yang diiktiraf halal ! Nikmati Nasi Kari Daging mereka panas-panas atau anda juga boleh makan potongan ayam goreng yang enak.

BACA:  9 Hotel Terbaik Shinjuku (Dari RM230 / Malam) Untuk Perjalanan Tokyo Terbaik
10 Restoran Halal Di Jepun Berhampiran Dengan Tempat Melihat Bunga Sakura

Waktu Operasi: 11 pagi – 10.30 malam setiap hari

Alamat : 16 Kanda Matsunagachō, Chiyoda-ku, Tōkyō-to 101-0023, Jepun

Hubungi: +81 3-6260-8667

 

  1. Ayam-ya Okachimachi

Restoran halal lain berhampiran Ueno Park adalah Ayam-ya Okachimachi. Nikmati semangkuk ramen halal bersama sup ayam adalah sesuatu yang anda pasti  mahukan selepas puas berjalan melihat bunga-bunga sakura. Anda juga boleh memilih versi pedas jika anda mahukannya. Selain dari ramen, Ayam-ya juga menghidangkan masakan tsukemen (cold dipping ramen) dan semangkuk nasi.

10 Restoran Halal Di Jepun Berhampiran Dengan Tempat Melihat Bunga Sakura

 

Facebook 

 

Waktu Operasi: 11.30 pagi – 4 petang, 5 – 10 malam setiap hari

Alamat: Chome-10-1 Taitō, 台 東区 Taitō-ku, Tōkyō-110-0016, Jepun

Hubungi: +81 3-3834-6656

 

Taman Yoyogi

Taman Yoyogi mungkin lokasi yang paling sesak untuk melihat bunga sakura ini kerana lokasinya berdekatan dengan Shibuya yang menjadikan lokasi paling senang untuk pergi. Ianya sesuai untuk jika anda mencari kawasan yang berada di tengah-tengah walaupun ramai dengan pengunjung.

 

Tip: Datang lebih awal untuk mendapatkan tempat anda di Taman Yoyogi!

10 Restoran Halal Di Jepun Berhampiran Dengan Tempat Melihat Bunga Sakura

 

  1. Gyumon

Gyumon ialah restoran yang menhidangkan makan halal yakiniku (daging panggang). Ini pastinya tempat yang ideal apabila anda selesai berbelanja dan merempuh orang ramai di Shibuya. Pilih potongan daging yang anda inginkan dan mereka akan hidangkan kepada anda mentah. Daging mentah yang diperap dengan garam dan lada, membuatkan anda rasa daging tersebut sangat sedap dan lembut.  Apa yang perlu anda lakukan adalah memasak daging di atas arang dan anda boleh makan daging panggang yang sempurna

10 Restoran Halal Di Jepun Berhampiran Dengan Tempat Melihat Bunga Sakura

 

Facebook | Instagram

 

Waktu Operasi: 12 malam – 12 pagi setiap hari

Alamat: 3-14-5 Shibuya, Tokyo 150-0002, Jepun

Hubungi: +81 3-5469-2911

 

  1. Hanasakaji-san

Hanasakaji-san adalah satu-satunya restoran halal shabu-shabu di Tokyo yang menyajikan daging Wagyu halal sepanjang jalan dari wilayah Miyazaki. Masukkan daging kedalam sup panas dan lihat ia masak dalam beberapa saat! Restoran ini juga bangga dengan hidangan halal washoku (masakan tradisional Jepun) dan setiap set dilengkapi dengan pelbagai hidangan seperti tempura dan makarel panggang.

10 Restoran Halal Di Jepun Berhampiran Dengan Tempat Melihat Bunga Sakura

 

Laman web

 

Waktu Operasi: Isnin hingga Sabtu, 11.30 pagi – 3 petang, 5 petang – 12 pagi, Ahad, 11.30 pagi – 4 petang, 5 petang – 11 malam

Alamat: Sakura Building B1F 3-22 Sakuragaoka Shibuya Tokyo 150-0031 Jepun

Hubungi: +81 3-3496-7777

 

Taman Chidorigafuchi

Terletak di kawasan Imperial Palace, Chidorigafuchi Park membolehkan anda melihat bunga ceri dengan cara yang berbeza. Di sinilah anda boleh mengagumi bunga sakura sambil mendayung bot. Pemandangan indah dari sakura dan air adalah sesuatu yang anda tidak mahu ketinggalan.

