Habuan dari Allah – Allah juga merancang

thumbs

Buat sekian lamanya, penduduk Gaza telah dihukum dengan pelbagai deraan dan sekatan. Mereka telah dikepung ketat oleh penjajah Zionis Israel sejak tahun 2007 lagi. Bukan sahaja di sempadan darat dan udara, bahkan juga di keseluruhan persisiran pantai Gaza yang semakin menghimpit. Para nelayan dan masyarakat di Gaza hanya dibenarkan memancing dan menjala sejauh 3 km …Read more

Amal Untuk Meraih Cinta Allah

thumbs

Ku cinta Dia. Kita mencintai Allah. Adakah sekadar kata-kata cukup sebagai bukti? Tidak, cinta kepadaNya tidak terbukti hanya melalui kata-kata. Hasan al-Basri rahimahullah berkata: “Para sahabat Nabi s.a.w. berkata: “Wahai Rasulullah! Sesungguhnya kami amat mencintai Allah.” Kemudian Allah mahu menjadikan tanda yang menunjukkan kecintaan kepadaNya. Dengan itu Allah menurunkan ayat berikut: Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika …Read more

Urus masa dalam Islam

thumbs

PEPATAH Arab menyebut, ‘Masa adalah ibarat pedang, jika kita tidak memotongnya , maka ia akan memotong kita.’ Ini menggambarkan kepada kita bahawa masa itu sesuatu yang sangat penting dan amat berharga. Sehinggakan dalam kehidupan kita ada ungkapan masa itu ibarat emas. Masa sebenarnya adalah nyawa kerana apabila kita diberikan peluang untuk terus bernafas, kita sebenarnya …Read more

Dalam Hati Tersimpul Cinta

thumbs

Cinta. Ceritera biasa muda-mudi dan remaja. Fitrah manusia ingin mencintai juga dicintai. Adam perlukan Hawa, Hawa perlukan Adam. Namun, fitrah perlu dibajai iman, hati perlu disiram zikir, agar ia tumbuh subur dan memberi pulangan ketenangan serta redha Allah yang utama. Jika tidak bijak dan sabar mengawal kemudi hati, pasti tersungkur peribadi dan runtuhlah pertautan dua …Read more

Kejahilan Mereka, Aset Kita

thumbs

Mungkin ramai diantara kita yang merasai menjadi muslim kerana faktor keturunan. Namun pernahkah kita terfikir adakah kita mengamalkan cara hidup islam? Adakah kita selalu bermuhasabah dan bertanya pada diri kita sendiri “Adakah aku seorang individu muslim yang baik?” Tapi pasti ramai diantara kita lebih memilih untuk terus khayal dengan cinta manusia yang merosakkan, atau kita …Read more

Produk Al-Quran Digital Read Pen Ar-Rayyan

thumbs

Mengikut kajian, terdapat ramai orang yang ingin belajar membaca Al-Quran. Mereka ini adalah daripada golongan yang berumur dan ramai juga yang masih muda seperti kanak-kanak & remaja. Pada kebiasaannya, kanak-kanak akan belajar Al-Quran di madrasah-madrasah dan surau-surau, manakala golongan yang berumur akan belajar di masjid atau di rumah dengan mengupah ustaz peribadi sebagai ‘home tutor’ kepada mereka.   Namun begitu, …Read more

Kau dan Aku

thumbs

Dulu aku pun sama seperti kau. Islam hanya pada I/C, Islam hanya pada surat beranak, pendek cerita Islam hanya pada atas kertas. Aku pandai mengucap dua kalimah syahadah sama seperti kau tapi syahadah yang aku lafazkan hanya di bibir. Apa makna di sebalik kalimah tersebut? Kau tahu? Aku tahu makna nya “ Aku bersaksi bahawa …Read more

Kalau nak bidadari, tunggu di syurga nanti

thumbs

  Ummi – Mat…,(berhenti sekejap).  Kau dah besar Mat. Ummi rasa dah sampai masanya untuk kau berumahtangga dan memiliki keluarga sendiri. Ahmad – Betul ke Ummi? Mat ok aje kalau Ummi boleh carikan calon yang sesuai…. (senyum malu) Ummi – Haah ni gambar dan biodata A, Ummi yakin dia sangat baik orangnya Ahmad – Nampak ok orangnya  Ummi tapiiii….. …Read more

Pasangan perlu ikhlas mencintai kerana Allah

thumbs

Pasangan mestilah ikhlas untuk menerima dan mencintai setiap pasangan mereka semasa ingin mendirikan rumah tangga kerana Allah. Penceramah Undangan dari Malaysia, Dato’ Dr. Fatma El Zahraa Mohd Ramadan semasa menyampaikan ceramahnya bertajuk “Menjana Kasih Sayang dalam Rumah tangga dengan Tarbiah Islamiah” berkata lagi apabila pasangan ikhlas mencintai dan menerima mereka semata-mata kerana Allah, maka Allah …Read more

Mereka bukan umat yang membaca

thumbs

Terlalu sedikit di kalangan umat kini yang giat membaca. Daripada sedikit yang membaca itu, terlalu sedikit pula yang memahaminya. Daripada sedikit yang memahami ini, lebih sedikit lagi yang beramal dengannya. Inilah realiti sebenar umat Islam masa kini biarpun ianya adalah sebuah realiti yang pahit untuk ditelan kita semua. Umat Islam kini dilemaskan dengan kehidupan yang …Read more