 

10 Restoran Halal Di Jepun Berhampiran Dengan Tempat Melihat Bunga Sakura

Tip: Barisan untuk menaikki bot boleh jadi sangat lama jadi rancang untuk pergi lebih awal jika anda ingin mengelakkan orang ramai. Dermaga bot dibuka pada jam 9.30 pagi.

BACA:  10 Permata Tersembunyi di Tokyo Untuk Percutian Menarik (Dengan Makanan Halal Berdekatan)

 

  1. Akasaka Saryo Ouka

Kedai yang mempunyai talian dengan restoran Shinjuku Gyoen Ramen Ouka, Akasaka Saryo Ouka adalah kafe gaya Jepun yang pertama di Tokyo. Restoran ini menyajikan hidangan pencuci mulut tradisional Jepun dan lempeng matcha.

10 Restoran Halal Di Jepun Berhampiran Dengan Tempat Melihat Bunga Sakura

 

Bukan itu saja – Saryo Ouka juga menyajikan hidangan sushi dan nasi daging wagyu. Ia adalah apa yang anda perlukan untuk mengisi perut anda selepas mendayung

10 Restoran Halal Di Jepun Berhampiran Dengan Tempat Melihat Bunga Sakura

 

Facebook | Instagram

 

Waktu Operasi: 12.30 – 3 petang, 6 – 9 malam setiap hari

Alamat: 1 Chome-9 Akasaka, Minato-ku, Tōkyō-107-0052, Jepun

Hubungi: +81 3-5544-8455

 

Sungai Sumida

Berjalan-jalan di sepanjang Sungai Sumida di Tokyo yang merupakan rumah kepada beratus-ratus pokok bunga sakura. Pemandangan mekar indah dan Tokyo Skytree akan membuat latar belakang yang sempurna untuk gambar Instagram anda. Sumida River juga berdekatan dengan Asakusa – di mana anda boleh mengalami kehidupan di zaman Edo Jepun dan merasai masakan asli Jepun. Dan semasa anda berada di sana, mengapa tidak memakai kimono yang boleh disewa untuk merasai budaya Jepun?

10 Restoran Halal Di Jepun Berhampiran Dengan Tempat Melihat Bunga Sakura

Tip: Dapatkan $ 5 dari pembelian pertama anda di Klook apabila anda menggunakan kod promo ‘TRAVELHHWT’.

 

  1. Asakusa Sushi Ken

Mencari sushi halal di Jepun bukan satu yang mudah tetapi Sushi Ken adalah restoran sushi yang pertama diiktiraf halal di negara ini. Semua bahan yang digunakan untuk membuat sushi – dari sos soya, cuka kepada dagingnya – adalah halal.

10 Restoran Halal Di Jepun Berhampiran Dengan Tempat Melihat Bunga Sakura

Sushi Ken mencipta setiap hidangan dengan hanya bahan-bahan terbaik dan makanan laut segar. Jika anda seorang penggemar sushi, ini adalah sebuah restoran yang anda tidak boleh ketinggalan!

10 Restoran Halal Di Jepun Berhampiran Dengan Tempat Melihat Bunga Sakura

Tip: Seperti kebanyakan restoran di Jepun, makan di sini semasa makan tengah hari adalah lebih murah dengan set makan tengahari dari ¥ 1,300 hingga ¥ 1,800!

 

Facebook

 

Waktu Operasi: Isnin hingga Sabtu, 11.30 pagi – 11 malam, Ahad, 11.30 pagi – 10 malam

Alamat: 2-11-4, Asakusa, Taito-ku, Tokyo

Hubungi: +81 50-3184-0547

 

  1. Naritaya

Satu lagi tempat ramen yang lain di Tokyo patut dikunjungi! Sup untuk ramen di Naritaya berasaskan ayam dan mi dibuat segar di kilang mereka sendiri. Anda juga boleh memesan ramen anda melalui mesin layan diri yang diletakkan di luar pintu masuk, seperti mana-mana gerai ramen Jepun yang lain. Itulah satu cara untuk mendapatkan pengalaman yang sahih Dan jika anda seorang peminat makanan pedas, jangan lupa tambahkan cili yang disediakan dalam ramen anda!