Contohi Brunei martabatkan institusi masjid dan imam

thumbs

Kunjungan ke Brunei untuk melihat sendiri usaha-usaha kerajaan negara itu dalam memartabatkan institusi masjid dan imam amat memberangsangkan. Sebaik sahaja menjejakkan kaki di lapangan antarabangsa yang terletak di Bandar Seri Begawan, suasananya sungguh aman, damai dan mempersona. Tidak ada kekalutan atau hiruk-pikuk, semuanya lancar. Ketibaan kali ini disambut Awang Haji Matusin, rakan lama yang banyak …Read more

2 tabiat perempuan bawa ke neraka

thumbs

As’salamualaikum . Sebagai peringatan untuk para wanita dipaparkan suatu peristiwa di suatu Eid, di mana seorang wakil telah dilantik dari kaum wanita untuk bertemu dengan Rasulullah SAW untuk meminta baginda SAW memberi ucapan khusus untuk kaum wanita. Baginda bersetuju dan menyuruh mereka berkumpul di Baabun Nisaa’. Setelah kaum wanita berkumpul, Bilal pergi memanggil Rasulullah SAW. …Read more

Solat ubat gejala sosial

thumbs

SEJAK kebelakangan ini, cuaca di Kuala Lumpur tidak menentu. Mungkin begitu juga di tempat lain. Kadangkala panas terik pada waktu pagi, hujan lebat pada waktu petang dan tenang pada waktu malam. Seolah-olah menggambarkan hati dan jiwa manusia itu yang sentiasa berubah-ubah nadanya. Ada masanya gembira, ada kalanya berduka cita dan kadangkala bercampur baur. Begitu juga …Read more

Rahsia amalan sunat bersugi

thumbs

TERBUKTI sunnah Rasulullah s.a.w jika diamalkan pasti membawa manfaat dalam kehidupan seharian. Antara amalan yang terbukti hasil kajian saintifik moden ialah kebaikan bersiwak. Pakar sains kesihatan moden termasuk dari barat memperakui amalan bersiwak paling baik dalam memantapkan kualiti kesihatan diri. Kajian dilakukan sekumpulan pakar jantung di Veterans General Hospital, Taipei, Taiwan yang diketuai Emily Chen …Read more

Ini bukan urusan aku…

thumbs

Senario A Aku tak kisah apa nak jadi pada negara ni. Yang penting aku dan keluarga aku boleh hidup selesa. Aku tak nak menyusahkan orang lain dan tak nak menyebabkan orang lain susah disebabkan aku. Senario B Lantak lah dengan apa yang berlaku di kampus ni. Yang penting biasiswa aku masuk ‘on-time’, aku siap semua …Read more

Hukum Akad Nikah Menerusi Sidang Video (Video Conference)

thumbs

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-97 yang bersidang pada 15-17 Disember 2011 telah membincangkan mengenai Hukum Akad Nikah Menerusi Sidang Video (Video Conference). Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut: Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah menegaskan bahawa para fuqaha’ bersepakat mensyaratkan bahawa bagi memastikan sesuatu …Read more

Hari Valentine Haram disambut Umat Islam

thumbs

Amalan merayakan Hari Valentine atau Hari Memperingati Kekasih yang tiba setiap 14 Feb tidak pernah dianjurkan oleh Islam. “Roh perayaan ini mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam,” inilah kata putus Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam Malaysia yang bersidang buat kali ke-71, hampir …Read more

Giliran Bashar al Assad semakin hampir

thumbs

Samada disengajakan atau tidak, tidak ramai rakyat Malaysia yang mengetahui atau tidak mengambil tahu tentang apa yang sedang berlaku di Syria sekarang. Presiden Bashar al Assad (Presiden sekarang) telah bertindak semakin kejam bagi mempastikan kekuasaan yang diwarisi oleh ayahnya Hafez al Asad sejak 11 tahun yang lalu terus berkekalan. Sejak berlakunya kebangkitan rakyat Syria Mac …Read more

Menjadi dan Memberi di Alam Perkahwinan

thumbs

Menjadi dan Memberi Di Alam Perkahwinan Pemikiran yang betul dan positif adalah syarat untuk kita bersikap positif. Mental attitude yang betul sangat penting dalam melayari bahtera rumahtangga. Attitude yang betul perlu untuk menghadapi cuaca rumahtangga yang tidak menentu. Untuk membina dan mengekalkan kesuburan cinta, kita perlu ada sikap positif. Tanpa sikap yang positif, cinta akan terbarai dan kebahagiaan akan berkecai. Berikut …Read more

Koleksi Soalan Kuliyah Ustaz Azhar di Masjid Negeri Shah Alam

thumbs

Berikut merupakan koleksi soalan yang dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor pada 26 Januari 2012. Terdapat 26 soalan kesemuanya. 1. Orang laki2 takleh pakai perhiasan perempuan. rantai leher perempuan cthnya. “Allah melaknat lelaki pakai pakaian perempuan.” Sembahyang sah wlpn pakai emas. Sembahyang ditulis pahala, pakai yang …Read more