10 Restoran Halal Di Jepun Berhampiran Dengan Tempat Melihat Bunga Sakura

 

Tip: Naritaya mempunyai ruang sembahyang

 

Facebook | Instagram

 

Waktu Operasi: Isnin hingga Sabtu, 11 pagi – 10 malam, Ahad, 11 pagi – 9 malam

Alamat: 2 Chome-7-13 Asakusa, Taito, Tokyo 111-0032, Jepun

Hubungi: +81 3-4285-9806

 

Sungai Megurogawa

Megurogawa River adalah tempat yang sesuai untuk anda, ia mempunyai pemandangan indah bunga sakura yang dipenuhi dengan kemas di sepanjang sungai. Bahagian yang terbaik adalah bahawa ia terletak hanya satu stesen dari Shibuya.  Sekiranya anda bimbang tentang tempat untuk mencari makanan halal, jangan risau

BACA:  Apa Yang Anda perlu tahu Jika Anda Puasa & Melancong Semasa Ramadan
10 Restoran Halal Di Jepun Berhampiran Dengan Tempat Melihat Bunga Sakura

 

  1. Honolu Ebisu

Pergi ke Honolu Ebisu untuk menikmati pelbagai ramen ayam. Anda boleh menikmati ramen ayam dalam apa jua yang anda suka – dengan kicap atau ayam goreng. Kepekatan rasa sup ayam membuat anda mahukannya lagi. Selain ramen , anda juga boleh order makanan ringan  seperti gyoza dan takoyaki !

10 Restoran Halal Di Jepun Berhampiran Dengan Tempat Melihat Bunga Sakura

Facebook | Instagram

 

Waktu Operasi: 11.30 pagi – 2.30 petang, 5 – 10 malam setiap hari

Alamat: 1 Chome-23-1 Ebisuminami, Shibuya, Tokyo 150-0022, Jepun

Hubungi: +81 3-5734-1667

 

Inokashira Park

Taman berusia 100 tahun ini telah lama menjadi kegemaran untuk melihat bunga sakura. Terletak hanya 30 minit jauhnya dari pusat bandar Tokyo, tasik dan kuil Inokashira membuat bunga sakura mekar dan kelihatan lebih menyenangkan. Sewa bot mini untuk masa yang santai di tasik. Setelah selesai mengeksplorasi taman, lawati salah satu daripada banyak kafe hipster di sekitar kawasan itu untuk mengisi semula diri anda!

10 Restoran Halal Di Jepun Berhampiran Dengan Tempat Melihat Bunga Sakura

 

Gunung Takao

Ramai penduduk tempatan melawat gunung sepanjang tahun untuk melawat kuilnya. Terletak hanya satu jam jauhnya dari pusat bandar Tokyo, ini adalah tempat yang akan menjadi jika anda terlepas musim sakura di bandar dan suhunya yang agak sejuk di sini. Daki ke puncak tidak susah dan pemandangan bunga sakura di tengah-tengah gunung akan membuatkan anda terpukau. Jika anda bernasib baik, anda mungkin dapat melihat Gunung Fuji dari Gunung Takao!

10 Restoran Halal Di Jepun Berhampiran Dengan Tempat Melihat Bunga Sakura

 

  1. Japan Halal Kitchen

Dengan set bento dari Japan Halal Kitchen, anda tak perlu menjimatkan masa lagi untuk melihat pokok-pokok sakura. Buat pilihan anda melalui menu yang banyak termasuk Teriyaki Beef, Karaage Chicken dan juga makanan Malaysia seperti Satay dan Beef Rendang.

10 Restoran Halal Di Jepun Berhampiran Dengan Tempat Melihat Bunga Sakura

 

Untuk memesan set bento halal, hantar mesej terus ke Halal Kitchen di Facebook atau email mereka (jahaltdco@gmail.com) dan ia akan dihantar terus kepada anda.

 

Bawa set hidangan bento halal yang lazat dengan anda sambil meneroka tempat bunga sakura yang lain di hujunh Tokyo. Tempat yang akan memberikan anda pandangan sama hebatnya (atau lebih baik!) Seperti yang kita nyatakan di atas. Ia juga merupakan peluang yang sempurna untuk meneroka pinggir bandar Tokyo terutama jika anda berada di sana untuk hanya tempoh masa yang singkat.

 

Jika anda melancong ke luar Tokyo atau ke bandar-bandar lain di Jepun semasa perjalanan anda, dapatkan Unlimited JR Pass .

 

Inilah 10 pilihan restoran halal berhampiran tempat bunga sakura di Tokyo untuk anda yang bakal ke sini pada musim bunga nanti! Nikmati keselesaan di mana sahaja anda berada di Tokyo, tidak sukar untuk mencari makanan halal

 

Sumber: Have Halal Will Travel

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel